DARI DIARI AN-NISAA'


bismillahirrahmanirrahim...


walau jalan masih jauh dan panjang...

akan aku merintisnya perlahan-lahan...

kerna aku ketahui.. di sepanjang perjalanan itu..

aku mulai belajar apa itu erti sebuah kehidupan...



Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman, Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaanNya, Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam, Jika mereka cintakan manusia, biarlah kita cintakan Allah SWT. Jika mereka dambakan duniawi, biarlah kita rindukan ukhrawi...

Ya Allah..

Jadikanlah aku tabah seperti Ummu Khadijah

Sehingga dirinya digelar 'afifah solehah

wanita pertama...

Tiada ragu mengucap syahadah

Pengorbanan bersama Rasulullah

Susah senang sentiasa bersama

Walau hilang harta kerana berdakwah

Walau dipulau 3 tahun 3 bulan

namun Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit diri kan rebah..

Baru dihina aku mulai mengalah

Ya Allah.. tabahkanlah aku sepertinya..


Ya Allah..

Jadikanlah aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya

Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda

Anak yang semulia peribadi baginda

Tangannyalah yang membersihkan luka

Tangannya jua yang membersihkan cela

Pada jasad Rasulullah tercinta...

Gagahnya dia pada dugaan

Mampukah aku sekuat Fatimah?

Saat diri terluka... dendam datang menyapa

Saat disakiti... maki menjadi mengganti

Ya Rabbi.. teguhkanlah hatiku sepertinya..


Ya Allah..

Jadikanlah aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman

dan Keluarga Yasir yang bertakwa...

Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia

Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?

Tatkala digoda nafsu dunia..

Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih

Kerana yakin Allah pasti disisi

Sabarkan aku seperti sumaiyah

Biar tombak menusuk jasad..

Iman sedikit pun takkan rapuh..


Ya Allah..

Jadikanlah aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman

Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah

Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami

Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud

Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah


Ya Allah..

Tarbiyyahkanlah aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman

Mampukah aku menatap cinta itu?

Sedangkan rupa yang menjadi pilihan

namun Ketulusan Iman diketepikan..

Ya Allah..

Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..


Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisyah Humaira'

Isteri termuda Rasulullah

walau dilempar fitnah

tetap teguh pada ketetapan-Nya

Isteri sejati yang memangku Nabi

Pada saat terakhir baginda..

Hadith dan Sunnah Rasulullah dipertahankan

Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..

Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda

tika diri mula goyah dan putus asa

Teguhkanlah Imanku sepertinya..Ya Rahim..


Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa

anaknya mati di Jalan ALLAH

Dia meratap tangis..

Anak sulungnya syahid

Anak keduanya turut syahid

Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid

Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta

Jawabnya "kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad"..


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah

Mahupun sehebat Ummu Sulaim

Dan tidak seteguh Aisya Humaira

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan..


Wahai Kaum Hawa

kerna Kita cuma An-Nisaa'...

Para pendosa yang terbanyak di neraka

walau kita tak setabah para Mujahidah

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana di situ ada jalan menuju Syurga!

mungkin kita tidak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerna padanya akan kau temui Pahala!

biar diri tidak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

Kerna di sana menantinya bahagia!


Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Bicara dari An-Nisaa' yang hina..

Makbulkan doaku..


amien ya Rabbal 'Alamin...


teruslah bergerak hingga kelelahan mengejarmu..
teruslah berlari... hingga kebosanan juga bosan mengikutimu...
teruskanlah berjalan sehingga keletihan mahu bersamamu..
teruslah dan tetaplah untuk bertahan.. hingga kefuturan mahu menyertaimu..
tetaplah berjaga dari lenamu.. hingga kelesuan itu lesu dari terus menemanimu..
itulah DAKWAH!! teruskanlah berlari dan jangan pernah cuba untuk berhenti...



sekian...~


wallahu'alam...



alfaQirah ila Allah,

~ waznah alhamraa' ~

19 APRIL 2011

02 : 47 AM

MANAJMEN DAKWAH KITA



Ketika kita merenung manusia-manusia disekeliling, dan kita lihat selautan manusia yang kelemasan dalam kealpaan...tergamakkah kita melayari bahtera penyelamat ini tanpa mempedulikan mereka yang tenggelam timbul dalam kebodohan?

