LEMBARAN BARU BUATMU MAHASISWA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ALHAMDULILLAH.. masih di berikan peluang untuk kembali menulis sesuatu dalam blog amriena rasyada. Rasa bersalah menyelubungi diri apabila lebih hampir beberapa minggu kerja da’wah di alam maya ini di tinggalkan. Sudah hampir dua minggu aku kembali ke bumi tempat aku bertapak, kukuh berdiri, meneruskan perjuangan menuntut ‘ilmu duniawi jua ukhrawi untuk melayakkan lagi aku untuk menjadi seorang hamba yang bergelar da’ie, walau terkadang perasaan futur datang menjadi tetamu tanpa di undang.

Setelah cukup sudah tempoh untuk bercuti dari sesi kuliah, meninggalkan semester lepas yang cukup meletihkan ( bagi pandangan sebahagian mahasiswa ) dengan hidangan bermacam subjek yang cukup mengenyangkan minda dengan minggu ulangkaji yang sememangnya melelahkan, akhirnya, hamdulillah, masih di beri kesempatan oleh Allah Ta’ala untuk mahasiswa di APIUM ini berhimpun kembali.


Dalam semester yang baru, suasana yang baru, azam yang baru, jua matlamat yang baru. Pendek kata semuanya baru. Lega! Namun nafas lega yang dihela selama tempoh sebulan itu ternyata tidak panjang tempohnya. Tanggal pengumuman keputusan peperiksaan yang di nanti-nantikan oleh seluruh mahasiswa di sini benar-benar menyesakkan dada. Khususnya bagi mereka yang terasa begitu asyik berpencak di gelanggang peperiksaan. Rasa-rasanya jurus yang dipelajari selama masa pertapaan sudah begitu banyak. Ditambah lagi dengan sesi ulangkaji dan latih tubi yang berulang-ulang, masakan tewas akibat keputusan yang diterima tidak memuaskan hati.

apabila sahaja gred yang dinantikan dengan penuh debaran tiba di tangan, bagaimanakah agaknya reaksi kita ketika itu? Apakah kita mampu menerima segala ketentuan yang telah di tetapkan? Pastinya akan wujud emosi yang bercampur baur dan lebih menarik apabila perasaan ini diputuskan oleh paparan abjad, A, B, C, D, E atau F, yang kuasanya terlalu hebat hingga mampu untuk memandu tindakan pemiliknya. Ada yang memberi respon yang positif berlandaskan kebijaksanaan dalam mengawal emosi diri walaupun mungkin keputusan yang di terima tidak sama seperti apa yang di impikan, ada juga yang bertindak di luar kawalan. Pokoknya, nafsu yang tidak pernah kenal erti nakal pasti akan menguasai rasional pemikiran jika tiada pedoman yang mengawal sikap manusia.

Wahai hamba-hamba Allah yang bergelar MAHASISWA, penganut Islam yang taat, insyaallah. Begini seharusnya kita dalam menghadapi natijah yang dikirimkan oleh Allah Ta’ala untuk kita. Jangan pernah sekali-kali terbit di hati kecil kita ini untuk memungkiri ketetapan yang telahpun diutuskan oleh Tuhan sejak kita mula berada dalam kandungan bonda tercinta. Apa pun natijah peperiksaan yang kita terima, adab-adab dengan Allah Azzawajalla tetap perlu kita pelihara. Jangan terlalu ghairah menurutkan hawa nafsu hingga tertonjol akhlak mazmumah, apalagi sampai menderhakai Tuhan. Kejayaan yang dii’tiraf manusia tidak bermakna dijanjikan kemenangan di sisi Allah Ta’ala.

1. BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH TA’ALA

firman Allah Ta’ala dalam kitab suci ‘azim, mafhumnya : "Mereka berprasangka yang tidak benar terhadap Allah, seperti prasangka jahiliyah; mereka berkata: ‘Apakah ada bagi kita sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini.’ Katakanlah: ‘Sungguh, urusan itu seluruhnya di tangan Allah.” (Ayat 154, surah Ali Imran).

menurut ibnu Qayyim, ayat ini sebenarnya memberi maksud membahagikan prasangka buruk terhadap Allah Ta’ala kepada tiga kategori, meliputi; menafikan adanya hikmah dari Tuhan, menolak takdir-Nya dan mengingkari bahawa agama Islam bakal dimenangkan oleh Allah 'Azzawajalla. Sedarilah bahawa tindakan menolak qada’ dan qadar Tuhan menjadikan individu tersebut tidak ubah seperti kelompok kafir sebagaimana yang dikhabarkan di dalam Al-Qur’an. Malah, turut menjejaskan kekukuhan tiang iman lantaran keingkaran terhadap salah satu rukunnya!

Demi menyelamatkan diri dari perbuatan yang membahayakan iman ini, solusi yang terbaik yang perlu kita laksanakan demi menyelamatkan diri kita dari perbuatan yang membahayakan iman serta memberi kesan yang buruk ialah dengan berusaha sedaya mampu untuk mengenali Allah 'Azzawajalla dengan lebih terperinci lagi, berdasarkan asma’ dan sifat-Nya yang tiada tara kemuliaannya. Betapa nama-nama Allah Ta’ala yang suci telah menggambarkan sifat Allah ‘Azzawajalla sebagai Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bukankah Tuhan telah menyediakan bermacam kurniaan untuk segenap makhluk ciptaan-Nya, lalu adakah semudah itu untuk kita mengingkari penghakiman Tuhan hanya kerana secebis markah peperiksaan? Inilah petanda kufur nikmat yang kian merajai diri.

Belajarlah.. dan teruslah belajar untuk menerima dan meredhai segala aturan yang telah di tetapkan Tuhan. Kita harus percaya bahawa setiap dugaan yang mendatang ialah ujian-ujian dari Tuhan dan pastinya di balik setiap ketetapan itu, Allah ‘Azzawajalla jauh lebih mengetahui akan baik dan buruknya. Beban cubaan yang menimpa ini juga tidak sekali-kali melampaui kemampuan individu yang diuji. Yakinlah bahawa menhnah dan tribulasi yang berjaya ditempuh akan meninggikan darjat keimanan para hamba yang senantiasa berhajatkan mardhatillah. Tiap-tiap tangis sedih kita bakal digantikan dengan riang tawa ahlul Jannah jika kita menjadikan sabar sebagai perisainya.

2. IBADAH SYUKUR DAN SUNAT-SUNAT YANG LAIN

Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah digambarkan sebagai hamba yang paling bersyukur, apabila Baginda bersolat sunat sehinggalah kedua tumitnya pecah. Lalu Baginda ditanya tentang amalannya yang sebegitu rupa, sedangkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang sentiasa diampunkan oleh Allah Ta’ala. Jawapan Baginda cukup mudah namun menggugah jiwa; “Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

jika kita melihat kepada sirah nabawiyyah, betapa Rasulullah Sollahu ‘alaihi wassalam menjaga ‘ibadah baginda walaupun baginya sudah pun terbina mahligai di Syurga, apatah lagi jiwa-jiwa yang masih belum diketahui nasibnya di akhirat kelak. Manifestasi syukur Baginda terlalu mengagumkan dan wajar diikuti oleh umatnya di setiap ketika, bukan hanya apabila suatu kesukaran datang merintangi. Seakan-akan telah wujud suatu persepsi tipikal bahawa amalan sunat hanya perlu digiatkan apabila musim peperiksaan makin hampir, buktinya musolla-musolla akan penuh dengan pengunjung yang tidak akan habis-habis sehingga terkadang perlu melakukan beberapa shif. Sujud syukur hanya akan dikerjakan hanya apabila gred yang diperolehi sejajar dengan apa yang dicita-citakan. Inilah anggapan yang tidak tepat dan perlu disingkir jauh-jauh.

Meningkatkan amal ibadah menjelang peperiksaan adalah sikap yang terpuji. Namun lebih terpuji jika rutin yang membuahkan pahala itu dilaksanakan secara berterusan biarpun selepas tamat peperiksaan. Malahan, hinggalah ke akhir hayat kita! Jadikanlah detik-detik getir peperiksaan yang mendekatkan kita dengan Tuhan sebagai satu permulaan untuk berbuat amal soleh, kemudian diiringi dengan iltizam untuk beristiqamah sehabis mungkin.walaupun keputusan yang kita terima itu memenuhi impian atau mungkin terdapat sedikit kurangnya, tetaplah terus mengerjakan sujud syukur. Juga puasa sunat yang berperanan untuk membersihkan kalbu. Tidak mendapat apa yang dicita-citakan bukanlah suatu alasan yang baik untuk meninggalkan amalan menyembah Allah ‘Azzawajalla. Jangan sekali-sekali bersifat sombong dan seolah-olah merasakan ada kondisi yang mesti dipatuhi sebelum ibadah ditunaikan. Apabila hajat yang dikejari dimakbulkan, barulah dahi mencecah sejadah. Jika tidak, jauh sekali!

