DENGARLAH UKHTIE : KELEMAHAN KITA
“ tangan di celup, di bejana air, kau sapu di muka, mengurangkan pedih, beralun dzikir, menutur kasih pada ummah dan akhirat.. dan tibalah waktu ajal bertamu, penuh ketenangan jiwamu berlalu, linangan airmata syahdu, iringi pemergianmu.. betapa sekarnya ummah menerima, apakan lagi umar mempercayainya.. namun iman di dada akur, kerna manusia akan mati jua akhirnya”
Rindu ku tak tertanggung lagi.. ahh.. airmata mengalir lagi.. setiap kali ku dengar lagu itu, setiap kali itu juga airmata ku tidak akan pernah segan untuk mengalir. Rinduku untuk bertemu Rasulullah, rinduku bertemu para ahlu bait, rinduku bertemu keluargaku.. ya.. keluarga ku. Apa khabar mak? Apa khabar abah?.. ya Ilahi, dua hari lagi.. pertemukanlah kami dalam RedhaMU.
Ingatan ku menerawang mengenangkan seorang sahabat, yang datang bertemu denganku beberapa hari lalu, sebelum kembali ke kampungnya. “ camna nak bertaubat?" Sedikit terkejut dengan persoalan yang di timbulkan. “ aku risau aku mengaku aku hamba Allah, tapi adakah sudah tertunai sebaiknya tugasku sebagai khalifahNya? Aku mengaku aku mahu mencegah kemungkaran.. tapi...” ku dengar tutur katanya, lembut. Memang selembut orangnya. Entah apa yang perlu aku katakan. Lidah ku sendiri keluh untuk berkata-kata. Pertemuan malam itu berakhir dengan tangisan, entah apa yang mengganggu fikirannya tika itu.. malunya aku ..aku tidak menunaikan hak ku kepada saudara seislam ku. Dia pinta nasihat.. tapi aku hanya mampu terdiam.
Sebelum berangkat ke kampungnya, aku sempat menitipkan sepucuk surat untuknya. Selepas bersalaman, aku kembali ke bilik.. Ya Allah.. airmata menitis lagi.. “ moga dia sentiasa dalam rahmatMu Ya Ilahi”.
Salamu ‘alayk ukhtie fillah..
Kiranya ukhtie sudah tidak ada di depan ana tika membaca surat ini. Ukhtie, maaf ya, bukan tiada jawapan untuk persoalan ukhtie, tapi.. lidah seakan terasa kelu untuk berkata-kata. Hanya tangisan yang mampu bersuara..
Ukhtie...
Pernah tak kita tanya diri, kenapa diri ini terlalu riak? Kenapa aku ujub pada diri. Apakah aku tidak sedar akan kekuasaan Allah itu?. Padahal aku sudah merasakan derita jiwa dan perasaan kerna hilang dari jalan menuju redha Tuhan.
Tidak bersyukurkah namanya ini?
Pekakkah? Bisukah? Butakah?
Ukhtie..
Pekakkah aku tidak mendengar bicara majlis ilmu? Tidak faham akan bahasa yang ku kuasai untuk memahami tafsir Quran. Hati ini sudah dibuka wahai diri, insafilah. Ya Allah terima lah taubatku ini.
Ukhtie...
Bisukah aku tidak juga dapat menegakkan kebenaran dan amar makruf ? Suara mu’azzin melaungkan azan, namun berapa jasad saja yang turun untuk mengimarahkan musolla? Berapa hati yang mahu mengisalah diri dengan tazkirah-tazkirah rohani seusai solat subuh?. Padahal kita tidak bisu tetapi mengapa jadi begini? Aku tidak mengeluh tapi hanya sedih kerana aku tidak punya jawapan di hadapan Allah atas semua yang ku pikul di pundak ini. Di mana tanggungjawab untuk memegang tarbiyah sahabat-sahabatku?
Ukhtie..
Butakah aku? Kemaksiatan berleluasa. Boleh saja ku biarkan muslimin dan muslimat berjumpa. Astagfirullah.. Penderitaan dan pengabaian saudara seagamaku terus leka dan lalai. Apakah yang aku lakukan? Hanya berdiam. Dengan senyuman hanya melangkah. Memberi salam dan menghulurkan tangan. Itu sahajakah? Ya Allah aku akui kelemahan ini, aku insafi kekurangan ini, aku kesali kejahilan ini, bantulah Ya Allah. Terimalah…terimalah…terimalah taubatku ini.
Ukhtie...
Damai dan tenangnya hati ini berjemaah dengan sekalian ikhwah dan akhawati... Kukuhnya pendirian dan kuatnya kaki ini melangkah qiyamulail di saat sendirian dengan dorongan sahabat akhawat.. akhawati di mana sekarang? Mereka tiada di sisi. Kita semua sudah kembali ke medan masing- masing menegakkan pada lapangan praktikal bukan lagi di alam teori.
Terkadang kepala otak ini beku.. malah sudah bengakak pun dek idea dan sekelumit ilmu yang menunggu untuk diluah bersama sekalian anak muda agar tertegak semula pembinaan dakwah agung ini.
Ukhtie...
Tiada rehat tiada penat dan lelah kerana hidup ini sudah menjadi satu perjanjian yang diabadikan padaNya. KepadaNya segalanya. Kemampuan masih ada di sini selagi bernyawa maknanya tetap kita ini hambaNya.
Ukhtie...