Kekosongan hati mereka adalah kemalasan kita dalam mengisi ruan
g-ruang yang ada. Siapa berani berkata bahawa dia telah berusaha sehabis daya? Hakikatnya kita lebih mampu daripada itu. Tetapi kelemahan dan kemanjaan kita kadangkala menambat kaki kita di pohon-pohon tamar, ketika pejuang-pejuang lain berlarian ke saff saff di hadapan untuk meraih syahid dan syurga.

Putuskanlah ikatan itu wahat du'at!
Kalian berhak diberikan sebuah syurga andai kalian termasuk orang-orang yang berusaha.
Selonggok kemanusiaan terkapar,
Siapa yang mengaku bertanggungjawab?,
Bila semua pihak menghindar,
Biarlah saya yang menanggungnya,
Semua atau sebahagiannya..."
(Kh. Rahmat Abdullah)

saya bawakan satu kisah untuk tatapan kalian...

DAKWAH ITU... TUGAS SIAPA YA???

Cerita ini adalah tentang empat orang yang bernama SEMUA ORANG, SESEORANG, SIAPA SAJA, dan TAK SEORANG PUN.

Ada tugas penting untuk dikerjakan dan SEMUA ORANG diminta melakukannya. SEMUA ORANG yakin bahwa SESEORANG akan melakukannya. SIAPA SAJA bisa melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang melakukannya. SESEORANG menjadi marah tentang itu, sebab ini tugas SEMUA ORANG. SEMUA ORANG menganggap bahwa SIAPA SAJA dapat melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang menyedari bahwa SEMUA ORANG tidak akan melakukannya. Akhirnya, SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG ketika TAK SEORANG PUN melakukan apa yang bisa dilakukan oleh SIAPA SAJA.

(dikutip dari Dr. Hisham Yahya Altalib dari bukunya Panduan Latihan Bagi Gerakan Islam, 1999)

Kisah di atas – tentu saja – bukanlah dongengan pengantar tidur. Namun lebih tepat bila disebut sebagai semacam “muhasabah manajemen” yang relevan dan tampaknya akan selalu up to date bagi perubahan, perbaikan dan bahkan penyempurnaan sinergi manajemen suatu organisasi. Terlebih bagi suatu organisasi yang telah nyata-nyata mengidentitikan diri sebagai wahana dakwah.

DURI-DURI DI JALAN DAKWAH

Setiap yang mengaku Da'ie pasti tidak akan terlepas daripada ujian Allah. Memang Allah telah menjanjikan bahawa jalan ini bukanlah dihampar dengan permaidani merah tapi sebaliknya hamparan ini disediakan dengan duri-duri. Semakin jauh kaki ingin melangkah dalam jalan dakwah, semakin besar dan semakin berat ujian yang Allah sediakan untuk diri.

Sesungguhnya, Ujian-ujian yang Allah berikan bukanlah untuk membebankan, tetapi sebenarnya untuk mentabiyyah diri supaya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Apabila melakukan muhasabah, saya sedar bahawa setiap ujian yang Allah sediakan untuk saya sebenarnya adalah salah satu latihan untuk saya untuk membentuk peribadi yang lebih mantap dan kuat. Tapi, terkadang, diri sering terlupa dan diri sering tewas dengan godaan nafsu menyebabkan kita tersungkur di tengah jalan dakwah. Dan, syaitan tidak akan berputus asa selagi kita tidak meninggalkan jalan yang mulia ini.

DAKWAH - HANYA UNTUK GOLONGAN YANG BERGELAR USTAZ DAN USTAZAH???

Apabila disebut perkataan dakwah, yang terlintas di kotak pemikiran kita bagi perkataan ini adalah seorang yang mempunyai ilmu agama atau dipanggil ustaz memberikan ucapan atau memperkatakan serta mengajarkan kepada khalayaknya berkenaan dengan Islam.

