SERUAN ILAHI : NABI IBRAHIM TOKOH HAJI SEPANJANG ZAMAN


"AKU MENYAHUTMU WAHAI TUHANKU! AKU MENYAHUTMU! TIADA SEKUTU BAGIMU, AKU MENYAHUTMU! SESUNGGUHNYA KEPUJIAN DAN KENIKMATAN ITU BAGIMU, JUGA KERAJAAN TIADA SEKUTU BAGIMU! AKU MENYAHUTMU DENGAN HAJI YANG BENAR-BENAR PENUH DENGAN IBADAT DAN PERHAMBAAN!"

Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.

Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.

Rindu kepada Kaabah memang tidak pernah hilang kepada sesiapa jua yang sudah menyaksikan sendiri kehebatan Kaabah. Kali pertama menjejaki kaki di Masjidil Haram pasti mata akan mencari2 dimanakah objek hebat Kaabah. Apabila melihat sahaja Kaabah pasti akan terus jatuh cinta, rasa sayu dan syahdu menyusup jiwa. Terasa sangat kebesaran ALLAH SWT dan teringat betapa mujahadahnya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina Kaabah. Teringat juga bagaimana Rasulullah SAW berjuang untuk menghapuskan Jahiliyah Arab dengan memusnahkan 360 berhala yang terdapat disekeliling Kaabah.

Sejujurnya… saya juga merinduinya, rindu menjadi “tetamu”-Nya, seperti ummi dan abah saya. Sehinggakan terbawa2 ke dalam mimpi. Allahu Akbar!! Kebesaran Allah yang Maha Agung. Dan saya yakin anda juga merinduinya. Ya kan?? =) hati semakin cemburu, bila melihat gambar2 sahabat2 yang sudah pun menjejakkan kaki di tanah suci, Makkah itu. “ya Allah, bila giliran ku pula ya Allah? Berilah kesihatan berpanjangan, agar aku juga bisa merasa nikmat itu” – doa, menjadi amalan sepanjang masa. Senjata utama umat Islam.

Teringat saya pada perbualan yang berlaku antara saya dan sahabat2 serumah beberapa hari yang lepas, tentang keputusan imtihan lugha ‘arabiyyah untuk mengikuti kursus intensif bahasa arab di Timur Tengah ( Qatar & yaman – maybe ) beberapa minggu yang lepas, dapat atau pun tidak. Wallahu’alam, semuanya dalam pengetahuan yang Maha Mengetahui.. cukup DIA yang menentukan, sekiranya berjaya, Alhamdulillah, perbaiki niat untuk kesana, sekiranya tidak, mungkin belum masanya ke sana, dan jangan berputus asa untuk mencuba lagi =) (seperti saya : setiap mencubanya)

“apa perasaan pertama kali jejak kaki ke mesir” – Tanya sahabat saya.

“erm.. Alhamdulillah.. hiba.. gembira.. air mata menjadi saksi” – balas saya, sambil mengukir senyum.

“terasa macam mimpi kah”

“ya.. siapa sangka, Allah “tunda” masa saya dua tahun yang lepas, sewaktu dapat tawaran ke sana, tapi tak dapat pi, DIA gantikan dengan semester lepas, walaupun dari tempoh setahun, menjadi sebulan..”

Hakikatnya… saya bersyukur, walau masih belum merasa puas, hati saya meronta2 untuk ke sana lagi. Hanya DIA yang TAHU kenapa, tapi tidak yang lain..

“ummu ad-Dunya – banyak kisah sejarah nabi di sana..”

“jelesnya. Harap2 lulus imtihan tu, dan dapat pi timur tengah” sampuk sahabat yang sedari tadi diam membisu, hanya memasang telinga mendengar perbualan saya dan teman saya.

“tapi kali ni, saya rindu nak jumpa “kaabah””- kata saya.. perlahan..

