WARKAH CINTA UNTUK BONDA

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Memetik ayat-ayat cinta dari Allah SWT, yang mafhumnya (peringatan bagi hamba2-Nya) : "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (al-An'am:151)

Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, amal apa yang paling mulia? Beliau bersabda: “Shalat pada waktunya”, aku berkata: “Kemudian apa, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Berbakti kepada kedua orang tua”, dan aku berkata: “Kemudian, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”, lalu beliau diam. Sekiranya aku bertanya lagi, niscaya beliau akan menjawabnya. (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Abu Hurairah R.A ‘ Seorang lelaki datang kepada Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wassalam dan berkata, Wahai Rasulullah, siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku? Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian siapa?’ Baginda berkata ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Bapamu. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kebelakangan ini.. saya.. sering bertemu dengan ibu-ibu bersama bayi-bayi comel, tidak kiralah di jalanan, di mall. Atau di mana-mana saja.. ya.. menurut sangkaan saya baru dalam sekitar tiga atau empat bulan. Melihatkan bayi-bayi yang comel, mengingatkan saya kepada ‘ammar… anak kecil yang lincah, pintar (insyaAllah).. tok.. nek.. yah.. bu.. cik wie.. cue.. baru sekadar itu yang termampu dia lafazkan, namun siapa tahu.. dari merangkak2 ucapannya, bisa menjadi seorang pria (lelaki) yang petah berkata-kata, penuh dengan isinya. Moga omongannya bukan sekadar omongan kosong, tapi bermanfaat!!

Allah.. rindu pada si kecil itu.. lagi-lagi, bakal menerima kehadiran “orang” baru dalam usrah yang di bina oleh walid dan umi.. yang sarat dan penuh dengan rasa cinta. MASALAH??? Allahu akbar.. Tanya saja kepada mana-mana keluarga, siapa yang tidak pernah di duga dengan masalah, baik secara individu mahupun secara berkumpulan.. masalah itu ibaratnya penyakit, yang datangnya dari Allah.. “penyembuhnya” juga dari DIA.. tinggal saja manusia itu sendiri tegar dan utuh atau tidak dalam mendepani masalah yang di hadapinya.

“berapa bulan bayinya kak..??” – Tanya saya sewaktu menunggu seorang sahabat menyempurnakan solatnya di sebuah musolla di salah sebuah mall yang berdekatan dengan tempat saya belajar, dan kebetulan, di sisinya saya ada seorang ibu bersama bayinya.. “comel” – getus hati saya. “ baru empat bulan” – jawab kakak tersebut. “comel baby nya..” – balas saya. “boleh saya dukung tak..?” – Tanya saya meminta izin, dan kakak mengangguk sambil mengukir senyum tanda setuju..

Saat dia.. bayi itu, berada dalam rangkulan manja saya, hampir saja saya menitiskan air mata. Kerna rasa malu.. saya tahan ianya dari tertumpah. “umi” lafaz saya perlahan. Ingatan kembali kepada umi yang jauh di pandangan mata, yang sentiasa di rindui, yang doanya sentiasa menemani perjalanan, dukungan untuk si anak yang di kandung selama Sembilan bulan sepuluh hari meneruskan perjuangan dalam meniti kehidupan seharian. Kata apa saja, pasti dipenuhi, walau diri sendiri merasa pedih. “biar umi susah, asal anak-anak bahagia” – itulah kata-kata umi yang sentiasa terngiang-ngiang di ruang “jendela” telinga saya. Perasaan sedih menghambat diri tika itu. Bayi yang ada dalam rangkulan sempat di kucup sebelum bertukar tangan kepada ibunya. Allah.. apa rasanya bila ada anak nanti..??

Meminjam kata-kata Dr Haji Fadhilah Kamsah - Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. subhanAllah…

“Ya Allah, didiklah aku untuk menjadi solehah.. agar aku bisa mendidik zuriat ku kelak yang akhirnya menjadi soleh dan solehah”

IBU…

insan yang dihiasi dengan kelembutan, keindahan, keistimewaan dan ketenangan. Di tangan merekalah lahirnya manusia-manusia yang berjiwa besar, lahirnya para ulama, terbentuklah manusia-manusia yang bersabar dan wujudnya manusia-manusia yang bijak seperti cendiakawan.

insan yang terhias di raut wajahnya penuh dengan rasa kasih dan sayang, dialah teman saat duka dan duka, tempat mengadu segala rasa sakit dan derita.. sumber pancaran kasih sayang yang bisa menyinari seluruh alam.

Di matanya ada rahsia, tetapi dikelopak matanya ada derita. Demi anak-anak, semuannya dipendam dalam ruang yang paling terdalam di jiwanya demi kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan anak-anak tercinta.

Umpamanya mentari yang sentiasa menghidupkan keserian seisi bumi. Hilangnya wanita yang bergelar ibu dari kehidupan, ia akan menguburkan sebuah kebahagiaan. Lenyapnya mereka dari pentas dunia.. bermakna tertimbusnya rasa kegembiraan yang mewarnai jiwa.

Lihatlah pada kisah-kisah mereka yang terkenal dengan ketokohan, kepahlwanan, keilmuan, dan kebijaksanaan semuanya di awali dengan didikan tangan seorang ibu. bagaimana kisah seorang imam mazhab iaitu Imam Syafie yang sedari kecilnya sudah menjadi mufti. Bagaimana pula dengan kegigihan Imam Nawawi dalam menuntut ilmu sehingga lupa untuk makan? Tegarnya sultan Muhammad al-Fateh dalam memimpin tenteranya mendepani musuh-musuh yang nyata dzalimnya. As-Syahid Syed Qutb.. yang teguh dalam perjuangannya?? Dan persoalan dari kisah mereka ini : siapakah seorang insan disebalik kehebatan dan keluarbiasaan mereka ini?

Sentuhan luar biasa seorang yang belar ibu.. ingat, tangan yang lembut itu, bisa saja menggoncangkan dunia.


ANTARA SEDAR ATAU PUN TIDAK..