Bentuk gambaran yang tipikal ini serta sempitnya dimensi dakwah seperti yang digambarkan, membuatkan kerja dakwah seolah-olah hanya dimiliki oleh golongan yang mempunyai ilmu agama semata-mata. Golongan ini atau panggilan rasminya golongan agama atau ustaz adalah golongan yang selalu dibebankan dengan permasalahan dakwah dan penyebaran risalah dakwah ini.

Hakikatnya, pemikiran dan tanggapan yang sebegini amat jauh dan langsung tidak menepati roh dan semangat dakwah itu sendiri. Bebanan dan gerak kerja dakwah yang mulia ini sebenarnya merupakan tugas yang sepatutnya bukan sahaja dipikul oleh golongan ustaz bahkan terpikul di atas bahu kesemua umat Islamyang mensyahadahkan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

Tanggungjawab mempersembahkan ajaran Islam dalam apa jua bentuk dan memperkenalkan Islam dengan wajahnya yang tulen kepada manusia sejagat adalah tugas hakiki yang harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh seluruh umat Islam. Jika kita membuka dan menyorot isi kandungan al-Quran, terdapat banyak sekali nas yang menyentuh persoalan dakwah serta tanggungjawab umat Islam dalam menjayakannya.

Antaranya firman Allah Ta'ala yang mafhumnya, "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran: 104)

Daripada ayat ini, amat jelas kepada kita satu perintah Allah supaya umat Islam membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan iaitu Islam, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari berlakunya kemungkaran. Sebuah hadith Nabi SAW yang sahih lagi masyhur, Sabda Nabi s.a.w, mafhumnya, "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya (kuasa yang ada pada seseorang) jika dia tidak mampu maka ubahlah ia dengan lidahmu, jika dia tidak mampu maka gunakanlah hatinya (dalam membenci dan tidak meredai berlakunya kemungkaran itu) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith ini mengungkapkan persoalan tentang langkah-langkah yang patut diambil seorang muslim itu dalam usahanya mencegah kemungkaran. Tetapi di sebalik mafhumnya yang mendasar diungkapkan persoalan Iman yang mempunyai konotasi yang rapat dengan dakwah. Kemampuan seseorang itu dalam mencegah kemungkaran - salah satu dari unsur penting dalam dakwah - diukur bersama dengan tahap keimanannya kepada Allah s.w.t

UNTUK TERAKHIRNYA, TITIPAN UNTUK RENUNGAN - KEYAKINAN KITA BERSAMA

aku yakin, kita sentiasa mengharapkan agar kurang bercakap & membiarkan amal yg menjawab sgla persoalan kerna aku tahu cakap kosong itu tiada nilainya. Baik di sisi manusia mahupun di sisi Pencipta.

Aku yakin kita sentiasa mengharapkan agar amal sentiasa selari dgn apa yg di cakapkan & bukannya menjadi manisan dimulut semata kerna aku tahu bicara tnpa amal itu asbab murkaNya padaku.

Aku yakin kita sentiasa mengharap agar Islam itu diletakkan ke tempat yg patut oleh mrka yg patut kerna aku tahu bahwa Islam itu berat & tanggungjawab menegakkannya hnya boleh dipikul oleh mrka yg kuat.

Aku yakin kita sentiasa mengharapkan agar ditetapkan hati ini dijalanNya kerna aku tahu setiap pengorbanan yg dilakukan bererti kemenangan buat diri ini & juga buat agamaku, Islam yg aku cintai.

Aku yakin kita sentiasa mengharapkan agar dipertemukan & dikekalkan bersama mrka yg turut sama memahami tugas besar ini kerna aku tahu bahwa hnya mrka yg bisa menarikku di saat aku hampir tergelincir. Bisa memanduku bertemu al-Khaliq ku.

Aku yakin kita sentiasa mengharapkan agar teman2 seperjuangan agar tetap bersamaku, menggalas beban dakwah b'sama, menghirup manis ukhuwah dlm riang mahupun duka kerna aku tahu bahwa ukhuwah ini antara anugerah terindah dlm diri manusia.

