“Akak….
Mesti ramai yang frust bila tahu akak dah tunang..” – kata seorang
adik, memecahkan kesepian ketika kami sama-sama menunggu bas untuk balik ke
kolej. Saya hanya senyum kelat. Diam.. malas mahu memanjangkan bicara. Cukuplah
kata-kata “saya sudah menjadi tunangan orang” hanya di lingkungan bilik
kuliah empat segi itu.
Saya
refresh semula kejadian petang itu. Sewaktu mengikuti satu kuliah, pensyarah
saya meminta tolong sesuatu dari saya, untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Tanpa
membantah, saya menolong beliau untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Awalnya
keadaan tenang, sampailah apabila pensyarah saya mengatakan sesuatu dihadapan
kelas, di hadapan kawan-kawan yang lain.
“Jangan
risau, saya cuma minta tolong dia siapkan tugasan ni. Saya tahu dia sudah
bertunang. Saya harap tunang dia jangan marah ya..”
Allahumma…
“Doktor..” – bentak saya, dalam hati. Diam..!
“Tunang
kamu ada dalam kelas ni ke..?” – tanya Dr. kepada saya.
Saya
diam.. tidak tahu, hendak kata apa.
Puluhan
kawan yang berada di hadapan saya, ada yang senyum-senyum, ada yang saling
membisik antara satu sama lain. Malas mahu melayan gurauan pensyarah tersebut,
saya berusaha menyiapkan tugasan tersebut secepat mungkin dan kembali semula ke
tempat duduk saya.
Hendak
kata apa lagi, Cuma berharap, gurauan tersebut tidak menimbulkan fitnah kepada
saya. “haruskah berterus-terang..?”
Sekali
lagi… dalam perut bas, saya teringat, situasi di mana sahabat saya melamar
seorang ikhwah, tanpa segan, ikhwah tersebut hanya berterus-terang : “maaf,
saya sudah bertunang…”. Tapi dengan siapa?. Terkedu saya mendengar jawapan
ikhwah tersebut : “dengan ……..”
Akhirnya,
saya bertekad, saya juga mahu berterus-terang pada semua. Ya ! saya sudah
bertunang. =)
________________________________________
Ya!!
Saya mengaku, saya sudah bertunang :’)
Sejak
bila ?
Rasanya…
Tak perlu di ceritakan, sebab itu bukan perkara utama yang ingin di ketengahkan.
Perasaan bercampur baur – Gembira, Sedih, Bimbang. Entah ! Susah untuk
dikongsikan, apa lagi untuk dizahirkan. Sukar sekali.
Kenapa
?
Sebab
saya belum pernah bertemu dengan tunang lagi. Ya, belum pernah. Walau mungkin,
ada yang kata : “Waahh.. so sweet..”. Sebab itulah saya bimbang. Saya masih
belum sedia untuk menemuinya. Bahkan saya malu nak bertemu dengannya. Malu pada
diri – Ilmu & amalan yang masih belum mencukupi, tahap Iman & Taqwa
juga tidak di ketahui. Bagaimana mungkin nak bertemu dengannya, sedangkan
keadaan diri masih lagi begini. Allah … Malu …
Mahu
hidup bahagia bersamanya ..
Ya,
saya benar² mahu hidup
bahagia setelah bernikah dengannya. Tapi sejauh mana persiapan saya ? saya
bukan hanya mahu bahagia & gembira semasa hari pernikahan, tapi juga mahu
berjaya & bahagia selepas daripada itu. Tetapi bagaimana persiapan saya ?? “Serius
sikit, boleh tak? Kau tu dah bertunang !” saya tahu, jika tiada persiapan yang
sebaiknya, saya pasti merana & derita. Saya tahu itu …
Tunangku
amat mementingkan AGAMA ku ..
Semakin
hari, semakin rasa bimbang bertambah. Tunang saya akan bertemu dengan saya bila² masa saja. Mahu berikan
“surprise” katanya. Jika sewaktu bertemunya, saya masih dalam keadaan yang
mampu membuatnya tersenyum, Alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya? Sungguh,
itulah yang paling saya takuti.
Setiap
kali saya merinduinya, teringat akannya. Susah sekali untuk melupakannya.