Mungkin.. terkadang kita melukai hatinya tanpa kita sedari. Sejauh mana pengamalan BIRRUL WALIDAIN dalam kehidupan seharian kita, sebagai “jalan” untuk kita menuju Syurga idaman??

Alkisah - ‘Love Is The Wine’ nukilan Sheikh Muzaffer Ozak- Suatu hari Ibrahim Ibn Adam cuba untuk memasuki tempat pemandian awam. Penjaga pintu itu tidak membenarkan Ibrahim Ibn Adam untuk memasukinya tanpa bayaran. Ibrahim Ibn Adam mengaku bahawa beliau sememangnya tiada wang untuk memasukinya.

Penjaga itu menjawab ‘ Kalau kamu tiada wang, kamu tidak boleh memasuki tempat pemandian awam ini’. Ibrahim Ibn Adam lalu menangis semahunya sehingga beliau terduduk di atas tanah,teresak-esak. Seorang pejalan kaki berhenti untuk memujuk Ibrahim Ibn Adam.

Ibrahim Ibn Adam berkata ‘ Saya menangis bukanlah kerana tidak dapat masuk ke tempat pemandian. Ketika penjaga itu meminta wang kepada saya untuk memasuki tempat itu, saya teringatkan sesuatu sehingga menyebabkan saya menangis. Saya tidak dibenarkan masuk ke tempat pemandian kecuali dengan bayaran, bayaran apakah yang akan saya kenakan ketika saya ingin memasuki Syurga? Apakah akan terjadi jika saya dipersoalkan, apakah amalan kebaikan kamu sehingga kamu dibenarkan untuk memasuki syurga? Jika di dunia kita sering diminta membayar untuk memasuki suatu tempat, apatah lagi Syurga akan meminta bayaran kebaikan kita dunia. Kerana itulah saya menangis’.

Tiket memasuki Syurga adalah kepatuhan dan hormat kita kepada ibu. Hanya seorang insan yang padanya mempunyai tiket untuk kita memasuki Syurga. Siapa dia? Ibu. Mahukah kita tiket memasuki syurga? Tentu saja jawapannya “ya” bukan..??? Sementara waktu masih berjalan, hormatilah, berbuat baiklah, berkatalah dengan penuh lemah lembut kepada “pemegang tiket “ Syurga kita ini. Jika kalian masih mempunyai pemegang tiket Syurga akhirat ini, pergilah kepada beliau sekarang..kiranya boleh, sekarang. Ya, Sekarang!!!. Ciumlah tangan mereka dan buatlah mereka gembira. Belailah wajahnya dan katakan bahawa kalian sayang padanya. Pergilah dan tunaikanlah tanggungjawab terhadap mereka dan maka kamu akan memperoleh pelepasan untuk memasuki sebuah tempat yang kekal selama-lamanya kebahagiaannya. Itulah Syurga…

“maaf , ucu sibuk sejak akhir-akhir ni, banyak assignment dan kerja-kerja lain..” – jelas saya kepada umi lewat telefon setelah hampir beberapa hari tidak menghubungi umi lewat telefon, mengirim khabar. “takkan seminit pun tak boleh nak telefon. Umi tak boleh sehari tak dengar suara anak-anak umi yang jauh dari umi” – balas umi, ada rasa yang berbau kecewa dalam suaranya. Aduh.. ya Allah, teganya aku berbicara sedemikian pada umi. Buat sahabat-sahabat yang masih memegang title “anak” – sibuk mana pun kalian, berhubunglah dengan ibu kalian. Usah biarkan air matanya menitis perlahan-lahan membasahi pipi lantaran keterlukaan dan terasa hati dengan sikap kita. Hanya beberapa minit sahaja yang diperlukan untuk bertanya khabar dan mengirim khabar kita kepada mereka melalui corong telefon yang asasnya mudah untuk dilakukan. Siapa sangka, suara lewat telefon itu bisa mengubat kerinduaan yang bersarang di hatinya…


WARKAH CINTA UNTUK BONDA

Dari kejauhan.. ku titip doa, moga Allah sentiasa melindungi mu.. mendamaikan diri mu di saat di rundung duka, malah sentiasa mengasihi mu seperti mana diri mu sentiasa mengisihi ku anak mu..

Kepada yang tercinta Bondaku yang ku sayang

Segala puji bagi Allah ta’ala yang telah memuliakan kedudukan kedua orang tua, dan telah menjadikan mereka berdua sebagai pintu tengah menuju surga. Shalawat serta salam, hamba yang lemah ini panjatkan keharibaan Nabi yang mulia, keluarga serta para sahabatnya hingga hari kiamat. Amin…

Ibu… aku terima suratmu yang engkau tulis dengan titisan air mata dan duka, dan aku telah membacanya, ya aku telah mengejanya kata demi kata… tidak ada satu huruf pun yang aku terlewatkan.

Tahukah engkau, wahai Ibu, bahwa aku membacanya semenjak solat Isya’ dan baru selesai membacanya setelah ayam berkokok, fajar telah terbit dan adzan pertama telah dikumandangkan?! Sebenarnyalah surat yang engkau tulis tersebut jika diletakkkan di atas batu, tentu ia akan pecah, sekiranya diletakkan ke atas daun yang hijau tentu ia akan kering. Sebenarnyalah surat yang ibu tulis tersebut tidak tersudu oleh itik dan tidak tertelan oleh ayam. Sebenarnyalah bahwa suratmu itu bagiku bagaikan petir kemurkaan… bagaikan awan kaum Thamud yang datang berarak yang telah siap dimuntahkan kepadaku…

Ibu…

Aku baca suratmu, sedangkan air mataku tidak pernah berhenti!! Bagaimana tidak, sekiranya surat itu ditulis oleh orang yang bukan ibu dan ditujukan pula bukan kepadaku, layaklah orang mempunyai hati yang keras ketika membaca surat itu menangis sejadi-jadinya. Bagaimana kiranya yang menulis itu adalah ibu dan surat itu ditujukan untuk diriku sendiri!!

