"DARJAT" IMPIAN

Oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai muslimah mukminah…

“WANITA SOLEHAH” ….

Lalu bagaimana??




Yang hatinya dibalut rasa taQwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deenullah ‘ulya

Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah

Yang senantiasa merindui untuk menggapai redha Ilahi

Solat.. sebagai bekal baginya untuk di dunia hari muka

Bibir dan lidahnya tidak pernah letih untuk menyatakan yang benar

Apatah lagi.. dia tidak pernah gentar berperang dengan hawa nafsunya

Sentiasa mendidik dirinya untuk terus berada pada saff mujahidah fi sabilillah

Pesan dari ‘abidah dho’iefah…

Untuk sekalian muslimah yang inginkan syurga sebagai istana idamannya..

Didik hati.. pimpinlah diri untuk menjadi wanita solehah

Tutur kata yang sentiasa dijaga

Tidak angkuh dengan ilmu yang penuh di dada

Jauh sekali niat untuk bermegah dengan harta dunia yang dimilikinya

Kebajikan.. dia lakukan kerna sifat penyayang

Di sisinya, teman yang menyenangi, bukannya musuh yang menghampiri

Tiba satu saat.. dengan idzin yang Maha kuasa

Wanita solehah inilah…

Suami tercinta di hormati

Ibu, ayah di hargai..

Mendampingi suami… tarbiyatul aulad intima’ fi Islam

Hidupnya.. cukup sekadar dalam bersederhana

Kerna baginya..

Dunia hanya rumah sementara

Untuk menuju kampung akhirat yang nyata..

Wahai diri dan sekalian muslimah yang ku kasihi

Ayuh..

Bersamalah.. bersedialah…

Untuk menjadi wanita solehah..

Menjadi makmum untuk imamnya

Sepenuh hidup bernaungkan al-Quran dan Qona’ah

Sujudnya… tanda syukur pada sifat ar-Rahman dan ar-Rahiem-Nya

Lelah matanya… hanya tumpunya pada tilawatul Quran

Lesu suaranya kerna letih berdzikir

Lelap tidurnya dalam cahya keImanan..

Bangkitnya di sepertiga malam…

Untuk menemui Kekasih Kecintaan

Subuhnya dengan penuh kesediaan

Satu hakikat yang dia akui..

“menjadi wanita solehah itu adalah melebihi apa pun di dunia..”

Bertambah usia, bertambah kematangannya

Kitakah wanita solehah yang dikatakan..??

Tulus dan luhur dari hatinya yang terdalam

Penciptaannya.. adalah untuk meng’abdikan diri pada yang Maha Esa

Dunia..dijadikan ladang menanam benih-benih ketaQwaan

Untuk di raih hasilnya di akhirat sana..

Kerna.. TaQwa itulah yang membezakan antara aku, kamu, dan kita semua..

Wanita solehah pengemis cinta Rabbul ‘Izzati..

Lindungilah dan peliharalah buah kehidupan itu sebaiknya

Agar.. tumbuhnya putik tunas yang menjaga diri di alam baQo’

Tegarlah dalam meneruskan perjuangan..

Musafir menuju redha dan cinta DIA

Moga saja.. wanita solehah

Tidak terpesona dengan buaian dunia fana

Kerna.. aku yakin…harapan pada akhirnya

Adalah untuk berada di Syurga Allah nan indah..

Moga istiQomah.. untuk meraih darjat “wanita solehah” di sisi Tuhan yang Maha Esa~



Wallahu’alam…




Al-FaQirah ila Robbiha :

~ waznah alhamraa’~

13 DzulQaedah 1432H

11 Oktober 2011

23:58 PM

SAKIT ITU ADA HIKMAHNYA

Dengan Asmaa’ullah yang Maha Agung, ku mulakan tinta dengan idzin yang Maha Kuasa..

