MENIMBANG DIRI DI SISI ALLAH



Bismillah wa Alhamdulillah .

Selamanya, Segala puji bagi Allah, dengan nikmat-Nyalah segala kebaikan menjadi sempurna.

Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangis apabila memikirkan perjalanan yang masih panjang dan bekalan diri yng sedikit ke alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, antara Syurga dan Neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah pada akhirnya…

Hati gelisah, jiwa meronta. Istighfar ku, memerlukan satu istighfar lagi. Satu istighfar lagi, dan seterusnya. Teman sebilik sudah lena di buai mimpi malam. Namun, masih ada mata yang segar, walaupun kepala sudah terasa semakin berat. “Apa yang menjadikan engkau gelisah wahai Hati?” Monolog sendirian. Hati bersuara, “Allah, Allah, dan Allah. Selamanya kau punya Allah”. “ya Rahman ya Rahim, saat Engkau tahu aku lemah, maka pinjamkanlah aku sedikit kekuatan dari kekuatan-Mu” – mulut berbisik perlahan, di iringi air dingin dari bawah mata, membasahi pipi.

 Allah, Anta tarani, bahagianya aku dalam perhatian-Mu, sekian lama nikmat-nikmat-Mu aku gunakan untuk sesuatu yang kurang bermanfaat, bahkan mungkin telah menyakiti, menzalimi, mendustai, terlalu banyak dosa ku namun Engkau masih beri kesempatan untuk bertaubat dan berterima kasih ya Allah, kau perhatikan aku dengan sifat Ar-Rahman Ar-Rahiem-Mu hingga aib-aib ku Engkau tutupi, apa jadinya sekiranya aib-aib ku ini Engkau buka, kemana arah hendak ku melangkah membawa malu ini…

Allah, Anta tasma’uni, Engkau mendengar do’a ku… Anta tanzuru illaya, Engkau mengetahui benar keadaan ku, kekurangan, dan kelemahan ku, aku hanya ingin menjadi hamba-Mu yang solehah, yang ingin selamat, yang sanggup mengendalikan amarah, sakit hati, dendam, iri… bimbinglah aku wahai Illahi, selamatkanlah aku, dekatkanlah aku kepadaMu, masukkanlah aku ke dalam telaga ampunan-Mu, dan jangan tinggalkan aku sendirian.

Ya Allah, di sisa umur yang sesaat ini, berilah aku cinta dan kasih sayang-Mu… berikanlah kekuatan kepada jiwa dan raga yang lemah ini, dan sampaikan maaf ku kepada orang-orang yang dengan kesombongan ku dimasa lalu, mereka rasa telah tersakiti, muliakanlah mereka ya Allah kerana mereka telah mengajarkan kepada ku erti meminta maaf…

Untuk sekeping hati yang pernah saya lukai, jauh disudut hati yang paling dalam, saya menangis untuk luka-luka yang telah saya hadirkan dan kamu hadirkan untuk saya… namun, saya percaya, kita manusia yang tidak sempurna, kita bukan manusia yang ‘suci’ dari segala dosa. Bukan bermaksud, kita boleh mengulanginya untuk kali kedua dan ketiga. Cukup. Cukuplah kita silap hanya untuk kali yang pertama.


Samudera Hati Seorang Manusia

“Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaknya memperhatikan bagaimana kedudukan Allah dalam hatinya. Maka sesungguhnya Allah menepatkan (mendudukan) hamba-Nya, sebagaimana hamba itu mendudukan Allah dalam jiwanya (hatinya)”

Ini yang saya ‘dengar’ dari Hati saya, selepas subuh - “menimbang diri di sisi Allah…” lalu sejuta pertanyaan bergemuruh dilubuk hati saya yang paling dalam, sudahkah saya menempatkan Allah dikedudukan yang terbaik dalam hati saya? Teringat salah satu do’a tahajud saya, agar Allah meninggikan kedudukan saya sepertimana DIA meninggikan kedudukan orang-orang sebelum saya, semoga kelak, bila saya sudah ‘tiada’, Allah tempatkan saya bersama orang-orang yang DIA sayang… kini pertanyaan itu berbalik bak angin, mengetuk pintu hati saya : “sudah tinggikah kedudukan Allah dihati saya…”. Malu. malu dengan do’a yang tiap-tiap hari diratib.