Memangnya sering ku membaca kisah dan cerita sedih, tidak terasa bantal yang dijadikan tempat bersandar telah basah kerna air mata, aku juga sering menangis melihat tangisnya anak yatim atau menitikkan air mata melihat sengsaranya hidup si miskin. Acap kali juga aku tersentuh dengan suasana yang haru dan keadaan yang memilukan, bahkan pada binatang sekalipun. Bagaimana pula dengan surat yang ibu tulis itu!? Ratapan yang bukan ibu karang atau sebuah drama yang ibu peranankan?! Akan tetapi ianya adalah sebuah kenyataan…

Ibu yang ku sayangi…

Sungguh berat cubaanmu… sungguh malang penderitaanmu… semua yang ibu telah sebutkan benar adanya. Aku masih ingat ketika kami anak-anakmu menangis untuk dibuatkan makanan, ibu tiba-tiba menggapai atap dapur untuk mengambil kerak nasi yang telah lama ibu jemur dan keringkan, tidak jarang pula ibu simpan untukku sepulang sekolah tumbung kelapa, hanya untuk melihat aku mengambilnya dengan segera. Atau aku masih ingat, ibu sengaja mengambilkan air didih dari nasi yang sedang dimasak, tika ibu temukan aku dalam keadaan sakit demam.

Ibu… maafkanlah anakmu ini, aku tahu bahwa semenjak ibu seorang gadis sebagaimana yang diceritakan oleh nenek sampai ibu telah tua sekarang, ibu belum pernah mengecap kebahagiaan. Duniamu hanya rumah serta halamannya, kehidupanmu hanya dengan anak-anakmu. Belum pernah aku melihat ibu tertawa bahagia kecuali ketika kami anak-anakmu datang ziarah kepadamu. Selain dari itu tidak ada kebahagiaan, hari-harimu adalah perjuangan. Semua hidupmu hanya pengorbanan.

Ibu…

Dengan rendah hati, ku mohon.. Maafkanlah anakmu ini! Semenjak engkau pilihkan untukku seorang lelaki untuk menyapa ku sebagai “isteri”nya.. Ketika seorang laki-laki menikah dengan seorang wanita, maka seolah-olah dia telah mendapatkan permainan baru, seperti anak kecil mendapatkan boneka atau orang-orangan. Sekali lagi maafkan aku! Aku tidaklah membela diriku, kerna dari awal dan akhir pembicaraan ini kesalahan ada padaku.. anakmu ini!! Akan tetapi aku ingin menerangkan keadaan yang ku alami, perubahan suasana setelah ibu dan aku berpisah dan perubahan jiwa ketika aku tidak hanya mengenal dirimu, tapi kini aku telah mengenal satu wanita lagi.

Ibu… suatu saat nanti, pernikahan itu akan membuatku masuk ke dunia baru, dunia yang selama ini tidak pernah ku kenal, dunia yang hanya ada aku, suami dan anakku!! Bagaimana tidak, suami yang baik dan anak-anak yang soleh!! Maafkan aku Ibu… aku merasa dunia hanya milik kami, aku tidak peduli dengan keadaan orang lain, yang penting bagiku adalah keadaan mereka.

Ibu…

Maafkan aku, anakmu!! Aku telah lalai… aku telah lupa… aku telah menyia-nyiakanmu!! Aku pernah mendengar kajian, bahwa orang tua di fitrahkan untuk cinta kepada anaknya, dan anak di fitrahkan untuk menyia-nyiakan orang tuanya. Oleh sebab itu dilarang mencintai anak secara berlebihan dan anak dilarang berbuat derhaka kepada orang tuanya.

Ibu…

Sulit aku merasakan perasaanmu!! Kalaulah bukan kerna bimbingan agama yang telah lama ibu talqinkan kepadaku, tentu aku telah seperti kebanyakan anak-anak yang derhaka kepada orang tuanya!! Kalaulah bukan kerna baktimu pula kepada orang tuamu dan orang tua abah, nescaya aku tidak akan pernah mengenal erti berbakti kepada orang tua.

Setelah suratmu datang, baru aku mengerti!! Kerna selama ini hal itu tidak pernah ibu ungkapkan, semuanya ibu simpan dalam-dalam seperti semua permasalahan berat yang ibu hadapi selama ini.

Sekarang baru aku mengerti, bahwa hari yang sulit bagi seorang ibu, adalah hari di mana anaknya telah menikah dengan seorang lelaki. Di matanya lelaki yang telah mendampingi putrinya itu adalah manusia yang paling beruntung.

Ibuku sayang…

Maafkan aku Ibu!! Ampunkan diriku. Satu titisan air matamu adalah lautan api bagiku. Janganlah ibu menangis lagi, janganlah ibu berduka lagi!! Kerna duka dan tangisnmu menambah dalam jatuh ku ke dalam api neraka!! Aku takut Ibu… aku cemas dengan banyaknya dosaku kepada Allah sekarang bertambah pula dengan dosaku terhadapmu. Dengan apa aku ridha Allah, sekiranya ibu tidak meridhaiku. Apa gunanya semua kebaikan sekiranya di mata mu ibu, aku tidak punya kebaikan!! Bukankah ridha Allah tergantung dengan ridha mu dan sebaliknya bukankah kemurkaan Allah tergantung dengan kemurkaanmu!! Tahukah Ibu, seburuk-buruknya diriku, aku masih merasakan takut kepada murka Allah!! Apalah jadinya hidup jika hidup penuh dengan murka dan laknat serta jauh dari berkah dan nikmat. Wal ‘iyadzubillah…

Kalau murka itu pula yang aku peroleh, izinkan aku membuang semua kebahagiaanku selama ini, demi hanya untuk dapat menyeka air matamu! Kalau ibu pula murka kepadaku, izinkan aku datang kepadamu membawa segala yang aku miliki lalu menyerahkannya kepadamu, lalu terserah pada ibu, mahu ibu perbuat apa..