Aku yakin kita sentiasa mengharapkan agar mereka yg turut bersama menggalas beban menegakkan agama ini agar bersatu hati mrka, berpadu segala usaha mrka utk menghasilkan gelombang dakwah yg dahsyat kerna aku tahu sejauh manapun perbezaan, pasti ada titik pertemuan.

Aku yakin kita akan sentiasa terus mengharap, meminta, menagih & yg seumpama dgnnya kerna aku tahu Tuhan itu Maha Mendengar sifatnya...

Namun aku tidak akan terus mengharap, meminta, menagih & yg seumpama dGNnya keRna aku tahu kita pasti mampu dgn izin yang Maha Satu.

moga DIA sentiasa REDHA....


sekian, moga bermanfaat... wallahu'alam





alfaQirah ila Allah

waznah alhamraa'
17 : 07 pm
08 april 2011






SEJENAK KITA BERSAMA AL-QURAN

Assalamu'alaikum wbt... bismillahi nabda'

Tinta ku awwali dengan persembahkan ayat-ayat cinta kalamullah …

Allah Ta’ala berfirman, mafhumnya : “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat serta menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Menyukuri.” (QS. Fathir: 29-30)

Dalam Shahih Bukhari, disebutkan riwayat dari Utsman bin Affan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, mafhumnya : “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.”

Dalam Shahihain, disebutkan pula hadith dari Aisyah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, mafhumnya : “Orang yang mahir membaca Al-Qur’an kelak (mendapat tempat disurga) bersama para utusan yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dan masih terbata-bata, dan merasa berat dan susah, maka dia mendapatkan dua pahala.”

Maksud dari dua pahala ini adalah salah satunya merupakan balasan dari membaca Al-Qur’an itu sendiri, sedangkan yang kedua adalah atas kesusahan dan keberatan yang dirasakan oleh pembacanya.

Sesungguhnya Al Qur'an diturunkan tidak lain kecuali untuk suatu tujuan yang mulia iaitu sebagai petunjuk tentang segala yang ada di kehidupan dan aturan dasar (hukum). Adapun pada saat ini, banyak diantara kita yang meninggalkan kitab yang agung ini, tidak memahami kandungannya bahkan tidak mengenalnya kecuali hanya pada saat-saat tertentu saja.

"Diantara mereka ada yang hanya membaca saat ada kematian, diantara mereka ada yang hanya menjadikannya sebagai jimat dan diantara mereka ada yang hanya mengenalnya pada saat bulan Ramadhan saja."

Memang benar bahwa bulan Ramadhan adalah bulan Al Qur'an, kita dianjurkan agar memperbanyak membaca Al Qur'an pada bulan Ramadhan. Namun tidak sepantasnya seorang muslim berpaling dari kitab yang mulia ini di luar bulan Ramadhan kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjanjikan keutamaan yang begitu banyak bagi para pembacanya meskipun di luar bulan Ramadhan, dan diantaranya adalah :

1. Memperoleh kesempurnaan pahala

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, mafhumnya : "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karuniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri." (QS. Fathir : 29-30)

2. Syafa'at bagi pembaca Al Qur'an

Dari Abu Umamah RA, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda , mafhumnya : "Bacalah Al Qur'an karena sesungguhnya Al qur'an itu akan datang di hari kiamat untuk mmeberi syafa'at bagi yang membacanya" (HR. Muslim)

Dan dari Abdullah bin Amru bin Ash RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : "Puasa dan Al-Qur'an akan memberi syafa'at kepada hamba kelak di hari kiamat, puasa berkata : "Ya Rabbku saya telah mencegahnya dari memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafa'at kepadanya. Dan berkata Al Qur'an :"Saya telah mencegahnya dari tidur di waktu malam, maka izinkanlah aku memberi syafa'at kepadanya, Nabu bersabda :"Maka keduanya memberikan syafa'at" (HR. Ahmad)

Oleh kerana itu dianjurkan untuk memperbanyak membaca Al Qur'an Al Karim terutama di bulan Ramadhan, kerana bulan ini merupakan bulan Al Qur'an. Para ulama As salafus Shalih bila menghadapi bulan Ramadhan mereka menyambutnya dengan membaca Al Qur'an lebih banyak dari bulan lainnya.