Dua orang sahabat saya yang tadi, terdiam.. merenung dalam2 kepada saya. Dan saya membalasnya dengan sebuah senyuman yang terindah. Hihi.. (maaflah sekiranya kata2 saya mengejutkan kalian)

Teringat juga pada seorang sahabat saya, setiap kali dalam munajatnya : “ya Allah, temukanlah aku dengan bakal “imam”ku di sana, di saksikan Kaabah yang sentiasa di hujani dengan umat Islam” – saya meng”amien”kan do’anya. Murninya niatmu sahabat. Tanpa di duga, kita punya niat dan do’a yang sama. Menemui si “dia” yang masih belum di kenali, di sana, di bumi barakah. Paling tidak pun, pergi ke sana bersama si “dia” yang sudah halal untuk saya.. Moga2 ada barakahnya. Amien =)

Pasanglah azam, teguhkan niat, jangan pernah berhenti mengutuskan doa kepada yang sentiasa Mendengar. Jangan lupa “berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan kabulkan” – itu janji Allah. Niat baik, Allah akan permudahkan. Walau belum kesampaian, insyaAllah, sudah di catat sebagai pahala di sisi-Nya. Rabbi Yassir, wa la tu’assir…


KHUTBAH EID ADHA : ISI UTAMA TAJUK =)


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahi alhamdu..

Taqobballahu minna wa minkum.. kullu ‘aam wa antum bikheir

Hari ini.. hari raya eid ‘adha. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan merasai nikmat bernyawa di hari yang penuh barakah. Menyempatkan diri untuk solat sunat hari raya berjemaah di Masjid Ikhlasiah. Terkejut melihat ramainya bilangan jemaah yang hadir untuk sama2 menunaikan solat sunat hari raya, hinggakan ke luar pagar masjid tersebut. Alhamdulillah.. hanya itu yang terlafaz di bibir saya..

usai menitipkan do’a kepada yang Maha Esa, khatib memulakan khutbah dengan melafazkan kalimah suci, takbir, di susuli tasbih dan tahmid. Mata saya berlegar2, mencari ruang2 kosong di dalam masjid untuk di tempati.. “mahu khusyu’ dengar khutbah” – bisik saya perlahan =) sahabat2 yang lain juga sepertinya memberikan sepenuh perhatian kepada isi khutbah yang di sampaikan.


Bismillahirrahmanirrahim…

Setiap kali kehadiran bulan Dzulhijjah, akan tersingkaplah kisah sejarah agung mengenai ibadah korban dan pelaksanaan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah haji di kota suci Makkah. Pada ketika ini juga jutaan umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia tidak mengira warna kulit, rupa, bangsa atau keturunan mahupun status ekonomi telah berhimpun semata-mata menyahut seruan ilahi dalam pelaksanaan ibadah haji. Namun bagi umat Islam yang tidak berpeluang untuk menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini, yakin dan percayalah bahawa masa dan ketikanya akan tiba juga. Justeru, seperti di tempat-tempat lain juga ibadah korban tetap dilaksanakan mengikut hari-hari tasyrik yang ditetapkan sebagai simbol pengorbanan umat Islam terhadap agama yang dicintai ini.

menyorot kembali kisah Nabi Ibrahim AS yang selayaknya dinobatkan sebagi “tokoh haji” sepanjang zaman kerana sumbangan baginda yang besar dalam pelaksanan syariat haji dan korban seterusnya membangunkan sebuah negara yang diredhai Allah SWT.

Rentetan perjalanan hidup Nabi Ibrahim AS sangat dramatik, khususnya ketika baginda mempertaruhkan nyawanya untuk dibakar oleh Namrud, raja yang zalim di Iraq. Drama kehidupan Ibrahim AS tidak terhenti di situ sahaja. Setelah dikurniakan anak bernama Ismail AS yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama dalam usia tua, baginda diperintahkan Allah SWT pula untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Bagaimanakah hati dan perasaan seorang ayah taktala menerima perintah untuk berbuat demikian pada anak yang tercinta? Namun semua itu tidak pernah melunturkan keyakinan dan keimanan baginda kepadaAllah SWT, serta rasa cinta baginda terhadap penciptanya.

Segala perintah Allah SWT dijalankannya dengan sempurna, tanpa rasa ragu walau sedikit pun, sekalipun harus mengorbankan dirinya, isterinya atau anaknya. Peristiwa tersebut telah dirakamkan melalui pujian Allah SWT terhadap Ibrahim AS melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 124:

Bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (perintah), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam 4(Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga dari keturunanku (pemimpinpemimpin)". Allah berfirman: "(Doamu Kuterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan meliputi orang-orang yang zalim."

