BIAR KU PENDAM DUKA YANG LARA

Ya Ghaffar...

Ya Qahhar...

Ya Robb..

Benarlah... bila Dia nak uji, Dia akan uji dengan sebenar2 ujian. Namun, qudratku hanyalah sebagai hambaNya yang lemah..di mana harus ku cari kekuatan?? ujian.. ujian.. pelbagai bentuk, segi dan rupa.. aku yakin, ujian itu “tarbiyah”- dan sememangnya aku merindukan “tarbiyah” itu.. ujian itu adalah tanda “sayang”-Nya padaku, namun ku mohon ya Allah, sebagai hamba yang lemah, tunduk sujudku padaMu, jangan uji ku di luar batas mampu dan sanggupku.. ya Allah.. ya Robb.. ku mohon lindungi diriku dari “kezaliman” yang akan ku lakukan sendiri. Sungguh Kau sebaik2 Pelindung dan Penolong bagiku di Dunia dan Akhirat..

Pernah satu ketika.. seorang sahabat menemuiku, mohon penjelasan yang lebih jelas tentang “cinta”. Cinta??? Cinta insani atau cinta Ilahi? – jawapannya : cinta makhlukNya! Akhawatmu?? – jawapannya : ikhwanku!. subhanAllah.. mohon maghfirahMu ya Allah..

“insyaAllah.. ada jodoh, adalah ukhtie. Usah di risaukan tentang jodohmu ya”

“ana tahu, tapi bukankah kita perlu berikhtiar??”

“berikhtiar? Ya.. “ – jawabku ringkas.

“enti dah berikhtiar?? “

“ana??”.....

“si ‘dia’ bagaimana?”

“maksud enti” – tanyaku.. seakan tidak mengerti, walau aku tahu siapa “dia” yang di maksudkan.

“ana dengar dia dah bertunang. Benar?”

Diam.....

Aku menguntum senyum.. ku tinggalkan persoalan itu tanpa menjawabnya...

“kepada wardah yang ku kasihi dan sayangi, telah tercatat nama seseorang di LUH MAHFUZ untukmu sayang....

“telah Allah tentukan untuk wardah yang comey ni akan jadi “sayap kiri” seorang pejuang...

“ namun ukhtieku fillah, siapalah kita untuk menentukan.. melainkan DIA..

“ hanya DIA yang tahu bila kita akan di pertemukan antara satu sama lain.. di mana.. semuanya dalam pengetahuan Allah...

“bersabarlah ukhtieku yang sedang bermujahadah...
“apa ukhtie lupa.. Janji Allah itu kan pasti...

“ketahuilah ukhtieku fillah.. peribadi dirinya terletak pada ketinggian peribadimu...

“bukankah Allah telah berfirman dalam al-Furqan, surah anNur ; ayat 26, mafhumnya : “ ... perempuan-perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan-perempuan yang baik... “

“muslimah mana yang tidak menginginkan seorang “imam” yang “soleh” ukhtie?? Apa ukhtie tidak menginginkan itu???

“tapi sebelum nak yang soleh.. kena tabur benih-benih solehah dalam diri, sirami dengan akhlak Islamiyah...

“ berusahalah ukhtie.. menjadikan dirimu WANITA yang UNGGUL di pandangan PENCIPTA mu..

“ sedaya upaya mengekang NAFSU mu wardah suci idaman setiap mujahid Islam...

“ pagarilah dengan sifat MALU.. IMAN.. dan TAQWA..

“ sepertimana Baginda SAW mendidik puteri kandung kesayangannya, Fatimah Az-Zahra.. MALU itu di umpamakannya seperti pohon semalu...

“teruslah bermujahadah ukhtieku...

“ insyaAllah.. mujahadah mu itu tidak akan sia-sia...

“kerna dengan izin Maha Berkuasa, enti akan di pertemukan dengan seorang Mujahid Islam...

“ ana sedari hakikat itu ukhtie.. memang penat untuk bermujahadah...

“ tapi ingatlah ukhtie.. BALASANNYA pasti INDAH.. insyaAllah...

“ Allah tidak pernah mensia-siakan do’a hambanya.... jangan pernah berhenti untuk berdo’a...

“ mohonlah agar “dia” yang kau inginkan sebagai “imam” mu... yang kau yakini bisa memimpinmu sehingga ke Syurga abadi....

“ akan menjadi “kekasih halal” bagi mu....

“ bila dah jumpa yang mampu menerima ukhtie seadanya.. istikharohlah...

“ tapi jangan bila dah jumpa, baru nak istikhorah.. itu dah salah praktikkan ‘ibadah tu..

“ mulakan dengan istikhorah dan solat hajat.. minta Allah tunjukkan pada kita...

“ bila dah dapat jawapan yang “pasti”.. binalah “masjid” – atas kemampuan masing-masing...

“ yakinlah dengan “hidayah” yang Maha Esa ya sayang....
“ muhasabahlah diri selalu.. bertafakkur.. teruslah cari Redha Ilahi dan RahmatNya...

“ teruslah perbaiki diri...

“ laksanakan apa yang perlu kita laksanakan dulu...