Bukankah yang termahal dalam hidup adalah keyakinan pada Allah?  :)

Lalu apalah ertinya, apalah gunanya sekiranya memiliki kekayaan tetapi hati saya jauh [miskin] dari mengenal Allah. Lalu apalah ertinya saya dikenali ramai orang, memiliki jawatan tinggi, tapi.. kedudukan saya sangat rendah di hadapan Allah. Kedudukan seorang manusia itu akan rendah bila tidak mengenal Allah… irhamni ya Rahman, jangan masukkan aku ke dalam golongan manusia yang rendah, kerana aku yakin aku tidak sanggup. Tetapi, masukkanlah aku ke dalam golongan yang sedikit, golongan sedikit yang sentiasa bersyukur pada-Mu.

Lalu bagaimana mengukur kedudukan saya disisi ALLAH, ukurannya senang, selama 24 jam yang berlalu dalam tempoh satu hari, dalam setiap jam, minit, dan saat itu, berapa kali kita mengingati Allah? Walau kita melaksanakan kewajipan solat, apakah hati kita turut hadir dan tunduk seperti mana tunduknya jasad kita kepada DIA? Ataukah fikiran kita melayang entah ke mana, atau mengingati si dia yang dicintai. Saat di perjalanan, apakah kita sibuk berdzikir serta mengambil ‘ibrah dari ayat-ayat Allah?

Hati, bila sentiasa bersambung taliannya pada Allah dalam situasi apapun juga, maka sesungguhnya Allah telah meninggikan kedudukan si hamba. Biar disetiap helaan nafas kita, kita rasa Allah bersama kita. Moga bila saatnya untuk kembali semula ke tempat ‘asal’, helaan nafas yang dipinjamkan adalah dalam rangka kita meninggikan Allah di hati, dan itulah kepulangan yang paling dan sangat-sangat indah..! :)

Lalu sejauh mana pula usaha saya untuk “menyenangkan” Allah. Tinggi rendahnya kedudukan saya di sisi Allah dapat terlihat dari senang atau tidak saya melakukan amalan yang dicintai Allah dan Rasul-Nya. Jika Allah menyukai solat berjemaah, yang ganjarannya 27 kali lipat ganda daripada solat sendirian, maka ini yang seharusnya saya pilih. Sekiranya Allah membenci hubungan kasih sayang yang terputus, maka akan saya sambung setiap ikatan yang terputus, semoga selalu ada jalan seluas samudera hati saya, maafkan kesalahan saya.

Lalu sejauh mana kegigihan saya menghindarkan diri dari maksiat. Pesan seorang guru ; “kedekatan seorang hamba dengan Allah, akan terlihat dari kesungguhannya dalam menjauhi maksiat”. Orang-orang yang berkedudukan tinggi di sisi Allah, akan segera bertaubat saat dia terjerumus ke dalam maksiat. Menyesal, kemudian berazam untuk tidak mengulangi kesalahan, dan menggantinya dengan kebaikan yang lebih berganda-ganda, Allah, sudah seperti inikah saya …?

Jika hati terasa hampa, saya menilai diri, apa saya jauh dari Allah? Rupa-rupanya, saya BELUM sempurna memperbaiki diri saya, belum seluas samudera hati saya yang berlayar untuk terus kembali kepada ILLAHI.  :)



# Manusia itu dua matanya (ibarat) penunjuk, dua telinganya sebagai pemberi isyarat AWAS, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, HATInya pula sebagai RAJA. Kalau RAJAnya baik maka baiklah bala tenteranya. Pemeliharaan Hati itu terutama. Sekiranya ia mampu bergetar dan teralun dengan Dzikrullah, Ayatullah & berbagai jenis Ibadah, maka berBAHAGIAlah! Hati yang SATU itu masih HIDUP!

Detik-detik kematian, semakin hari semakin menghampiri. Ayuh teman, sama-sama bersihkan HATI yang kotor dan berdaki. Moga buku amalan kita bermula dengan baik, dan khatimahnya juga akan baik. Oh Allah, bantulah aku buru keredhaan-Mu. Aku tahu, aku sentiasa ada-Mu.. :)




Al-FaQirah ila Robbiha :
Waznah Alhamraa’
24 DzulQaedah 1433H
10 Oktober 2012
Kampus Tarbiyah.