Kalam cinta dari taman al-Quran, kata Allah, mafhumnya : “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157)

Sepi malam, bertemankan alunan dzikir-dzikir indah, kalamullah.. penyejuk hati di kala gundah dan resah, syifaa’ul qolbi di saat sakit dan patahnya hati. Mata masih segar, seperti tidak ada tanda2 mahu me”rehat”kannya, namun, untuk memenuhi syarat menemui Kekasih ku Ilahi disepertiga malam nanti, insyaAllah, mata yang kecil ini akan dilelapkan juga. =)

Mujahidah solehah (roommate) saya sudah terbuai dalam mimpi indahnya, mimpikan “kekasih hati” yang belum ditemui katanya. Kasihan, penat barangkali, merawat saya sehari suntuk, melayan karenah waznah alhamraa’ yang mengalami demam panas. Hampir setengah hari tidak sedarkan diri.. lemah.. hanya DIA yang Tahu betapa sakitnya. Allahu Robbi, syukran sahabat, hanya Allah yang mampu membalas kasih sayangmu..

“kalau kakak tahu, kakak yang akan gantikan tempatnya semalam”- kata kakak..

Sebak rasanya.. naluri seorang kakak, sepertinya seorang ibu kepada kami semua, warga RB. Demam melanda diri, setelah meredah tangisan langit Ilahi, dalam perjalanan pulang ke jannatuna baituna daieman fi qolbi semalam. Siapa sangka, semuanya dalam catatan takdir Maha Mengetahui, paginya saya rasa sihat wal’afiat saja, malamnya badan sudah terasa sakit2 dan lemah. Ingin saja saya menangis, tetapi tidak mahu kalah dengan sifat manjanya diri. Di saat itu juga, perasaan rindu kepada usrah yang jauh dari diri, mencengkam sanubari. Allah.. ku titip salam cinta dan sayang dari jauh, buat mereka yang tercinta.

“Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan inipun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekedar gambaran ini” ( Ibn Qoyyim - Syifa-ul Alil fi Masail Qadha wal Qadar wa Hikmah wa Ta’lil hal 452).

HIKMAH TERSEMBUNYI DARI RASA SAKIT

Mungkin saya terleka seketika.. disebalik rasa sakit itu, ada hikmah terpenting yang tersembunyi. Itulah manusia, kadang-kala tidak bersyukur dengan anugerah dari Ilahi. Acapkali bila sakit menimpa diri, mulalah berkeluh kesah, bahkan mungkin lebih parah apabila meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir. Wal’iyadzubillah, moga Allah terus menerus melindungi dari perbuatan semacam itu. Padahal apabila mereka mengetahui hikmah dibalik semua itu, insyaAllah, sakit itu akan terasa ringan disebabkan banyaknya rahmat dan kasih sayang dari Allah Ta’ala.Sakit itu satu nikmat. Ya.. nikmat di mana dosa-dosa si hamba terhapus, insyaAllah..

Duhai diri yang merindui Maghfirah Ilahi…

Sakitnya dirimu kini.. kerna itu adalah penawar kepada dosa-dosa mu yang sudah berlalu pergi. Sabar.. sabar.. dan teruslah bersabar. Sakit itu dari Allah, penawarnya juga dari Allah. Sakit itu musibah, musibah yang Allah turunkan, tanda DIA cinta dan sayangkan dirimu. Allah melindungi imanmu dari terus lalai melakukan dan menambahkan dosa.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).

“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”. (HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).

“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).

“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Teladanilah sikap para sahabat, bagaimana mereka sekiranya tidak ditimpa sakit dalam jarak masa yang lama, mereka akan gelisah dan tertanya2 adakah Allah s.w.t. sudah tidak mengasihi mereka. Sebabnya mereka faham akan hakikat bahawa seorang manusia apabila menyukai seorang yang lain, maka beliau akan berusaha untuk menyenangkan hatinya. Sedangkan Allah, apabila menyukai seseorang hamba, maka akan diujinya hamba itu mengikut tahap cintanya. Sebab itu ujian yang paling berat diterima adalah daripada kalangan Nabi dan Rasul.

Saya kongsikan sebuah kisah…

Disebutkan dalam sebuah hadith, ada diceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengemukakan pertanyaan kepada para sahabat: "Siapakah di kalangan kamu yang suka sentiasa sihat tanpa sakit?"