Berbekalkan pengalaman luas dalam menghadapi masyarakat yang terkunci hatinya, Nabi Ibrahim AS telah mampu merancang pembangunan sebuah kota dengan komuniti baru pula. Perkara ini dilakukan kerana Nabi Ibrahim AS memahami bahawa masyarakat yang sudah berlumuran dengan kemusyrikan

dan kekufuran, terbelenggu dengan hidup bertuhankan pemikiran, syahwat dan kesombongan, pasti menjadikan mereka sukar diajak untuk meyakini sebuah fahaman yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Keadaan demikian kerana taraf pemikiran dan kehidupan mereka sudah jauh tersasar daripada fitrah suci yang Allah SWT ciptakan, iaitu cenderung kepada kebenaran yang diturunkan Allah SWT melalui para Rasul-Nya.5

Di lembah itulah baginda diperintahkan Allah SWT membina Kaabah. Di sekitar Kaabah itulah baginda memulakan pembangunan kota Makkah, masyarakat baru dan kehidupan baru dengan visi baru, paradigma baru, falsafah baru dan konsep baru berdasarkan sistem wahyu yang diturunkan Allah SWT.

Bayangkanlah bagaimana sukarnya membangunkan sebuah Bandar baru di bumi yang tandus dan dipenuhi gunung-ganang serta lembah-lembah berbatu?,malah, untuk merancang sebuah komuniti dan masyarakat di kawasan baru bukanlah perkara yang mudah diterima akal manusia biasa.

Bukan hanya tiada tumbuh-tumbuhan, sumber air juga tidak kelihatan. Kacamata materialisme yang hampa terhadap Allah SWT dan kekuasaan-Nya tidak akan mampu menerima kenyataan itu. Tetapi itulah kenyataan ketaatan mutlak kepada sistem wahyu yang diuruskan bertentangan dengan akal manusia biasa. Berdasarkan keimanan yang penuh dan keikhlasan beribadah, di tangan Ibrahim dan keluarganya lahir pelbagai mukjizat yang dapat disaksikan umat manusia sepanjang masa.

Kaabah sebagai ‘rumah Allah’ menjadi kiblat umat Islam sepanjang masa. Air zamzam yang menurut penelitian para ilmuan sebagai satusatunya air mineral berkualiti terbaik di dunia sudah ribuan tahun diminum oleh jutaan kaum Muslimin setiap tahunnya, namun tidak pernah kontang sedikit pun sumber airnya.

Sebelum memulakan pembangunan sebuah negeri, kota dan masyarakat baru, Nabi Ibrahim AS terlebih dahulu menetapkan visi pembangunannya. Visi baginda tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendirikan sebuah negeri yang aman daripada akidah dan keyakinan, aman daripada memperhambakan diri kepada tuhan-tuhan selain Tuhan Pencipta Allah SWT, aman daripada sistem kehidupan dan peraturan yang merosakkan fitrah serta akal sihat manusia, aman daripada keadaan muamalah dan praktik ekonomi ribawi, rasuah dan industri yang merosakkan lingkungan alam, darat, laut dan udara.

Selain itu, ia harus aman daripada amalan monopoli ekonomi oleh segelintir pengusaha yang berhubung kait dengan penguasa, aman daripada penyimpangan tadbir urus dan hukum serta undang-undang ala mafia. Ia juga aman daripada pengaruh budaya dan tradisi bangsa lain yang merosakkan keperibadian serta jati diri manusia sebagai makhluk Allah yang paling mulia, aman daripada pelbagai perkara yang mengandungi kesengsaraan dalam kehidupan manusia di dunia dan akhirat, aman daripada tindakan kezaliman penguasa yang suka menzalimi umat dan rakyatnya, aman daripada penyimpangan perilaku masyarakat yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Rabbani dan lebih daripada itu semua, aman daripada murka dan azab Allah di dunia dan akhirat kelak.

