Nikah,
Kahwin …
Topik
paling hangat di perbualkan di usia muda seperti saya. Wajar, fitrah hidup manusia, ingin disayangi
dan menyayangi. Allah bahkan menyebut dalam Al-Furqan, manusia diciptakan
adalah untuk hidup saling berpasangan. Sememangnya perkataan cinta adalah
sesuatu yang selalu meniti di bibir, selalu terdengar di telinga, selalu
terlihat di mata dan selalu terlintas di hati, bukan? Perasaan yang fitrah,
namun perlulah disalurkan ke jalan yang betul.
Kita
hidup di bumi Allah. Bahkan, hati kita, fikiran kita, serta perasaan kita,
semuanya adalah milik Allah. Tidak ada suatupun yang ada pada kita ini adalah
hak mutlak kita. Semuanya adalah hak Allah. Jadi tugas kita, adalah menjaga
kesemua ‘barang’ pemberian Allah ini berdasarkan apa yang telah digariskanNya.
Sekiranya
kita adalah orang yang sentiasa ingat, cinta dan takutkan Allah, pastilah kita
akan berhati-hati di dalam setiap perbuatan kita. Walaupun ia hanyalah sekadar
kesalahan kecil, namun kita tetap merasakan ianya sebagai sesuatu kesalahan
yang amat besar sampai boleh menyebabkan kita masuk ke neraka! Wal’iyadzubillah.
Kadang-kadang,
sesuatu yang kita lakukan itu nampak seperti perbuatan ‘pahala’. Mungkin kita
lupa, dosa itu apa sebenarnya? Sesuatu yang kita lakukan secara senyap-senyap,
kita bimbang jika orang tahu yang kita melakukannya, dan jika orang tahu,
pastilah kita akan merasa sangat malu dan merasa bersalah. Betullah ! Itulah
dia dosa.
Si
kekasih mengejutkan si dia dengan sms untuk bangkit Qiam, bertanya khabar
walaupun tidak dengan suara, menjeling-jeling dari jauh, ‘bercinta Islamik’,
apakah itu pada pandangan seorang Muslim, suatu perbuatan yang berpahala?
Apakah kita akan merasa bangga atau merasa malu jika orang mengetahuinya?
Dan
jika benar kita melakukannya di atas dasar cinta kerana Allah, kenapa tidak
dilakukan hal yang sama kepada ibubapa, adik-beradik serta sahabat-sahabat yang
lain? Kenapa tidak dikejutkan mereka semua itu juga untuk bangkit qiam sekali?
Apakah kita hanya mahu masuk Syurga berdua dengan si dia saja ?
Nikah,
Cinta, dan Lelaki yang baik ?
Pernikahan
adalah sesuatu yang amat terpuji di dalam Islam. Namun, apakah benar dengan
berkahwin, kita dapat menyelamatkan diri kita dari membuat maksiat, dan kita pun
hanyalah duduk diam dan menikmati perkahwinan itu? sekiranya benar perkahwinan
adalah semata-mata bertujuan untuk menyelamatkan manusia daripada maksiat,
kenapa ada juga orang yang berkahwin namun bermain cinta dengan pihak ketiga?
Pernikahan
itu bukanlah penamat kepada cinta dan rindu dendam kepada dia yang dikasihi,
atau penyelamat kepada maksiat. Tapi pernikahan adalah sebuah perjuangan.
Perjuangan untuk hari-hari mengadap muka hodoh baru bangkit tidur si pasangan,
perjuangan untuk menahan perangai-perangai buruk si pasangan, perjuangan untuk
memecahkan kepala berfikir di mana mahu cari duit buat bayar sewa rumah,
ansuran kenderaan, membeli susu anak, dan perjuangan untuk berjaga malam
menidurkan anak yang tidak mahu tidur.
Sedangkan
ibu dan bapa yang telah kita kenal sejak lahir, yang kita sayang sepenuh hati,
yang begitu banyak menabur bakti kepada kita pun, kita ada juga pernah
menderhaka atau paling tidakpun bermasam muka dengan mereka, apatah lagi
setakat seseorang yang kita baru kenal beberapa tahun cuma atas dasar cinta? Oh
…
Pernikahan
itu bukanlah penamat. Namun sebuah permulaan. Nikah gantung, bagaimana pula
jika termengandung? Percayalah, kita manusia, bukannya malaikat yang tiada
nafsu. Setiap nikmat yang Allah beri, pastilah akan disertakan dengan ujian.