Jawab para sahabat: "Kesemua kami."

Baginda bertanya lagi: "Adakah kamu suka menjadi seperti keldai liar yang mengganas? Tidakkah kamu suka menjadi orang yang ditimpa bala dan orang yang mendapat penghapusan dosa? Demi diriku di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya Allah pasti menguji orang mukmin dengan bala dan apa yang diuji itu tidak lain melainkan untuk memuliakannya."

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sakit itu mengerangnya adalah tasbih, jeritan dan tidurnya adalah ibadah, nafasnya adalah sedekah dan berbalik-balik ke kiri dan kanan itu adalah memerangi musuh, iaitu sama pada pahalanya."

Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menyatakan, ada sebuah hadith yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T mengutuskan kepada seorang yang sakit itu dua malaikat untuk melihat apa yang dikatakannya kepada pengunjungnya. Sekiranya dia mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah, Allah berfirman: "Bagi hambaKu, sekiranya Aku mematikannya nescaya Aku memasukkannya ke dalam syurga. Dan sekiranya Aku menyembuhkan nya nescaya Aku menggantikan daging badannya yang lebih baik daripada sebelum ini, darah yang lebih baik daripada darahnya serta Aku hapuskan kejahatannya. Kelebihan Allah lebih luas daripada semua itu."

SATU PERINGATAN : NIKMAT SIHAT TIDAK DISYUKURI

Nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita, tidaklah terhitung banyaknya. Bahkan kalau kita mencuba melakukan hitungan itu, tidak akan kita mampu kerna banyaknya. “Dan jika kamu (mencoba) menghitung (nikmat Allah), pastilah tidak akan mampu melakukannya,” demikian firman-Nya dalam al-Quran

Antara lima itu ialah hargai nikmat sihat sebelum hadirnya nikmat sakit.. =)

Sabda Rasulullah SAW, Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesihatan dan waktu luang”. (HR. Bukhari, no: 5933)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Kenikmatan adalah keadaan yang baik, ada yang mengatakan kenikmatan adalah manfaat yang dilakukan dengan bentuk melakukan kebaikan untuk orang lain”. (Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari, penjelasan hadits no: 5933)

Ulasan dari Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Kadang-kadang manusia itu sihat, tetapi dia tidak longgar, kerana kesibukannya dengan penghidupan. Dan kadang-kadang manusia itu cukup (kebutuhannya), tetapi dia tidak sihat. Maka jika keduanya terkumpul, lalu dia dikalahkan oleh kemalasan melakukan kataatan, maka dia adalah orang yang tertipu. Kesempurnaan itu adalah bahwa dunia merupakan ladang akhirat, di dunia ini terdapat perdagangan yang keuntungannya akan nampak di akhirat.

Maka barangsiapa menggunakan waktu luangnya dan kesihatannya di dalam ketaatan kepada Allah, maka dia adalah orang yang pantas diirikan. Dan barangsiapa menggunakan keduanya di dalam maksiat kepada Allah, maka dia adalah orang yang tertipu. Kerana waktu luang akan diikuti oleh kesibukan, dan kesihatan akan diikuti oleh sakit, jika tidak terjadi maka masa tua.

Sebagaimana dikatakan orang “Panjangnya keselamatan (kesihatan) dan tetap tinggal (di dunia) menyenangkan pemuda. Namun bagaimanakah engkau lihat panjangnya keselamatan (kesihatan) akan berbuat? Akan mengembalikan seorang pemuda menjadi kesusahan jika menginginkan berdiri dan mengangkat (barang), setelah (sebelumnya di waktu muda) tegak dan sehat”. (Fathul Bari)

Selagi nyawa masih bersatu dengan jasad nan satu, bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah. Percayalah, apabila kita selalu bersyukur, maka kita akan tenggelam dalam setiap nikmat yang Allah berikan dengan penuh keredhaan. Meskipun sedikit, insyaAllah, ianya akan penuh barakah.