Berdasarkan visi itulah, Ibrahim AS menyusun dan merumuskan konsep pembangunan negeri Makkah dan masyarakatnya di mana hingga hari ini masih boleh kita lihat hasil dan faktanya walaupun telah dibangunkan lebih daripada 4000 tahun yang lalu.


Sekadar itu saja yang mampu di ingati. Moga2 bermanfaat untuk bacaan kalian. Banyak ibrah lain yang boleh kita hayati dari kisah agung yang tercipta antara Nabi Ibrahim AS dan putranya, Nabi Ismail AS. Ibrah cinta dan ketaatan. Cinta dua insan yang cinta mereka teguh kepada Tuhan mereka, dan Tuhan kita.. Allah SWT.

Akhir kalam, salam kema’afan saya titipkan untuk keluarga tersayang yang jauh di mata, namun sentiasa dekat di hati. juga untuk mereka yang sentiasa ku cinta kerna DIA yang meniupkan ruh cinta itu ke dalam hati ku, moga kalian sentiasa di dalam naungan rahmat-Nya, amien…


Pesan dari seorang anak : untuk yang bergelar anak…

Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.

Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.

Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.

Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.

Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha,

maafkanlah anakanda yang kejauhan.

Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.

Maafkan kami wahai ayah dan bonda.

Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan


p/s : syukran kathir buat sahabat2 yang sudi bertandang ke teratak kami.. mastinah, syela, izzati, hapizah dan yang lain2nya.. =) [maaf, hidangan ala kadar saja, moga2 ianya mengenyangkan dgn penuh barakahnya]

sekian, wallahu’alam…


al-FaQirah ila Robbiha :

~ waznah alhamraa' ~

11 dzulhijjah 1432H

07 November 2011

12:46 AM



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

KANVAS CINTA





_ Indahnya bila hati sayu mengenangkan kebesaran & nikmat Allah, indahnya sekiranya kita mampu sebaris dengan Zinnirah juga Rabiatul ‘Adawiyyah.. tapi sayang, mungkin masih terlalu jauh, wahai diri.. jangan khianati diri sendiri hanya kerana duniawi _


“Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)” [Al-Anbiya’ : 88]

Begitulah pesan Allah SWT pada hamba2-Nya…


“perbanyakkanlah istighfar, maka Allah akan hilangkan kedukaanmu, Allah akan beri jalan keluar kepada masalahmu, dan rezki akan datang dari arah yang tidak di sangka-sangka”

Begitu juga pesan Rasulullah SAW pada ummah kecintaannya…


Allahu Akbar! tangisan panjang di atas sejadah cinta. Memujuk hati “huszudzon pada Penciptamu”, air mata di biarkan mengalir.. mengalirnya… sederas mahu mu. Tenang dengan bisikan tadzkiyatun nafs – tulang belakang kepada Islam.

Deraian air mata, bukan kerna sedih atas apa yang berlaku, tapi … terasa Allah “sentuh” hati yang sentiasa berbolak balik dengan fitnah dunia yang semakin menjadi-jadi. Betapa Allah menyayangi insan yang sentiasa alpa ini. Mujur ada yang sudi menemani, mengharungi liku2 kehidupan yang penuh pancaroba. Menahan air mata yang semakin menderas, bacaan Kalamullah meresap ke dalam corong telinga, mendamaikan hati yang bergelora.. lazatnya kenikmatan yang DIA kirimkan untuk ku.. subhanallah..




Engkau teramat setia kepadaku

biarpun Engkau tidak melafazkannya...

aku tahu betapa luas kasih & cintaMu

walaupun aku amatlah tidak layak untuk cintaMu

aku tahu Engkau amat sayangkan hambaMu

& Engkau juga tahu.. bagaimana perasaanku padaMu

Rabbul ‘Izzati... Ya Allah...

Engkau teramat setia dengan hambaMu ini...

setiaMu tidak dapat diungkap hanya dengan bait2 cinta nan indah

yang tidak tertulis biarpun dengan tujuh lautan tinta...

biarpun lautan itu sedalam tingginya puncak gunung mencakar awana



Ya Ghaffar...

saat di mana aku jatuh ke dalam jurang dunia yang dalam

Engkau hulurkan aku dengan taliMu menyelamatkan aku

mencapai tanganku lantas membangkitkanku semula untuk kembali ke jalanMu

biarpun hambaMu ini teramat berat dengan dosa2 yang menggunung...