3. JANGAN SALAHKAN PIHAK YANG LAIN

terkadang apabila menghadapi situasi seperti ini, keadaan berubah menjadi lebih kritikal sehinggakan pihak-pihak lain turut disalahkan sebagai punca kegagalan di dalam peperiksaan. Lazimnya yang terlebih dahulu ‘disabitkan’ kesalahannya ialah pensyarah. Tuduhan yang cukup popular ialah pensyarah yang begitu tegas ketika menanda kertas jawapan atau dalam erti kata lain, kedekut markah! Lalu timbullah dosa-dosa yang lain angkara kejahatan lidah seperti mengumpat, mencela atau memburuk-burukkan pendidik yang hakikatnya tidak bersalah!Adakalanya, kawan-kawan turut menjadi mangsa. Konon-kononnya, tidak mahu berkongsi soalan yang ‘bocor’ atau mungkin juga menolak untuk berkongsi ilmu di dalam subjek yang tertentu.

Sememangnya tindakan yang zalim apabila pihak yang tidak tahu menahu diheret ke dalam kancah masalah. Apatah lagi jika masalah itu terjadi akibat kelalaian diri sendiri. Adalah tindakan yang kurang bijak jika kita enggan mengaku kelemahan sendiri, lalu memindahkan beban kesalahan itu ke atas bahu orang lain. Malahan, tindakan itu tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Semailah rasa keinginan untuk berdikari dan berhentilah dari menuding jari dalam hal-hal berkenaan tanggungjawab sendiri.

Dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11 ada menyatakan bahawa Allah Ta’ala tidak akan mengubah nasib suatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Sentiasalah berusaha untuk memperbaiki prestasi diri sendiri. Jika kita ingin berjaya, maka cubalah untuk mendapatkannya! Pastikan setiap langkah kita ditemani tawakkal secara total terhadap Allah Ta’ala. Harus diingat, hanya Tuhan yang mampu untuk mengurniakan kesejahteraan di dalam kehidupan. Pintalah semahu-mahunya menerusi do’a dan zikrullah. Jika ada lain-lain pihak yang masih dirasakan bersalah di dalam suatu hal, biarkan saja mereka dihakimi oleh Allah 'Azzawajalla.

4. POSITIFLAH TERHADAP APA YANG BERLAKU

mendapat keputusan yang kurang memuaskan bukanlah suatu petanda bahawa hayat pengajian bakal terhenti di situ. Menangislah sepuas-puasnya setelah meneliti slip keputusan. Setelah puas teresak-esak, hentikan setakat di situ. Buang jauh-jauh perasaan sedih dan gantikannya dengan rasa kesal. Gantikan pula rasa kesal dengan keinginan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Hapuskan terus sebarang fikiran negatif yang bakal memakan diri sendiri. Sebaliknya, carilah sebanyak mungkin justifikasi positif demi membina diri. Lupakan apa yang telah berlaku kelmarin dan bukalah lembaran yang baru.

apabila kita meninggalkan peristiwa yang terdahulu bukanlah bermakna kita hendak melarikan diri dari hakikat kebenaran. Pada hakikatnya realiti lampau masih perlu ditelan, namun perlu dilihat dari persepsi yang ada manfaatnya. Dikhuatiri sekiranya kita terlalu mengenang kegagalan yang lepas, akan mematikan semangat kita dan melenyapkan harapan yang langsung tidak membawa diri ke daerah yang lebih bercahaya. Teruslah pandang ke hadapan kerana jalan di hadapan itu masih punya jalan yang luas terbentang. Esok dan lusa tetap setia menanti kehadiran jiwa-jiwa yang tidak tewas dengan kekalahan lalu. Inilah kekuatan seorang Muslim, tidak akan sekali-kali meratapi kekecewaan yang dialami. Lantaran keyakinan yang tinggi memuncak bahawa kita tidak pernah bersendirian sebab Allah ‘Azawajalla sentiasa ada di sisi kita! “innallaha ma’ana”

Allah Ta’ala mewahyukan di dalam ayat 155, surah Al-Baqarah bahawa cubaan dalam bermacam bentuk pasti akan ditimpakan kepada para mukmin, dan sampaikanlah berita gembira untuk orang-orang yang sabar. Sahutlah khabar yang mendamaikan kalbu ini dengan sepenuh hati, dan tetapkanlah diri dalam kesabaran. Jadikanlah kesilapan yang sudah sebagai pembangkit kekuatan untuk mengecapi kemenangan. Jangan sekali-kali berputus asa. Orang tua di kampung halaman akan terus menantikan kejayaan anak-anaknya yang ditatang dengan penuh kasih!

5. PUNYA ILTIZAM UNTUK BERUBAH

“Orang yang beriman tidak akan disengat dua kali di lubang yang sama.” (Hadith riwayat Muslim).

Benar, mukmin tidak sewajarnya melakukan kesilapan yang berulang lantaran gagal untuk mengutip iktibar. Ambillah pengajaran yang peristiwa lalu dan jadikan ia sebagai pelita untuk menerangi kegelapan di hari yang mendatang. Pancangkan tekad dan aturlah strategi secara sistematik demi meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Jadikan bumi ini sebagai ladang tani amal-amal kebaikan, lalu kemanisan hasil cambahannya bakal dinikmati menjelang akhir zaman kelak.

Bangkitlah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjana perubahan yang positif di dalam diri. Besarkan jiwamu, dan janganlah menyerah kalah. Biarlah tersadung sekali mahupun berulang kali, namun jangan pernah untuk terus rebah. Tiada mengalah, berpantang undur. Pusatkan azam demi memartabatkan kedudukan agama di tahap yang tertinggi.

6. TERUS ISTIQOMAH DAN KONSISTEN

Belajar turut dikira sebagai suatu ibadah umum, asalkan mematuhi syarat-syarat yang digariskan. Menurut Yusuf Al-Qardhawi, syarat pengiktirafan suatu amalan harian agar dinilai sebagai ibadah di sisi Tuhan adalah seperti berikut; diakui dan bersesuaian dengan hukum-hakam syara’, dilaksanakan dengan niat yang suci, perbuatan tersebut dilaksanakan dengan seelok mungkin, perlakuan amalan tersebut tidak melampau batasan ajaran agama dan tidak sekali-kali mencuaikan ibadah khusus dalam melaksanakan ibadah-ibadah umum.

ini menunjukkan bahawa betapa Islam itu adalah satu rahmat, hinggakan rutin dalam kehidupan dikira sebagai yang boleh menghampirkan kita dengan Allah Ta’ala. Sematlah selalu di benak, bahawa belajar merupakan suatu ‘ibadah. Maka lakukanlah dengan sebaik mungkin, kerana pedomannya tersurat di dalam sebuah hadith; “Bahawa Allah suka apabila seorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya.” (Hadith riwayat Muslim). Allah Ta’ala juga mencintai amalan yang sedikit, namun dilakukan secara konsisten.

Maka, jika mahu tergolong di dalam kelompok yang disenangi Tuhan, buatlah suatu pekerjaan dengan baik, serta secara istiqamah. Jadilah seorang mahasiswa yang berusaha untuk cemerlang di dalam pelajarannya, namun tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jikalau dua nilai murni ini berjaya disebatikan di dalam diri, kejayaan hakiki pasti berada di dalam genggaman! Insyaallah..

sekian,
wallahu 'alam...

faqirah liLLAHi Ta'ala...

KETIKA NAFSU KITA BERBICARA

Segala puji bagi Allah. Kita memuji-Nya, minta tolong kepada-Nya, dan minta ampun kepada-Nya. Kita mohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan nafsu dan kejelekan perbuatan kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada yang dapat menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tiada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Insyaallah, entri kali ini lebih mendasari kepada permasalahan ummah, mungkin hayyah para pembaca, mungkin juga berlaku dalam hayyah pena sendiri. Pernah satu ketika, pena berkenalan dengan seorang sahabat, pada awalnya menerima didikan agama yang cukup dari ibu bapa namun ketika usia meningkat dewasa lantaran hidup dalam arus permodenan yang semakin mengagungkan budaya barat dari budaya islami, hidupnya mula berubah. Bila sahaja dilontarkan nasihat bertalu-talu, inilah jawapan2 indah yang di lafazkan :

“ takpa, esok masih ada untuk bertaubat...”