Apakah seharusnya bagi kita untuk menerima inilah kekurangan kita. Inilah yang menyebabkan kita ‘ujub. Bangga pada diri yang busuk hina ini. Kalau tidak cukup ujian yang telah Allah Maha Pengasih berikan dulu untuk menyedarkan kita, apakah kita harus dihukum lagi? Akui dan terimalah kelemahan diri kita ukhtie.
Sukar sangatkah? Ianya dalam keadaan tenat kini. Mengapa kita masih juga jahil sebegini? Mengapa kita masih pekak, bisu dan buta dengan keadaan tenat ini. Mereka musuh-musuh Islam bangkit dengan pesatnya menyebarkan dakyah di sana sini habis ke serata ceruk sana mereka hasut dengan dakyah itu sehingga saudara baru kita mengikut dakyah mereka. Ini kelemahan. kita tahu hal ini kerana kita tidak pekak, kita tidak buta dan kita tidak sesekali bisu. Kita dengar dan melihatnya semuanya ukhtie.. Habis itu mengapa kita hanya begini?
Tidak cukupkah kekuatannya? Adakah sehingga Nabi Isa diturunkan barulah kekuatan itu ada? Tidak ukhtie…Allah mengujimu. Allah menguji kita.. Allah sedang berbicara dengan kita. Allah mahu melihat sejauh mana jiwa mu dan jiwa kita memberontak untuk mahu menyebarkan dakwah ini. Allah sedang melihat sejauh mana kesungguhanmu dan kesungguhan kita. Allah sayang mu ukhtie.. Allah sayang kita...
Jika Hassan Al Banna boleh memimpin Al Ikhwan selama 40 tahun lamanya mengapa tidak kita mulakan sekarang perjuangan ini? Usia muda ini takkan kembali ukhtie.. Saat ini kita punya kekuatan dan tiada bebanan dan tanggungjawab yang terlalu berat. Hanya ini yang kita mohon untuk dijayakan.
Tidak mahukah wahai ukhtie, musolla kita itu penuh dengan jemaah? Musolla itu subuhnya, zuhurnya, asarnya terhias dengan saf yang rapat dan majis ilmu juga taklim dan maghrib serta isya’ yang berkumandang alunan Al-Quran di dalamnya?
Ukhtie...
Kewangian ini andai dapat dicipta boleh membawa kepada baraqah mencium syurga. perjuangan ini penuh dengan kepahitan dan onak serta duri. Baik di sisi Allah namun banyak juga hambaNya yang jahil akan menilai kita pada mata dan hati mereka sendiri.
Tapi ingatlah wahai ukhtie fillah, janji Allah itu pasti. Janji Allah itu pasti ukhtie. Kerana kepahitan ini akan dibalas dengan sesuatu yang amat manis iaitu syurga yang abadi. Syurga ukhtie, insyaallah. ukhtie tahu bukan betapa hebatnya dan agungnya syurga itu? Rasulullah saw sendiri sudah melihatnya dan amat ingin memilikinya. Itu sahaja pengorbanan yang perlu dibayar untuk kemanisan itu ukhtie.
Ingatlah ukhtie, Allah jadikan khalifah sebagai pemakmur di muka Bumi untuk menyembah dan mengagungkan Allah SWT. Tidak Dia ciptakan sesuatu melainkan untuk menyembahNya. Ingatlah ukhtie.
Salam kemaafan.. salam mahabbah..
Ukhtuki faqiroh lillah...
Tidak dapat ku gambarkan wajahnya tika membacanya.. namun apa yang ku harap, Allah masih membuka ruang bagi kami memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri.. Allah masih membuka pinti taubat untuk kesalahan-kesalahan yang lama, mahupun akan datang.. amien..
Sekian....
BERSEDIAKAH KITA UNTUK LAILATUL QADR?
melalui pembacaan dan diskusi ku dengan beberapa orang pensyarah ( tempat aku menuntut 'ilmu ) juga, aku sampaikan pada teman2 yang ada ketika itu....
Allah berfirman :
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an pada lailatul Qadar, tahukah engkau apakah ailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar" (Al-Qadr : 1-5]
Al Qodr ertinya asy-Syarfu wat Ta'dzim (mulia dan agung) dan juga memiliki erti at-Taqdir wal Qadla' (ketetapan dan keputusan). Disebut demikian kerana malam itu merupakan malam yang mulia dan agung yang pada malam tersebut Allah menetapkan berbagai perkara penuh hikmah yang terjadi sepanjang tahun.
firman Allah juga :
"Haa Miim. Demi Kitab (al-Qur'an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami, sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul" (AdDukhoon : 1-5)
Keutamaan Lailatul Qodr
Malam turunnya Al-Quran secara sekaligus ke baitul 'izzah di langit dunia malam itu lebih baik daripada seribu bulan dalam hal kemuliaan, keutamaan dan banyaknya pahala.
Malaikat-malaikat turun, sedang malaikat tidaklah turun kecuali membawa kebaikan, berkah dan rahmat.
Rezeki, Ajal, takdir satu tahun ditetapkan (lihat AdDukhon:4)
Malam yang penuh dengan keselamatan kerana ramai orang yang diselamatkan dari siksa dan azab disebabkan mereka melakukan berbagai macam ketaatan pada Allah
Dan begitu banyak keutamaan-keutamaan lainnya.