Engkau masih setia memancarkan nur kasih dan hidayahMu

agar hambaMu ini tidak terus jatuh dan mati di dalam lembah dosa nan hina...



Ya Muhaimin...

saat aku sesat di kala malam dosa

tatkala aku telah buta dengan nikmat dunia ini

kau tunjukkanku sinar nur hidayahMu padaku...

memimpinku ke jalanMu... biarpun hati ini telah terlalu buta...

terlalu gelap untuk menerima segalanya

Engkau tidak berhenti memberikan hidayahMu...



Ya Allah... saat aku kesunyian tanpa teman...

saat aku sedih & berduka...

saat aku perlukan tempat untuk mengadu...

Engkau hadir menemani dengan kalamMu nan indah

petunjuk & pedomanMu ini bak puitis cintaMu padaku...

menceriakan hatiku yang sedang berduka lara

puitis yang tiada bandingnya...

aku ceria mendengarnya

hilang segala resah di jiwa



Ya Ilahi...

saat aku terlupa akan diriMu

terpesong dari jalanMu

kau hadir dengan peringatanMu

mengingatkanku kembali jalan pulang kembali ke pangkuanMu

sedang aku asyik dengan nikmat dunia

Engkau tidak biarkan aku hanyut didalamnya...

kerna kau tahu dunia itu hanyalah fana'

biarpun aku selalu lupa...

kau tetap setia dengan peringatan2 Mu padaku...


Ya Allah...

aku tahu kau amat setia dengan hambaMu

& aku tahu amat menyayangi hambaMu

tapi aku tidak tahu mengapa...

aku selalu menyakitiMu dengan dosa2ku...

aku selalu memungkiri janjiku padaMu

aku juga sering kali tidak mengendahkan CintaMu itu

namun setelah semua itu...

yang hadir padaku tetap CINTAMU padaku...



Ya ALLAH Rabbul ‘Izzati... kini...

merona cintaku padaMu...

ku ingin membalas lafaz cintaMu...

ku ingin mengungkap bait cintaku padaMu...

tatkala saat aku bertemu denganMu menyahut cintaMu

akan ku tetap setia menunggu saat itu

saat kematian untuk aku bertemu dengan cinta teragungku...

& mengungkap lafaz.... “inni ahibbak awi awi”

Bait2 kata ini aku tulis dengan penuh rasa cinta

berkanvaskan kertas kasih...

menggunakan pena rindu dan sayang...

kutulis bait2 cinta ini hanya untuk-Mu...

hanya untuk-Mu Tuhan yang Maha Mencintai...

dulu... kini... & selamanya...

hanya Engkau Pemilik Cintaku...

Ya Allah... Engkaulah cinta teragungku...

Maka, ya Allah, pimpinlah aku selalu



Amien ya Rabbal ‘Alamien…



Al-faQirah ila Robbiha :

- waznah alhamraa’-

09 dzulhijjah 1432H

05 November 2011

15:40 am

"DARJAT" IMPIAN

Oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai muslimah mukminah…

“WANITA SOLEHAH” ….

Lalu bagaimana??




Yang hatinya dibalut rasa taQwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deenullah ‘ulya

Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah

Yang senantiasa merindui untuk menggapai redha Ilahi

Solat.. sebagai bekal baginya untuk di dunia hari muka

Bibir dan lidahnya tidak pernah letih untuk menyatakan yang benar

Apatah lagi.. dia tidak pernah gentar berperang dengan hawa nafsunya

Sentiasa mendidik dirinya untuk terus berada pada saff mujahidah fi sabilillah

Pesan dari ‘abidah dho’iefah…

Untuk sekalian muslimah yang inginkan syurga sebagai istana idamannya..