Tidak kurang hebatnya dengan seorang sahabat yang bila di ajak solat walhal azan sudah pun kedengaran, lebih meng’aula’kan untuk menonton drama kesukaan dari mendahulukan solat. Apa katanya ?

“takpa, awal lagi nak solat. Waktu panjang lagi. Drama ni esok2 tak boleh tengok dah...”


Bagi individu yang bergelar penuntut, pelajar dan seangkatan dengannya lagi, homework atau pun assignment yang diberikan di biarkan tanpa di usik, sampai masa sehari lagi nak hantar, barulah nak mem’buzy’kan diri untuk menyelesaikannya. Sibuk dengan hal2 luar, tapi hal2 dalam dibiarkan. Tak kurang hebatnya bila dua tiga minggu lagi nak menghadapi peperiksaan, ketika sahabat2 lain buzy dengan study, kita duk buzy dengan perkara2 yang tidak berkaitan pun dengan permasalahan umat islam. Apa kata kita ?

“ ala rileks la.. takpa exam lambat lagi...”

Budaya “Tak pa” telah lama menguasai umat ini, menyebabkan kita sering ketinggalan dan dianggap mundur dari segenap bidang sama ada dari sudut ukhrawi mahupun duniawi. Kenapa budaya ini meresap dalam relung hati kita hingga kita menjadi umat yang hina walaupun hakikatnya kita sepatutnya mulia dengan keIslaman ini.

Kenapa budaya ini cukup sebati dalam diri masyarakat kita sedangkan Islam cukup membenci budaya yang melengah-lengahkan amalan kebaikan dan membiasakan diri dengan amalan kejelekan seperti di atas. Kerana ketika nafsu kita berbicara, iman menjadi bisu tanpa bicara lalu tubuh mula melakukan aksi yang bakal membinasakan kehidupan sang manusia yang memakai baju Islam dan Muslim itu.

Ketika nafsu kita berbicara, ibadah menjadi suatu yang diambil mudah seperti mudahnya kita menanggalkan pakaian dari tubuh lantas solat hanya dilakukan sekadar untuk melengkapkan diri dengan title seorang Muslim dan bukan sebagai suatu keperluan dalam kehidupan seorang Muslim yang bakal menjauhkan diri dari terjebak dengan perbuatan keji dan mungkar, seperti mana Firman Allah dalam kitab suci al-kareem : “….Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.”[Al Ankabuut 29:45]

Ketika nafsu kita berbicara, solat hujung lima waktu itu tidak mampu menurunkan pandangan melihat yang haram hingga menjadi santapan harian yang cukup enak apatah lagi hidangan itu terlupa untuk ditutup dengan ‘tudung saji’ namun sekadar ditutup dengan sehelai kain ‘sapu tangan lutsinar’ hingga mampu menggoncangkan dada untuk berdenyut melebihi paras normal seorang manusia dan mula terpaut dihati hingga berlakulah pertemuan dan berbalas hadiah serta menyambut tarikh khurafat 14 Februari dan nafsu kita juga semakin kuat berbicara……. “Pandang jangan tak pandang….”

Ketika nafsu kita berbicara, bukan sekadar nilaian ukhrawi semakin kurang bahkan nilaian dunia juga diabaikan hingga pelajaran sudah menjadi suatu yang membebankan, menjadikan diri malas untuk menelaah pengajian, malas mengikuti pengajian, malas memahami makna sebuah pendidikan. Justeru itu, lahirlah generasi yang mempunyai tahap akademik yang baik tapi belum mampu mendapatkan pekerjaan hingga pelbagai bantuan harus disalurkan namun masih ramai yang menganggur kerana kualiti pendidikan yang cukup lemah dan siapakah yang patut dipersalahkan sistem pendidikan atau sikap semasa berada dalam sistem tersebut.

Dan ketika nafsu kita semakin lantang bersuara…”Rilek lah brother/sister, exam nanti kita pakat tiru ramai-ramai….” Ketika nafsu kita berbicara, hatta setelah mendapat pekerjaan yang dapat menampung kehidupan dengan gaji yang boleh dikatakan “ok”lah, maka segala tugas dilakukan secara sambil lewa, datang kerja pada awal waktu tapi mula kerja pada hujung waktu, balik kerja pada waktu yang ditentukan namun cabut awal dari waktu sebenar dibantu rakan sekerja yang ‘prihatin’ dan ‘amanah’ sebagai duta untuk ‘punch card’kan.

Masalah birokrasi mula diselitkan dengan sebuah ‘income tambahan’ jika ingin memper-cepatkan urusan lalu mula menggeletar saat Badan Pencegah Rasuah menyiasat kerana pasti tidak akan dipilih sebagai calon nantinya….maka nafsu kita semakin ghairah bersuara…. “Keje biasa-biasa je, janji duit masuk …”

Ketika nafsu kita berbicara, masa terus berlalu dan berlalu walhal kita masih lagi bergelimang dengan dosa dan noda, budaya ‘Tak pa’ masih menjadi i’tikad yang kuat dalam diri dan kehidupan hinggalah tiba saat rambut mula menjadi seindah warna kapas, kulit mula menunjukkan kekurangan otot-ototnya dan badan semakin ingin menyembah bumi lantas barulah tersedar dari lamunannya dan terkenang zaman ‘tak pa’nya dulu, lalu kaki mula tergerak untuk menaiki tangga surau dan masjid hingga berbondong-bondong warga emas mula untuk mengikuti pengajian dan memohon taubat atas kealpaaannya selama hidupnya yang sudah tiba ke penghujungnya.

AlhamduliLLAH jika masih sempat bertaubat dan kembali menyesal atas dosa-dosa lalu namun perubahan yang kita dambakan pastinya sudah samar-samar akibat lambatnya kita menyedari kesilapan dan kelalaian sendiri. Tetapi bagi mereka yang masih belum tiba waktu tuanya pasti membiarkan nafsu membesarkan suaranya dalam relung hati masing masing…….. “Tak pa, life start at forty, still have time… yang penting kita enjoy!!!!!

Ketika nafsu kita berbicara, kita sering tewas dan terpaksa mengalah dengannya, alangkah ruginya andai kita tidak mampu mendidik nafsu ini ke arah yang diredhai-Nya, alangkah ruginya masa-masa kita jika nafsu ini masih dibiarkan untuk berbicara sekehendaknya hingga mampu menyesatkan kita dari jalan kebenaran-Nya, alangkah ruginya kita bila merasa seronok dengan perbuatan yang hanya memuaskan nafsu diri yang pastinya tidak pernah puas selama-lamanya hingga kematian menjemput kita.

Adakah nafsu kita masih berbicara?? ketika nafsu kita masih berbicara, pastikan iman kita juga berbicara bahkan dengan suara yang dapat menundukkan nafsu itu dari menguasai kita, maka menjadi kewajipan untuk menguatkan iman kita dengan ‘akidah yang bersih, ‘ibadah yang dapat dirasakan kemanisannya dan akhlak yang indah dari segi dalaman dan luaran sebagai tanda ‘ibadah kita memberi kesan bukan sahaja kepada diri bahkan kepada masyarakat sekeliling. Dan ketika nafsu itu masih lagi berbicara tapi bicaranya bukan lagi ke arah kejelekan bahkan ke arah kebaikan.

Siapakah pemilik nafsu yang diberi rahmat ini??? Berdoalah agar kita salah seorang daripadanya wahai teman-temanku. Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhan kita yang Maha Esa.

“Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” [ Yusuf 12:53]

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin Ash ra berkata; RasuluLLAH saw bersabda, “ Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran-ajaran yang aku bawa.”
[ Hadith 41 –dr Hadith Arbain An Nawawiyah]

“….Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas.”
[Al An’aam 6:119]

“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.”
[Al Mu’minuun 23:71]

“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu…” [Al Maidah 5:48]

” …Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran….”
[An Nisa’ 4:135]

Berwaspadalah apabila nafsu kita berbicara... moga2 nafsu kita adalah nafsu yang mendapat rahmat-Nya...
SEKIAN, WASSALAM
~ amriena rasyada ~

KIRANYA BUKAN MAHASISWA, SIAPA LAGI?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hamdulillah, hari ini dan selamanya kita rafa’kan kesyukuran buat Yang Maha Esa, selawat serta salam buat pemegang obor Islam yang utama, pemimpin teragung bagi seluruh umat Islam, para ahli bait serta mujahideen dan mujahidah penerus risalah perjuangan Rasulullah saw... selama beberapa hari bercuti rentetan pena perlu menyelesaikan beberapa perkara yang masih terbengkalai, dalam masa yang sama pena perlu menyelesaikan satu misi memberi sumbangan sebagai seorang yang bergelar mahasiswa di sebuah kampung – selama 4 hari 3 malam, bermula 8hb okt 2009 hingga 11hb okt 2009 ( tarikh berlangsungnya pengumuman pilihanraya umum di Bagan Pinang )

“ bagaikan tsunami melanda Bagan Pinang apabila calon Barisan Nasional menang besar menewaskan calon Pas – pilihanraya umum pada tarikh 11 oktober 2009 yang lalu ”

“ saya sudah di pilih, jadi tugas saya memastikan semua masalah dikemukakan dan dijanjikan dalam kempen lalu dapat diselesaikan dan ditunaikan – ucapan pemenang di dunia semata ketika di tanya oleh wartawan ”


( Sumber : berita harian metro, sila buka m/s 10 dan baca )

“ Kalau mahasiswa pun tidak peka , nak harapkan siapa lagi? ”

Sebagai seorang mahasiswa, mungkin sudah terbiasa mendengar perkataan ini, AUKU, Akta Univerisiti dan kolej universiti . ianya bukanlah satu musibah utama buat mahasiswa untuk terlibat atau bergiat aktif dalam bidang politik nasional. Bila mana kita menyebut politik ia ditafsirkan sebagai perjuangan nasional yang melibatkan kekuasaan yang dibawa oleh pendukungnya untuk kebaikan masyarakat . Mahasiswa harus membetulkan perspektif ‘berpolitik’ yang telah menjadi fitrah kehidupan masyarakat kita dimana perkataan politik akan membuahkan konotasi seperti kerajaan dan pembangkang yang berbau kepartian. Sebaiknya, mahasiswa seharusnya membawa bendera neutral ataupun non-partisan (tidak menyebelahi mana-mana pihak) yang diwarnai semangat keadilan sejagat.

Sedar ataupun tidak, bukankah kita juga rakyat Malaysia? Kita harus ingat bahawasanya mahasiswa juga sebahagian daripada warga negara tanah air ini yang didaulatkan dibawah undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Sudah tentu hak untuk ‘berpolitik’ jelas menjadi hak milik semua warga negara Malaysia. Masalahnya disini ‘berpolitik’ yang bagaimana? sekiranya idealisme politik bersifat kepartian maka disinilah jerat AUKU akan mengena.

PEKA ITU SATU ASET

Sebagai golongan yang dilimpahi ilmu, infrastruktur dan tanggungjawab yang tidak seberat golongan dewasa yang sudah berkeluarga, mahasiswa seharusnya menjadi juru bicara ummah yang paling peka. Dalam keadaan masyarakat kita yang sedang menghadapi budaya ‘aku tidak pedulisma ’, kepekaan itu sendiri sudah menjadi salah satu aset terpenting buat mahasiswa. Slogan dan semangat yang membara tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ummah. Mahasiswa yang peka akan menjiwai penderitaan rakyat dan ini seharusnya menimbulkan tindak balas reaktif terhadap permasalahan yang ada dengan menjadi ejen-ejen perubahan buat masyarakat.

Tetapi dengan AUKU, apakah mahasiswa mempunyai kapasiti untuk melakukan semua itu? Sekiranya kita berfikir secara sempit sudah tentu kita hanya mendapat kekecewaan daripada semua ini. Disinilah mahasiswa akan diuji dari segi kebijaksanaan ‘berpolitik’. Perlunya mahasiswa turun kepada masyarakat dan menilai dengan kritis permasalahan yang ada. Dengan melakukan pemerhatian yang kritis, kita berupaya menjana pemahaman yang lebih komprehensif akan masalah sebenar yang masyarakat kita sedang alami. Yang akan menjadi fokus buat mahasiswa dalam ‘politik masyarakat’ seperti ini ialah masalah dan penyelesaian. Mahasiswa seharusnya menjadi penyelesai masalah dan ini tidak akan menjadi realiti jikalau mahasiswa mempuyai kepekaan yang rendah ataupun hanya mempunyai kepekaan yang sempit ke arah politik kepartian yang diselubungi sentimen dan slogan yang tidak substantif.

JAMBATAN 'ILMU

Adakah orang politik sahaja yang layak menjadi penyelesai masalah? Adakah kuasa politik menentukan segala-galanya dalam mengubah nasib masyarakat? Jawapannya sudah tentulah tidak. Sudah terlalu banyak janji manis yang ditaburkan yang mana janji hanya tinggal janji. Disinilah kelompangan terbesar yang wujud untuk ditutupi dan dipenuhi oleh aktvivis mahasiswa.

Ilmu yang bertebaran di menara gading seharusnya dibawa turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Tidak kiralah mahasiswa tersebut menuntut dalam jurusan apa pun, yang penting dengan kepekaan yang tinggi, ilmu yang dituntut dan yang telah sedia ada haruslah dimanfaatkan. Perpustakaan, pensyarah, serta persatuan yang wujud di universiti boleh digunakan sebagai medium ataupun platform untuk menjana penyelesaian ummah.

Usaha untuk masyarakat am menikmati tempias dalam pembangaunan institusi keilmuan seperti universiti bukanlah satu perkara yang senang. Rata-ratanya hanyalah sekadar untuk menikmati tempias rezeki berbentuk material hasil pertambahan bilangan penduduk yang terdiri daripada mahasiswa yang mendiami kawasan tersebut. Sudah sampai masanya bagi mahasiswa untuk lebih bersifat agresif menjadi jambatan ilmu yang menyambungkan ilmu yang kompleks dari menara gading dan dibawa ke bawah sebagai ilmu praktikal yang boleh digunakan dalam hal seharian masyarakat.

Sebagai contoh sekiranya di Kuala Lumpur, masyarakat kita menghadapi tekanan jiwa yang tinggi dek kerana kepesatan pembangunan yang mengejar status dan harta benda. Ilmu psikologi, dan kesihatan yang terdapat di universiti selalunya bersifat saintifik lagi kompleks. Untuk menjadikan ilmu-ilmu tersebut sebagai manfaat kepada masyarakat, mahasiswa boleh mempermudahkan pemahaman dan dengan sedikit kreativiti diterjemahkan sebagai risalah, modul dan dijadikan kajian kes buat wakil rakyat di kawasan tersebut untuk diberi perhatian yang khusus dengan bantuan daripada golongan mahasiswa sendiri. Harus diingat disini bahawa penyelesaian masalah ini tidak perlu bersifat kepartian tetapi lebih kepada fokus utama kita iaitu penyelesaian masalah. Dengan ini, nilai sebuah pusat ilmu yang bernama universiti ini selayaknya dipandang tinggi kerana dengan adanya mahasiswa yang tidak kekok untuk menyembah realiti walaupun ilmu penuh didada.

KITA MASIH BERNYAWA

Satu ketika dahulu mahasiswa pernah menjadi ‘satria putih’ ( white knight ) kepada masyarakat. Sosok seperti beberapa orang aktivis politik dari segi idealisme dan kepekaan yang mengakar terus ke dalam masyarakat patut dicontohi. Mereka tidak sekadar pandai bercakap malah cukup pragmatik dalam memperjuangkan masalah masyarakat terutamanya terhadap golongan yang tertindas. Salah satu persoalan yang bakal menghentak kesedaran aktivisme kita pada hari ini ialah apakah sumbangan mahasiswa kepada masyarakat mutkahir ini?

Saham masa depan negara Malaysia pada hari ini sebenarnya terletak di atas pundak mahasiswa. Sama ada kelak mereka yang akan menjawat jawatan penting dalam negara hatta sekadar pekerja am sekalipun, kualiti aktivisme mahasiswa adalah penanda ukur kepada harapan masa depan bangsa, agama dan negara. Kita mungkin mampu melahirkan golongan professional yang diakui serata dunia tetapi andainya tuli deria pekanya terhadap masyarakat, sifat ini hanya sama seperti berpaling tadah kepada bangsa sendiri.

