BERANI HIDUP KEKADANG LEBIH PERLU DARIPADA BERANI MATI

~ HAKIKAT PEJUANG ISLAM YANG SEBENAR~

- TUJUAN ITU TIDAK MENGHALALKAN CARA, KEMENANGAN ITU BUKANLAH KEMENANGAN SEMATA-MATA, KEBENARAN ITU ADALAH KEMENANGAN YANG UTAMA DAN BERANI HIDUP ITU KEKADANG LEBIH PERLU BERBANDING BERANI MATI -

“ukhtie.. tunggu jap, boleh?”, sapa seorang sahabat ketika saya baru saja hendak melangkah keluar dari musolla.

“boleh, insyaallah.. ada apa ya”, jawab saya mesra.

“ukhtie sihat? Terasa seperti terlalu lama tak bercakap ngan ukhtie”

“ya.. emm, kita masing2 buzy kan. Bila ana ada kelas, ukhtie xda, ukhtie ada kelas, ana pula xda. Lagipun ana pun buzy juga sejak akhir2 ni, tak kisahlah, kerja penting atau tak.” Balas saya perlahan.

Dia, sahabat saya diam seribu bahasa. Entah apa yang berlegar di ruang pemikirannya pun tidak boleh di agak dengan pandangan mata kasar.

“ukhtie jarang datang liqo kita sekarang”, dia meneruskan bicara. Menghembus nafas perlahan. Seakan sangat sukar untuk melafazkan untaian kata tersebut.

“ ya..”

“ukhtie tahu kan, xlama lagi….”

“ada kerja yang perlu dilaksanakan”, saya memotong percakapannya.

“ya.. ukhtie tahukan ukhtie terlibat sama”

“ana x boleh nak join”, jawab saya cuba untuk memendekkan masa ‘liqo’ tersebut.

“kenapa ukhtie? Ukhtie nak lepaskan tanggungjawab macam tu je?”, balasnya, dengan nada agak kasar.

“istighfar ukhtie. Kenapa sampai perlu mengeraskan suara?”

“maaf ukhtie. Bukan niat ana nak keraskan suara tapi ukhtie seakan cuba lari dari tanggungjawab”

“mana bukti yang mengatakan ana cuba lari dari tanggungjawab?”

Diam.. suasana sepi. Dalam musolla, tempat untuk beribadah, tempat untuk majlis ilmu, seakan mendengar bicara dua jasad.

“memang ana ada dengar ukhtie xnak join kali ni. Tapi kenapa ukhtie? Atas dasar banyak ‘assigtment’ ke? Kita sama2 punya tanggungjawab yang sama ukhtie. ‘assigtment’, nak hafal itu, nak hafal ini, tapi apakah disebabkan alas an itu, ukhtie nak tarik diri?”

“ana ni selfish sangat ke ukhtie? Hanya kerna banyak ‘assigtment’ ana nak tarik diri..”, saya melontarkan soalan kembali.

“kita dah lakukan kesalahan untuk kali pertamanya. Kita hanya kena tempias dari rakan kita kan? Selebihnya kita sandarkan pada dia. Itu baru dikatakan selfish. Kita biarkan dia rasa kesakitan seorang diri dari perbuatan kita. Kononnya hidup biar sentiasa bersama. Xpa, kejap je tu, pasni insyaallah akan baik semula. Itu ja la yang mampu kita ucapkan”

Dia tunduk. Diam.menanti hujah seterusnya.

“ tak salah nak jadi pejuang berani mati ukhtie. Tapi kadang2 ‘berani hidup itu lebih perlu daripada berani mati’. Mungkin ukhtie akan Nampak ana ni seorang yang penakut. Tak berani nak berjuang. Katalah apa pun. Kita masih jahil lagi tentang semua ni ukhtie. Ya lah, jiwa muda. jiwa muda ni terkadang tersilap memahami, bersemangat tiada tujuan, tiada ke mana... apa yang kita nak sebenarnya ukhtie? Apa yang kita tahu, kita perlu capai “hadaf” kita, atau dalam ertikata lain, ‘kemenangan’. Dan disebabkan terlalu ghairah nak capai “hadaf” tu la, kita sanggup ketepikan rasa hormat pada kita pada mereka yang dah banyak berjasa pada kita. ‘xpa, dorg takkan tahu pun’, ni yang selalu ana dengar”...

Saya diam sebentar. Menunggu sekiranya ada respon dari sahabat saya.

“ betulkah kita ni berani kerna benar ukhtie? Sampaikan kita sanggup mati? Kadang2 ukhtie, akan timbul dilema dalam diri seorang insan yang mengaku sebagai pejuang tu, sukarnya nak memilih antara kebenaran atau kemenangan. Dan di antara dua ni, xtau nak utamakan yang mana satu dahulu. Kenapa timbul masalah seperti ni? Masalah ni akan timbul bila kedua2nya tak boleh di capai serentak.”

“bila kita, yang mengaku sebagai pejuang ni ghairah nak buru kebenaran, kita akan terpaksa untuk menerima kekalahan. Dan di sebabkan kita terlalu ghairah nak capai “hadaf” dan kemenangan, kita terpaksalah mengorbankan kebenaran”

Dia masih diam. Entah apa yang terbuku dalam benak pemikirannnya saat itu.

“semuanya adalah disebabkan kelemahan kita yang terlalu terdesak dengan pelbagai asakan daripada pihak yang selalu ‘campur tangan’ dalam urusan kita. Hasil daripada inilah telah melahirkan para ‘pejuang berani mati’ atas nama ISLAM itu sendiri, sanggup menggadaikan nyawa sendiri, tapi tanpa disedari boleh memberi kemudharatan pada organisasi sendiri. Xpalah, biarlah “salah” dari segi cara pun, apa yang pentingnya, “kemenangan” mesti dapat di capai. Sifir perjuangan mereka yang berfikiran seperti ini : kalau kita terlalu mengikut jalan yang betul, sampai bila2 pun kita takkan menang”

Saya diam seketika. Kelihatan airmuka sahabat saya berubah.

“ukhtie ada nak kata apa? Sebelum ana teruskan kalam..”

Dia menggelengkan kepala, tanda tidak ada yang ingin dikatakan.

“adakah disebabkan kita masih belum faham sedalamnya mengenai konsep ‘aulawiyyah’ menyebabkan kita tersepit dalam masalah ni? Kemaslahatan daripada apa yang kita lakukan ni hanya bersifat sementara ukhtie. Kenapa kita taknak cari kemaslahatan untuk jangka masa panjang? Kemaslahatan yang kita perolehi sekarang hanya untuk sesetengah pihak, bukan semua pihak. Bukankah kepentingan umum perlu diaulakan daripada kepentingan peribadi?