Didik hati.. pimpinlah diri untuk menjadi wanita solehah

Tutur kata yang sentiasa dijaga

Tidak angkuh dengan ilmu yang penuh di dada

Jauh sekali niat untuk bermegah dengan harta dunia yang dimilikinya

Kebajikan.. dia lakukan kerna sifat penyayang

Di sisinya, teman yang menyenangi, bukannya musuh yang menghampiri

Tiba satu saat.. dengan idzin yang Maha kuasa

Wanita solehah inilah…

Suami tercinta di hormati

Ibu, ayah di hargai..

Mendampingi suami… tarbiyatul aulad intima’ fi Islam

Hidupnya.. cukup sekadar dalam bersederhana

Kerna baginya..

Dunia hanya rumah sementara

Untuk menuju kampung akhirat yang nyata..

Wahai diri dan sekalian muslimah yang ku kasihi

Ayuh..

Bersamalah.. bersedialah…

Untuk menjadi wanita solehah..

Menjadi makmum untuk imamnya

Sepenuh hidup bernaungkan al-Quran dan Qona’ah

Sujudnya… tanda syukur pada sifat ar-Rahman dan ar-Rahiem-Nya

Lelah matanya… hanya tumpunya pada tilawatul Quran

Lesu suaranya kerna letih berdzikir

Lelap tidurnya dalam cahya keImanan..

Bangkitnya di sepertiga malam…

Untuk menemui Kekasih Kecintaan

Subuhnya dengan penuh kesediaan

Satu hakikat yang dia akui..

“menjadi wanita solehah itu adalah melebihi apa pun di dunia..”

Bertambah usia, bertambah kematangannya

Kitakah wanita solehah yang dikatakan..??

Tulus dan luhur dari hatinya yang terdalam

Penciptaannya.. adalah untuk meng’abdikan diri pada yang Maha Esa

Dunia..dijadikan ladang menanam benih-benih ketaQwaan

Untuk di raih hasilnya di akhirat sana..

Kerna.. TaQwa itulah yang membezakan antara aku, kamu, dan kita semua..

Wanita solehah pengemis cinta Rabbul ‘Izzati..

Lindungilah dan peliharalah buah kehidupan itu sebaiknya

Agar.. tumbuhnya putik tunas yang menjaga diri di alam baQo’

Tegarlah dalam meneruskan perjuangan..

Musafir menuju redha dan cinta DIA

Moga saja.. wanita solehah

Tidak terpesona dengan buaian dunia fana

Kerna.. aku yakin…harapan pada akhirnya

Adalah untuk berada di Syurga Allah nan indah..

Moga istiQomah.. untuk meraih darjat “wanita solehah” di sisi Tuhan yang Maha Esa~



Wallahu’alam…




Al-FaQirah ila Robbiha :

~ waznah alhamraa’~

13 DzulQaedah 1432H

11 Oktober 2011

23:58 PM

SAKIT ITU ADA HIKMAHNYA

Dengan Asmaa’ullah yang Maha Agung, ku mulakan tinta dengan idzin yang Maha Kuasa..

Kalam cinta dari taman al-Quran, kata Allah, mafhumnya : “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157)

Sepi malam, bertemankan alunan dzikir-dzikir indah, kalamullah.. penyejuk hati di kala gundah dan resah, syifaa’ul qolbi di saat sakit dan patahnya hati. Mata masih segar, seperti tidak ada tanda2 mahu me”rehat”kannya, namun, untuk memenuhi syarat menemui Kekasih ku Ilahi disepertiga malam nanti, insyaAllah, mata yang kecil ini akan dilelapkan juga. =)

Mujahidah solehah (roommate) saya sudah terbuai dalam mimpi indahnya, mimpikan “kekasih hati” yang belum ditemui katanya. Kasihan, penat barangkali, merawat saya sehari suntuk, melayan karenah waznah alhamraa’ yang mengalami demam panas. Hampir setengah hari tidak sedarkan diri.. lemah.. hanya DIA yang Tahu betapa sakitnya. Allahu Robbi, syukran sahabat, hanya Allah yang mampu membalas kasih sayangmu..

“kalau kakak tahu, kakak yang akan gantikan tempatnya semalam”- kata kakak..