Jatuh bangun bersama masyarakat merupakan satu Kejayaan yang akan menghujani golongan bijak pandai yang bakal melunturkan peranan sebenar mereka yang lebih mulia ini. Tanpa kepekaan ataupun kerana sudah terbiasa dengan ‘politik kepartian’ yang sempit, mahasiswa yang semakin meningkat dewasa sebagai profesional ini hanya menjadi liabiliti kepada perjuangan ummah malah kadang kala menjadi batu penghalang kerana diracuni semangat materialisme dan ketaksuban yang hanya memecah belahkan umat.

So, sekali lagi pena meninggalkan persoalan, andainya bukan kita, andainya bukan mahasiswa siapa lagi?

Sekian..
allahu’alam

PENGHAYATAN 'ILMU : PEPERIKSAAN DAN UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ‘alaykum.. alhamdulillah, setelah dua minggu berlalu, Peperiksaan akhir semester 3 yang dirasakan seperti baru bermula semalam telah pun tamat. Dan dalam tempoh dua minggu itu juga menenggelamkan saya dalam lautan kesibukan, jikalau sebelum ini sibuk dengan gerak kerja, tapi tidak dalam tempoh dua minggu tersebut, hanya sibuk dengan study sehinggakan saya terpaksa meninggalkan sebahagian dari kerja2 yang perlu saya laksanakan.malahan kesibukan itu membuatkan saya tidak sempat untuk menulis walaupun banyak perkara yang membakar kesabaran saya berlaku dalam tempoh menghadapi imtihan ini. Meninggalkan dunia penulisan ( maaf, pena bukanlah orang yang ‘arif tentang bidang penulisan ) untuk beberapa hari membuatkan tangan seperti susah untuk menari tarian di atas keyboard ini.


Walau bagaimanapun, imtihan sem 3 ini amat mengharap kepada tumpuan seratus-peratus saya dalam menelaah kitab-kitab pelajaran. Sibuk dengan mengulangkaji pelajaran bukan bermakna saya melarikan diri dari isu semasa kerana dalam keadaan sekarang ini, saya juga sedang berjihad! Jihad dalam menuntut ilmu agar sahaja nanti umat Islam tidak lagi ditindas, tidak lagi dipermainkan, di persendakan, tidak lagi di hina kerana Yahudi la’natullah itu memporak-perandakan umat Islam hanya menggunakan ilmu. Dan realiti hayyah masa kini jelas menunjukkan yang kita kini berada dalam ketandusan ilmu dan mudah sahaja terpedaya dengan hasutan dan dakyah mereka.

Peperiksaan.

Sebagai seorang insan yang bergelar ‘pelajar’, sudah tentu ini adalah kalimah berbisa yang bakal menekan-nekan urat nadi dan jiwa (bagi mereka yang kurang persediaanlah..). Mahu tidak mahu peperiksaan ini perlu dihadapi bagi mengukur sejauh mana tahap kefahaman dan kefokusan seseorang pelajar dalam pelajarannya. Boleh sahaja kita ibaratkan peperiksaan ini sebagai medan juang bagi seorang “mujahid” berpangkat ‘pelajar’. Ilmu yang telah dipelajari itulah senjata-senjata perang yang perlu dihunus dan dilontarkan di “medan juang” iaitu di dalam dewan peperiksaan.

Jika natijahnya adalah cemerlang maka itu menunjukkan dia adalah seorang “pemenang”, jika tewas natijahnya tidak bermakna dia akan terus gagal! Inilah hakikat sebenar sebagai seorang pelajar. Peperiksaan itu adalah sebuah ujian untuk menilai tahap keilmuan seseorang individu itu.Namun sayangnya, kini niat ‘insan’ yang bergelar pelajar itu mudah untuk diputar belitkan. “ Belajar hanya untuk peperiksaan”, tetapi bukan kerana mahu meresapi bahagia sebagai seorang ilmuan. Bagi mereka lulus ataupun cemerlang adalah sudah mencukupi. Ilmu di tuntut tapi hanya diguna-pakai di dalam dewan peperiksaan.Inilah realiti dan sikap para2 penuntut sekarang ( saya bagaimana?? ).

Perkara seperti ini tidak sahaja berlaku di sekolah rendah mahupun menengah hatta turut menjadi tradisi di institusi-institusi pengajian tinggi yang mana sepatutnya ilmu menjadi satu-satunya perkara penting untuk di cari, dikejar dan dikuasai. Dan peperiksaan itu seharusnya hanya sebagai wadah untuk mengaplikasikan dan meluahkan pengetahuan yang dimiliki. Jika niat menuntut ilmu ikhlas kerana mahukan ilmu di hati, ikhlas untuk mengharapkan mardhotillah, maka natijah peperiksaan pasti cemerlang seperti yang diimpi dan diharapkan, Insyaallah.

disebabkan sikap para pelajar sedemikianlah menjadikan umat Islam khususnya semakin ketandusan ilmu, semakin ketinggalan jauh terkebelakang, semakin jauh dari Tuhan, semakin jauh dari Allah. Walhal Musuh-musuh Islam telah pun melangkah jauh kehadapan, oleh kerana mereka tahu umat islam mampu ditewaskan hanya dengan ilmu. Dan untuk melawannya, umat islam perlu kembali kepada penghayatan ilmu. Umat Islam hanya boleh bangkit dengan ilmu! Umat Islam akan kembali gemilang hanya dengan ilmu!

Ujian

Peperiksaan dalam diri seorang pelajar itu juga adalah umpama ujian bagi manusia di dunia ini. Jika kita yang berpangkat ‘pelajar’ ini menghadapi peperiksaan bagi menilai tahap ilmu yang telah dipelajari, ujian dalam hayatul insan pula menilai adalah untuk menilai sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran yang terpahat di hati.

Firman Allah S.W.T., mafhumnya : “ apakah manusia itu menyangka bahwa mereka di biarkan sahaja mengatakan ; kami telah beriman sedangkan mereka tidak di uji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang0orang yang dusta” ( surah al-ankabut : 2 – 3 )


Untuk menghadapi ujian juga memerlukan kepada persediaan. Dari sudut mentalnya, fizikalnya haruslah berpadu dengan aura kesabaran. Di timpakan ujian dan musibah bagi seseorang itu bukanlah bermakna Allah mahu menyusahkannya, ujian itu bukan hanya kesusahan dan kepayahan akan tetapi kesenangan, keselesaan dan kekayaan itu juga adalah ujian buat seluruh hamba Tuhan.Jika cemerlang menghadapinya maka dia adalah di antara orang yang berjaya di sisi Allah Ta’ala, jika dia gagal dia mungkin jauh menyongsang dari rahmat Tuhan, maka berhati-hatilah! Wal’iyazubillah.Namun, usah berduka sahabat2ku.. Allah itu Maha Pengasih. Allah itu Maha pengampun. Jika kita sedar kita telah pun jauh menyongsang maka kembali ke sisi-Nya dengan taubat yang hakiki ( taubat nasuha ). Insyaallah di akhirat nanti akan beroleh jua kejayaan abadi.

Kehidupan

jangan pernah menafikan bahawa hidup kita ini, dalam sehari tidak pernah di uji. Ya, ujian itu sentiasa menjadi tetamu tak di undang kita, mahu secara rela hati atau pun tidak. Jika melihat keadaan sekarang, isu H1N1, and the latest isu tsunami dan gempa bumi di Padang itu juga merupakan sebuah ujian buat seluruh umat Islam sebenarnya. Ujian bagaimana kita berperanan dalam membentuk kesatuan Ummah demi menjaga kesucian Islam bersama. Ujian sejauh mana kita mampu bertindak demi menjaga dan memelihara agama Allah SWT ini. Ujian untuk menilai kesanggupan dan ketersediaan kita untuk berkorban dalam memerangi musuh-musuh yang memerangi agama suci Allah Taala ini.


Kehidupan kita sekarang ini tidak ada nilainya jika terus berada dalam keadaan yang selesa dengan kebiasaan-kebiasaan yang menyeronokkan sedang saudara kita yang lainnya merintih pedih, berdukacita dengan keadaan yang menimpa. Bahkan kita lagi hina-dina jika tidak berbuat apa-apa. Apa yang kita sudah lakukan untuk mereka? Berdo’alah sahabat2, moga diringankan bebanan di pundak mereka, moga setiap kejadian yang menimpa mereka akan memberikan kegembiraan di hari muka, biiznillah.


bagaimana nasib saudara2 seIslam kita bumi2 Islam lainnya yang berhempas pulas melindungi kesucian agama ini walaupun mereka dibedil, dibom sehingga tiada lagi tempat berteduh, melainkan pengharapan yang tinggi kepada Allah SWT. Lakukan sesuatu saudara-saudaraku semua. Beri perhatian pada isu ini. Beritahu kepada yang tidak tahu. Nyatakan bantahan anda. Doa kepada Allah agar diberi kemenangan dan dibantu saudara kita yang berada dalam kesusahan, sama ada yang di kecam yahudi la’natullah atau pun tidak.Kita perlu sedar bahawa kita sekarang diancam musuh-musuh Allah. Jangan biarkan kita terus dilalaikan dengan dakyah-dakyah mereka, dilalai dengan hiburan, harta benda dan segalanya tentang indahnya kehidupan dunia.