“ ummah menantikan kita...

“ jangan risau.. Allah itu Maha ‘Adil......

“berbicaralah denganNya ukhtie.. letakkan harapan mu sepenuhnya pada Penciptamu, bukan pada ciptaanNya....

...... senyap... bicara ku tenggelam ....

“ enti menangis ke ukhtie?? “

“ tak la... “

“ enti kecewa?? Ana dengar ‘dia’ nak berhijrah.. betul??? “

“ moga Allah permudahkan segala urusannya.. mungkin ana bukan yang terbaik untuk ‘dia’. Dan mungkin ‘dia’ juga bukan yang terbaik yang Allah tetapkan untuk ana....”

“ enti....”

“ biarlah ku pendam luka yang lara, ukhtie ku fillah... “

...... ku gagahi langkah ku.. meneruskan perjuangan... walau satu ketika dulu, aku juga pernah di uji dengan cinta Insani.. sehinggalah aku sedar, siapa aku sebenarnya di mata hamba yang bernama “manusia”.. hitungan jiwa jua cinta insani, sehingga hampir membutakan “mata” ku dari “cinta” yang Maha Esa.. sesungguhnya Allah lebih Mengerti.. terima kasih ya Allah.. teruslah uji ku ya Allah, mengikut kemampuanku, agar aku tidak leka dari sentiasa mengingatiMu.. kerna “ujian” itu tanda KAU menyayangiku...

~ yakinlah.. kita akan di uji daripada apa yang kita katakan.. jangan salahkan mereka yang terjebak dengan “cinta” sebelum “nikah” – “IMAN” itu yanqus dan yazid, bisa bertambah dan berkurang.. dan soal Iman itu, hanya Allah yang layak mengujinya..

Hari itu yang berlalu diri berlari mengejar bahagia, mengharap sinar lalu tersungkur rebah derita dan duka. Bangkit kembali dengan harap dan doa, tetapi tiba dipenghujung dengan sesal, hampa dan kecewa.Putus harap pada sinar itu sehingga belajar semula bagaimana untuk bermula, bertatih menerima ukiran taqdir atas sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu juga mengajar diri bagaimana untuk meminta meski tahu mungkin akan kecewa jua, tetapi hari itu juga yang menyedarkan diri bahawa meminta dan kecewa adalah ni'mat yang perlu di ni'mati dengan sabar.

Hari itu yang berlalu juga menjadi bukti betapa diri ini lemah tiada berdaya, tak pernah mampu untuk hadapi apa jua yang tidak dicernakan melalui impian, namun hari itu juga yang mengajar bahawa inilah “sutera kehidupan”.

Hari itu yang berlalu tidak hanya sepi dihias duka tetapi hari itu yang berlalu DIA hadiahkan cinta itu pada penghujung sendu dan bulat kecewa. Hari itu yang berlalu membuatkan takut untuk diri melukis impian pada langit nan indah itu kerana bimbang pelangi yang berpaut pada awanan kan sirna jua. Lalu cinta itu dibiar tanpa impian juga hiasan harapan, yang ada cuma serahan semula kepada DIA pemilik segala cinta.

Hari itu yang berlalu melahirkan seorang insan yang tidak punya impian dan mimpi untuk hidup, segala yang ada cuma perkiraan untuk kembali kepada tuhan, dan menanam harapan untuk bertemu dan bertatap wajah DIA pada esok hari.Hari itu yang berlalu berbicara DIA bahawa cinta ini untuk disini perlu ku ukir sinar kasih padaNYA sebagai bekalan pertemuan kembali aku dan DIA, justeru cinta itu disimpan, lalu tumbuh bebunga harapan untuk ku sulam cinta itu dengan segala ada dengan sebuah ikatan.

Hari ini menyebabkan hari yang berlalu itu dirindui, kerana segalanya masih seperti akhirnya hari yang berlalu cuma cinta itu sudah mula disulam dengan segala perasaan menuju sebuah ikatan sebagai bekalan untuk bertemu tuhan, menatap dan berbicara dengan ar-rahman pada saat yang ditentukan..

Hari ini bebunga harapan mula mekar keindahan, hati mula diresap kebimbangan apakah bebunga yang mekar ini bakal di gubah elok memacu langkah menuju impian, ataukah akan berguguran jua kerana tewas jasad dan ruh tanpa cukup persiapan pada amalan.

Hari ini bersama seribu ketakutan masih tersimpan cinta itu, masih teranyam kasih itu menanti sebuah ikatan, agar terlengkap jua impian itu kelak menjadi bekalan untuk bertemu tuhan seperti mekarnya bebunga harapan...

Hari ini segalanya kuserah dan kusimpulkan dalam sebuah pasrah harap bernama doa, kerna biacaraNYa memintaku untuk terus meminta kelak akan DIA kabulkan jua..

Hari ini berteleku jua dengan segala impian, harapan, dan ketakutan bersama rantaian rintihan...

Hari ini menyebabkan diri tegar menghadapi hari esok...Tuhan segalanya sudahku serahkan...




nukilan...
~ amriena rasyada ~
Post a Comment