Lailatul Qodr ada di sepuluh akhir ramadhan
Lailatul Qodr ada pada sepuluh akhir Ramadhan, berdasarkan sabda Nabi saw, "Carilah Lailatul Qadr di sepuluh malam akhir pada bulan Ramadhan." (Muttafaqun `alaih)
Sesungguhnya Rasulullah sendiri akan memberitahukannya tetapi "Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Lailatul Qadar, tapi ada dua orang berdebat hingga tidak bisa lagi diketahui kapannya; mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29. 27. 25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan dan lima)" [Hadits Riwayat Bukhari 4/232]
Hikmah dirahsiakannya lailatul qodr :
kerana perdebatan kedua orang sahabat tersebut maka Rasulullah tidak jadi memberitahukan bila berlakunya malam lailatu Qodr. Allah Subhannahu wa Ta'ala merahasiakan bila terjadinya lailatul qodr kepada hamba-hamba-Nya tidak lain adalah sebagai rahmat bagi mereka agar mereka banyak-banyak mengerjakan 'amal kebaikan dalam rangka mencari malam itu. iaitu dengan banyak melakukan solat, dzikir, do'a dan lain-lain sehingga terus bertambah kedekatannya kepada Allah , dan bertambah pula pahala mereka. Allah juga merahsiakan itu sebagai ujian agar diketahui siapakah yang sungguh- sungguh di dalam mencarinya dan siapa yang bermalas-malasan dan meremehkannya. Kerana orang yang berkeinginan mendapatkan sesuatu maka dia pasti akan bersungguh- sungguh untuk memperolehya, tanpa mempedulikan rasa letih dalam rangka menempuh jalan untuk mencapainya. Kalau diketahui boleh jadi banyak yang hanya ber'ibadah pada malam tersebut saja.
Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qodr.?
Lebih bersungguh-sungguh dalam ber'ibadah "Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya" [Hadits Riwayat Muslim 1174]
Bangun mendirikan solat, menghidupkan malam dengan 'ibadah-'ibadah dan ketaatan. Dari 'Aisyah Radhiyallahu 'anha. "Adalah Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam, apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya [Menjauhi wanita (aitu isteri-isterinya) kerana 'ibadah, menyingsingkan badan untuk mencarinya] menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya" [Hadits Riwayat Bukhari 4/233 dan Muslim 1174]
Memperbanyakkan do'a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu 'anha, (dia) berkata : "Aku bertanya, "Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qodr (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?" Beliau menjawab, "Ucapkanlah :"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul afwa fa'fu'annii"(Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku) (Hadits Riwayat Tirmidzi 3760, Ibnu Majah 3850)
I`tikaf. "Rosulullah bersabda sesungguhnya ia (lailatul qodr) itu pada sepuluh terakhir. Maka barangsiapa yang hendak beri`tikaf hendaklah ia beri`tikaf"
Tanda-Tanda lailatul qodr :
itu je la 'ilmu yang dapat aku dan teman2ku kongsikan. banyak juga soalan yang tidak mampu untuk di jawab : " perlu kepada yang lebih 'arif "
" Ya Allah jadikanlah kami orang yang mampu berpuasa ramadhan, mendapatkan lailatul qodr dan beruntung memperoleh pahala yang besar ". amien...
( sumber :Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir, M Nasib ArRifa`i , Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam oleh Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly, Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid, Majlis Ramadhan oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al-Utsaimin )
sekian.. allahu'alam
saat hati kecil ini berbicara...
lewat senja, selesai menyiapkan assigtment yang memenuhi ruang meja study, aku menghembuskan nafas lega. mana taknya, cuti semakin hampir, ramadhan jua kian pergi meninggalkan umat Islam. terasa sebak dalam hati, kerja-kerja yang banyak terkadang membatasi diri ku untuk ber'ibadah. astagfirullahal'azim..tanpa ku sedari, air jernih menitis membasahi pipi. ya Allah, andai ini ramadhan terakhirku, aku mohon pertemukan aku dengan kedua orang tua ku walau sesaat.. amien..
duduk di meja study, ku lontar pandanganku jauh-jauh ke luar jendela, entah apa yang mengganggu fikiran tika itu.. perbualan dengan seorang teman semalan melingkari ruang pemikiranku." salahkah kalau aku sayang dia?" persoalan yang di timbulkan. aku hanya mampu terdiam bila di minta jawapan berulang kali. malu.. aku malu.. perasaan sayang tidak salah ukhti, tapi kena ambil berat juga di mana kita perlu labuhkan rasa sayang tu? pada seorang insan yang bernama hawwa seperti kita atau untuk insan yang bukan mahram kita?
kenangan beberapa bulan yang lepas menggamit pemikiran ku kembali.. saat itu memang terasa sungguh indah, aku berjaya di hasut oleh syaitan la'natullah. rasa bersalah bersarang dalam diri. maaf akhi, betapa berdosanya aku saat aku turut mengheret akhi ke lembah durjana. aku meyakini hadith nabi s.a.w., benarlah wanita fitnah tersebar dunia... perbincangan dengan ukhtie semalam benar-benar membuatkan aku terpukul dengan kenangan silam. bukan dia yang bersalah, bukan akhi yang bersalah.. tapi.. insan yang hina ini yang lalai, alpa..
akhi..
ana tak tahu kenapa kali ini terlalu payah nak meluahkannya..
entah seakan rasa akan hadir detik perpisahan antara kita..
dan sangat sukar tuk ana gambarkan situasi itu..
syukran kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan..
maafkan ana andai ada khilafnya ana sepanjang perkenalan kita..
maafkan ana andai ana bukan "sahabat" yang baik buat akhi ...
terima kasih kerana sering menolong ana....
maaf andai ana punca kepada kelalaian akhi..
bukan salah akhi..
tapi salah ana... salah ana..
moga ALLAH berkati setiap kasih "persahabatan" yang akhi curahkan ...
moga ALLAH mengampuni dosa-dosa kita di masa yang lalu..
moga ALLAH memberkati akhi..