REAKSI KIMIA : ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN



Bismillah wa Alhamdulillah…

Fuh~ Lama “senyap”, new semester + sibuk nak siapkan apa yang patut untuk walimah --->  blur ;P

Berlegar-legar di laman Facebook, terjumpa satu status friend yang sangat menggoda mata untuk membacanya. Tersenyum  :)

[ Status : Sekejap SINGLE, sekejap IN A RELATIONSHIP, tetiba MARRIED berwalikan 'FACEBOOK', lepas tu single lagi, in a relationship lagi, tetiba pula divorced? Eh! in a relationship lagi? Bila AKADnya bila RUJU'nya? Huh! Oh Kamu! Kenapa begitu rendah nilaimu? ]

Saya kurang pasti, sama ada “orang” yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu, Lelaki.. atau pun perempuan. Apa yang pasti,  saya juga sering menemui keadaan yang sama. Hari ini, dia meng’edit’ relationship statusnya sebagai “single”, dua atau tiga jam kemudian, bertukar pula kepada “in a relationship”. Ada yang tanpa segan silu, meletakkan status hubungan Hatinya : “got engaged to” si fulan/fulanah. Pesan sahabat saya ; “Bertunang tidak usah dihebohkan, cukup untuk pengetahuan kenalan terdekat. Apabila berkahwin beritahulah dunia bahawa, aku sudah bernikah!.

Kepada Muslimah yang ku Cintai, sungguh aku kasihkan kamu.. kerana kasih, aku kongsikan entri ini.. Bukan kerana aku seorang yang suci, tetapi kerana aku mahu melindungi, kau bakal menjadi isteri, pada suami yang sudah dipilih oleh Ilahi …. (entri asal dari seorang Ikhwah, katanya untuk bakal isteri dan bakal ibu kepada anak-anaknya, tulisan ini pasti kerana Allah. MALU.. namun, itulah kebenaran yang terpaksa saya telan, walaupun pahit, kerna saya juga seorang Muslimah dan wanita. Mudah-mudahan diterima baik oleh kalian dan diri penulis sendiri)


    “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan” ( Surah An-Nur : ayat 30)

Nabi Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam pernah berpesan kepada Saidina ‘Ali ibn Abu Thalib,maksudnya : “Wahai ‘Ali, janganlah engkau ikuti sebuah pandangan dengan pandangan (berikutnya). Yang boleh bagimu hanyalah pandangan pertama, sementara pandangan berikutnya tidak boleh”.



Surat Cinta.. pernah terima tak, dari secret admire..?  :)

Entah kenapa aku berasa sedikit geram. Alangkah sepinya hidup seorang perempuan itu tanpa rasa mereka pernah mendapat surat cinta. Bertintakan dakwat yang Maha Agung dan dihantar oleh junjungan besar nabi umat akhir zaman. Antara kalian (perempuan) dalam keadaan nazak , aku juga tidak menolak antara kami (lelaki) juga terkulai layu. Apa yang buatkan aku sedikit geram ialah apa yang kalian fikir sehingga kalian langsung tidak berasa bimbang dengan fitrah lelaki seperti kami. Fitrah lelaki yang aku cuba sampaikan ialah berikutan pandangan mata kami yang agak sukar dikawal melihat kalian. Berlebih lagi apabila mata kami mula diselubungi dengan kejahatan nafsu .


Reaksi kimia yang asalnya REACTANT menghasilkan product 'NAZAK'


pandangan mata lelaki (aq) + perempuan yang kurang kasih sayang (s) ---> godaan nafsu + bisikan syaitan (c) + perempuan dan lelaki akan menjadi nazak (g)
 


(aq) - pandangan mata yang dicipta untuk fokus ke al-Quran
(s) - syahwat yang menewaskan pandangan mata ke arah yang baik
(c) - catalyst ; pemangkin , mempercepatkan reaksi
(g) - gas api neraka yang bakal dihidu



Hadith RasulUllah SollAllahu ‘Alayhi wa Sallam, Riwayat dari Bazzar dan At-Tirmizi menjelaskan,

    “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Muslimah, engkau tahu, lelaki walaupun akalnya sembilan dan nafsunya satu , tanpa ilmu yang diredhai Allah dalam hatinya, dia pasti tumbang dengan kalian. CATALYST ; pemangkin itu pandai bertindak balas dengan setiap suhu dan persekitaran yang fleksibel tanpa pemangkin itu dimusnahkan hasil daripada reaksi kimia .

Oh, jika begitu maka salahkan lelaki yang tidak menundukkan pandangan daripada kami ?

