DARI DIARI AN-NISAA'


bismillahirrahmanirrahim...


walau jalan masih jauh dan panjang...

akan aku merintisnya perlahan-lahan...

kerna aku ketahui.. di sepanjang perjalanan itu..

aku mulai belajar apa itu erti sebuah kehidupan...



Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman, Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaanNya, Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam, Jika mereka cintakan manusia, biarlah kita cintakan Allah SWT. Jika mereka dambakan duniawi, biarlah kita rindukan ukhrawi...

Ya Allah..

Jadikanlah aku tabah seperti Ummu Khadijah

Sehingga dirinya digelar 'afifah solehah

wanita pertama...

Tiada ragu mengucap syahadah

Pengorbanan bersama Rasulullah

Susah senang sentiasa bersama

Walau hilang harta kerana berdakwah

Walau dipulau 3 tahun 3 bulan

namun Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit diri kan rebah..

Baru dihina aku mulai mengalah

Ya Allah.. tabahkanlah aku sepertinya..


Ya Allah..

Jadikanlah aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya

Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda

Anak yang semulia peribadi baginda

Tangannyalah yang membersihkan luka

Tangannya jua yang membersihkan cela

Pada jasad Rasulullah tercinta...

Gagahnya dia pada dugaan

Mampukah aku sekuat Fatimah?

Saat diri terluka... dendam datang menyapa

Saat disakiti... maki menjadi mengganti

Ya Rabbi.. teguhkanlah hatiku sepertinya..


Ya Allah..

Jadikanlah aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman

dan Keluarga Yasir yang bertakwa...

Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia

Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?

Tatkala digoda nafsu dunia..

Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih

Kerana yakin Allah pasti disisi

Sabarkan aku seperti sumaiyah

Biar tombak menusuk jasad..

Iman sedikit pun takkan rapuh..


Ya Allah..

Jadikanlah aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman

Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah

Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami

Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud

Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah


Ya Allah..

Tarbiyyahkanlah aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman

Mampukah aku menatap cinta itu?

Sedangkan rupa yang menjadi pilihan

namun Ketulusan Iman diketepikan..

Ya Allah..

Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..


Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisyah Humaira'

Isteri termuda Rasulullah

walau dilempar fitnah

tetap teguh pada ketetapan-Nya

Isteri sejati yang memangku Nabi

Pada saat terakhir baginda..

Hadith dan Sunnah Rasulullah dipertahankan

Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..

Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda

tika diri mula goyah dan putus asa

Teguhkanlah Imanku sepertinya..Ya Rahim..


Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa

anaknya mati di Jalan ALLAH

Dia meratap tangis..

Anak sulungnya syahid

Anak keduanya turut syahid

Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid

Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta

Jawabnya "kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad"..


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah

Mahupun sehebat Ummu Sulaim

Dan tidak seteguh Aisya Humaira

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan..


Wahai Kaum Hawa

kerna Kita cuma An-Nisaa'...

Para pendosa yang terbanyak di neraka

walau kita tak setabah para Mujahidah

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana di situ ada jalan menuju Syurga!

mungkin kita tidak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerna padanya akan kau temui Pahala!

biar diri tidak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

Kerna di sana menantinya bahagia!


Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Bicara dari An-Nisaa' yang hina..

Makbulkan doaku..


amien ya Rabbal 'Alamin...


teruslah bergerak hingga kelelahan mengejarmu..
teruslah berlari... hingga kebosanan juga bosan mengikutimu...
teruskanlah berjalan sehingga keletihan mahu bersamamu..
teruslah dan tetaplah untuk bertahan.. hingga kefuturan mahu menyertaimu..
tetaplah berjaga dari lenamu.. hingga kelesuan itu lesu dari terus menemanimu..
itulah DAKWAH!! teruskanlah berlari dan jangan pernah cuba untuk berhenti...



sekian...~


wallahu'alam...



alfaQirah ila Allah,

~ waznah alhamraa' ~

19 APRIL 2011

02 : 47 AM