“ bukan kita ja yang nak bila daulah islamiyah tu ukhtie, ada yang lebih berkeinginan seperti itu lebih daripada kita. Bahkan mereka itu lebih awal ‘makan garam’ daripada kita. Sebelum ana teruskan, kita ni bermegah2 nak bina daulah islamiyah, tapi dalam diri sendiri pun belum tertegak daulah islamiyah. Ana ingat kata2 Hasan Hudaibi : “ binalah daulah islamiyah dalam diri kamu, insyaallah daulah islamiyah akan tertegak dalam biladmu”. Seharusnya dalam diri pejuang tu perlu ada nilai2 islamiyah dan hendaklah mencapai kemenangan dalam menegakkan hukum dan daulah islamiyah tu pada diri dahulu, selepas tu pada peringkat keluarga dan sebelum ianya tertegak pada peringkat yang lebih besar. Hanya setelah pejuang itu berjaya menegakkan Islam di peringkat yang mudah iaitu dalam diri, insyaallah pejuang itu sendiri akan punya upaya untuk naik ke tahap yang lebih sukar seperti dalam organisasi , masyarakat dan negara. Inilah sunnahtullah atau law of nature yang seharusnya perlu ada dalam sifir perjuangan Islam yang tidak boleh dilanggar oleh para pejuangnya.”

“baiklah kembali kepada perbincangan tadi, untuk mencapai kemenangan dalam sesebuah perjuangan bukanlah bermakna kita perlu kepada keberanian semata-mata ukhtie. Ana tengok kita ni memang berani, Cuma berani taqlid buta kot. Entahlah, kita tepikan pandangan dan hak beberapa orang hanya untuk kemaslahatan kita. Bukannya kita tak pernah bincangkan perkara ni sebelum ni, ana rasa ana sendiri pernah cakap sal perkara ni, tapi rasa seperti ‘membazirkan’ air liur pula. Tiada usaha untuk lakukan peng’islahan’ dari kesilapan yang kita dah lakukan sebelum ni”

“tujuan tu tidak menghalalkan cara ukhtie. Tujuan mahupun cara semestinya disusun berpandukan hukum Allah, bukannya hukum yang kita gubal sendiri. Untuk menegakkan yang halal, perlu melalui cara yang halal. Ana rasa ukhtie pun tahu sama, tujuan kita baik, nak melahirkan ‘ruh2 baru untuk meneruskan mata rantai perjuangan’ di sini, tapi cara yang kita gunakan ni tak betul ukhtie. Maafkan ana, ana juga masih mencari cara yang halal dan betul untuk kita teuskan usaha murni. Ana tidak salah kan sahabat ana yang lebih ‘arif mengenai urusan sistem, Cuma terkadang, bila sistem dah betul, ahli2nya pula tersalah dalam melaksanakan sistem yang sememangnya dah betul.”

“perjuangan memerlukan pengorbanan, itu yang selalu kita ucapkan. Betulkan?” saya mengajukan soalan, memberikan ruang kepada sahabat saya untuk bersuara.

“ya...” – jawabnya ringkas.

“ana tak kata ungkapan ni salah ukhtie. Bahkan ana menyokongnya. Semestinya perjuangan yang kita lakukan memang akan menuntut pengorbanan, tak kisahlah, duit, masa, tenaga, dan sebagainya. Dalam usaha nak teruskan perjuangan kita pasti akan di uji. Pendek kata, ada ujian yang akan menyusuli perjuangan kita. Bagi mereka yang menerima seruan perjuangan kita kan tabalkan mereka sebagai pejuang yang berani, tapi bagi mereka yang menolak sementara seruan tersebut, boleh jadi di tabalkan sebagai penakut, tak berani nak sahut ujian2 dari Allah yang akan menimpa lantaran dari perjuangan yang dilakukan. Ujian tu boleh dalam pelbagai bentuk, bukan hanya dalam satu bentuk saja. Ujian yang selalu yang kita tafsirkan dalam sebuah perjuangan adalah apabila kita mendapat tentangan atau pun halangan dalam usaha hendak melaksanakan visi dan misi kita dan seterusnya mencapai kemenangan. “sabar, inilah ujian dari Allah dalam perjuangan kita”. Ini bukanlah tafsiran yang betul mengenai “ujian” perjuangan kita ukhtie.”

“maksud ukhtie? Apa tafsiran yang betul?” – dia mula bersuara, seakan tidak puas hati dengan apa yang saya katakan.

“kesalahan utama kita adalah kita gagal dalam merancang strategi yang betul. Kenapa gagal? Sebabnya kita ni bertindak membuta tuli. Terlalu turath dengan cara2 yang sabiq. Keadaan sekarang tak sama seperti keadaan masa lalu. Zaman pemerintahan dahulu tak sama seperti zaman pemerintahan sekarang. Ukhtie dapat ‘tangkap’ maksud ana kan?. Bila ada masalah dalam usaha nak teruskan strategi yang dah dirancang : takpa, itu ujian dari Allah untuk kita. Jangan bermain kata dengan makna ‘ujian’ yang sebenar, mealinkan kita sudah merancang strategi sedalam2nya, kita mengambil berat dengan semua pandangan yang diberikan, kita merancang untuk kemaslahatan yang berpanjangan, bukan jangka masa pendek, bila semuanya dah dilakukan dan kita gagal dalm melaksanakan, itu baru dinamakan ujian!”

“ukhtie nak tahu, dulu ana selalu kata, “jangan kata nak berjuang kalau takut pada risiko”. Satu teori yang boleh diguna pakai oleh pejuang berani mati. Namun, kita berfikir sejenak ukhtie, ukhtie pernah kata kat ana, seharusnya praktikal lebih hebat dari teori dan bukan sebaliknya. Ya, ana akuinya ukhtie. Itulah kita, pejuang yang masih berdarah muda, baru di peringkat awal lagi. Tak salah ukhtie. Ada benarnya .namun berani atau takut bukanlah menjadi ukuran utama dalam percaturan sebuah perjuangan, apa yang menjadi ukurannya adalah bijak! Dan itu juga merupakan salah satu senjata utama dalam sebuah peperangan. Mungkin ada yang tidak bersetuju bila ana kata camni, namun takpa lah, kita masing2 punya pandangan masing2. Ana bagi satu contoh, untuk menghadapi suatu peperangan, antara dua : seorang berani tapi bodoh, dan seorang lagi bijak tetapi penakut. Apakah kita tidak boleh dahulukan yang penakut tetapi bijak? Kenapa? Boleh jadi dia akan dapat merancang strategi yang hebat untuk menumpaskan musuh agar kita tidak tersilap langkah dalam usaha untuk tumpaskan pihak musuh seterusnya mencapai kemenangan yang sebenar. Bukankah zaman baginda saw dahulu pun, sebelum nabi saw hendak keluar berperang melawan pihak musuh, nabi akan mengaulakan perancangan dan strategi terlebih dahulu”

“hmmmm~” – saya menghela nafas. Seakan berat untuk diluahkan. Lagi2 dia adalah sahabat yang paling saya sayang.