Mereka menyibukkan diri dengan tadarrus Al Qur'an, mempelajarinya, mengajarkannya dan qiyamul lail dengan membaca ayat-ayatnya agar mereka beruntung mendapat syafa'at dari puasa dan Al Qur'an yang mereka baca serta agar mendapatkan redha dan syurganya dari Ar Rahman.

3. Pahala yang berlipat ganda bagi orang yang membaca Al Qur'an

Dari Ibnu Mas'ud RA, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al Qur'an) maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu di lipatgandakan dengan sepuluh (pahala). Aku tidak mengatakan " 'DE "Alif Laam Mim adalah satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf" (HR. Tirmidzi)

4. akan di angkat derajat di Syurga

Dari Abdullah bin Amru bin Ash RA dari Nabi SAW bersabda, mafhumnya : "Dikatakan kepada Ahli Al Qur'an : "Bacalah dan keraskanlah dan bacalah (dengan tartil) sebagaimana engkau membacanya di dunia, sesungguhnya kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang kau baca" (HR. Tirmidzi)

5. Belajar dan mengajarkan Al Qur'an adalah amalan yang terbaik

Dari Utsman bin Affan RA dari Nabi SAW bersabda, mafhumnya : "Sebaik-baik orang diantara kalian adalah yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya" (HR. Bukhari)

Al Hafizh Ibnu Hajar berkata : "Tidak diragukan lagi bahwa orang yang menggabungkan dalam dirinya dua perkara iaitu mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya, dia menyempurnakan dirinya dan orang lain, berati dia telah mengumpulkan dua manfa'at yaitu manfa'at yang pendek (kecil) dan manfa'at yang banyak, oleh kerana inilah dia lebih utama"

6. Empat Keutamaan bagi kaum yang bekumpul untuk membaca Al Qur'an

Dari Abu Hurairah RA ia berkata Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : "Tidaklah suatu kaum berkumpul di suatu rumah dari rumah Allah (masjid) mereka membaca kitabullah dan saling belajar diantara mereka, kecuali Allah menurunkan ketenangan kepada mereka, mereka diliputi rahmat, dinaungi malaikat dan Allah menyebut mereka pada (malaikat) yang didekatNya" (HR. Muslim)

Maka berbahagialah ahlul Qur'an dengan karunia yang agung dan kedudukan yang tinggi ini, maka sungguh sangat mengherankan orang yang masih memahami isi kandungannya bahkan bermalas-malasan bahkan berpaling dari majlis Al Qur'an.

7. Membaca Al Qur'an adalah perhiasan Ahlul Iman

Dari Abu Musa Al Asy'ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur'an itu bagaikan jeruk limau; harum baunya dan enak rasanya dan perumpamaan orang mu'min yang tidak membaca Al Qur'an itu bagaikan buah kurma; tidak ada baunya namun enak rasanya. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur'an itu bagaikan buah raihanah; harum baunya tapi pahit rasanya dan orang munafik yang tidak membaca Al Qur'an itu bagaikan buah hanzhalah; tidak ada baunya dan pahit rasanya" (HR. Bukhari dan Muslim)

Orang mu'min yang tidak membaca Al Qur'an bererti dia telah menghilangkan salah satu sifat esensinya iaitu baik pada dzahirnya. Ini merupakan kekurangan bagi peribadi seorang muslim, yang seharusnya mampu membaca Al Qur'an, menghafalkannya dan mentadabburinya tapi justeru melalaikannya.

8. Membaca Al Qur'an tidak sebanding dengan Harta benda dunia.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : "Apakah salah seorang diantara kalian senang bila pulang kepada keluarganya dengan mendapatkan tiga ekor unta khalifat yang gemuk-gemuk ?" Kamipun berkata : "Ya" Beliau bersabda : "Maka tiga ayat yang dibaca oleh seseorang diantara kalian dalam shalatnya itu lebih baik dari tiga ekor unta khalifat yang gemuk-gemuk" (HR. Muslim)

Harta yang paling dicintai orang Arab pada waktu itu adalah unta khalifat, apabila unta khalifat yang besar lagi gemuk memiliki nilai kekayaan yang besar yang diperebutkan manusia, maka sesungguhnya belajar atau membaca satu ayat dari kitab Allah Subhanahu wa Ta'ala lebih baik disisi Allah dari pada unta tersebut.