- ketika hati berbicara -
BERDALILLAH APA YANG DATANG DARI ALLAH DAN RASULULLAH
Teringat aku pada mafhum dari ayat yang aku baca sebentar tadi : “ jika kamu saling berbantah-bantahan dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah ( al-Quran ) dan Rasul ( assunnah ) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kemudian, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya”.
Ku lihat buku Prinsip-Prinsip Aqidah Ahlus Sunnah Wal-Jama'ah yang ku pinjam dari seorang sahabat semalam. Ahh, aku rewind kembali perbincangan ku dengan sahabatku, lewat senja kelmarin, betapa manusia lewat akhir zaman kini berbicara sesuatu perkara tanpa tahu kesahihannya, entah benar atau tidak.. dari mana sumbernya juga tidak di ketahui.. tidak kisahlah, yang berada di barisan atas mahupun bawah. Aku hanya mendengar hujahnya.. masing-masing punya hujah tersendiri, masing-masing punya manhaj tersendiri..
“Dan di antara prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah bahwa dalam berdalil selalu mengikuti apa-apa yang datang dari Kitab Allah dan atau Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam baik secara lahir mahu pun bathin dan mengikuti apa-apa yang dijalankan oleh para sahabat dari kaum Muhajirin mahu pun Anshar pada umumnya dan khususnya mengikuti Al-Khulafaur-rasyidin” sebagaimana wasiat Rasulullah dalam sabdanya.
ertinya : " Berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah khulafaur-rasyid-iin yang mendapat petunjuk". [Telah terdahulu takhrijnya]
Dan Ahlus Sunnah wal Jama'ah tidak mendahulukan perkataan siapa pun terhadap firman Allah dan sabda Rasulullah. Oleh kerana itu mereka dinamakan Ahlul Kitab Was Sunnah. Setelah mengambil dasar Al-Qur'an dan As-Sunnah, mereka mengambil apa-apa yang telah disepakati ulama umat ini. Inilah yang disebut dasar yang pertama iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah. Segala hal yang diperselisihkan manusia selalu dikembalikan kepada Al-Kitab dan As-Sunnah.
Seperti mana firman Allah ta’ala , ertinya : “Maka jika kalian berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman pada Allah dan hari akhir, yang demikian itu adalah lebih baik bagimu dan lebih baik akibatnya". [An-Nisaa : 59]
Ahlus Sunnah tidak meyakini adanya kema'shuman seseorang selain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan mereka tidak berta'ashub pada suatu pendapat sampai pendapat tersebut bersesuaian dengan Al-Kitab dan As-Sunnah. Mereka meyakini bahwa mujtahid itu bisa salah dan benar dalam ijtihadnya. Mereka tidak boleh berijtihad sembarangan kecuali siapa yang telah memenuhi persyaratan tertentu menurut ahlul 'ilmi.
perbezaan atau khilaf diantara mereka dalam masalah ijtihad tidak boleh mengharuskan adanya permusuhan dan saling memutuskan hubungan diantara mereka, sebagaimana dilakukan orang-orang yang ta'ashub dan ahlul bid'ah. Sungguh mereka tetap metolerir perbedaan yang layak (wajar), bahkan mereka tetap saling mencintai dan berwali satu sama lain ; sebagian mereka tetap solah di belakang sebahagian yang lain betapa pun adanya khilaf dalam masalah furu’ (cabang) diantara mereka. Sedang ahlul bid'ah saling memusuhi, mengkafirkan dan menghukumi sesat kepada setiap orang yang menyimpang dari golongan mereka.
berdoalah moga-moga kita di tempatkan di antara golongan yang sentiasa beramal dengan kitab Allah dan sunnah Baginda sallallahu’alaihi wasalam, dan mohon moga kita di lindungi dan di hindarkan dari menjadi golongan yang menghukumi seseorang kafir mahupun sesat.
Wallahu’alam…
benarkah hidup dan mati kita kerana Allah?
alhamdulillah, setelah dua hari di landa demam panas, akhirnya aku sembuh juga.. emm, ini lah tarbiyah dari Allah untuk aku di bulan kareem ni, Allahu Akram. syukran ya Ilahi.. sambil menanti giliran aku untuk " tasmi' " petang ni, aku mengambil inisiatif sendiri untuk mengisi waktu yang ada untuk coretkan sesuatu buat tatapan semua yang ada di alam maya, tak kira siapa pun, yang sudi untuk berkunjung ke blog aku ni la...
sepanjang dalam tempoh menahan tarbiyah yang Maha Esa ni, aku tertarik dengan kata-kata seorang sahabat aku.. " hidup dan mati kita ni hanya untuk Allah". ya, aku akui, sesiapa pun, yang bergelar seorang da'ie, mungkin juga yang belajar ilmu agama akan melafazkan kata-kata indah tersebut. tapi, dalam tempoh itu juga, terdetik di benak fikiranku, sejauh mana kebenaran hidup dan mati seorang hamba itu adalah kerana Allah?
ingin aku mengajak sahabat2, teman2 semua untuk menguji diri kita masing-masing dengan ujian iman dan Islam, dan mengukur kehidupan kita dengan sinaran kriteria tersebut. Bila kita mengakui yang kita telah pun menerima Islam dan menyatakan iman kepadanya, kaji dan periksalah diri kita...