Jangan salahkan dan menuduh kami lelaki kerana menjadi seorang lelaki. Ya, akui yang kami mempunyai sedikit ilmu yang diredhai Allah, tapi bantulah kami dengan menghalang pandangan kami kepada kalian. Segelintir kami yang berakal sembilan yang lemah longlai ini, ada yang tidak mampu menahan cerita hati mereka. cerita hati yang digaul dengan nafsu syahwat .

    "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Bantulah kami daripada menggunakan sembilan akal kami untuk tidak berbuat jahat kepada kalian. Rangsangan mata kami terhadap kalian bertindak menghantar cas-cas eletrik ke saraf neuron untuk dibiak yang bukan sedikit, bertrilion sel-sel neuron bercambah untuk kami sentiasa berkreatif dalam melakukan dosa kepada kalian. Jangan biarkan kreativiti dalam skil kejahatan kami merosakkan kalian. Salah satu kreativiti dosa kami yang membunuh maruah kalian.  Sebuah maha karya agung yang dibantu oleh pembantu makmal kejahatan serba boleh ; Encik Syaitan yang sentiasa direjam. Salah satu kebijaksanaan baru maha karya agung jahat kami!


Allahumma.. Pedihnya !!! (kata Hati saya)

Aku kirimkan Doa perlindungan ;

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

RasulUllah SollAllahu ‘Alayhi wa Sallam didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan nama-Nya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha Mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"  (Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Adakah hanya cukup sekadar berdoa kepada Allah, meminta perlindungan daripada kejahatan sambil kalian menyembur separuh botol minyak wangi, menyelak tudung ke belakang, memakai pakaian yang kalian fikir itu masih tidak ketat lagi. Saidina Umar r.a berkata : "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Bacalah surat cinta yang Tuhan kalian berikan. Bukankah kalian berIman dengan Tuhan yang satu. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Maha Pemurah dan Maha Pengasih dan menguasai hari pembalasan. Adakah kalian yang sudah membaca isi surat cinta itu mahu menafikan luahan cinta daripada penulis yang tidak mengantuk dan tidak tidur ?

    "Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."  Surah al-Ahzab : ayat 59

Hiasilah mata kami dengan pemandangan yang comel, bukannya kalian menghiasi mata kami dengan bahasa tubuh dan pakaian kalian yang membangkitkan syaitan yang tidak malas-malas meresap dalam haemoglobin sel darah kami. “Comel” yang kalian selalu sebutkan, berfesyen begitu dan begini ; bertudung yang tidak menutup dada, berbaju t-shirt lengan pendek mahupun yang berlengan panjang ditambah dengan lilitan yang ketat, pakaian yang jarang .

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti..” Petikan dari: (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah.)

Kami diam. Ya, kami akui ada antara kami suka muslimah begini, tampak lebih comel dan begitu suka memuji kalian. Namun , hakikatnya kami lelaki yang dhaif (lemah) sentiasa lupa dan berbuat silap. Adakah pujian antara kami yang sering kami 'like' ataupun 'comment' itu seiring dengan 'like' dan 'comment' Allah dan Nabi Muhammad kepada kalian? Bayangkan ; andai RasulUllah masih ada, apakah kata-kata yang baginda tuturkan tika Baginda berjalan di hadapan kalian yang berpakaian begini ?

    “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Ya Allah, bantulah kami daripada menyekat pandangan kami daripada memandang yang haram , yang pasti mendekatkan kami ke lembah kejahilan. Sekiranya, mereka enggan membantu kami dalam memperelokkan akhlak kami, kepada Engkaulah Tuhan sekalian alam, sebaik-baik Pemberi pertolongan kepada kami . ampunkanlah kami .

Fudhail bin Iyadh Rahimahullah ada menyatakan : Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tidak pernah dia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun dia mengatakan  ; “Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..’’

Sebelum mengakhiri entri ini, aku ‘hadiah’ kan ayat-ayat Cinta ni..

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka” (Surah An-Nur : ayat 31)


            
# Kamu.. Iya, kamu yang sedang membaca.. Cinta itu bukannya harus di delete, tapi di hidden hingga nantinya akan di approve kepada yang halal ^^ Bila lelaki cakap kamu sombong, it's better sebab itu tandanya kamu sukar didekati dan berusaha untuk jaga diri kamu dan dirinya juga. Jaga diri, jaga iman, jaga agama dalam diri, kerana dirimu begitu berharga ^^





Al-FaQiroh ila Robbiha :
Waznah Alhamraa
12 Dzul Qaedah 1433H
28 Sepetmber 2011