Sedar dan bangkitlah semua!Kita perlu bertindak segera!saya tahu, dan saya yakin



" HANYA DENGAN BERBICARA TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEROBAH SUASANA!"


Sedarlah!!!!


* Tahniah buat sahabat2 yang sudah selesai menghadapi imtihan, moga natijahnya cemerlang, memuaskan hati, merubah kebiasaan kalian.

.* Buat para mujahidin semua, terus berjuang dengan penuh semangat! nahnu ma'akum.. Allahu ma'ana! Moga Islam beroleh kemenangan, Insyaallah..



SANDARAN HATI PADA ILAHI

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketenteraman hati bagi orang2 yang beriman serta pembalasan bagi mereka...

" الذين ءامنوا وتطمئنّ قلوبهم بذكر الله ألا بذكر الله تطمئن القلوب "

“ iaitu orang2 yang beriman, dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram ”

Ku mohon Ilahi..

Ajari aku berjalan dalam Jalan lurus Mu, Ajari aku melangkah dalam kehendakmu Mu, Ajari aku menjalani Hari-Hari bersama dengan Mu..

ya Allah…

Aku tidak tahu di persimpangan jalan ini, ketika kaki ini melangkah, di sekeliling Ku penuh dengan kegelapan, Ku perlu pimpinan tangan Mu, untuk Ku bisa melangkah.. dan terus melangkah untuk mencari satu tujuan yang pasti

ya Allah…

aku sering terjatuh kerana batu-batu yang tidak Ku lihat kerana kegelapan ini, sakitnya luka itu ya Allah…namun bisa saja tangan Mu menarik Ku lalu membersihkan lukaku serta membalutnya.

ya Allah…aku sudah tidak kuat lagi, aku tidak bisa melihat di dalam kegelapan ini.

Betapa banyaknya luka-luka dalam mengharungi perjalanan ini, bekas luka-luka yang lama berdarah kembali kerana kerikil-kerikil yang tajam ini. Aku tersungkur.. ..tanpa Ku sedar air Mata tumpah membasahi pipi…Ku cuba untuk bangkit Dan melangkah namun aku tidak mampu…

ya Allah…masih jauhkah perjalanan hidup ini? Aku sudah tidak kuat lagi ya Allah.

ya Allah…..mahu sahaja aku berteriak bersama dengan tangisanku.

Tiba-tiba… .Ku dengar suara lembut Dan sayu berbisik didalam hatiKu….

”inilah sebuah perjalanan hidup, terkadang engkau akan jatuh Dan bangkit, jatuh Dan bangkit Dan jatuh lagi sehingga luka-luka lama mu akan berdarah kembali…. Lihat, walaupun disekeliling mu penuh dengan kegelapan namun kamu tidak tahu sebenarnya di hadapan mu itu Ada terang yang menanti, Aku membawamu ke tempat yang gelap ini dengan maksud Dan tujuan tertentu.”

Maksud Dan tujuan ?”…. Aku cuba untuk mengulanginya.

Lalu suara itu melanjutkan, “ya, sebuah maksud dan tujuan yang terbaik bagi mu..Dan masa depanmu. Kamu tidak bisa berjalan dalam kegelapan ini tanpa huluran tangan Ku, lihat kerikil yang tajam itu Aku telah harungi bersama dengan beban yang berat Dan Aku telah pun menang …. “

“namun tiada seorang pun yang sanggup menghulurkan tangan ketika Aku jatuh Dan berdarah”, kataNya dengan lembut…..

“Perhatikanlah ketika kau jatuh, Aku Ada bersama dengan mu, tangan Ku senantiasa terhulur untuk membantu Dan memimpinmu, sebenarnya.. ..kerikil tajam itu membuat engkau lebih bersandar lagi kepada Ku Dan menggengam erat tangan Ku, bahwa kau sebenarnya tidak bisa berjalan dengan kekuatanmu sendiri….Aku adalah Dzat Pencipta yang tidak pernah melakukan kesilapan Dan kesalahan dalam hidup mu. Aku senantiasa memberi yang terbaik Dan bukan kedua terbaik bagimu, Meski jalan di depanmu adalah suram Dan gelap yang kau sangat tidak senangi, tapi yakinlah bahwa…. Aku akan memimpimmu terus sampai selamanya, dari rahim ibu mu Aku telah memilihmu… Dan sampai putih rambutmu pun Aku adalah Dzat Pencipta yang akan tetap menjagamu melindungimu bahkan sampai selama-lamanya.”

“ya Allah…”

aku cuba bersuara…tetapi suara itu melanjutkan lagi,

“ketahuilah dalam kelemahan Dan air matamu kuasa Ku menjadi sempurna atasmu.”

Aku menangis mendengarnya sehinggakan aku tidak sanggup mengungkapkan perasaan Ku hanya air Mataku mengalir berusaha untuk memberi jawapan atas semuanya.

Sahabatku fillah..

bila semua itu berlaku pada diri kalian, itu akan membuatkan kalian untuk bersandar penuh kepada-Allah kerana sebenarnya hidup tanpa bersandar pada Allah Kita tidak akan bisa untuk berbuat apa-apa.

“ sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku serta matiku hanya untuk Allah” – bai’ah teragung seorang hamba buat sang Pencipta..

“Ku Sandarkan Semua kehidupan dan Matiku Pada Mu Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang”

- yang mengharapkan petunjuk -

faqirah lillahi...


KESALAHAN DALAM MENYAMBUT 'EID MUBARAK

Salam ‘alaykum.. Taqobbalallahu minni wa minkum.. kullu ‘amien wa antum bikhoir.. biiznillah..

Kifhal sahabat2 perjuangan??? Sihat tak hati kita hari ini? Jawab sendiri ye. Di kelapangan waktu yang ada ini, pena terasa terpanggil untuk menulis entri terbaru, walaupun pada hakikat kehidupan realitinya, pena sekarang berada dalam minggu exam, dan untuk esok.. paper yang boleh dikatakan susah sekiranya tak buka buku dan senang sekiranya buku itu dibuka. Mungkin masyarakat lainnya sedang sibuk untuk berjalan2 ke rumah terbuka, tapi tidak bagi student2 ipt khususnya, sibuk dengan membuka buku.

Bukan ini yang menarik hati pena untuk menukilkan sesuatu pada laman maya ini, Cuma ingin berkongsi sesuatu yang mana, mungkin ada di kalangan kita yang menyedarinya sejak dahulu lagi, atau pun ada lagi yang belum menyedarinya atau buat2 tak sedar mengenainya. Kita mengharapkan keberkatan Ilahi ketika kita meraih kemenangan dengan kedatangan ‘eid syawwal yang mulia ini. Namun, tanpa di duga kita menolak keberkatan tersebut dengan melakukan pelbagai kemungkaran dalam menyambut ‘eid mulia ini.

wahai saudaraku seIslam - semoga taufik Allah sentiasa bersama kita - sesungguhnya kebahagiaan yang ada pada hari2 raya terkadang membuatkan insan lupa atau sengaja melupakan perkara-perkara agama mereka dan hukum2 yang ada dalam Islam. Sehingga kita melihat ramai yang berbuat kemaksiatan dan kemungkaran2 dalam keadaan mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya !! Semua inilah yang mengasakku untuk mencoret sesuatu yang insyaallah bermanfaat ini dalam lamanku, agar menjadi peringatan buatku dan juga bagi kaum muslimin dari perkara yang mereka lupakan dan mengingatkan mereka atas apa yang mereka telah lalai darinya.


kesalahan apa yang kita tak sedar kita melakukannya?