2-Apakah hidup, akal fikiran, tenaga yang ada pada jiwa dan raga kita, waktu dan usaha-usaha kita, semuanya kita abdikan untuk memenuhi kehendak Allah?
3-Apakah yang harus kita kerjakan untuk menunjang tercapainya tugas yang telah diberikan Allah kepada umat Islam?
4-Selanjutnya, apakah kita telah memberikan seluruh kepatuhan dan pengabdian kita sepenuhnya kepada Allah?
5-Apakah pelayanan kepada hawa nafsu dan pengabdian kepada keluarga, saudara-saudara, handai-taulan, masyarakat dan penguasa Negara, telah sepenuhnya terhapus dari jiwa kita?
6-Sudahkah kita mengukur kesukaan dan kebencian kita, seluruhnya tergantung pada kehendak Allah?
7-Kemudian kita juga harus memeriksa apakah bila kita mencintai seseorang, hal itu kita lakukan kerana Allah atau tidak; apakah bila kita membenci seseorang, juga kerana Allah?
8-Apakah dalam kecintaan dan kebencian kita tidak terkandung unsur egoisme atau keangkuhan?
9-Sekali lagi, kita harus memeriksa apakah tindakan kita dalam memberi atau tidak memberi sesuatu kepada seseorang juga telah kita lakukan kerana Allah?
10-Benarkah bahawa, apa pun yang kita belanjakan untuk kepentingan kita sendiri ataupun kita berikan kepada orang lain adalah kerana hal itu telah ditetapkan Allah, dan bahawa dengan pembelanjaan dan pemberian itu, tujuan kita adalah semata-mata mencari redha-Nya?
11-Demikian juga bila kita tidak memberikan sesuatu kepada seseorang, apakah hal itu juga kerana Allah melarang kita memberikannya?
bila kita rasakan semua yang tertera di atas ada dalam diri kita, maka haruslah kita bersyukur kepada Allah bahawa kita telah pun dianugerahi rahmat iman dalam kepenuhannya. Tetapi bila dalam hal ini kita masih merasakan sesuatu kekurangan, maka kita harus memusatkan tekad dan perhatian kita untuk menghilangkan kekurangan ini, kerana kesejahteraan kita di dunia ini dan keselamatan kita di akhirat nanti, tergantung pada usaha kita untuk menghilangkan kekurangan dalam iman kita itu. Tanpa kejayaan itu kita tidak akan dapat menebus kerugian kita di akhirat, kerana kekurangan iman kita itu. Tapi bila kita berhasil menutupi kekurangan iman kita, maka walaupun kita tidak memperoleh apa-apa di dunia ini, kita akan tetap berjaya di akhirat nanti.
Ukuran ini ditetapkan bukan dengan maksud agar kita menguji orang-orang lain dengannya, dan menentukan apakah mereka itu Mu’min, kafir atau munafiq, tetapi agar kita sendiri menguji diri kita sendiri, dan setelah mengetahui kekurangan iman dalam diri kita, kita akan segera mencuba menghilangkannya sebelum kita dihadapkan di pengadilan akhirat nanti. kita tidak perlu penilaian ‘ulama’, mufti atau kadi mana pun juga, tentang diri kita. almuhimmah huna, adalah penilaian dari Penguasa Tertinggi, yang tahu akan hal yang ghaib mahupun yang kelihatan. Janganlah kita cepat merasa puas dengan melihat nama kita tercantum sebagai seorang Islam dalam daftar tanda penduduk kita ( surat kelahiran atau kad pengenalan ), tetapi berusahalah agar nama kita tercatat dalam Buku-Catatan Allah sebagai hamba-Nya yang patuh.
Tidak ada gunanya bila seluruh manusia di dunia ini memberikan surat keterangan bahawa kita adalah seorang Islam. Kejayaan kita yang sebenarnya terletak dalam penilaian yang diberikan oleh Allah, bahawa kita adalah seorang Mu’min, bukannya seorang munafiq, seorang yang beriman, bukannya seorang kafir.
sekian.. renung2kanlah dan selamat beramal..
( aku terima mesej dari sahabat aku, katanya ustaz baru datang ke pejabat. persoalannya.. sempatkah aku nak tasmi' ni? )
wallahu'alam.
( Sumber : Sayyid Qutb & Abu’l A ‘la Al-Maududi. 2001. Manhaj Hidup Muslim. )
kerna tarbiyyah, akan lahirnya insan yang bertaqwa
Pentarbiyahan mampu melahirkan insan yang bertaqwa dan beramal soleh. adapun ilmu hanya sekadar memberikan pengetahuan dan belum tentu dapat memberikan ketaqwaan dan kesolehan kepada seseorang atau memberikan kekuatan kepadanya dalam melawan musuh atau menghadapi hawa nafsunya.
Hal ini sudah jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an sendiri apabila menyifatkan perbuatan para pendita dan alim agama Yahudi yang mengetahui isi kandungan kitab mereka tetapi menyalahinya kerana menurut hawa nafsu mereka.