“ukhtie, kemenangan itu, bukan hanya kemenangan semata. Ana tahu ukhtie, seharusnya kita bersatu dalam berjihad, tidak perlu takut untuk perjuangkan keamanan. Namun kita perlu lihat pada beberapa aspek yang penting juga. Ramai pejuang Islam hari ni kurang sedar dengan hakikat “ kemenangan bukan kemenangan” malah ada yang tergelincir dari landasan pengertian yang sebenar. Kadang2 apa yang kita sangkakan kemenangan hakikatnya bukanlah kemenangan. Kebenaran itulah adalah kemenangan utama ukhtie.”

Saya memandang wajah sahabat saya, seakan keliru dengan kata2 saya.

“ya.. jika kita singkap kembali sejarah pejuang2 Islam terdahulu membuktikan bahwa kalah dan menang bukan soal mata pada pandangan mata manusia. Soalnya, adakah mereka benar2 berpegang kepada kepada kebenaran untuk menggapai kemenangan dengan cara yang betul dan halal ataupun tidak. Jika jawapannya “ya”. Mereka tetap dikira menang walaupun kalah hanya pandangan manusia. Sekiranya kita ingin menang di akhirat, biarlah kemenangan kita adalah disebabkan hati yang selamat, cara dan jalan yang diredhai menuju syurga Ilahi. Bagi mereka, “yang menang itu adalah benar dengan cara yang betul dan begitulah sebaliknya” tapi selalunya yang akan kita dengar mengikut ukuran manusia, “ yang menang tidak semestinya benar, dan yang kalah tidak semestinya kalah”. Hakikatnya, dari sinilah menunjukkan terkadang umat Isalm lebih memerlukan “pejuang berani hidup” berbanding “pejuang berani mati”. Untuk hidup dan menegakkan kebenaran kekadang lebih sukar dan mencabar berbanding untuk mati dalam usaha untuk meraih kemenangan”

“ana rasa dah terlalu banyak yang ana cakap ukhtie. Ana harap ukhtie faham ya. Berilah ana masa, mungkin ada khilaf dari apa yang ana katakan. Soal ana nak join atau tidak, ana rasa buat masa ni tidak. Lagi pula, masanya bertembung dengan urusan yang lain. Kedua2 penting, tetapi urusan itu lebih aula berbanding yang ini.”

“takpa, syukran ukhtie. Maaf sekiranya ana buat ukhtie terasa dengan soalan ana tadi”

“la ba’s. Ukhtie berhak untuk bertanya dan beranggapan. Namun jangan terlalu berprasangka ukhtie. Sebabnya Allah sendiri melarang kita untuk berprasangka. Dan satu lagi ukhtie, "وَلاَ تَقْفُ مَا لَيسَ لَكَ بِهِ عِلْمُ إِنَّ السَّمْعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسئُولاً" (لأسرا: 36)

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

“rujuk balik ye”, sambung saya sambil menguntum senyum.

“syukran atas nasihatnya ukhtie. Rindu kat senyuman ukhtie.”

“afwan...”

“Liqo” petang itu kami akhiri dengan saling bermaafan. Sepertinya sahabat saya memahami apa yang cuba saya sampaikan, namun sebaliknya allahu’alam. Biarlah saya digelar pengecut dan penentang sekali pun, gelarlah, dan katalah, namun ingatlah, Allah sekali-kali tidak meredhai perbuatan yang menyalahi hukum2 yang telah ditetapkanNya. Jangan hanya hendak memperjuangkan hak kita, kita meminggirkan hak2 pihak yang lain. Jangan hanya hendak meraih kemenangan untuk “kita”, kita pinggirkan kemaslahatan umum untuk jangka masa yang panjang.

WALLAHU'ALAM

AYUH SAMA-SAMA LAKUKAN PERUBAHAN!!!


Salam ‘alayk jamian.. salam satu Hijrah.. salam ukhuwah fillah, moga ukhuwah yang di ribat walau di alam maya sentiasa istimrar... liLLAHI Ta’ala..

Hamdulillah, segala puji hanya layak bagiNya, Khaliq kepada setiap yang hidup di bumi yang sementara, ya... dunia yang ibarat pentas lakonan buat kita semua, salam serta sholawat buat kekasih Ilahi, yang kita mengimani, dialah Pesuruh Allah, nabi Muhammad SAW, salam juga buat ahlil bait, para sahabat2 tercinta,juga buat mereka yang telah kembali ke RahmatULLAH..

Rindu nak menulis.. bukannya tidak pernah jenguk blog yang sudah ditinggalkan selama beberapa minggu, agaknyalah, bukan juga tidak ada idea yang ingin di kongsi bersama, keterbatasan masa... ya, banyak “assigtment” yang perlu di siapkan.. bukan hanya “assigtment” kelas, tapi juga “assigtment” saya dengan Allah SWT. Namun tidak mengapa, “kerja yang ada lebih banyak daripada masa yang kita miliki”...

Sedar tak sedar, rupanya sudah sehari lebih kita meninggalkan tahun 1430H.. kini, datang tetamu baru, tahun 1431H. ALHAMDULILLAH, masih bernyawa.. tanpa kita sedar, tahun demi tahun, hari demi hari.. berlalu begitu saja, meninggalkan kita. Sudah bersedia menerima kedatangan umur yang semakin meningkat? Saki baki masa yang ada untuk “top up” pahala pun sudah semakin sedikit. Rambut yang hitam sudah mulah berselang seli menjadi putih,apa yang terdetik di hati kecil saya sejak kebelakangan ini, umur semakin meningkat, sehari kita melangkah ke hadapan, semakin singkat masa yang kita punya untuk bertemu KEKASIH TERCINTA, ALLAH SWT.