Pesan Imam Ghazali, syukur itu tersusun dari tiga hal, iaitu ilmu, hal (keadaan), dan amal (perbuatan). Ilmunya ialah dengan menyedari bahwa kenikmatan yang diterimanya itu semata-mata dari Allah Swt. Keadaannya adalah menyatakan kegembiraan kerna memperoleh kenikmatan. Amalnya adalah menunaikan sesuatu yang sudah pasti menjadi tujuan serta yang dicintai oleh Allah Swt yang memberi kenikmatan itu untuk dilaksanakan.

Sakit itu merupakan pintu yang akan membukakan kesedaran seorang hamba bahwasanya dia sangat membutuhkan Allah Azza wa Jalla. Tidak sesaatpun melainkan dia butuh kepada-Nya, sehingga dia akan selalu tergantung kepada Robb-nya. Dan pada akhirnya dia akan senantiasa mengikhlaskan dan menyerahkan segala bentuk ibadah, doa, hidup dan matinya, hanyalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semata

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.

p/s : “serikandi perindu syurga Ilahi kena kuat.. bersabarlah, tenanglah dengan ujian sakit yang Allah berikan” – syukran akh mujahid atas taujihatnya =)

sekian…

al-FaQirah ila Rabbi :

~ waznah alhamraa’~

10 oktober 2011

2:56 AM

KHIANAT.. HADAPILAH DENGAN TENANG

Ketika aku terus mengetuk pintu Tuhan…

Kutunggu sepenuh kesedaran ,agar tidak tergoda

Hingga di sana muncul mata kemuliaan..

Dari wajahnya dan sebuah panggilan buatku,

Hanya Kusertakan pengaduan dalam pengetahuan

Tak ada sesuatu pun dalam hatiku, kecuali Tuhan..


“kenapa mata adik bengkak semacam aja, baru lepas nangis ya” – sapa seorang kakak (teman serumah) tika saya usai menghabiskan bacaan ayat al-Quran.

Diam… tanpa ada jawapan yang keluar dari bibir kecil saya. Lidah seakan kelu, namun saya tetap men”jawab”nya dengan senyuman.. dan saya harap dengan senyuman itu kakak takkan terasa dengan sikap saya yang seakan-akan tidak “peka” dengan soalannya.

“ada masalah ka?” – Tanya kakak lagi.

Serba salah rasanya.. Hati merintih lemah, nak dijawab atau biarkan saja. Terkadang, saya lebih suka memendam daripada meluahkan atau pun berkongsi. Saya lebih suka mendengar daripada menyampaikan. Sifat semulajadi barangkali – kadang2 tersalah tafsir oleh sebahagian mata-mata manusia.

“takda apa la kakak.. mata saya kan memang “bengkak” macam ni..” – jawab saya ringkas.

“betul??”

Memang susah nak menipu dengan kakak saya yang seorang ni. Walau baru beberapa tahun menyemai mahabbah dengannya, seakan sudah “masak” dengan perangai saya. Dan saya… lebih selesa untuk berkongsi rahsia “hati” saya dengannya. Kerna saya tahu, dia amanah dengan tanggungjawabnya, tidak akan pernah khianati kasih sayang saya… tidak seperti sebahagian mereka yang memperlakukan saya sedemikian.. astaghfirullahal’azdim.

Saya akui, sejak akhir2 ini.. saya lebih suka menyendiri, airmata juga banyak mengalir keluar dari kelopak mata yang Allah kurniakan sebagai salah satu pancaindera utama bagi seorang hamba. Bahkan sampai satu saat, hati saya terus-menerus menangis walaupun pada hakikatnya airmata saya kering dari terus mengalir.

“apa perasaan kakak.. bila orang yang kakak sayang, hormati, percaya dan harapkan dia, telah khianati kakak, bahkan mengecewakan kakak??” – Tanya saya dalam keadaan suara yang tersekat-sekat, menahan sebak agaknya.

perasaan seumpama itu tidak pernah diharapkan untuk berlaku (malah tidak pun menyangkanya) tetapi ia berlaku juga dalam episod hidup yang singkat ini. Saya yakin, anda, saya dan kita semua pasti melalui episod yang sedih dan tidak disangka2 itu dalam hidup. Jika tidak berkali-kali, pasti sekali dalam hidup, kita mesti ’terkena’. Betul??