Allah swt berfirman :
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
"Wahai ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan antara yang haq dengan yang bathil, dan Menyembunyikan kebenaran, Padahal kamu mengetahuinya?" (Ali-Imran : 71)
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقاً مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَة
" Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al kitab (Taurat dan Injil) Mengenal Muhammad seperti mereka Mengenal anak-anaknya sendiri dan Sesungguhnya sebahagian diantara mereka Menyembunyikan kebenaran, Padahal mereka mengetahui. " (Al-Baqarah : 146)
Hal ini juga diriwayatkan telah disebut oleh baginda rasulullah salallahu'alaihiwasalam : "Sesungguhnya Bani Israel menulis sebuah kitab dan mengikutinya serta meninggalkan Taurat." (hadis riwayat Darimi dan Tabrani serta disahihkan oleh Albani)
Keilmuan semata-mata tidak langsung dapat menyelamatkan diri manusia daripada kemurkaan Allah swt sebaliknya dengan amal dan taqwa maka barulah dianggap seseorang muslim itu akan mencapai apa yang disebutkan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Inilah yang disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa baginda salallahu'alahiwasalam pernah bersabda :
من تعلم علما مما يبتغي به وجه الله عز وجل ,لا يتعلمه الا ليصيب به عرضا من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة
“ Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat.” (Hadith Sahih, Riwayat Abu Daud no. 3179)
Sebaliknya marilah kita melihat pula hasil tarbiyah rasulullah salallahualaihiwasalam kepada para sahabat ra dengan tarbiyah imaniyah dan ‘aqidah yang masuk meresap ke dalam jiwa melalui proses yang memakan masa, harta dan jiwa raga apabila para sahabat terdidik mentaati perintah Allah swt sekalipun mereka berdepan dengan ujian yang mengancam jiwa dan nyawa serta segala kenikmatan duniawi yang berada di hadapan mata.
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah mereka berkata "Kami mendengar, dan Kami patuh" dan mereka Itulah orang-orang yang berjaya." (An-Nur : 51)
Sebagaimana apa yang ditulis oleh Imam Ibn Qayyim Az-Jauziyah di dalam Kitabnya Zadul Ma'ad mengenai Peristiwa Perang Badar Al-Kubra apabila berita keluarnya rombongan Quraisy sampai kepada rasulullah maka baginda pun bermesyuarat bersama-sama sahabatnya maka golongan Muhajirin pun menyetujui hasrat baginda untuk memerangi mereka kemudian baginda berbincang lagi lalu dipersetujui lagi oleh Muhajirin dan seterusnya sehingga kali ketiga apabila golongan Ansor kemudian menyedari bahawa mereka yang menjadi sebab perbincangan itu maka bangunlah Saad Bin Ubadah ra lalu berkata :
" Apakah kami yang engkau kehendaki ya rasulullah ? Agaknya kamu takut golongan Ansor tidak melihat perlunya mereka membantu kamu kecuali hanya di dalam negerinya sahaja ? (disebabkan sewaktu berbai'ah janji setia dengan rasulullah kaum Ansor hanya berjanji akan membantu baginda daripada ancaman di dalam negeri) Maka aku berkata kepada kamu akan perihal Ansor dan menjawab bagi pihak mereka bahawa :
"Perintahkanlah kami musafir ke mana yang engkau suka,sambunglah pertalian kami dengan sesiapa yang engkau sukai, dan putuskanlah talian kami dengan siapa yang engkau suka, dan ambillah dari harta kami sebanyak mana yang engkau sukai dan berikan kepada kami apa yang engkau mahu memberi, tidaklah apa yang engkau ambil daripada kami lebih kami sukai (suka untuk kamu ambil) daripada apa yang engkau tinggalkan untuk kami." dan di dalam riwayat lain disebutkan "Sekiranya engkau mengarahkan kami untuk menyemberangi lautan nesaya akan kami menunggangnya."
(Dikeluarkan oleh Ibn Saad daripada Mursal Ikrimah dan asal kisah ini daripada sahih Muslim no. 1779 daripada hadis Anas bin Malik ra )
Demikianlah iman yang tinggi hasil tarbiyah dan didikan rasulullah salallahu'alaihiwasalam serta para naqib yang diutuskan oleh baginda dahulu kepada kaum Ansor ra bagi mengajarkan mereka akan perihal imaniyah dan aqidah. Tiada ragu-ragu dalam menyahut seruan baginda alaihisalam sekalipun apa yang diminta sebenarnya ialah bukan hanya harta tetapi perang yang meragut nyawa yang menjadi harta paling disayangi oleh setiap manusia yang mencintai dunia.
Itulah kesan tarbiyah yang tidak sama langsung dengan hanya ilmu yang diajarkan kepada manusia apabila ianya tidak masuk ke hati dan tidak mencairkan keegoaan, kepalsuan, keghairahan nafsu dan kegilaan syahwat yang berterusan meminta habuan dunia.
Lupakah kita kisah pengharaman Arak ? Masyarakat arab yang sebati hidup mereka dengan arak dan menjadi budaya seharian menghidangkan arak di dalam majlis dan jamuan kemudiannya apabila turun perintah Allah swt maka dengan segera bertaubat dan meninggalkan minuman arak kerana mencari redha Allah swt.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." (Al-Maidah : 90-91)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad ra daripada Anas bin Malik ra bahawa Abu Ubaidah bin Jarrah ra dan Ubay' bin Ka'ab dan Suhail serta sebahagian daripada sahabat rasulullah berada disisi Abi Talhah ra dan mereka hampir meminum arak sehingga datang orang memberitahu kepada mereka akan perintah keharaman arak lalu mereka menuangkan minuman arak yang berada di dalam bekas minuman mereka dan membakarnya.