Tidak sampai sebulan, kita akan memasuki tahun baru pula, 2010. Bagi individu yang menitik beratkan perancangan dan harapan untuk meneruskan perjalanan kehidupan semestinya akan menyediakan segala persiapan, baik dari segi fizikal dan mental, sudah pun di rencanakan, malah di catat untuk mendepani tahun berikutnya. Pendek kata, di sebut “azam” tahun barulah.
Azam tahun baru – nak seorang yang berguna, nak jadi anak soleh dan solehah, nak pergi masjid, solat jemaah setiap hari, nak menghadiri kuliah2 agama... nak itu dan ini.. dan sebagainya. Tidak salah untuk menyimpan azam sebegini.. huhu, rewind semula azam kita untuk tahun yang lepas, sudah terlaksana dan tercapaikah? Atau pun azam hanya tinggal azam, paling tidak pun, “ takpe, azam tu bawa ke hadapan”.. itu hak setiap individu, kita sendiri berhak untuk menggariskannya.

Azam yang disenaraikan adalah untuk dibawa sepanjang perjalanan 365 hari. Berjaya atau gagalkah sudah semestinya menjadi ukuran buat diri sendiri. Seperti satu fenomena, di seluruh dunia, pasti ada acara-acara akan berlangsung sempena menyambut kehadiran tahun baru. Pesta dan segala macam aktiviti yang selalunya berbentuk hiburan akan disogokkan kepada masyarakat, menandakan harapan yang besar, kegembiraan yang tiada tepian dan keterujaan yang pelbagai dalam menyambut tahun yang seterusnya.

…semacam terlupa sesuatu.. atau kita terlupa untuk membuat azam pada tahun Hijrah, kerana di dalam fikiran kita hanya ada Tahun Baru 2010 Masihi. Terlupa pula kita kepada Tahun Hijrah. Bahkan apabila ditanya kepada sesetengah anak muda yang gagah, Bilakah bermulanya tahun Hijrah ini, bila agaknya tarikh turunnya al-Quran? Hmm~ kena tunggu Ramadhan dulu, baru tahu jawapannya.… dan paling tidak pun, “ tak tahulah” tetapi biarlah kita sentiasa bersangka baik. Mungkin hanya segelintir kecil sahaja yang terpinggir…

sekiranya kita melihat suasana ketika menyambut tahun baru Masihi, mungkin tidak akan serupa seperti mana kita menyambut awal Muharram. Itulah dia tahun baru. Tahun baru yang penuh dengan sambutan yang gemilang dan pesta-pestaan yang kadang banyak memberi kesan yang kurang manis untuk di rasa, namun seperti sudah menjadi adat, ianya akan berlangsung juga saban tahun. Tahun baru, walaupun cuma langkauan satu hari dari 31 Disember 2009 kepada 1 Januari 2010, ia memberi kesan dan peristiwa yang besar.namun bagaimana sambutan kita dengan awal Muharam?

Awal Muharam, tahun baru dalam kalendar Islam. Hari ini, Jumaat bersamaan dengan 1 Muharam 1431 Hijrah. Apakah acara dan intipati awal Muharam sejak sebulan yang lalu yang berkumandang di telinga dan seluruh pancaindera kita? Apakah ‘situasi’ yang berlaku sejak sebulan yang lalu yang menunjukkan bulan Muharam akan menjelma? Industri yang manakah yang merasai betapa awal Muharam merupakan satu unsur yang boleh melariskan dan memberi manfaat kepada industri mereka?tiba saja awal Muharram, kita pun mulalah di hidangkan dengan lagu2 Hijrah, beberapa majlis ala sederhana di adakan dengan tujuan menyambut kehadiran bulan Muharram. Tidak kurang dengan beberapa perarakan, kemungkinanlah, kemudian pengumuman tokoh Ma’al Hijrah, yang mana saya yakin, segelintir umat Islam juga turut mengambil tahu tentangnya. Bagaikan ada dalam tiada, Muharram pergi meninggalkan kita tanpa apa2.

Kemungkinan ada di antara kita yang tidak sedar, atau pun tidak tahu, Hijrah itu adalah satu kalimah yang cukup sinonim dengan Iman dan Jihad, sepertimana Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, bermula dari ayat 20-22, mafhumnya :;“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derajatnya disisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan rahmat dan keredaan-Nya dan syurga-syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang abadi, mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya Allah pada sisi-Nya pahala yang besar.”

Daripada ayat di atas menunjukkan bahawa Hijrah itu dilaksanakan atas dorongan Iman dan Jihad fi sabilillah. Jelas sahabat2ku, ketiga2nya menuntut pengorbanan daripada kita, tidak kisahlah dari segi harta, masa, dan tenaga serta jiwa. Tidak akan ada Hijrah tanpa sebuah pengorbanan, malah ianya bukan untuk kepentingan diri dan orang lain, tetapi untuk mardhotillah, redha jua rahmat Allah SWT.

“ berhijrahlah menuju kejayaan”... “ bina dan bangunkanlah ekonomi umat Islam dengan semangat Hijrah” – mungkin sahabat2 juga pernah mendengar ungkapan tersebut.

Namun apalah ertinya kecemerlangan dalam semua bidang tersebut andainya ianya sedikit pun tidak disandarkan dengan Iman dan Islam, menjadikan kedua2nya ini sebagai satu dorongan, penentu, pemantau dan panduan dalam mencapainya. Sedarkah kita tanpa Iman dan Islam yang menjadi tonggak kepada niat dan jalannya, apakah bezanya dengan pencapaian yang diperolehi dengan individu, masyarakat, dan negara2 bukan Islam yang lain? Sepertimana yang kita sedia maklum, kekayaan, kemajuan dan kekuatan yang mereka perolehi adalah tanpa menjadikan ‘akidah, syariat dan akhlak sebagai landasan utamanya.

Sekiranya kita singkap kembali sirah seorang sahabat Rasulullah SAW, Suhaib ar-Rumi (RA), bertukar daripada kaya kepada miskin akibat berhijrah. Ibnu Hisyam meriwayatkan bahwa ketika Suhaib (RA) berusaha hijrah, kafir Quraisy berkata kepadanya, “Ketika dulu kamu datang kemari, kamu sangat miskin dan tak dipandang sebelah mata. Kini kamu kaya raya. Kami tidak akan relakan kamu pergi membawa kekayaanmu.” Suhaib (RA) menjawab, “Jika kuberikan semua kekayaanku kepada kalian, akankah kalian relakan aku pergi?”. Kafir Quraisy menyetujuinya. Bukanlah bermakna Hijrah itu boleh dikaitkan dengan perpindahan dari miskin kepada kaya semata-mata.