Sungguh aku tidak mahu masuk neraka! Seakalipun aku memiliki kekuasaan seluas kekuasaan Firaun, mempunyai kekayaan sebanyak kekayaan Qarun dan mempunyai keahlian setinggi ilmu Haman. Pastikanlah ibu ku, semoga tidak akan aku tukar dengan kesengsaraan di akhirat sekalipun sesaat. Siapa pula yang tahan dengan azab neraka, wahai ibu!!

Ibu maafkan anakmu!! Adapun sebutanmu tentang keluhan dan pengaduan kepada Allah ta’ala, bahwa engkau belum mahu mengangkatnya ke langit!! Maka, ampunkanlah, wahai Ibu!! Aku angkat seluruh jemariku untuk mohon maaf kepadamu!! Kalaulah itu yang terjadi, do’a itu tersampaikan! Salah ucap pula lisanmu.. Apalah jadinya nanti diriku!! Tentu kebinasaan yang telak. Tentu diriku akan menjadi tunggul yang tumbang disambar petir, apalah gunanya kemegahan sekiranya ibu do’akan atasku kebinasaan, tentu aku akan menjadi pohon yang tidak berakar ke bumi dan dahannya tidak bisa sampai ke langit, di tengahnya dimakan kumbang pula!!

Kalaulah do’amu terucap atasku, wahai Ibu!! maka, tidak ada lagi gunanya hidup, tidak ada lagi gunanya kekayaan, tidak ada lagi gunanya banyak pergaulan.

Ibu dalam sejarah anak manusia yang kubaca, tidak ada yang bahagia setelah diikutuk orang tuanya. Itu di dunia, maka aku tidak dapat bayangkan bagaimana nasib bagi yang terkena kutuk di akhirat, tentu rasanya lebih sengsara.

Ibu… setelah membaca suratmu ku sedari kekhilafan, kealpaan dan kelalaianku. Suratmu akan kujadikan “pedoman sepanjang zaman” dalam hidupku, setiap kali aku lalai dalam berkhidmat kepadamu akan aku baca ulang kembali, tiap kali aku lengah darimu akan kutalqin diriku dengannya. Akan kusimpan dalam lubuk hatiku sebelum aku menyimpannya dalam kotak wasiatku. Akan aku sampaikan kepada anak keturunanku bahwa ibu mereka dahulu pernah lalai dalam berbakti, lalu sedar dan kembali kepada kebenaran, ibu mereka pernah berbuat salah, sehingga dia telah menyakiti hati orang yang seharusnya dia cintai, lalu dia kembali kepada petunjuk.

Tua… siapa yang tidak mengalami ketuaan, wahai ibu!! Badan yang saat ini tegap, rambut hitam, kulit yang kencang, akan datang suatu masa badan yang tegap itu akan ringkih dimakan usia, rambut yang hitam akan dipenuhi uban ditelan oleh masa dan kulit yang kencang itu akan menjadi kerepot ditelan oleh zaman.

Tidak ada kekuasaan yang kekal, tidak ada kekayaan yang abadi, yang tersisa hanya amal baik atau amal buruk yang akan dipertanggungjawabkan.

Ibu, do’akan anakmu ini agar menjadi anak yang berbakti kepadamu di masa banyak anak yang derhaka kepada orang tuanya. Angkatlah ke langit munajatmu untukku agar aku akan memperoleh kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat.

Ibu… sesampainya suratku ini, insyaAllah, tidak akan ada lagi air mata yang jatuh kerna sikap anakmu, setelah ini tidak ada lagi kejauhan antara ku denganmu, bahagiamu adalah bahagiaku, kesedihanmu adalah kesedihanku, tawamu adalah tawaku dan tangismu adalah tangisku. Aku berjanji untuk selalu berbakti kepadamu buat selamanya dan aku berharap aku dapat membahagiakan mu selama mataku masih mampu untuk berkedip.

Bahagiakanlah dirimu… buanglah jauh-jauh segala kesedihan, cubalah untuk tersenyum!! Ini kami, aku, suami, dan anak-anak sedang bersiap-siap untuk bersimpuh di hadapanmu, mencium tanganmu..

Salam kasih penuh maghfirah dari anakmu..



* di saat ramai bayi-bayi yang di tinggalkan di merata-rata tempat, apa semua kesalahan harus diletakkan di pundak si ibu yang melahirkan??.. cubalah kita untuk selami dan fahami hati mereka yang bergelar “ibu”, lagi-lagi tanpa ada dukungan yang kuat dari sesiapa pun. Wal’iya dzubillah.. mohon lindungan-Mu ya Allah..

* anak-anak.. berusahalah untuk jadi yang terbaik untuk walidain kita. Kalian adalah anak-anak, begitu juga saya, salah seorang yang memegang title “anak”. Moga saja do’a yang berpanjangan untuk kedua orang tua, penyambung amal jariah bagi mereka, sebagai bekalan untuk di muka.. amien..

* Hari ibu itu.. adalah selamanya dalam hidup kita sebagai anak-anak.. oleh itu, ucapkan setiap hari, “selamat hari ibu” juga tidak ada salahnya. Moga suatu saat nanti, saya juga akan menerima ucapan sedemikian dari mereka yang akan men”dampingi” dan “menyerikan” hidup saya dengan rasa kasih dan cinta. =) [ hargailah sebelum kita menyesal di kemudian hari – pesan untuk diri sendiri]

* syukran kathir umi… bahibbaki awi awi =)


Sekian dari saya.. warkah cinta seorang anak.. teristimewa untuk umi tercinta..