(sila rujuk di dalam Tafsir Ibn Katsir pada ayat 90 -91 Surah Al-Maidah dan hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta lain-lain)
Bayangkan oleh kita sekiranya perintah yang sama ditujukan kepada kita pada zaman hari ini nescaya ramai yang akan memperbahaskan dahulu kewajaran perintah ini, mempertikaikan, mencadangkan supaya dikaji semula dan sebagainya, pelbagai lagi kedegilan dan engkar yang akan terpapar meng-gambarkan ilmu yang semakin tinggi dipelajari semakin membawa kita sombong dan angkuh serta menjauh daripada hidayah dan pertunjuk Allah swt.
Demikianlah kesimpulan daripada kisah-kisah dan riwayat yang dapat diambil pengajaran oleh mereka yang beriman mengenai kepentingan tarbiyah di dalam Islam yang diabaikan oleh para guru sunnah dan ahli agama Islam hari ini yang sibuk mengejar nama di dalam era dakwah dan media massa atau sibuk mahu menambahkan tulisan-tulisan mereka di dada akhbar atau di dalam senarai buku perpustakaan Islam tetapi melupakan tugasan Maha penting mendidik dan mentarbiyah umat dengan kefahaman yang sahih menurut salaf assoleh.
Semoga Allah swt merahmati usaha kita dan mengembalikan kita kepada jalan yang sahih serta diredhai-Nya dan memasukkan kita bersama hamba-hamba-Nya yang beriman ke dalam Syurga.
Segala puji hanyalah bagi Allah swt.
segala kekurangan amat di kesali...
allahu wa rasulu 'alam.
berkatkah ilmu yang kita tuntut?
Hamdulillah, hari ni da masuk ramadhan yang ke-11, masih mampu bernafas walau kurang sihat, pada hakikatnya, namun, bi masyi’atillah, untuk ‘ibadahku, fi sihah.... entri yang pena coretkan kali ini tajuknya seperti yang tertera seperti di atas... “ berkatkah ‘ilmu kita”...
Anda akan mendapati sebahagian manusia telah dikurniakan oleh Allah ilmu yang luas, namun masih kelihatan seperti orang yg ‘buta huruf’, tidak nampak pengaruh ilmu itu pada dirinya, tidak juga didalam ibadah2nya. tidak didalam akhlaknya, tidak didalam perilakunya, dan tidak pula didalam pergaulannya di antara sesama manusia. Terkadang ia menyalah gunakan ilmu tersebut untuk lebih membanggakan diri dihadapan hamba2 Allah, merasa tinggi dan merendahkan mereka. Dia tidak menyedari bahawasanya yang telah mengurniakan ilmu kepadanya adalah Allah ‘azzawajalla, dan sungguh jika Allah berkehendak, nescahaya akan menjadikannnya seperti layaknya orang yang jahil.
Kita pasti akan dapat perhatikan, atau pun tidak merasakannya, bahawa Allah telah mengurniakan kepada kita ilmu, akan tetapi gholiban manusia tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, baik melalui pengajaran, pengarahan atau nasihat, dan tidak juga melalui tulisan. Bahkan ilmu itu hanya terbatas untuk dirinya sendiri. Allah tidak memberkahinya didalam ilmu itu, dan tidak diragukan lagi, ini bererti hilangnya kurnia yang besar. Padahal ilmu itu merupakan pemberian Allah subhanahuwata’ala yg paling membawa berkat bagi seorang hamba, kerna ilmu itu jika di ajarkan kepada orang lain dan di sebarkan di tengah masyarakat, insyaallah akan mendapatkan pahala atas itu semua dari beberapa sisi, iaitu:
1) Bahawa dengan menyebarkan ilmu yang kita miliki bererti kita telah menyebarkan agama Allah ‘azzawajalla, sehingga kita termasuk dari para mujahidin, insyaallah. Seorang Muslim yangg berjihad di jalan Allah, dia telah menakluk negeri demi negeri hingga tersebarlah agama Allah di wilayah itu. Adapun kita ini adalah pembuka hati2 yang tertutup melalui ilmu tersebut, sehingga syari’at Allah ‘azzawajalla tersebar luas.
2) Di antara keberkatan dari penyebaran ilmu dan pengajarannya adalah bahawa dalam penyebaran ilmu itu pasti tersirat penjagaan terhadap syaria’at Allah dan perlindungan terhadapnya. Tanpa ditunjang dengan ilmu, maka syari’atnya ini tidak akan terjaga, syari’at ini terjaga dengan perantaraan mereka yang Allah kurniakan petunjuk berupa ilmu yang bermanfat. Apabila Anda telah menyebarkan ilmu itu, dan masyarakatpun mudah mengambil manfaat darinya, maka penjagaan terhadap syria’at Allah dan pemeliharaannya akan terlaksana (dengan baik).
3) Dengan menyebarkan ilmu bererti kita sudah pun berbuat baik kepada orang yang telah kita ajari (ilmu) tersebut padanya. Oleh kerana kita telah menjadikannya mengerti terhadap agama. Apabila orang itu beribadat kepada Allah dengan bashirah (ilmu yg benar), maka insyaallah kita akan turut mendapat pahala seperti pahala yang dia dapat. Kerana kitalah yang telah menunjukkannya kepada kebaikkan itu, sedangkan orang yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan, maka ia seperti pelakunya. Jadi ilmu yg disebarluaskan merupakan kebaikkan dan keberkatan bagi penyebar dan penerimanya.