Suhaib (RA) menyerahkan semua hartanya kepada mereka dan berhijrahlah ke Madinah. Mengetahui hal ini Rasulullah (SAW) berkata, “Suhaib telah melakukan pertukaran yang menguntungkan dirinya. Sungguh, Suhaib benar-benar telah melakukan pertukaran yang menguntungkan dirinya.” Bukan beliau sahaja yang berbuat demikian tetapi itulah jua nasib yang menimpa hartawan-hartawan Islam seperti Abu Bakar Assiddiq, Uthman ibn Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang apabila seluruh aset dan premis perniagaan mereka terpaksa ditinggalkan di Makkah apabila mereka berhijrah ke Madinah.

Beralih pula kepada kisah seorang lagi sahabat nabi SAW, Mus’ab Bin Umair RA - seorang lelaki bangsawan yang ternama, bertukar menjadi mujahid yang akhirnya mati syahid dalam keadaan tidak cukup kain kafan untuk menutup jenazahnya. Lihatlah betapa ramainya orang-orang besar Quraisy yang memeluk Islam rela membuang status sosialnya apabila mereka rela makan minum, tidur baring dan hidup bersaudara dengan golongan bawahan yang dulunya adalah kaum pendatang dan hamba abdi. Dari sorotan kisah ini menunjukkan bahawa Hijrah itu tidak boleh dikaitkan dengan perjuangan meninggikan status sosial.

Hijrah yang kita faham adalah bererti perpindahan, namun perlu kita ketahui bahawa tidak semua perpindahan itu boleh disifatkan sebagai satu Hijrah. Hijrah yang sepatutnya kita fahami dengan maksud perpindahan adalah perubahan yang diniatkan kerana Iman dan Islam saja. Sepertimana yang diterangkan dalam hadis berikut:“Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :’ Hanya sanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanya sanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barang siapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehnya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.”

AYUH MARILAH BERSAMA HIJRAH

Seperti yang kita ketahui, Maal Hijrah ertinya “bersama hijrah”, dan bersama Hijrah itu bukannya perlu bermusim dan terhad sifatnya. Sambutan ma’al Hijrah yang dilakukan saban tahun tidak akan memberi makna apa2 sekiranya ibrah dan hukmah disebalik Hijrah tersebut tidak terselah, ianya hanya terus menjadi ritual yang tidak akan membangunkan sedikit pun spiritual umat Islam, samalah juga keadaannya dengan sambutan Maulid Nabi, Nisfu Sya’ban, Nuzul Al-Quran. Lailatul Qodr dan lain2 lagi. Seharusnya kita fahami makna Hijrah yang sebenarnya iaitu mempelajari, memahami, menghayati, dan mengamalkan serta memperjuangkan Iman dan Islam berdasarkan apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Hijrah yang menjadi tuntutan secara berterusan ialah berpindah atau berubah daripada buruk (jahat) kepada yang baik. Dan ukuran baik atau buruk itu dibuat berdasarkan perspektif iman dan Islam. Bersama hijrah dalam erti kata yang lebih luas ialah sentiasa berubah kepada Islam dan iman yang lebih baik sama ada untuk diri, keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara kita.

Ma’al Hijrah yang kita fahami itu jugalah bermaksud perlu sentiasa melakukan perubahan ke arah memperkukuhkan Islam secara berterusan ( istiqomah ) dan menyeluruh. Lakukanlah Hijrah diri sahabat2, ubahlah diri kita ke arah yang lebih baik dan mantap dari sudut ‘akidah, syariat, dan akhlak, seterusnya Hijrah itu kita teruskan ke peringkat keluarga, organisasi dan masyarakat. Manakala hijrah negara pula merangkumi hijrah sistem ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain sistem kehidupan ialah sejauh mana semuanya mampu memperkukuhkan iman dan Islam kita untuk memberi keamanan dan kemakmuran kepada orang Islam dan bukan Islam persis yang dibuat oleh Rasulullah SAW di negara Islam Madinah dahulu.

Namun, untuk melakukan Hijrah secara menyeluruh itu peranan semua pihak amat2lah diperlukan. Harusnya kita mengenali watak dan peranan wira2 Hijrah yang mampu dan perlu kita contohi :

• Kesetiaan dan kemurahan hati Sayidina Abu Bakar (menyediakan keperluan logistik dan teman karib kepada Rasulullah SAW).

• Keberanian dan amanahnya Sayidina Ali (berselimut di tempat tidur Rasulullah SAW dan memulangkan kembali harta orang ;lain yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW).

• Kecekapan Asma binti Abu Bakar (menyediakan makanan).

• Sifat murah hati Ummu Maabad (rela kambingnya diperah susu untuk memberi minum dalam perjalanan Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar).

• Kesal dan akurnya Suraqah (yang mulanya menentang tetapi akhirnya tunduk dan yakin kepada kemenangan Islam).


Ayuh sahabat2, muhasabah diri kita. Maka, dari Saidina Umar katanya.. “Hitunglah / Hisablah diri sebelum di hisab” jadikan tahun baru Hijrah ini… 1431H ini, tahun yang bakal merubah diri kita, menjadi individu, hamba Allah yang tidak baik kepada baik, dan baik kepada lebih baik.


Ayuh sahabat2, kita renungi bersama2 Hadith dari Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:

“Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: “Sesungguhnya masa beredar, sama keadaannya ketika Allah Ta’ala menjadikan langit dan bumi. Iaitu setahun dua belas bulan. Empat di antaranya adalah bulan haram, di mana tiga di antaranya berturut-turut, iaitu: Dzul Qaidah, Dzul Hijah,dan Muharram. Sedangkan bulan Rajab, ialah bulan kaum Mudhar yang terletak antara dua bulan Jumadi dan Sya’ban. Kemudian beliau bertanya, “Sekarang bulan apa ini?” Jawab kami, “Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu.” Beliau terdiam, sehingga kami menyangka kalau-kalau beliau akan menamainya dengan nama yang lain. Lalu beliau bertanya pula, “Bukankah bulan ini bulan Dzul Hijjah?” Jawab kami, “Betul!” Tanya beliau pula, “Negeri apa ini?” Jawab kami, “Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu.” Beliau diam seketika, sehingga kami menyangka mungkin beliau akan memberinya nama dengan nama lain. Tanya beliau, “Bukankah negeri ini negeri (Haram”?” Jawab kami, “Betul!” Tanya beliau, “Hari apa ini?” Jawab kami, “Allah dan Rasul-Nya sajalah yang lebih tahu.” Beliau diam seketika, sehingga kami menyangka kalau-kalau beliau akan memberinya nama lain. Lalu beliau bertanya pula, “Bukankah hari ini hari Nahar?” Jawab kami, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Sesungguhnya darahmu, harta mu, dan kehormatanmu adalah haram (dilindungi) atas kamu, seperti haramnya hari ini, di negeri ini dan di bulan ini. Dan kamu semua akan menemui Tuhan mu kelak, lalu Dia akan menanya segala perbuatanmu. Kerana itu janganlah kamu kafir sepeninggal ku nanti, di mana sebahagian kamu memotong leher yang lain. Perhatikan! Hendaklah yang hadir sekarang ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Mudah-mudahan orang yang disampaikan kepadanya amanatku ini lebih pandai mengamalkannya daripada yang mendengarkannya sendiri. Kemudian beliau bertanya, “Ketahuilah! Bukankan telah kusampaikan?”

Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1665.

rasanya masih ada waktu untuk saya mengucapkan selamat Menyambut Tahun 1431H.
faqirah liLLAH...
~ aku manusia biasa ~

SEKADAR INGIN BERKONGSI...

Bismillahirrahmanirrahim...
syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah rahmat Rabbul 'Izzati serta inayahNya, masih mampu bernafas seperti hari2 yang telah berlalu. Alhamdulillah... saya ingin mengambil sedikit ruang untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat2 ( ... xda idea nak bagi tajuk apa : “sekadar ingin berkongsi...” saja yang terdetik di hati kecil saya ) walaupun pada hakikatnya kesempatan masa yang saya ada adalah “nyawa2 ikan”.. sibuk dengan aktiviti2 tertentu dan sekarang pula musim “assigtment” berlambak2.. minggu presentation pun sudah bermula. Itulah adat dalam menuntut ilmu. Mahasiswa universiti la katakan. Huhu~ “alwajibat aktharu minal auqot”.

Oleh kerana tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada penghafalan, ( belum masanya kot –he~ ) saya pun mengambil keputusan untuk mengusik2 keyboard laptop kesayangan.. huhu~ alang2 dah buka, ada baiknya saya kongsikan sesuatu untuk tatapan bersama. Namun kehendak di hati bukan hanya untuk tatapan semata2 tapi ambillah ‘ibroh daripadanya. Ingin saya mengajak sahabat2 untuk kita tinjau dunia luar untuk sementara waktu...

Sejak kebelakangan ini, saya kurang meluangkan sedikit masa untuk membelek2 akhbar, sehinggakan saya seperti “katak di bawah tempurung”.. namun saya tahu terdapat banyak isu2 panas yang dihidangkan untuk kita tidak kiralah melalui akhbar mahupun media elektronik. Isu penangkapan Dr. MAZA, isu pengharaman purdah yang diwar2kan media elektronik sehingga menimbulkan tanggapan buruk terhadap seorang ulama’ besar, dan yang ter’latest’ isu yang di ketengahkan terhadap Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat. sebagai seorang pelajar juga rakyat malaysia, penting bagi saya untuk mengetahui isu2 semasa yang berlaku dalam negara malaysia.

Tanggal 04hb Disember 2009, buat pertama kalinya saya bersama beberapa sahabat saya mengikuti satu perhimpunan aman. Tujuan himpunan aman tersebut diadakan adalah untuk menyokong kepimpinan beliau sabagai MB kelantan. TG Nik Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak adalah sebagai “ melanggar keadilan asasi “. ( huhu~ bukan hendak berbicara soal politik ya )Namun hakikat kehidupan peristiwa silam berulang kembali, ketika mana suatu ketika dahulu rakyat Terengganu menerima nasib yang sama seperti apa yang di alami rakyat kelantan kini.

pada awalnya, saya sendiri tidak merancang untuk menghadiri perhimpunan tersebut, sekadar ingin melepaskan “tension” berjalan2 di Kota Bharu ( punya “hadaf”nya juga ), namun siapa yang mampu menghalang kuasa Maha Esa, jasad yang bergabung dengan ruh ini sampai juga di tempat kejadian, tambahan pula melihatkan reaksi seorang sahabat saya yang begitu teruja hendak pergi sebaik sahaja saya memaklumkan bahawa keesokannya ada demonstrasi selepas ceramah TG. “ eh, aku nak pi lah” saya tersenyum. “ok, jom” balas saya ringkas. Keesokan harinya, tepat jam 8 pagi, kami pun bertolak keluar menuju ke KB. “jam nya jalan” saya bermonolog sendirian. “mesti nak ikut demo ni”, sahabat saya bersuara, memecah kesunyian, seakan menjawab kata2 saya. Setibanya di KB, subhanallah, pusat bandar KB penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan TG Nik Aziz.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, namun itu bukanlah alasan untuk menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir sama menyatakan kasih dan sayang mereka kepada TG. Saya sendiri bukanlah insan yang terpilih untuk lahir di bumi serambi Makkah ini, namun jauh di sudut hati kecil saya, alangkah ruginya sekiranya kita melepaskan seorang tokoh agama yang sangat hebat dilucutkan dari jawatan tersebut. Di hari kejadian pelbagai sepanduk dapat dilihat – ‘kita sayang Tok Guru’ , ‘kami menyokong kepimpinan tok guru’, dan yang paling menarik perhatian saya adalah kain merah yang bertulis “we luv tok guru”. Saya menantikan kain itu untuk sampai ke arah saya dan sahabat2, tetapi sayangnya, hanya insan2 terpilih sahaja yang dapat memakainya. Teringat pula kisah dulu2.. huhu~

Sebagai seorang insan bukan kelahiran kelantan, namun sebagai saudara semuslim saya juga punya hati dan perasaan seperti apa yang di rasakan mereka, mutakkhir ini kelihatan seolah-olah kerajaan Kelantan dibawah pimpinan TG semakin dihimpit masalah. Seluruh peluru media kerajaan pusat semakin galak membawa isu-isu yang boleh menampakkan keburukan kepimpinan beliau khususnya dan kerajaan negeri amnya. Sememangnya, bukan hendak berbicara soal politik yang melibatkan beberapa pihak tertentu, kerna saya tahu keterbatasan saya sebagai seorang pelajar. bukan maknanya saya menganggap politik itu tidak penting, namun belum masanya untuk saya berbicara mengenainya.. Hanya kerana saya berbicara mengenai TG saya dilabelkan sebagai penyokong PAS dan menganggap itulah yang terbaik. Sesiapa pun berhak memilih mana yang terbaik untuk diri masing2, dan saya tidak punya hak untuk menentukannya bagi orang lain. Kalah menang bukanlah ukuran utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara, tetapi apa yang lebih penting dan kekal adalah sehingga ke liang lahad kita, siapakah sebenarnya yang memperjuangkan kebenaran jua ke'adilan. namun, apa yang ingin saya katakan di sini adalah kepimpinan ulama' yang semakin di perlekehkan. sekiranya kita punya rasa cinta yang mendalam terhadap ulama’ kita pasti tidak akan membiarkan ulama’ terus di perlekehkan. Dunia kejahilan di akhir zaman sudah semakin kelihatan di hadapan mata kita.