Sebak rasanya.. naluri seorang kakak, sepertinya seorang ibu kepada kami semua, warga RB. Demam melanda diri, setelah meredah tangisan langit Ilahi, dalam perjalanan pulang ke jannatuna baituna daieman fi qolbi semalam. Siapa sangka, semuanya dalam catatan takdir Maha Mengetahui, paginya saya rasa sihat wal’afiat saja, malamnya badan sudah terasa sakit2 dan lemah. Ingin saja saya menangis, tetapi tidak mahu kalah dengan sifat manjanya diri. Di saat itu juga, perasaan rindu kepada usrah yang jauh dari diri, mencengkam sanubari. Allah.. ku titip salam cinta dan sayang dari jauh, buat mereka yang tercinta.

“Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan inipun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekedar gambaran ini” ( Ibn Qoyyim - Syifa-ul Alil fi Masail Qadha wal Qadar wa Hikmah wa Ta’lil hal 452).

HIKMAH TERSEMBUNYI DARI RASA SAKIT

Mungkin saya terleka seketika.. disebalik rasa sakit itu, ada hikmah terpenting yang tersembunyi. Itulah manusia, kadang-kala tidak bersyukur dengan anugerah dari Ilahi. Acapkali bila sakit menimpa diri, mulalah berkeluh kesah, bahkan mungkin lebih parah apabila meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir. Wal’iyadzubillah, moga Allah terus menerus melindungi dari perbuatan semacam itu. Padahal apabila mereka mengetahui hikmah dibalik semua itu, insyaAllah, sakit itu akan terasa ringan disebabkan banyaknya rahmat dan kasih sayang dari Allah Ta’ala.Sakit itu satu nikmat. Ya.. nikmat di mana dosa-dosa si hamba terhapus, insyaAllah..

Duhai diri yang merindui Maghfirah Ilahi…

Sakitnya dirimu kini.. kerna itu adalah penawar kepada dosa-dosa mu yang sudah berlalu pergi. Sabar.. sabar.. dan teruslah bersabar. Sakit itu dari Allah, penawarnya juga dari Allah. Sakit itu musibah, musibah yang Allah turunkan, tanda DIA cinta dan sayangkan dirimu. Allah melindungi imanmu dari terus lalai melakukan dan menambahkan dosa.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).

“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”. (HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).

“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).

“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Teladanilah sikap para sahabat, bagaimana mereka sekiranya tidak ditimpa sakit dalam jarak masa yang lama, mereka akan gelisah dan tertanya2 adakah Allah s.w.t. sudah tidak mengasihi mereka. Sebabnya mereka faham akan hakikat bahawa seorang manusia apabila menyukai seorang yang lain, maka beliau akan berusaha untuk menyenangkan hatinya. Sedangkan Allah, apabila menyukai seseorang hamba, maka akan diujinya hamba itu mengikut tahap cintanya. Sebab itu ujian yang paling berat diterima adalah daripada kalangan Nabi dan Rasul.

Saya kongsikan sebuah kisah…

Disebutkan dalam sebuah hadith, ada diceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengemukakan pertanyaan kepada para sahabat: "Siapakah di kalangan kamu yang suka sentiasa sihat tanpa sakit?"

Jawab para sahabat: "Kesemua kami."

Baginda bertanya lagi: "Adakah kamu suka menjadi seperti keldai liar yang mengganas? Tidakkah kamu suka menjadi orang yang ditimpa bala dan orang yang mendapat penghapusan dosa? Demi diriku di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya Allah pasti menguji orang mukmin dengan bala dan apa yang diuji itu tidak lain melainkan untuk memuliakannya."

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sakit itu mengerangnya adalah tasbih, jeritan dan tidurnya adalah ibadah, nafasnya adalah sedekah dan berbalik-balik ke kiri dan kanan itu adalah memerangi musuh, iaitu sama pada pahalanya."

Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menyatakan, ada sebuah hadith yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T mengutuskan kepada seorang yang sakit itu dua malaikat untuk melihat apa yang dikatakannya kepada pengunjungnya. Sekiranya dia mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah, Allah berfirman: "Bagi hambaKu, sekiranya Aku mematikannya nescaya Aku memasukkannya ke dalam syurga. Dan sekiranya Aku menyembuhkan nya nescaya Aku menggantikan daging badannya yang lebih baik daripada sebelum ini, darah yang lebih baik daripada darahnya serta Aku hapuskan kejahatannya. Kelebihan Allah lebih luas daripada semua itu."