4) Sesungguhnya dengan menyebarkan ilmu dan mengajarkannya, seseorang akan bertambah ilmunya. Ilmu seseorang akan bertambah dengan diajarkan org lain, sebab ia akan mengingat kembali apa yang telah dihafalnya dan ia merupakan pembuka bagi ilmu yang belum dihafal. Betapa banyak manfaat yang diperoleh seorang ‘alim(guru) dari para muridnya, mereka terkadang datang mengemukakan makna2 yang tidak pernah terlintas di dalam benaknya, sehingga ia dapat mengambil manfaat daripada muridnya. Padahal dia adalah pengajar mereka dan ini merupakan suatu kenyataan.
Oleh kerana itu, selayaknya bagi para mu’allim bila ia mengambil manfaat dari talamiznya, dan muridnya menemukan ilmu, hendaklah ia selalu memotivasikan murid tersebut, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya. Jangan seperti anggapan sebahagian orang bahawawsanya jika seorang murid telah menemukan dan menjelaskan ilmu yang belum diketahuinya, seorang guru merasa tersinggung sambil mengatakan:” Ini anak hingusan yang mengajar orang dewasa,” sehingga dia(murid) tersinggung dan berusaha menghindarkan dirinya unutuk berdiskusi dengannya. Dia khuatir anak itu akan menyebabkannya ke dalam masalah yg belum diketahui. Ini merupakan sikap yang bersumberkan dari keterbatasan ilmu dan akalnya.
Sebab apabila Allah telah menganugerahkan kepada kita, insyaallah talamiz2 yang mengingatkan persoalan yang kita lupa, dan mereka pun membukakan untuk kita ilmu yang belum kita ketahui, maka hal itu merupakan sebahagian daripada nikmat Allah. Dan inilah buah tangan daripada penyebaran ilmu yang akan terus bertambah jika kita mengajarkannya dan menyampaikannya. Sebagaimana ungkapan seorang yg membandingkan antara ilmu dan harta, ia berkata mengenai ilmu:
(ilmu) akan bertambah denagn banyak mengajarkannya,dan akan berkurang jika engkau menahannya lalu mengekangnya.Jika engkau mengekang ilmu itu, maka ia tidak akan berkembang. Dan jika ia engkau tahan, maka ia akan berkurang, ya’ni engkau bakal melupakannya. Akan tetapi, jika engkau menyebarkannya ia senantiasa akan bertambah.
Sepatutnya bagi seseorang dalam menyebarkan ilmu agar menerapkan sikap hikmah (bijaksana) dalam mengajar, dengan menyampaikan kepada talamiznya masalah2 yang sesuai dengan kadar kemampuan akal fikiran dan tidak membebani mereka dengan permasalahan yang sekiranya memberatkan. Bahkan mendidik mereka dengan ilmu setahap demi setahap.
Oleh kerana itu, ada sebahagian orang yang memberikan definisi tentang seorang ‘alim yg rabbani (memiliki jiwa pendidik), iaitu seorang ‘alim yang mengajarkan kepada manusia dimulai dari ilmu2 yang ringan sebelum menginjak ke yang lebih sulit dan kompleks. Kita semua mengetahui bahawa suatu bangunan tidak akan berdiri teguh begitu sahaja dengan megahnya di atas bumi, tetapi bangunan itu dibangun oleh ahlinya secara bertahap hingga bangunan tersebut sempurna. Begitu halnya dengan seorang mu’allim, selayaknya ia memperhatikan kemampuan berfikir para talamiznya sehingga dia hanya menyampaikan kepada mereka ilmu yang mampu mereka terima dengan akal mereka. Oleh kerana itu manusia diperintahkan supaya berbicara denagn org lain sesuai dengan pemahaman lawan bicaranya.
Ibnu Mas’ud radiallahhu’anh berkata” “Sungguh tidaklah kamu berbicara dengan sekelompok masyarakat dengan sesuatu pembahasan yang tidak mampu mereka cerna, kecuali hal itu akan menjadi fitnah bagi sebahagian mereka (Kesalahfahaman).”Demikian pula, hendaklah seorang pengajar mencurahkan perhatian terhadap pokok2 dan kaedah2 agamanya (ilmu ushul dan alat), sebab keduanya itu merupakan fondasi sesuatu ilmu.
Para ulama mengatakan:”Barang siapa yang tidak mendapatkan pokok2 sesuatu ilmu (ilmu usul), maka ia akan jauh dari keberhasilan, ya’ni tidak akan sampai pada tujuan akhirnya. Maka seorang pendidik dianjurkan supaya mengajarkan kepada talamiznya pokok2 dan kaedah2 ilmu yang darinya akan muncul masalah2 yang bersifat furu’iyyah (cabang). Sebab org yg mempelajari ilmu dari permasalahan yang bersifat cabang, nescaya dia tidak dapat memberikan jawapan yang benar bila dihadapkan kepada sesuatu permasalahan yang pelik untuk diketahui hukumnya, kerana tidak memiliki dasar.
oleh itu, buat teman2 seperjuangan, insyaallah yang meneruskan perjuangan sebagai seorang mu’allim atau mu’allimah, pergunakan ‘ilmu yang ada di dada dengan sebaiknya, jangan ‘ilmu itu hanya ada dalam buku, seperti pepatah ‘arab : “ al-‘ilmu laisa fil kitab wa lakin fi as-sudur ”. kewajipan menyampaikan perkara2 yang baik adalah tanggungjawab kita bersama.
Wallahu’alam...