Pertama : Berhias Dengan Mencukur janggut

ramai yang melakukan perkara ini. Walhal mencukur janggut merupakan perbuatan yang diharamkan dalam agama Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana ditunjukkan dalam hadith2 yang shahih yang berisi perintah untuk memanjangkan janggut agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir yang mana kita diperintah untuk menyelisihi mereka. Selain berkaitan dengan hal itu, memanjangkan janggut termasuk fithrah (bagi muslimin) yang tidak boleh kita ubah. dalil2 tentang haramnya mencukur janggut juga terdapat dalam kitab2 Imam Madzhab yang empat ( Lihat Fathul Bari 10/351, Al-Ikhtiyar Al-Ilmiyah 6, Al-Muhalla 2/220, Ghidza'ul Albab 1/376 dan selainnya "Adillah Tahrim Halqil Lihyah" hadith2 yang ada dalam masalah ini, "Majallah Al-Azhar" 7/328. "Hukum Ad-Dien Fil Lihyah wat tadkhin") yang telah dikenal.

Kedua : Berjabat Tangan Dengan Wanita Yang Bukan Mahram.

Ini merupakan musibah yang banyak di hadapi kaum muslimin, tidak ada yang selamat darinya kecuali orang yang dirahmati Allah. Perbuatan ini haram berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam."ertinya : Seseorang ditusukkan jarum besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya" [Hadits Shahih, Lihat takhrijnya secara panjang lebar dalam "Juz'u Ittiba' is Sunnah No. 15 oleh Adl-Dliya Al-Maqdisi ]

Keharaman perbuatan ini diterangkan juga dalam kitab-kitab empat Imam Madzhab yang terkenal [boleh rujuk kitab 'Syarhu An Nawawi ala Muslim 13/10, Hasyiyah Ibnu Abidin 5/235, Aridlah Al-Ahwadzi 7/95 dan Adlwau; Bayan 6/603]

Ketiga : Tasyabbuh (Meniru) Orang-Orang Kafir Dan Orang-Orang Barat Dalam Berpakaian Dan Mendengarkan Alat2 Musik Serta Perbuatan Mungkar Lainnya.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda."ertinya : Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka" (Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad 2/50 dan 92 dari Ibnu Umar dan isnadnya Hasan. Diriwayatkan oleh Ath-Thahawi dalam Musykil Al Atsar 1/88 dari Hassan bin Athiyah, Abu Nu'aim dalam Akhbar Ashbahan 1/129 dari Anas, meskipun ada pembicaraan padanya, tetapi dengan jalan-jalan tadi, hadith ini derajatnya Shahih, insya Allah. )

Baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda."ertinya : Benar-benar akan ada pada umatku beberapa kaum yang mereka menghalalkan zina, sutera (bagi laki-2), khamr dan alat-alat musik. Dan benar2 akan turun beberapa kaum menuju kaki gunung untuk melepaskan gembalaan mereka sambil beristirahat, kemudian mereka didatangi seorang fasik untuk suatu keperluan. Kemudian mereka berkata : 'Kembalilah kepada kami besok!' Lalu Allah membinasakan dan menimpakan gunung itu pada mereka dan sebagian mereka dirubah oleh Allah menjadi kera2 dan babi2 hingg hari kiamat" ( Hadith Riwayat Bukhari 5590 secara mu’allaq dan bersambung menurut Abu Daud 4039, Al-Baihaqi 10/221 dan selainnya. )

Keempat : Masuk Dan Bercengkerama Dengan Wanita2 Yang Bukan Mahram.

Hal ini telahpun di tegah dan dilarang oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dengan sabda beliau."ertinya : Hati-hatilah kalian masuk untuk menemui para wanita". Maka berkata salah seorang pria Anshar : "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang Al-Hamwu" Beliau berkata : "Al-Hamwu adalah maut" [Hadits Riwayat Bukhari 5232, Muslim 2172 dari 'Uqbah bin Amir]

Al- Allamah Az-Zamakhsyari berkata dalam menerangkan "Al-Hamwu""Al-Hamwu bentuk jamaknya adalah Ahmaa' adalah kerabat dekat suami seperti ayah (Dia dikecualikan berdasarkan nash Al-Qur'anul Karim, lihat "Al-Mughni" 6/570 ) saudara laki2, pakciknya dan selain mereka... Dan sabda beliau : "Al-Hamwu adalah maut" maknanya ia dikelilingi oleh kejelekan dan kerosakan yang telah mencapai puncaknya sehingga Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyerupakannya dengan maut, kerana hal itu merupakan sumber segala bencana dan kebinasaan. Yang demikian itu Al-Hamwu lebih berbahaya daripada orang lain yang tidak dikenal. Sebab kerabat dekat yang bukan mahram terkadang tidak ada kekhawatiran atasnya atau merasa aman terhadap mereka, lain halnya dengan orang yang bukan kerabat. Dan boleh jadi pernyataan "Al-Hamwu adalah maut" merupakan do'a kejelekan..." ["Al-Faiq fi Gharibil Hadits" 9 1/318, Lihat "An-Nihayah 1/448, Gharibul Hadits 3/351 dan Syarhus Sunnah 9/26,27]

Kelima : Wanita-Wanita Yang Bertabarruj (Berdandan Memamerkan Kecantikan) Kemudian Keluar Ke Pasar-Pasar Atau Tempat Lainnya.Ini merupakan perbuatan yang diharamkan dalam syari'at Allah.

Allah Ta'ala berfirman :"ertinya : Hendaklah mereka wanita2) tinggal di rumah-rumah mereka dan jangan bertabarruj ala jahiliyah dulu dan hendaklah mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat" [Al-Ahzab : 33]

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."ertinya : Dua golongan manusia termasuk penduduk neraka yang belum pernah aku melihatnya : .. dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggak-lenggok ( Menyimpang dari taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan keharusan mereka untuk menjaga kemaluan, "An-Nihayah" 4/382 )kepala-kepala mereka bagaikan punuk-punuk unta (Berkata Al-Qadli 'Iyadh dalam Masyariqul Anwar 1/79 : Al-Bukht adalah unta yang gemuk yang memiliki dua punuk. Maknanya -wallahu a'lam- wanita-wanita itu menggelung rambut mereka hingga kelihatan besar dan tidak menundukkan pandangan mata mereka. ) Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari perjalanan sekian dan sekian" [Hadith ini dikeluarkan oleh Muslim dalam "Shahihnya" 2128, 2856 dan 52, Ahmad 2/223 dan 236 dari Abu Hurairah]

Keenam : Mengkhususkan Ziarah Kubur Pada Hari Raya : ( Lihat perincian yang lain tentang bid'ah yang dilakukan di kuburan dalam kitab "Ahkamul Janaiz" 258-267 oleh Syaikh kami Al-Albani Rahimahullah )

Ketujuh : Boros Dalam Membelanjakan Harta Yang Tidak Ada Manfaatnya Dan Tidak Ada Kebaikan Padanya.

Allah berfirman."ertinya : Janganlah kalian berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" [Al-An'am : 141]

"ertinya : Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat boros itu adalah saudaranya syaitan" [Al-Isra : 26-27]

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."ertinya : Tidak akan berpindah kedua kaki anak Adam pada hari kiamat dari sisi Rabb-nya hingga ditanya tentang ... dan hartanya dari mana ia perolah dan ke mana ia infakkan" ( Hadith Riwayat Tirmidzi 2416, Al-Khatib dalam Tarikh-nya 12/440 dari Ibnu Mas'ud, padanya ada kelemahan. Akan tetapi ada pendukungnya dari Abi Zur'ah di sisi Ad-Darimi Dzail Tarikh Baghdad 2/163. Dan dari Mu'adz di sisi Al-Khatib 11/441. Maka hadith ini Hasan. )

Kelapan : Kebanyakan Manusia Meninggalkan Shalat Berjama'ah Di Masjid Tanpa Alasan Syar'i Atau Mengerjakan Shalat ‘eid Tetapi Tidak Shalat Lima Waktu.

Demi Allah, Sesungguhnya Ini Adalah Salah Satu Bencana Yang Amat Besar.

Kesembilan : datangnya Sebagian Besar Orang-Orang Awam Ke Kuburan Setelah Fajar Hari Raya ; Mereka meninggalkan shalat ‘eid, dirancukan dengan bid'ah mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya. [Al-Madkhal 1/286 oleh Ibnu Hajj, Al-Ibda hal.135 oleh Ali Mahfudh dan Sunnanul Iedain hal.39 oleh Al-Syauqani]Sebagian mereka meletakkan pada kuburan itu pelepah kurma ( dan ranting-ranting pohon !! Lihat Ahkamul Jazaiz hal. 253, Ma'alimus Sunan 1/27 dan ta'liq Syaikh Ahmad Syakir atas Sunan Tirmidzi 1/103 )

Semua ini tidak ada asalnya dalam sunnah.