“berhentilah dari terus mengenang perbuatannya. Tenanglah.. Jauhkan diri dan berhati2 dengan ’gunting dalam lipatan’ ini. Tetapkan satu jarak yang jauh tetapi jangan pernah untuk putuskannya. Sekiranya tidak mampu melupakan, tak apa, tetapi belajarlah untuk memaafkan. Jangan pernah untuk membalas. Jangan kita mengkhianati diri sendiri hasil dari pengkhianatan orang kepada kita” – balas kakak sambil memegang erat tangan saya.

Akhirnya saya akur, airmata yang sudah kering, kembali deras mengalir. Satu-persatu perkataan yang keluar dari mulut kakak, saya amati sedalam2nya. Kejamkah saya pada dia dan diri saya sendiri? Entahlah, andai dia bisa memahami perasaan dan keadaan saya pada saat ini, tiada kata lain yang mampu saya lafazkan, hanya satu “MAAF!!” – untuk segala-galanya.

“kalau aku diperlakukan sedemikian, mungkin aku takkan benci, tapi berusaha untuk memaafkan. koz maybe boleh jadi itu balasan Allah tuk aku, sebagai satu peringatan, tanpa sedar, aku pernah khianati seseorang. Kalau tak pun, Allah nak uji tahap kesabaran aku terhadap masalah ni”

Jawapan dari sahabat kecintaan saya, ketika saya mengajukan soalan yang sama. Ada benarnya jawapan itu. Bersabar atas karenah pergaulan dengan manusia adalah tuntutan agama. Kita bukannya hidup dalam masyarakat malaikat – yang tidak pernah alpa dan tidak berdosa. Tarik nafas dalam-dalam dan helakannya panjang-panjang. Cubalah bermuhasabah dengan diri sendiri penuh berani dan jujur. Apabila kita dikhianati, itu mungkin kerana kita pernah mengkhianati. Atau kita berdiam diri apabila orang lain dikhianati dan dizalimi. Padahal, membela dan bersuara atas kebenaran itu satu tuntutan. Jangan dayus dan jadi penakut, berselindung disebalik kejahatan syaitan yang membisu.

Itulah lumrah hidup yang harus kita terima dengan hati yang terbuka. kita terpaksa hadapi perkara yang tidak kita inginkan. Kita tidak mampu mengawal semua yang berlaku agar sentiasa sesuai dengan keinginan dan kemampuan kita. Akibatnya, selalu berlaku perkara-perkara yang kita sendiri tidak inginkan berlaku. Lantas kita akan mengalami ketakutan – takut sakit, takut gagal, takut dicerca orang dan sebagainya. Kebenarannya - Kita tidak boleh lari daripada hakikat ini.

Jangan takut dengan pengkhianatan masa silam. Jangan gusar dengan pengkhianatan masa akan datang. Teguhlah membina cita2 besar yang mampu ’meremehkan’ semua itu – agar kita bisa menjadi raja. Bukan menjadi raja yang berbangga diri tetapi raja yang punya keyakinan diri dan kemurniaan reputasi. Sekuat apa pun salakan seekor anjing pada bukit yang utuh, namun ianya tidak akan runtuh melainkan dengan izin yang Maha Kuasa, Allah SWT. Sama halnya dengan manusia yang tidak malu menikam kita dari belakang. Mungkin dia kurang sedar bahwa dia sebenarnya seorang yang lemah, penakut.. atau mungkin – tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara “face to face”.

selagi ada tenaga, upaya dan keinginan yang menyala2 maka akan sentiasa ada ’musuh’ dalam selimut yang ingin mengacau kita. Kritik yang tidak adil adalah pujian yang tidak rasmi. Tikaman dari belakang petanda kita gagah dan digeruni untuk dihadapi secara berdepan.