Lembutnya lidah mengaku kita adalah seorang muslim tetapi sejauh mana penghayatan kita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, selain solat 5 waktu sehari semalam, puasa bulan ramadhan, haji, serta kita dituntut juga menegakkan syariat Allah termasuklah hukum2 Islam. Bercakap soal hukum dan undang2, pihak yang melaksanakan hanya yang mempunyai kuasa dalam negara namun sejauh mana syariat Allah itu sudah ditegakkan? Tepuk hati tanyalah diri saya, anda dan kita. Hakikatnya, mereka yang diberikan kuasa memerintah negara sekarang tidak berusaha kearah itu, tidak menyokong usaha-usaha meletakkan Islam sebagai 'DEEN'. Malah yang amat menyedihkan dan membimbangkan sekali Sunnah Nabi di persendakan, Ulama’ diperlekehkan, masalah sosial semakin tenat, ditambah pula dengan budaya fitnah yang berleluasa.
Sebelum isu TG muncul, hati sudah mula terguris bilamana para ulama’ diperlekehkan dan dipermainkan. Inilah bahananya bilamana pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab. Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Berikutan dari isu purdah yang berlaku di Mesir, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Sebelum ini sudah ada yang memberikan nasihat, sekiranya berita dan akhbar melayu mengeluarkan pernyataan kontroversi tentang pendapat ulama’ maka perkara pertama perlu di ambil perhatian oleh sang pembaca lalu pasakkan dalam minda “boleh baca namun jangan terlalu cepat untuk mempercayainya”. Tidak takutkah kita dengan hukum Allah kerana sering mempermainkan para ulama? Tepuk dada tanyalah iman anda! Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan dipermainkan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka. Kalau ya pun inginkan akhbar picisan mereka terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama’ sehingga sedemikian rupa.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama’ terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Seharusnya kita memahami bagaimana sebenarnya sikap sebenar seorang ulama itu dan mereka itu adalah golongan yang tidak cepat menghukum. Perlunya bagi kita meletakkan adab yang tinggi terhadap para ulama’.
ingin saya mengajak sahabat2, hormatilah pensyarah2 kita, guru2 kita, juga pendidik2 kita. mereka ibaratnya "ulama" bagi kita. bila kita menjaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita. dan bila kita menjaga hak pensyarah kita, mereka juga akan menjaga hak kita. sayangilah mereka, kerna mereka juga menyayangi kita, malah sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi kita. janganlah melakukan sesuatu perkara yang boleh menyakiti mereka, sehinggakan mereka tidak meredhai kita dengan 'ilmu yang telah di curahkan kepada kita. tanpa mereka, kita tidak akan dapat kecapi kejayaan yang kita miliki sekarang selain ianya datang dengan izin Allah swt.
mungkin ada yang mengatakan saya berceloteh entah apa2.. namun seperti kata tajuk yang tertera di atas : “sekadar ingin berkongsi” apa yang terbuku di lubuk hati saya. Hendak di pendam takut menjadi semakin parah. Huhu~...

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Akhir kalam, maaf sekiranya ada yang terasa dengan setiap butiran tutur kata saya. Hanya sekadar luahan hati saya, tidak punya niat untuk menyakiti mana2 pihak. Mohon maaf di atas khilaf. Doakan saya untuk tabah menghadapi hari2 seterusnya, kerna saya tahu, seorang hamba akan diuji dari setiap apa yang dia telah katakan..

Syukran...

Faqirah lillahi...
- aku manusia biasa -

BILA SEJENGKAL SAHAJA KITA BERPISAH...

Bismillahirrahmanirrahim wa alhamdulillah...


Pada Yang Maha Esa ku panjatkan syukur atas segala kurniaanNya yang tidak terhitung, siang malam pagi dan petang hamba hina ini cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik walau hakikatnya, masih punya kekurangan, jatuh tersungkur di lembah takdir Rabbul ‘Izzati. Setiap langkah yang di atur pasti akan penuh dengan onak dan cabarannya, dan terkadang kejatuhan dek kelemahan akan bersama2 linangan air mata dihempas ombak dugaan...


Entri kali ini... barangkali bukan untuk membincangkan masalah ‘ummah’, bukannya hendak jadi da’ie yang selfish.. tapi sekiranya doktor pun masih tidak betul, macam mana nak rawat pesakitnya? Huhu~


Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, sejak dua menjak ini.. saya sendiri seperti kehilangan arah. Perkataan ukhuwwah sangat terkesan di minda dan hati saya. Walhal sebelum ini, saya rasa saya ’arif tentang ukhuwwah...Kononnyalah. bila dah makin besar...maka, dah makin matang, dah makin faham...tidak ada lagi masalah ukhuwwah... Malah dah boleh mengajar orang lain tentang apa itu ukhuwwah dan sudah pandai menasihat orang yang bermasalah ukhuwwah. Tapi apabila teruji dalam ukhuwwah, mengapa saya sendiri boleh fail?


Masih segar dalam ingatan, bait2 cinta yang dihantar seorang sahabat saya melalui SMS, katanya : ”bila sejengkal ja kita berpisah, dengan urusan yang berbeza, barulah terasa betapa aku menghargai erti persahabatan yang sebenarnya. Lebih2 lagi bila kita se”fikrah”, susah sama2, senang pun sama2, apatah ngumpat pun sama2 ( huhu.. )”.. masih di simpan dalam peti inbox, sudah lebih kurang seminggu lebih usia mesej itu ”hidup” dalam handphone saya. Dan sudah berapa kali jua, tanpa rasa jemu saya membaca mesej tersebut. Sedih, pilu.. dan airmata menjadi saksi kerinduan.