Al-FaQirah Ila Allah :

~waznah alhamraa’~

11 JAMADIL AKHIR 1432H

14 MEI 2011

23:54 PM

DARI KISAH ITU.. KU TITIP SALAM UNTUK MU

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


:: SEKADAR GAMBAR HIASAN ::


Itulah kisah tentang dia.. Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, iaitu Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Di kisahkan dari Ummu Salamah, pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina ‘Ali r.a. kepada Nabi Muhammad S.A.W. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah ‘Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. ‘Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata: “Hai ‘Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah S.A.W. yang demikian itu lahirlah keberanian ‘Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah aku ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ‘Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”.. ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu?” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”..

kisah ini.. mengingatkan saya pada perbualan bersama beberapa orang rakan.. bertanyakan jodoh saya.. selesai imtihan, menuju fatrah ‘utlah selama hampir bulan, panjangnya. “takkan takda berita gembira? Kot2 dapat makan nasi minyak free..” usik sahabat saya, sambil tersenyum lebar hingga ke telinga.. aduh~ saya sendiri jadi penasaran dengan pertanyaan itu. “biarlah menjadi rahsia di sisi-Nya” – cukup itu jawapan dari saya. “bukannya perlu ada ikhtiar dan usaha? Doa tanpa usaha, tidaklah dinamakan sebagai tawakal” – persoalan dari sahabat yang sudi berkongsi rasa cinta dengan saya.. dan lagi yang membuatkan saya terkesan.. “mahu apa dari calon suami mu nanti..?”

muslimah… mahu apa dari bakal “imam” mu nanti..

untuk kamu.. yang masih menjadi “rahsia” di sisi-nya yang Maha Mengetahui..

ku titip salam untuk mu..



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Wahai calon “imam” ku..

Apa khabar iman mu hari ini..??

Sudah di awali dengan rasa syukur..??

Kerna dapat menatap kembali fananya hidup ini

Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatan mu

Atas amanah yang saat ini.. tengah kau genggam erat..

Akhi…

Tahukah engkau…

Betapa Allah sangat menyayangi dan mencintaiku dengan dahsyatnya..??

Aku.. yang ditempa untuk menjadi dewasa

Agar bisa lebih bijak..

Untuk menyikapi sebuah kehidupan..

Untuk siap mendampingimu di masa depan

Meski terkadang keluh dan putus asa menyapa

Namun.. kini aku mulai rasa lebih baik..

Di saat hati dan diri mulai lemah..

Aku bertanya.. mengapa Allah selalu menguji tepat pada hatiku

Bahagian yang paling terapuh dalam jasad ku..

Dan kini.. aku juga mulai tahu jawabannya

Allah.. lebih tahu dimana tempat yang paling tepat

Agar aku.. senantiasa kembali mengingati-Nya

Juga kembali mencintai-Nya..

Seperti mana.. aku mencintai makhluk ciptaan-nya

Ujian demi ujian.. insyaAllah, bisa membuatku untuk lebih tangguh

Sehingga saat kita akan bertemu dan bersatu..

Kau akan mulai rasa bangga.. tika sudah bisa memiliku di hati mu..

Wahai kamu.. yang akan menjadi “imam” ku..

Entah di mana diri mu kini..

Namun aku yakin.. dan aku juga berdoa..

Moga DIA mencintaimu sepertimana juga DIA mencintaiku

Aku yakin.. DIA akan sentiasa melatih mu

Agar menjadi MUJAHID yang tangguh

Hinggakan kelak di akhirnya..

Aku juga akan rasa tika sudah bisa memiliku..

Untuk bakal “imam” ku..

Tahu kah dikau apa yang ku inginkan..??

Ku harapkan kesolehan dari dalam diri mu

Dan semoga juga.. kau menginginkan perkara yang sama dari ku..

Kerna.. tahukah dikau.. tika saat kau menginginkan kecantikan

Malah itu hanyalah suatu kesia-siaan yang akan engkau perolehi..

Sedarlah..

Aku masih haus dan kontang akan ILMU..

Namun doa dan harap ku..

Agar ilmu yang ku ada dan perolehi saat ini

Mampu mendidik ku untuk menjadi yang solehah untuk mu

Juga bisa meraih redha Ilahi dan redhamu..

Sebagai yang “halal” untuk ku..

Buat kamu.. yang masih dalam “rahsia” DIA..

Saat aku masih dalam asuhan dan jagaan walid dan umi

Tidak lain yang menjadi doa ku

Selain bisa menjadi anak solehah untuk mereka

Agar di masa muka kelak..

Bisa saja ianya menjadi tabungan untuk keduanya di Akhirat kelak

Namun.. bila aku juga sudah “halal” untuk mu.

Aku berharap.. juga bisa menjadi yang solehah untu mu

Agar di syurga kelak..

Aku langsungnya bisa menjadi bidadari mu..

Pendamping setia untuk dirimu yang soleh

Ku mohon.. sedar juga wahai yang masih menjadi ke”rahsia”an-Nya

Aku ini.. bisa saja punya cemburu yang berat

Namun.. andainya Allah dan Rasul-nya yang lebih kau cintai

Silakan.. akan ku relainya..

Dan ku mohon.. begitu juga dengan dirimu.,

Ku yakini.. engkau lah yang ku perlukan

Walau nantinya kau juga

Bukanlah orang yang ku harapkan

Untuk “calon soleh” ku…

Ketahuilah.. apabila nanti

Hanya sebuah gubuk yang menjadi perahu pernikahan kita

Takkan ku namakan ia dengan gubuk “derita”…

Kerna apa..?? kerna itu adalah markas DAKWAH kita

Yang insyaAllah… akan menjado indah

Saat kita hiasi dengan rasa cinta dan kasih

Moga.. saat telah lahirnya generasi penerus DAKWAH ISLAM

Dari pernikahan suci kita..

Ku mohon dengan penuh harapan

Bantulah aku untuk mendidiknya

Dengan HARTA yang HALAL..

Dengan ILMU yang berMANFAAT

Dan yang lebih utama..

Menanamkan benih keTAATan kepada Allah SWT..

Bunga yang di tanam..

Akan INDAH pada waktunya

Ketika mekarnya menghiasi taman

Maka.. akan ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya

Menyambut kehadiran mu..

Yang masih “asing” dalam kehidupan ku

Aku juga berusaha menjadi yang terbaik

Walau bukan yang terbaik

Namun… setidaknya…

Mencuba untuk menjadi yang terbaik di sisi mu kelak

Untuk kamu.. calon suami ku..