Semasa berjalan, belajar, makan, tidur, boleh katakan, setiap ketika saya
memikirkannya. & saya sangat-sangat pasti, dia juga memikirkan perihal diri
saya. Banyak juga yang di dengar cerita tentangnya melalui ustaz² & kawan² yang mengenalinya. Kadang² cerita itu membuatkan saya rasa
bahagia, hingga terasa sentiasa merinduinya untuk bersama² bahagia selepas pernikahan
kami.
Tapi
ada juga saya mendengar cerita yang sebaliknya. Dia agak manja. Dia cepat
merajuk, cepat terasa hati jika saya tidak mempedulikannya. Saya bimbang jika perkara
itu berlaku. Lagi di bimbangkan, jika perkara itu berlarutan hingga kami
dipertemukan. Pasti dia membenci saya ketika itu. Namun, saya telah berjanji kepada
diri, saya tidak akan melupakan dia, tunangku..
Saya
akan cuba membuat dia gembira apabila kami bertemu buat pertama kalinya nanti. Saya
tidak mahu membuatnya berduka, bersedih.. Akan saya pastikan juga, selepas
pernikahan kami itu nanti, Redha Allah yang akan menyelubungi, Kasih Allah yang
akan menyelimuti, Cinta Allah yang akan memagari kehidupan kami selepas itu.
Pasti, akan aku cuba wahai Tunang ku. Akan aku usahakan, wahai ‘kematian’ ku.
:’)
___________________________________________________
Nabi
Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam pernah bersabda maksudnya : "Mati
itu adalah sebaik-baik nasihat ". Maknanya mengingati mati itu
mengingatkan kita tempat kembali kita iaitu menghadap Allah ‘Azza Wajalla,
segala amal baik atau buruk akan dibawa bersama ke alam barzakh dan akan dihisab
pula di akhirat nanti.
Syurga
atau neraka menjadi tanda soal destinasi terakhir kita. Sudah pasti kematian
yang menggerunkan itu dapat memotivasikan diri kita dan menjadi nasihat
kendiri supaya kita tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah. Manakala
kubur itu pula merupakan tempat transit kita sementara dipindahkan ke Padang
Mahsyar.
Ya,
kelak kita kan memiliki kubur kita sendiri nanti sekiranya jasad kita tidak
dibakar dan abunya dicampakkan dimerata-rata tempat. Persoalannya, bagaimana
keadaan kubur kita itu nanti ? Taman syurga atau lubang neraka?
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah RadhiaAllahu ‘Anhu, bahawa beliau keluar bersama-sama
Rasulullah Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam mengiringi jenazah. Rasulullah bersabda
sambil duduk menghadap ke arah sebuah kubur : “Tiap hari kubur ini menyeru
dengan nyaringnya: Hai anak Adam lupakan engkau kepada aku. Tidakkah engkau
ketahui bahawa aku ini tempat keseorangan, tempat kesunyian, tempat cacing dan
tempat yang sempit kecuali yang Allah lapangkan baginya”. Kemudian baginda
bersabda: “Kubur ini adalah salah satu taman dari taman-taman syurga atau
(sebaliknya) salah satu lubang dari lubang-lubang neraka”. (Diriwayatkan oleh
Tabrani).
Jom
soal diri kita setiap hari. Mana satu agaknya keadaan kubur kita itu? Sudah
pasti cita-cita setiap mukmin untuk mendapatkan kubur mereka sebagai salah satu
taman syurga kelak. Beramallah, berusahalah, jauhkanlah segala dosa-dosa, dan
berdoalah penuh harap. Ingatlah selalu akan mati dan fikirlah selalu
akan status kubur kita kerana itu adalah sebaik-baik nasihat bagi kita yang
bergelumang dengan dosa ini.
#
sentiasa sematkan dalam Hati : “Saya tiada jaminan, bahawa saya akan hidup pada
minit seterusnya..” :’)
Wallahu’alam.
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua. Hidup dalam lindungan Rahmat
kasih-SayangNya. Aamiin.
Al-FaQirah
Ila Robbiha :
Waznah
Alhamraa’
10
Safar 1434H
24
Disember 2012