Bersegera membaca Al-Qur'an lebih banyak manfa'atnya dari pada berdesak-desakan untuk berebut-rebut harta kekayaan dunia yang akan sirna tidak meninggalkan bekas. Adapun bacaan Al Qur'an maka pahalanya tersimpan untukmu.

9. Keutamaan orang yang mahir membaca Al Qur'an

Dari Aisyah RA berkata, Rasululah SAW bersabda, mafhumnya : "Orang yang mahir Al Qur'an bersama para malaikat yang mulia dan baik-baik dan orang yang membaca Al Qur'an dan terbata-bata membacanya dengan mengalami kesulitan melakukan hal itu maka baginya dua pahala" (HR. Muslim)

Setelah kita mengetahui dari hadith-hadith diatas buat saudaraku semua kaum muslim yang di sayangi Allah ta'ala, bahwasanya pahala yang besar dan kedudukan yang dicapai orang yang membaca Al-Qur'an, maka tidak ada kewajiban alasan lain bagi kita semua kecuali untuk memperbanyak membaca Al-Qur'an dan memahami lebih dalam isi kandungannya setiap saat. Mari kita bersama hiasi hidup seharian kita dengan amal ibadah, antaranya dengan banyak membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran. Semoga hadirnya halaman AL-QURAN DAN TERJEMAHNYA dapat memberi manfaat, kemudahan dan senantiasa Allah Ta'ala merahmati teman-teman semua.


*artikel yang disediakan untuk sahabat2 Halaqoh Al-Quran... (^___^)

* selamat membaca, beramal dan sama2 kita merenungkannya. moga bermanfaat.


wallahu'alam


alfaQirah ila Allah : -

~ waznah alhamraa' ~

15:40 pm

03 jamadil awwal 1432H

08 april 2011

KETAKUTAN SI ADAM....

Assalamu'alaikum wbt...

*sekadar perkongsian bersama.. dari saya, untuk saya juga untuk kalian. moga bermanfaat.

Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu saya menulis ini saya baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana sesi lab dan kuliah kedua-duanya dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini.

Pagi ini saya mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, sekali lagi Allah benarkan saya untuk mengerjakan solat Dhuha terlebih dahulu. Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak saya. Pantas saya cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ saya pada Allah.

Selesai segalanya, lantas saya menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang di hantar oleh ibu dari Malaysia saya capai, isinya saya keluarkan. Sebuah buku physiology kehijauan saya selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun saya tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran saya. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?


KETAKUTAN SEORANG LELAKI!

Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu. Saya pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang saya tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku physilogy saya, ada perkara yang perlu diselesaikan..

Lelaki oh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.

Saya teringat diwaktu dulu, ketika itu saya masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan saya belajar banyak perkara dari semua itu.

Saya insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.


Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.

‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
‘usaha’?
‘aah, usaha..’
‘oo00oo, usaha..'

Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.

‘Usahalah kenal dia, SMS laa’
‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’
‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’


Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.

‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.
‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’
‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'

Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....

Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).


TEKNIK & TAKTIK:

1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’

2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.

Untuk yang kurang pendedahan agama : Mungkin mengambil jalan untuk bercouple (dating etc)


Untuk golongan pertengahan : Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah "BERCOUPLE DALAM ISLAM'’ …


Untuk golongan yang didedahkan dengan agama : Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.


Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..


3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.

Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda.. :
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.

Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.

Allah tak zalim, CINTA ITU SUCI, MAKA PELIHARALAH KESUCIANNYA. .

Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.

Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah.. =)

Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya..saya juga seorang lelaki..:)..

Syukran "IHFADZILLAH YAHFADZKA"..

salam ukhuwah..

terakhirnya... NIKAH!

this is the way

the only way..rite? - cara yang paling terbaik. InsyaAllah.. (^____^)



wallahu'alam


sekian...



~ waznah alhamraa' ~

alFaQirah ila Allah

01 April 2011

7 pm