Inilah.. sekilas harapan yang bisa ku titip dank u ukirkan

Walau hanya dalam rangkaian kata

Seperti kata manusia biasa..

Terkadang.. tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata

Itulah yang akan kita hadapi..

Saat sudah sah dengan “lafaz sakinah” mu

Kau akan mulai belajar memahami ku

Sama halnya dengan diriku

Yang juga akan berusaha sedayanya untuk lebih dekat memahami mu..

Satu pinta saat ini..

Bersabarlah kamu wahai calon suami ku..

Ku titip doa..

Moga Allah sentiasa memudahkan jalan mu

Agar bisa menjemput ku.. untuk menjadi bidadari mu

Moga DIA senantiasa menjagamu

Agar tidak tersentuh dengan yang bukan mahram mu

Walau hanya di hujung kuku

Tetapi.. hanya untuk di persembahkan

Diri mu seutuhnya hanya untuk ku..

Begitu juga aku..

Berusaha.. mempersiapkan diri..

Yang ingin persembahkan diri seutuhnya hanya untuk yang “halal” bagi ku..

Moga Allah mempermudahkan untuk ku.. juga untuk mu..

Wassalam..

Jazakillahi kheir untuk ukht humaira’ atas pedoman yang penuh berharga. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik mu ukht.. siapa pun dirimu, ingatlah.. walau tidak berharga di mata manusia, tapi insyaAllah, moga tetap berharga di sisi-Nya yang Maha Esa..

Sekian…




Al-FaQirah Ila Allah :

~ waznah alhamraa’ ~

11 JAMADIL AKHIR 1432H

14 MEI 2011

O1:08 AM



CINTA.. PERNIKAHAN... DARI MERTUA UNTUK MENANTU


abda' kalami bikalimatin toyyibatin..

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

mata semakin layu.. namun kornea mata seakan-akan cuba untuk mengeras membuatkan saya sukar untuk melelapkan mata.. rindu "teratak kasih" yang tidak seberapa, tempat saya meluah rasa yang terpendam... dalam... nun jauh di sudut sana. tiada siapa yang sudi mendengar, melainkan hanya DIA, yang senantiasa bersama, tika susah mahupun senang. Allah.. tapi saya..?? [tepuk dada tanya Iman mu].

asalnya, berniat untuk menulis entri tentang "Ibu", tapi saya tundakan dahulu untuk sementara waktu. Namun percayalah, entri ini ada kaitannya juga dengan seorang insan yang bergelar "IBU" dan seorang wanita yang juga bakal bergelar "ibu" kepada anak-anak suami yang di pilih oleh DIA untuknya. Hati tertarik pada satu nota daripada seorang sahabat yang di "post"kan di wall facebook nya. Entah.. saya hanya mampu tersenyum usai membacanya. sedikit perkongsian dari saya untuk kalian yang sudi bertandang. moga kita sentiasa dalam naungan kasih sayang yang Maha Mencintai.. ya.. yang penuh dengan cinta..



MUKADDIMAH DARI SAYA...

Ketika Allah mencinta hamba-Nya, segala urusan pasti akan selesai. Buktinya sifat pemurah Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNya, bisa kita lihat pada seorang ibu yang melahirkan seorang anak. Kesakitan sewaktu melahirkan, Sembilan bulan sepuluh hari.. satu tempoh yang agak panjang menurut pengiraan peribadi saya. Kepenatan mengandungkan, melahirkan, dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang belum tentu si anak akan membalasnya dewasa kelak.. wal’iyadzubillah. Moga terlindung dari golongan sedemikian.

Cinta.. banyak waktu.. dimana manusia sering berbeza pandangan dalam mengertikannya. Bukan menurut saya, pandangan kalian salah dan pandangan saya benar.. jauh sekali mengatakan bahwa penafsiran cinta menurut saya jauh lebih sempurna daripada orang yang lebih awal merasakan masinnya “garam” dalam kehidupan lantaran dengan rasa “cinta”.

Cinta… ibaratnya kaki-kaki yang melangkah dalam membangunkan samudera kebaikan. Cinta itu juga.. sepertinya tangan-tangan yang merajut hamparan permaidani merah nan indah bersulamkan benang kasih sayang. Cinta itu.. adalah HATI yang sentiasa berharap dan mewujudkan dunia yang penuh dengan kehidupan yang lebih baik. namun.. jangan terlalu cintakan dunia hinggakan membuatkan kita dijangkiti penyakit takut mati. Wal’iyadzubillah. Seperti kata sahabat saya dalam lagunya.. “cintakan dunia membawakan manusia kepada hidup nafsi-nafsi” – mesej yang sarat dengan erti yang sukar ditafsirkan.

Bagaimana Islam sendiri memberikan contoh konkrit dalam kehidupan lewat kehidupan insane mulia, Rasulullah SAW. Teringat kisah cinta yang dicontohkan lewat kehidupan kekasih Agung ini. Pagi itu, langit mulai menguning, burung-burung juga enggan keluar dari “rumah” masing-masing untuk mengepakkan sayap. Rasulullah dengan suara terbata penuh indah : “wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan Cinta-Nya, maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua hal pada kalian, al-Quran dan as-Sunnah. Barangsiapa mencinta sunnahku, bererti dia mencinta ku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan bersama-samaku masuk syurga..”

Khutbah singkat itu di akhiri dengan pandangan redup mata Rasulullah.. menatap para sahabat satu persatu, Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca.. ‘Umar, yang dulu di zaman jahiliyyah terkenal dengan sifat bengisnya, naik turun dadanya menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela nafas panjang… dan ‘Ali, hanya menundukkan kepalanya dalam-dalam. Kecintaan mereka pada Allah dan Rasul-Nya, entah mampu ditandingi atau tidak.. apa lagi untuk mencontohinya. Ibarat menampar pipi diri sendiri.. sedarlah dari lamunan, wahai muslimah.. Allah, lemahnya aku..