Yang penting, bermusabah diri. Jaga hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jaga perlakuan agar sentiasa diikat oleh syariat. Jika itu telah dapat kita usahakan… pengkhianatan akan dapat kita hadapi dengan senyuman. Strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri! Dan kita - Biarlah tetap menjadi hamba Allah. Tetapi menjadi raja kepada diri kita sendiri!

Pesan dari hati. untuk hati.. jangan lari. Berusahalah menghadapinya. Jangan mengelak , tetapi berdepanlah. Inilah realiti yang harus diterima walaupun pahit atau pedih amat. Itulah anak tangga yang mesti dipijak untuk melonjak ke daerah tinggi. Jika kita lari, pasti anak tangga yang sama akan memburu dan menghantui kita dalam rupa yang berbeza tetapi mesejnya tetap sama. Kita tidak akan naik ke kelas atas, tetapi pasti selamanya akan berada di kelas itu juga. Begitulah cara Allah mendidik kita dalam universiti kehidupan ini.

Duhai hati yang lemah~ utuhlah, tegar menempuh segalanya. dunia hanyalah sebuah sekolah. Hadirnya kita disini bukan untuk didera, tetapi untuk ditempa… dididik oleh MURABBI paling agung dengan mehnah (ujian), qada’ serta qadar-Nya. Terkadang pelajaran itu diletakkan Allah pada manusia lain, pada peristiwa, pada kejadian, pada penyakit, pada kegagalan, pada kejayaan… ya selamanya kita akan dididik. Berterus-terusan. Hingga layak kita menerima sekalung ijazah bernama Qalbun Salim (hati yang sejahtera)



Bismillahirrahmanirrahim..~

“Ya, Allah, tiap detik-detik yang berlalu, pengharapan ku pada mu terlalu tinggi. Tetapi aku sedar, aku berdosa. Terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan ku kepada Mu. Namun mampukah aku berpaling dari Mu? Tidak, walau dosa ku setinggi gunung, tetapi pengampunan Mu jauh lebih tinggi. Lebih tinggi dari langit yang tujuh. Telah aku ungkapkan kata-kata itu melalui lirik-lirik nasyid yang ku tuliskan, namun seakan-akan baru kini aku merasakan. Aku kembali, aku kembali kepada Mu Tuhan…

Dalam derai air mata aku memohon kepada Mu. Aku kembali kepada Mu. Segala yang fana ini hakikatnya tidak ada apa-apa. Sekelumit pun tidak akan berguna. Hanya wajah Mu yang kekal abadi. Ketika sekalian meminggir, Engkau jualah wahai Tuhan… yang terus sudi menghampir. Aku datang wahai Tuhan. Walau dengan kusam dan kelam wajah yang berdosa, namun aku datang. Aku yakin Kau tidak akan mengusir ku walaupun aku jauh tidak layak menjadi tetamu pengampunan Mu”

Allahumma amien…


p/s :

  • jazakumullahu kheiran jaza’ pada ustaz pahrol atas “nasihat” menusuk qalbu yang sentiasa terleka, untuk istiQomah bersama dengan Dia..
  • li akhi mahbub.. mutaassiffah jiddan.. atas keterlanjuran kata2 atau perbuatan yang mengguriskan perasaan. moga beroleh maghfirah di sisi Tuhan yang Maha Pengampun~


pesanan terakhir :

...Jika dirimu dilanda kesusahan, maka bisikanlah harapan yang menjanjikan kepada-Nya, dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan agar tidak putus asa, hinggakan kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu. Kerna disana sentiasa ada jiwa-jiwa yang penuh dengan hasad dengki. Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu kerna hal ini akan membuat yang bersangkutan mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini bagi orang-orang yang waspada...

Musibah yang datang mengetuk pintu qalbu, lalu menyedarkan aku, bahawa…. Disana ada tempat kembali yang terbaik bagi seorang hamba.. Dialah.. Allah SWT, sebaik-baik tempat kembali dan tempat untuk mengadu…


Wallahu’alam…



- alFaQirah Li Robbihi –

Waznah alhamraa’

12:35 AM

6 DZULQAEDAH 1432H

4 OKTOBER 2011