Bepergian seorang sahabat menjadikan saya seperti orang yang tidak keruan. Namun hamdulillah, perginya bukan selamanya, Cuma sementara, meneruskan perjuangan, mengejar cita2.. dan saya yakin, perginya untuk menyertai pertandingan debat di Kuala Lumpur bukan untuk kepentingannya tersendiri.. tapi untuk kepentingan sejagat. Bukan maksud di hati menafikan kehadiran sahabat2 yang saya punya kini tidak memberi makna dalam hidup saya.. tidak.. tapi merekalah yang saya ada selain Allah tempat pergantungan yang paling utama, merekalah teman di waktu suka dan duka.. susah senang sentiasa bersama. Tidak ada wang untuk makan, ”takpa.. kita kongsi makan sama2” – walaupun juadahnya hanya roti, megi dan teh.. namun alhamdulillah, itu sudah mencukupi bagi kami. Bila ada yang sakit, ada yang akan menjaga, bila tidak punya kesempatan untuk membasuh baju – insan yang bergelar sahabat itu juga yang akan membasuhnya. Subhanallah.. manisnya ukhuwwah yang kita bina sahabat2.. ya, ukhuwwah berpaksikan cinta Ilahi.. ukhuwwah liLLAH Ta’ala..


Bila masalah datang bertandang, kita sudi ”bengkak”kan telinga untuk mendengar rintihan sang teman. Walaupun terkadang bila kita rindukan ”umi abuya” kita, kita pendamkan sendiri2. Kita sentiasa cuba untuk tidak terlalu mengharapkan belaian kasih sayang sesama kita kerna kita tahu hidup perlu di lalui dengan ketabahan dan kekuatan hati bukan berlandaskan perhatian semata-mata. Tatkala kita merindukan gelak tawa sahabat2, kita tahu kita semua sebenarnya sibuk. Ya.. sibuk untuk urusan masa depan ”ummah”.. masa depan kita! Dan bila kita saling mengerti.. demi sebuah perjuangan, semuanya itu memerlukan kita untuk mengorbankan sebahagian masa gembira kita..


Sungguh.. kita saling merindui kerna Allah.. sejengkal saja kita berpisah.. hati mula gundah gulana. Hati juga mula berdetik : ”apa khabarmu sahabat?” – bagaimana keadaanmu. Sayang.. sayang sahabat2.. terlalu sayang. Teringat saya pada sahabat saya yang seorang ini ( prof. Media – huhu ) – ”aku tensen la.. aku nak nangis. Aku tak tahan”.. sedih rasanya. Sayangnya luahan itu hanya terlafaz melalui mesej cuma. ”doakan aku ya”. Itulah kata2 terakhir di setiap mesej yang di hantar. Apabila punya kesempatan untuk berhubung melalui Yahoo Messenger.. ungkapan ”rindu” menjadi penyembuh kepada sakit rindu kami. Sempat saya kata padanya : ”sabarlah sahabat.. indahnya ukhuwwah itu bukan pada kerapnya pertemuan, tapi indahnya ukhuwwah itu adalah apabila nama sahabat kita sentiasa meniti di bibr kita”.. itulah penawar bagi sakit rindu kita sahabat. Ya.. hanya penawar itu yang mampu saya berikan.


Kita tahu sahabat2.. ukhuwwah itu adalah apa yang perlu dihulur tetapi bukan apa yang diterima. Kita tidak dituntut untuk measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi biarlah kita yang terlebih dahulu semak semula apa yang telah kita hulur kepada orang. Janganlah kata : “dia pun masih belum begitu dan begini..” tapi katalah pada diri kita : “aku masih belum buat begitu dan begini” – syukran buat ukhtie yang menyedarkan saya. Syukran kathir ukhtie. Allahu yubarik ‘alayk..


Sahabat2ku fillah.. kita tahu kita punya kewajipan untuk melaksanakan perintah Allah dalam surah Ali Imran : 103, mafhumnya : “Dan berpegang teguhlah kamu dengan agama Allah sekaliannya dan janganlah kamu berpecah belah.”



satu permintaan jua peringatan buat saya dan sahabat2, janganlah kita yang akan menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan yang akan menghancurkan kesatuan yang telah tempoh usianya sudah hampir setahun lebih, dan tidak menjadi musuh yang menikam dari belakang, wal’iyazubillah. Hakikatnya, sekarang bukanlah masa untuk mencari kelemahan dan kesilapan sesiapa, sebaliknya inilah waktunya untuk kita mewujudkan ikatan hati antara kita untuk mengukuhkan kesatuan yang sedia ada. Saling melengkapi ibarat batu-bata kerana Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalanNya dalam satu barisan yang tersusun umpama sebuah bangunan yang teguh sebagaimana yang diterangkan dalam ayat ke4 surah as-Saf.



kita tahu sahabat2.. kita sebenarnya punya misi dan visi yang besar untuk dilaksanakan, kita tidak hanya ingin melahirkan “ruhul jadid” yang biasa2 objektif hidupnya. Tetapi kita ingin lahirkan individu2 muslim yang hebat halatuju perjalanan hidupnya. Kita tahu.. kita inginkan generasi yang mampu memikul risalah sehinggalah satu saatnya nanti, pasti akan tertegaknya khilafah. Dan kita tahu sahabat2, pokok pangkalnya, kita akan dan mesti terus dan tetap bekerja.. dengan penuh tekun dan sabar.. secara ALL OUT!



Namun percayalah formula kebangkitan akan tetap berlaku mengikut sunnatullah.. bukan dengan teori2 manusia..


Buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah, moga tautan-tautan hati kita masih teguh. Erat seperti dahulu. Saat kita berta’aruf hingga saat ini, masih segar dalam ingatan saya Dia yang mempertemukan kita semua, dan Dia jualah yang memisahkan kita. Pertemuan kita yang sementara itu telah membibitkan rasa cinta, mahabbah murni yang sungguh manis rasanya limpahan kasih anugerah Ilahi buat kita, menjadikan rasa sayang semakin mendalam terhadap kalian. Saya doakan kalian semua berjaya bukan sahaja di sini tapi jua di sana! insyaAllah. Mohon maaf andai pernah khilaf, semenjak saat kita berta’aruf hinggalah ke padang mahsyar.



Buat teman-temanku :


“Kita ditemukan satu arah, satu aqidah, satu pegangan. Asalnya terjalin satu ikatan. Ukhuwwah fillah takkan musnah walau badai mendesak. Tautan erat tak mungkin patah. Semoga Allah memberkati ukhuwwah antara kita. Ameen ya Rabbal ‘Alamin….”


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)


~Nothing is really lost.. Its just where it doesn't belong~

Seruan ke jalan Allah itu bukti cinta sesama mukmin. Ayuh, Marilah kita berkasih sayang, merangkul ukhuwwah, bukan kerana yang lain, tetapi semata-mata demi KEKASIH HAKIKI..