SATU PERINGATAN : NIKMAT SIHAT TIDAK DISYUKURI

Nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita, tidaklah terhitung banyaknya. Bahkan kalau kita mencuba melakukan hitungan itu, tidak akan kita mampu kerna banyaknya. “Dan jika kamu (mencoba) menghitung (nikmat Allah), pastilah tidak akan mampu melakukannya,” demikian firman-Nya dalam al-Quran

Antara lima itu ialah hargai nikmat sihat sebelum hadirnya nikmat sakit.. =)

Sabda Rasulullah SAW, Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesihatan dan waktu luang”. (HR. Bukhari, no: 5933)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Kenikmatan adalah keadaan yang baik, ada yang mengatakan kenikmatan adalah manfaat yang dilakukan dengan bentuk melakukan kebaikan untuk orang lain”. (Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari, penjelasan hadits no: 5933)

Ulasan dari Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Kadang-kadang manusia itu sihat, tetapi dia tidak longgar, kerana kesibukannya dengan penghidupan. Dan kadang-kadang manusia itu cukup (kebutuhannya), tetapi dia tidak sihat. Maka jika keduanya terkumpul, lalu dia dikalahkan oleh kemalasan melakukan kataatan, maka dia adalah orang yang tertipu. Kesempurnaan itu adalah bahwa dunia merupakan ladang akhirat, di dunia ini terdapat perdagangan yang keuntungannya akan nampak di akhirat.

Maka barangsiapa menggunakan waktu luangnya dan kesihatannya di dalam ketaatan kepada Allah, maka dia adalah orang yang pantas diirikan. Dan barangsiapa menggunakan keduanya di dalam maksiat kepada Allah, maka dia adalah orang yang tertipu. Kerana waktu luang akan diikuti oleh kesibukan, dan kesihatan akan diikuti oleh sakit, jika tidak terjadi maka masa tua.

Sebagaimana dikatakan orang “Panjangnya keselamatan (kesihatan) dan tetap tinggal (di dunia) menyenangkan pemuda. Namun bagaimanakah engkau lihat panjangnya keselamatan (kesihatan) akan berbuat? Akan mengembalikan seorang pemuda menjadi kesusahan jika menginginkan berdiri dan mengangkat (barang), setelah (sebelumnya di waktu muda) tegak dan sehat”. (Fathul Bari)

Selagi nyawa masih bersatu dengan jasad nan satu, bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah. Percayalah, apabila kita selalu bersyukur, maka kita akan tenggelam dalam setiap nikmat yang Allah berikan dengan penuh keredhaan. Meskipun sedikit, insyaAllah, ianya akan penuh barakah.

Pesan Imam Ghazali, syukur itu tersusun dari tiga hal, iaitu ilmu, hal (keadaan), dan amal (perbuatan). Ilmunya ialah dengan menyedari bahwa kenikmatan yang diterimanya itu semata-mata dari Allah Swt. Keadaannya adalah menyatakan kegembiraan kerna memperoleh kenikmatan. Amalnya adalah menunaikan sesuatu yang sudah pasti menjadi tujuan serta yang dicintai oleh Allah Swt yang memberi kenikmatan itu untuk dilaksanakan.

Sakit itu merupakan pintu yang akan membukakan kesedaran seorang hamba bahwasanya dia sangat membutuhkan Allah Azza wa Jalla. Tidak sesaatpun melainkan dia butuh kepada-Nya, sehingga dia akan selalu tergantung kepada Robb-nya. Dan pada akhirnya dia akan senantiasa mengikhlaskan dan menyerahkan segala bentuk ibadah, doa, hidup dan matinya, hanyalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semata

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.

p/s : “serikandi perindu syurga Ilahi kena kuat.. bersabarlah, tenanglah dengan ujian sakit yang Allah berikan” – syukran akh mujahid atas taujihatnya =)

sekian…

al-FaQirah ila Rabbi :

~ waznah alhamraa’~

10 oktober 2011

2:56 AM