CINTA SESAMA MUSLIM.. MOGA AKHIRNYA DENGAN PERNIKAHAN YANG PENUH BARAKAH

Pernikahan : mungkin saya bukanlah orang yang 'arif untuk membicarakan tentangnya. Membina “masjid” pun belum lagi, hendak berbicara soal pernikahan pula. InsyaAllah usaha ke arah itu. Kata sahabat saya : “insyaAllah, niat yang baik itu akan dipermudahkan oleh Allah”, tersenyum saya bila mendengarnya. Ya.. saya juga berdoa, moga DIA yang sentiasa mendengar doa’ hamba-hambaNya memakbulkannya.

Berbicara soal pernikahan.. bagi saya mungkin tidak pernah ada basinya. Romantika di dalamnya amat mengasyikkan. Hanya orang-orang yang berjalan tidak bersesuaian dengan fitrahnya sahaja akan bosan membicarakan dan membincangkan masalah pernikahan. Mungkin bagi sesetengah pihak tertimbul persoalan di benak hatinya, mengapa pernikahan menjadi suatu elemen yang sangat penting? Dan mengapa ia menjadi sebahagian daripada kehidupan seorang muslim? bahkan Rasulullah saw telah pun menjawab persoalan ini dalam sabdanya, mafhum :

Barangsiapa yang dikurniai seorang isteri (atau suami) yang solehah, bererti dia telah menyempurnakan setengah dari ad-Deennya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah setengah lainnya”. (Hadith riwayat ath-Thabrani,al-hakim dan al-Baihaqi dari Anas bin Malik)



DI ANTARA KEUTAMAAN DALAM PERNIKAHAN…

Adalah untuk mencambahkan benih dan menumbuhkan buah cinta sejati. Firman Allah SWT, mafhumnya di dalam al-Furqan : “hati manusia dihiasi rasa cinta kepada sesuatu yang menarik iaitu perempuan, anak cucu, emas dan perak yang melimpah, kuda-kuda yang bagus, binatang-binatang ternakan, dan sawah lading. Yang demikian itu adalah kesenangan hidup yang di dunia, tetapi di sisi Allah lah tempat kembali yang paling baik” [ suarh al-Imran : 14 ].

Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata : “seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, lalu berkata : “kami mempunyai seorang anak perempuan yatim, dia telah dipinang oleh ( dua orang lelaki ), yang miskin dan yang kaya . tetapi dia senang kepada yang miskin, sedang kami senang kepada yang kaya. Lalu Nabi bersabda : “tidak pernah diketahui dua yang bercinta setulus cinta dalam pernikahan” [ HR Ibnu Majah, Hakim dan Baihaqi ].

Dari ayat tersebut jelas bahawa Allah menciptakan manusia dengan naluri kecintaan dan kesukaan kepada perempuan, anak cucu, dan harta kekayaan. Naluri anugerah Ilahi agar mansuia dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan hidup di dunia tanpa melupakan kehidupan di hari muka kelak.

Teringat saya pada kisah Rasulullah saat puteri kecintaannya bakal menikah dengan ‘Ali : Di hari pernikahan Fatimah dan Ali, Nabi menyediakan ’persiapan’ untuk puteri kesayangannya itu. Para sahabat yang hadir terduga-duga apakah gerangan bekalan yang disediakan untuk persiapan walimah puteri Khadijah ini. Rupa-rupanya, sedarlah mereka persiapan itu Cuma penggiling gandum, kulit binatang yang disamak, kendi dan sebuah piring.

Abu Bakar menitiskan air mata. ”ya Rasulullah. Inikah persiapan untuk Fatimah?” nabi tenang menjawab ”wahai Abu Bakar, ini sudah cukup bagi mereka yang berada di dunia.” Di hari pernikahan Fatimah, dia keluar dengan pakaian ’terbaik’nya, dengan 12 tampalan, tanpa sebarang perhiasan.

Begitulah Rasulullah meletakkan pernikahan ke satu tahap yang sangat tinggi. Penanda aras yang diletakkan itu kadang-kadang menyebabkan diri sendiri takut untuk mengukur apa yang telah sedia ada. Layaklah Allah membandingkannya dengan ungkapan Mitsaqan Ghaliza, yang dengan sendirinya menterjemah misi agung disebalik lafaz pendek penyempurnaan akad.

“Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isteri mu) telah mengambil perjanjian yg kuat (ikatan pernikahan) dari kamu ” [ 4:21 ]

Allah SWT memberi petunjuk bagi seluruh manusia untuk melestarikan dan melunaskan rasa cinta itu melalui satu jalan yang halal iaitu dengan PERNIKAHAN. Dengan menikah, adam dan hawa bersatu dalam satu ikatan yang sah . Cinta sebelum terucapnya “lafaz sakinah” itu.. akan melahirkan bibit-bibit cinta yang akan tumbuh segar dengan baik dan murni hanya dengan pernikahan.

Ma’rifatun Nabi adalah salah satu di antara cabang kema’rifatan, selain ma’rifatullah dan ma’rifatud ad-Deen. Menurut Syeikh Muhammad Shalih ‘Uthaimin dalam kitabnya “Syarah Thalathul Ushul”, menyatakan ma’rifatun Nabi meliputi lima hal dan salah satu daripada kelima itu adalah mengenai sunnah-sunnah baginda SAW. Terangkum juga dalam as-Sunnah tersebut hadith-hadith yang pada intinya mengandungi pelajaran tentang apa yang dapat dilakukan oleh seorang hamba untuk mencintai dan di cintai Allah SWT Rasul-Nya. Jalan terbaik untuk menggapainya adalah melalui ibadah yang bersifat madhah dan juga ghairu madhah.