Sudahkah siapkah diri dan mental kita untuk menghadapi ujian-ujian dariNya?
“Aku
kahwin sebab Allah…”
Ini,
jawapan yang selalu saya dengar. Berkahwin kerana Allah. Tapi hakikatnya,
sebenarnya ramai yang berkahwin kerana perasaan cinta, atau lebih parah lagi
jika sebenarnya berkahwin kerana nafsu.
Bagaimana
yang dikatakan berkahwin kerana perasaan cinta atau kerana nafsu?
Apabila
kita berat hati ataupun tidak mahu berkahwin dengan orang yang selain dari
orang yang kita mahukan. Jika ditakdirkan kita kehilangan orang yang kita
sayang itu, kita pun menjadi kecewa dan lemah. Kita berubah menjadi baik kerananya,
namun bila kita kehilangannya atau tidak dapat bersamanya, kitapun kembali
semula kepada diri kita yang dahulu. Lebih parah lagi jika kita berubah pula
menjadi orang yang lebih teruk dari yang sebelumnya kerana menyalahkan takdir.
Bahkan, ada juga yang sampai meninggalkan Allah gara-gara cinta. Allahu Allah,
lindungilah kami dari perlakuan sedemikan..
Sahabat,
mari, kita hayati kata-kata ini !
“Ketahuilah!
Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada ketakutan ke atas mereka, dan mereka
tidak berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta
mereka pula sentiasa bertaqwa” – Mafhum firman Allah dari Surah Yunus: 62-63
Siapa
Wali Allah yang dimaksudkan didalam ayat ini? Mereka adalah orang-orang yang
beriman dan bertaqwa kepada Allah, iaitu orang yang tidak merasa takut ataupun
gusar hatinya. Jika dia hilang sesuatu, mungkin dia sedikit bersedih pada hari
ini kerana itu memang sunnah manusia. Namun esoknya dia akan bergembira semula
kerana dia yakin Allah pasti akan memberi yang lebih baik untuknya.
Sekiranya
seseorang lelaki itu benar-benar manusia yang kenal dan takut pada Allah, dia
tidak akan memulakan dengan cara yang tidak terpuji. Kerana, dia tahu pernikahan
adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah. Lalu bagaimana pula dia berani mahu
mengotorkan kesucian sebuah pernikahan, sedangkan di awal permulaannya juga
sudah dicemari dengan sesuatu yang mungkar?
Paling
tidakpun, dia akan memberitahu kita yang dia mahu menyunting serta mahu bersemuka
dengan emak dan ayah,,dan tidak pula mengambil kesempatan untuk beramah-tamah dengan
kita.
Ya,
saya masih muda dan naïf ;)
Mungkin
saya atau kita, masih muda dan naif tentang permainan hidup ini. Namun, cubalah
kita bayangkan, jika dengan diri yang ‘begitu baik’ itupun dia boleh
berbalas-balas sms, atau melakukan perbuatan-perbuatan yang sepertinya, maka
sudah pastilah dia boleh melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain
juga.
Tanyakanlah
kepada diri sendiri, lelaki seperti itukah yang kita mahu jadikan bapa kepada
anak-anak kita pada masa akan datang?
Dengan
lelaki seperti itu, lebih baik jangan dibazirkan air mata menangisi
kehilangannya. Lelaki sebegitu, ada bersepah di mana-mana di dunia ini. Tugas
lelaki adalah untuk menjadi imam yang memimpin. Tapi, jika yang memimpin pun
sudah berani ingkar kepada Allah, apalah lagi yang dipimpin di bawahnya. Wal’iyadzubillah..
Seketul
hati yang baik dan tulus itu bukanlah terletak pada kopiahnya (lelaki), atau
tudung labuhnya (perempuan), ataupun pada berapa banyak program agama yang
telah dikendalikannya. Tetapi, seketul hati yang benar-benar taat kepada Allah,
maka ianya akan terserlah ketaatannya itu pada perbuatannya, serta pada
akhlaknya.