Kesepuluh : Tidak Adanya Kasih Sayang Terhadap Fakir Miskin.

Sehingga anak2 orang kaya memperlihatkan kebahagiaan dan kegembiraan dengan pelbagai jenis makanan yang mereka pamerkan di hadapan orang2 fakir dan anak2 mereka tanpa perasaan kasihan atau keinginan untuk membantu dan merasa bertanggung jawab.

Padahal Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."ertinya : Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya" [Hadith Riwayat Bukhari 13 dan Muslim 45, An-Nasa'i 8/115 dan Al-Baghawi 3474 meriwayatkan dengan tambahan ; "dari kebaikan" dan isnadnya Shahih]

( sumber ‘ilmiah : Kitab Ahkaamu Al-Iidaini Fii Al-Sunnah Al-Muthahharah, edisi Indonesia Hari Raya Bersama Rasulullah, oleh Syaikh Ali Hasan bin Ali Abdul Hamid, Al-Atsari )

Sekian dahulu untuk entri kali ini. Segala kekhilafan mohon di perbaiki. Sekiranya ada kesalahan maklumat di alu-alukan untuk menegur hamba yang dho’if di pandangan Allah yang Maha Agung dan juga pandangan sisi insan.

Akhir kalam.. bersederhanalah dalam menyambut bulan ‘eid syawwal ini. Moga2 rahmat Allah sentiasa bersama kita, hambaNya yang sentiasa memerlukanNya. Buat sahabat2, selamat berimtihan ya.. (^-^)


allahu'alam




SALAM 'EID MUBARAK : SALAM IMTIHAN ANNAJAH


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله الذي علّم بالقلم علّم الإنسان ما لم يعلم. والصلاة والسلام على خير الآنام وعلى آله واصحابه الكرام


Salam ‘alaykum jami’an..

Akhirnya, selama seminggu bercuti, pena kembali menjenguk masuk blog ni. Menarik juga mendengar cerita dari sahabat2 sekembalinya mereka dari kampung halaman masing2, mana taknya gembiralah, dapat duit rayalah katakan. Duit raya? Dah bulan syawal ke? Subhanallah, maha suci Allah, tuhan yang menciptakan, dah masuk syawal yang ke-7 rupanya. Tapi dalam suasana bergembira, ada juga yang pulang ke kampus dalam keadaan kurang sihat, dalam erti kata lain, demam. Demam??? Pelik tapi benar… maha suci Allah yang menentukan.

Ramai juga sahabat2 yang pulang ke kampus dalam keadaan demam. Dewan peperiksaan terasa sedang memanggil-manggil nama setiap pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang insyaallah akan kunjung tiba jua. Demam peperiksaan semakin hangat di rasai oleh seluruh lapisan mahasiswa yang berada di kawasan akademi pengajian nilampuri mahupun bagi segenap lapisan mahasiswa dari universiti yang lain. Berkahnya imtihan kita.. berperang di atas kertas yang tak bernyawa dalam bulan’eid Mubarak ini.

Stessnya.. banyaknya kena hafal.. soalan apa yang keluar ye? Pelbagai soalan di timbulkan, terkadang tak cukup suara untuk menjawabnya. Sebagai individu yang masih lagi bergelar tholibul ‘ilmu dan insyaallah akan sentiasa memgang gelaran tersebut, saya mungkin boleh berkongsi maklumat ringkas di mana demam ada punca pencetusnya seperti jangkitan kuman, stress dan lain-lain. apa yang boleh di jangkakan, beberapa hari yang mendatang merupakan hari-hari yang agak menyiksakan bagi sebilangan pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan. Mungkin terlintas di fikiran kita.. alangkah baiknya jika “ijazah” ini dapat diperolehi hanya dengan menghadiri kuliah, membuat beberapa ‘assignment’ dan mengikuti beberapa hari latihan, praktikal dan lain-lain.

Ayuh sahabat2.. kita renungi kembali sejarah pengembangan ilmu di zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu, kita akan akur bahawa pengembangan tamadun Islam sebelum ini berlaku dalam kadar yang begitu pantas dan melibatkan begitu banyak disiplin ilmu. Mungkin bagi kita Senario ini mustahil sekali untuk dilihat, jika umat Islam ketika itu menghadapi sindrom “demam peperiksaan” atau mengalah dengan kesukaran yang dihadapi ketika menimba ilmu atau hanya belajar untuk ‘cukup makan’ atau membawa “talian hayat” (nota untuk tujuan meniru di dewan peperiksaan) hanya untuk bergraduat.

Menurut alfadil Syeikh Muhammad Qutb, dalam bukunya yang bertajuk ‘Sinaran Cahaya dari Rasulullah S.A.W’ menyatakan dorongan kuat yang mengubah senario arab jahiliah kepada arab yang begitu cintakan ilmu ialah kefahaman yang mendalam umat islam ketika itu dengan hadith Baginda S.A.W. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud ‘Menuntut ilmu adalah wajib (fardu) bagi setiap muslim’.

Menurut alfadil syeikh, kefahaman muslim berhubung maksud kalimah ‘fardu’ yang membawa implikasi adalah :



a. Ia kewajiban yang mesti ditunaikan oleh manusia. Ia tidak boleh di abaikan sama ada ketika senang atau ketika sibuk.
b. Ia adalah satu kewijiban yang perlu dilakukan manusia kerana Allah dan sebagai ibadah kepadaNya. Ia mesti dilaksanakan dengan amanah,bersih dan ikhlas.
c. Ia adalah amalan yang akan mendekatkan hamba dengan Tuhanya. ( silah baina al-‘abd liLLAH Ta’ala.

Inilah yang mendorong mereka meletakkan kepercayaan bahawa menuntut ilmu itu sama pentingnya dengan solat, puasa, zakat dan haji. Ia telah membuahkan rasa khyusuk dan ikhlas kerana ia merupakan jalan untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui. Semakin mereka berilmu, semakin mereka bertaqwa. Tiada rasa jemu, malas dan berpada dengan yang sedikit. Ini kerana mereka penat, letih dan mengantuk untuk menjadi abdi yang terbaik di hadapanNya. Abdi yang semakin membesarkanNya dari hari ke hari, kerana dapat menyingkap sedikit rahsia dan keajaiban ciptanNya. Mereka mengharapkan taqwa dari menuntut ilmu sebagaimana mereka mengharapkan taqwa ketika berpuasa. Keadaan ini berbeza dengan keadaan di barat di mana mereka yang semakin ‘berilmu’ semakin lari dari yang Maha Pencipta seperti Darwin dan rakan-rakanya.

Ingatlah sahabat2ku,

Sesungguhnya Allah menyanjungi ‘ilmu dan pendokong2nya pada banyak tempat dalam kitab suci-Nya yang mulia. firmanNya : “ katakanlah adakah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu?” ( azzumar : 9 )

Allah juga berfirman dalam surah al-mujaadalah : ayat 11, mafhumnya : “ Allah akan mengangkat orang-orang di kalangan kamu dan orang-orang yang di berikan ilmu akan beberapa darjat”

Dengan ilmu kita ber’amal. Dengan ‘ilmu kita mudah untuk ber’ibadah. “tuntutlah ilmu tapi tidak melupakan ibadah, dan kerjakanlah ibadah tapi tidak melupakan ‘ilmu – hasan basri”

Semoga saudara saudari menyedari inilah prespektif yang sepatutnya dilihat bagi seorang muslim. Kita tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu dan meninggalkan yang lain. Aktif dalam amal islami tidak menjadikan kita ‘student’ ‘cukup makan’ di universiti. Berusaha menjadi ‘scorer’ tidak menjadikanya kita meninggalkan amal islami yang dituntut.

“ jika sekiranya ada orang yang mengerjakan ibadah seperti beribadahnya malaikat tanpa ilmu, golongan itu adalah golongan orang yang rugi, kerna hasilnya hanya lelah dan payah sedangkan pahalanya hampa belaka. Kerna itu bersungguh2lah dalam menuntut ilmu dan jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana demikian itu, kita tidak akan terus berada dalam bahaya kesesatan” – imam al-ghazali.

Allahu’alam. Salam ‘eid mubarak. Kullu sanah wa antum toyyibun. Taqobbalallahu minni wa minkum. Salam imtihan annajah buat sahabat2ku...

Moga berjaya. Wassalam.