Adapun ibadah ghairu madhah itu adalah seperti belajar, bekerja, dan salah satu antaranya juga ialah pernikahan. “nikah itu adalah sunnahku, barangsiapa yang mencintai agamaku, maka hendaklah dia mengikuti sunnahku” begitulah maksud dari salah satu hadith Nabi SAW berkaitan soal pernikahan. Pernikahan adalah sebuah episode yang akan menguji tingkat kecintaan seseorang terhadap agama yang bererti mencinta Allah beserta melaksanakan syari’at yang telah ditetapkan. Oleh itu, bagi setiap pasangan yang sudah siap untuk menikah harusnya mengetahui keutamaan-keutamaan syari’at sebelum dan selepas pernikahan tersebut, agar bisa saja pasangan tersebut menggapai apa yang dinamakan sebagai cinta yang hakiki.

Rasanya.. cukup dahulu setakat ini.. bicara soal cinta dan pernikahan…



ISI UTAMA ENTRI KALI INI…. =)

Saat kakak tercinta selamat di ijabkabulkan, kelihatan wajah walid dan umi yang penuh redup dan sayu. Sedih barangkali. Apa agaknya perasaan keduanya.. bila anak yang dikandung, dilahirkan, di jaga dengan penuh kasih sayang selama berbelas-belas tahun, akhirnya sampai satu masa, hak “penjagaan” tersebut beralih arah pada seseorang yang baru muncul dalam hidup anak-anak mereka. Mata walid merah…. menangis. Membuatkan saya turut sayu melihat suasana ketika itu. Sukar di ungkapkan perasaan walid. Umi tampaknya tenang.. namun dalam hati, cukup hanya DIA yang tahu.

Mungkin.. kisah disebalik lagu nasyid “lafaz sakinah” [ kumpulah far east ] cukup untuk mengungkapkan perasaan seorang ayah saat putri kandungnya menikah dengan seorang lelaki yang sebelum ini “asing” dalam hidupnya.

Ibu pula..??? apa perasaannya.. saat anak lelaki yang sentiasa diharapkan agar bisa saja menjaganya di hari “senja” kelak..?? =) saya titipkan luahan hati seorang ibu di bawah ini.. sebagai pedoman untuk bakal-bakal yang bergelar “zaujah” atau “isteri” kepada “suami” yang telah dipilih Allah untuknya. Selamat membaca…



DARI METUA.. UNTUK MENANTU PEREMPUANKU..

Duhai gadis yang baru ku kenal..

Tahukah kau, dia putraku..

Lahir dari dalam rahim suciku..

Ku pertaruhkan hidupku untuk memilikinya..

Anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya ku besarkan dengan segenap rasa cintaku..

Tangan renta ini yang mengangkat tubuh mungilnya, menyuapinya, menyeka air matanya dan memeluknya dalam dakapanku..

Duhai gadis..

Tahukah kau betapa besar rasa cintaku padanya?

Bahkan aku tak mampu membayangkan bila ada yang merebutnya dari dakapku..

Tahukah kau gadis?

Betapa bangga ku rasakan ketika dia mulai beranjak dewasa?

Menatap tumbuh menjadi lelaki tegap dan tampan..

Seulas senyumnya mengingatkanku pada senyuman ayahnya yang sangat ku cinta..

Betapa hati ini terus diliputi rasa bangga dan buncahan cinta padanya..

Kebanggaanku.. Putraku..

Berbagai prestasi dia ukir dan memahatnya..

Bangga tak terperi dalam lubang rasaku..

Dan ku selalu merasa puas menyebutnya putraku..

Tak sedikitpun dia pernah mengecewakanku..

Tak pernah..

Gadis, tahukah kau..

Betapa haru hatiku, ketika ku melihat perubahannya..

Mencuba mengenal Deennya lebih dalam dari yang kami ajarkan padanya..

Dia menjadi muslim sejati..

Lelaki yang dirindukan JANNAH..

Aku semakin sayang padanya..

Putraku kini yang malah mengajarkanku banyak hal..

Mendekatkanku pada-Nya..

Pada Rabb ku yang selama ini ku kenal dengan sederhana kerana kebodohanku..

Tapi aku tak malu..namun sebaliknya..

Aku semakin bangga padanya..

Putraku.. Cahayaku..

Namun..

Rasa itu berubah menjadi takut, cemas dan khawatir..

Ketika dia menyampaikan padaku keinginannya..

Dia ingin menyempurnakan agamanya..

Yah.. Dia ingin membangun rumah tangganya sendiri..

Dan, dia telah memilih..... kaulah gadis beruntung itu..

Gadis, tahukah kau?

Betapa cemburuku padamu?

Yah, aku sangat takut kehilangan putra kesayanganku..

Takut kau merebut semua perhatiannya dariku..

Takut keberadaanmu, memalingkannya dariku..

Kau akan merebutnya dan aku cemburu..

Namun, kembali ku sedari..

Putraku tak akan memilih wanita sembarang..

Ku yakin kau punya kelebihan yang membuatnya memilihmu..

Dan ku mulai menata hatiku..

Duhai gadis pilihan putraku..

Ku harap kau memiliki tangan yang lebih lembut dariku..

Kerana ku tak mahu kau melukai putraku..

Ku harap kau mempunyai senyuman yang lebih sejuk dariku..

Kerana kelak, dia akan datang padamu dalam tiap galaunya untuk mencari ketenangan..

Ku harap kau memiliki pelukan yang lebih hangat dariku..

Kerana ku ingin hatinya selalu damai dalam dakapanmu..

Ku harap kau mempunyai tutur kata yang seindah embun..

Kerana ku tak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya..

Duhai gadis pilihan putraku..

Jadilah anakku..

Agar tak pernah ku merasa kehilangan putraku kerana kehadiranmu...

Jadilah sahabatku..

Agar kau dapat mencurahkan rasamu padaku kelak..

Jadilah rakanku..

Agar bersama-sama kita mencintai lelaki yang sama-sama kita cintai..

Untukmu gadis pilihan putraku..

Selamat datang di istana kami..

Penuhilah dengan cinta dan kasih..

Semoga kau bahagia menjadi sebahagian dari kami..

Padamu gadis pilihan putraku..

insyaAllah… Aku pun akan mencintaimu..




sekian…


alfaQirah ila Allah :

~waznah alhamraa’~

03:30 am

10 MEI 2011