Seorang
lelaki yang benar-benar takut kepada Allah, dia tidak akan berani untuk
menyentuh seorang perempuan, lebih-lebih lagi menyentuh hatinya yang teramat
lembut itu. Dia takut sekali, kalau-kalau dia terberikan harapan yang dia
sendiri tidak tahu sama ada dia mampu tunaikan atau tidak kepada seseorang
perempuan. Lalu, dia pun memilih untuk menjauh dari perempuan itu, kerana dia
tidak mahu menyakitkan hatinya, atau menyentuh perasaannya.
Itulah
sebenarnya ukuran seorang lelaki yang baik. Lelaki yang terlebih dahulu menjaga
hati Allah, berbanding menjaga hatinya sendiri. Pernah dengar tak, kisah
seorang lelaki yang sanggup membakar tangannya kerana membayangkan panasnya api
neraka dek tidak sanggup berzina dengan seorang perempuan? Lelaki seperti
itulah, kalaupun mahu ditangisi barang setitik dua air mata, mungkin berbaloinya
juga.
Bila
kita sudah dibius cinta …
Apabila
kita sedang dibius cinta, hati kita akan menjadi buta. Buta sampai kita tidak
dapat lagi melihat perkara yang benar. Kenapa ya? Sebab cinta itu telah
didandan indah dan disuntik racun oleh sang Syaitan, hinggakan bila ada yang
menentang cinta kita, kita akan menjadi manusia yang marah dan kasar, berubah
seperti bukan lagi menjadi diri kita sendiri. Cinta yang memanjangkan kita
kepada melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang lain - adalah semata-mata perasaan, dan berpandukan
nafsu yang dipimpin syaitan.
Jangan
takut untuk kehilangan cinta ..
Cinta
bukanlah datang secara semulajadi. Jika benar ianya semulajadi, kenapa pasangan
yang telah bercinta selama bertahun-tahun boleh bercerai setelah berkahwin
tidak sampai sebulan? Jika benar ia semulajadi, seorang anak yang dibuang oleh
ibu bapa kandungnya sewaktu kecil, kenapa apabila dia dewasa, dia sanggup
membenci kedua ibu dan bapanya? Bukankah seorang anak sepatutnya mesti
mencintai ibu dan bapanya?
Perasaan
cinta adalah sesuatu yang dipupuk oleh hati, setiap hari. Dan jika kita
cintakan seseorang, tidak mustahil bagi kita untuk menghilangkan perasaan itu,
lagi-lagi jika cinta itu sebenarnya bukan kerana Allah. Cinta seperti itu,
adalah lebih senang untuk dihilangkan. Namun silapnya manusia sekarang, kerana
terlalu percayakan cinta sampai merosakkan diri sendiri. Mereka fikir ia cinta
suci, namun sebenarnya cinta nafsu.
Sebelum
kita mengenal seseorang sampai jatuh cinta kepadanya, bukankah hidup kita
senang-lenang saja walaupun tanpanya? Apakah cintanya yang membuat kita hidup
selama ini? Pastilah tidak. Cinta yang benar, tidak akan merosakkan sekalipun
kita kehilangannya. Bahkan ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih
baik dari yang sebelumnya.
Runtuhnya
Islam, kerana kita yang Muslim ini …
Ya,
Islam kita hari ini sudah terlalu banyak dicemari dengan perkara-perkara yang
bukanlah bermula dari Islam itu sendiri. Apa yang lebih menyedihkan, kadang-kadang,
tangan-tangan kita yang mengaku sebagai Muslim inilah yang mencemarinya.
Tangan-tangan yang kononnya begitu banyak mengira butir-butir tasbih, tangan-tangan
yang selalu menyelak helaian al-Quran ke sana ke mari, dan tangan-tangan yang
selalu memberi peringatan kepada manusia-manusia yang lain.
Kerana
kitalah sebenarnya, yang selalu menyumbang kepada keruntuhan Islam. Kitalah,
punca utama kenapa Islam masih belum dapat bangkit hingga ke hari ini. Kitalah,
penyebab kenapa Islam begitu lambat untuk bangun menjadi gemilang semula
seperti dulu. Kitalah, yang selalu menjunjung Islam di atas kepala, namun pada
waktu yang sama, masih bangga menghiasnya dengan warna-warna jahiliyyah kotor
dari diri kita sendiri.
Islamnya
kita, tidak pada fikiran, hati dan perasaan.
Jangan
disalahkan Barat kerana berjaya menyebarkan propagandanya untuk menyesatkan
kita kerana itu sememangnya kerja mereka. Dan janganlah disalahkan Syaitan
kerana selalu menghasut kita untuk membuat dosa dan maksiat kerana itu
sememangnya kerja mereka. Mereka tidak akan berehat untuk menyesatkan manusia
hinggalah hari Kiamat kelak.
Salahkanlah
diri kita kerana selalu tidak membuat kerja kita. Tahu tak, apa kerja kita?
Kerja kita adalah tidak mengikut telunjuk Barat yang menyesatkan dan tidak
mengikut kata Syaitan yang selalu mengajak kita ke Neraka. Memang, menegakkan semula
Islam itu adalah suatu kerja yang berat dan memakan masa yang lama. Namun,
tidakkah kita teringin untuk sama-sama menyumbang kepadanya?
Sedar,
dan bermulalah dari sekarang. Kita perlu mulakan dengan membetulkan diri kita
sendiri. Hanya dengan membetulkan diri kita sajalah, generasi yang lahir daripada
kita, iaitu anak-anak, cucu- cicit kita, akan menjadi lebih betul, dan semakin
betul. Semuanya mesti bermula daripada kita sendiri.
Apa
salah kita pada hari ini? Kita lebih mengutamakan kepentingan diri kita sendiri
berbanding dengan kepentingan Allah. Itulah silap kita yang paling besar
sekali. Kita lebih banyak menghabiskan masa kita dengan memikirkan soal cinta,
soal hiburan, soal picisan dan sebagainya. Tidaklah salah sepenuhnya, namun
biarlah berpada. Generasi yang akan datang bergantung kepada bagaimana kita
mendidik diri kita pada hari ini.
Sekiranya
benar, kita mahu mencintai seseorang, mohonlah kepada Allah - seseorang yang
Allah mahu berikan kepada kita, seseorang yang terbaik untuk kita, iaitu jodoh
yang datang dari-Nya, bukanlah jodoh yang kita sendiri mahukan. Kerana, cinta
dan pernikahan itu hanyalah alat untuk kita mencapai cinta dan redha Allah.
Bahkan,
melalui pernikahan itu jugalah kita berharap kita akan melahirkan zuriat-zuriat
yang akan menyambung kepada perjuangan Rasulullah Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam
di muka bumi ini. Di dunia ini, segala yang kita lakukan adalah untuk-Nya
semata-mata. Bahkan, sedikit bahagiannya yang tertinggal untuk diri kita
sendiri.
Hasilnya?-
insya Allah, akan kita nikmati setelah kita pulang semula ke Syurga kelak. Di
sana, tidak ada lagi perjuangan yang pahit-pahit seperti di sini (dunia).Di
sana, apa yang ada, hanyalah manis-manis dan baik-baik saja. Bahkan, cinta yang
selalu kita dambakan itupun akan menjadi lebih manis dan kekal buat
selama-lamanya.
Sekiranya
benar, kita mahu Allah menjaga dan memeliharakita, maka kitalah yang terlebih dulu
perlu menjaga-Nya dengan mengutamakan segala hak-hakNya. Letakkanlah Allah dan
Rasul-Nya di depan sentiasa, dan punggungkanlah kepentingan kita sendiri,
biarpun kadang, kita sendiri terpaksa menangis, kerana menanggung sakitnya yang
tak terperi.
Allah
sentiasa tahu sakit kita. Dan Dia pasti akan membayar kita dengan 'ubat' yang
manis nanti. Yakin… dan pastilah ! ^^
#
Makluman kpd teman-teman : saya akan ‘berpindah’ ke url yang baru http://assyifa-qalbi.blogspot.com/
||Al-FaQirah
Ila Robbiha ||
Waznah
Alhamraa