MASA DAN NYAWA : SATU PERSAMAAN

Uhaiyyikum bi tahiyyatil Islam.. tahiyyatan toyyibatan.. salam pertemuan kembali sahabat2.. hamdulillah, kini dan selamanya kita rafa’kan rasa syukur lillahi Ta’ala, kita masih mampu bernafas dengan kelazatan dua ni’mat terbesarNya, IMAN dan ISLAM. Salam dan selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli bait, para sahabat serta para mujahid yang sentiasa mendokong risalahNya..Setelah hampir beberapa minggu menyepi, akhirnya kembali melakar sesuatu untuk tatapan para pengunjung blog. Huhu.. bukan tidak ada idea untuk dikongsi bersama, namun saya sendiri tidak punya kesempatan untuk post entri terbaru..

Masuk sahaja sesi kuliah, di ‘buzykan’ dengan liqo ( perjumpaan ) itu dan ini, kuliah itu dan ini, bila ditinjau2, jadual muhadhorah saya tidaklah terlalu padat, mungkin kerja yang perlu saya lakukan bukan study semata-mata, tambahan lagi saya sendiri sudah berada di tahun terakhir berada di bumi yang di canang2kan bumi tarbiyah ini. Teringat pada persoalan seorang adik kepada saya, “ kenapa dah tak nampak ke’izzahan tarbiyah di nilam puri ni kak?” rasa terpukul dengan persoalan itu, entahlah, siapa yang harus dipersalahkan, biarlah Allah yang tahu. Apakah tidak usaha untuk meneruskan ke’izzahan tarbiyah itu? Tepuk hati tanya diri. Hanya itu yang terdetik di hati kecil saya sebagai insan jua hamba yang lemah. Walaupun jauh di sudut hati sedih dengan biah yang sudah tercemar, agaknya. Allahu’alam.

Usai menyiapkan beberapa wajibah manziliyah ( homework – huhu, biah ‘arabiyah di nilampuri ), jari seakan terasa ingin menari di atas keyboard. “nak posting something ke?”. teman2 seperjuangan juga sudah mula berleter : “apsal tak update2 blog ni” huhu.. jawapan yang saya rasa cukup munasabah : “buzy, takde masa”. Tidak ada masa atau tidak ada kesempatan? Terkadang manusia tersilap untuk membezakan kedua2 ungkapan tersebut. Masa itu sentiasa ada, cumanya tidak punya kesempatan sahaja.

Teringat kepada muhadhorah Ko-Kurikulum ( IXAX0108 ) yang telah berlalu beberapa jam, membincangkan tentang pengurusan masa yang baik. Pada awalnya saya sendiri rasa mengantuk untuk mengikuti kuliah tersebut ( maaf ye cikgu – huhu ), namun bila diteliti sedalam2nya penting untuk setiap manusia mempunyai pengetahuan bagaimana caranya mengurus masa dengan baik, lagi2 insan seperti saya, bukan hanya “study” malah punya tanggungjawab yang lain, saya kembali “segar” untuk meneruskan kuliah tersebut.

Bukan hendak berkongsi bagaimana caranya ( insyaallah entri seterusnya ), namun apa yang saya rasakan selepas muhadhorah tersebut, MASA itu ibarat NYAWA kita, bekalan yang Allah berikan kepada setiap manusia.bila kita diberikan nyawa kita hidup, dan dengan hidup itulah kita diberikan peluang untuk melaksanakan misi hidup kita. Li zalik, kita sepatutnya bersyukur kerna masih diberikan kesempatan untuk terus bernyawa ( hidup ). Ketahuilah hakikat yang sebenarnya, bahawa nyawa (hidup) kita sangat berharga. Nyawa yang kita punya inilah adalah “modal” untuk kita meraih keuntungan di dunia dan di akhirat.

nyawa ( hidup ) termasuk dalam 4 perkara yang diletakkan dalam kategori dharuriyat yang berhubungkait dengan agama, keturunan dan harta. Ketika kita bangkit dari tidur, kita pasti akan membaca do’a ini ( juga disunatkan untuk membacanya ketika bangun dari tidur ) “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.” Sekiranya kita mengamati sedalam2nya maksud daripada do’a ini, ianya secara langsung mengingatkan kita tentang nikmatnya apabila bernyawa ( hidup ).tanpa nyawa, kita pasti tidak akan berpeluang untuk melakukan kebaikan, terus untuk meraih pahala dan akhirnya meraih syurga Ilahi yang kekal abadi. Menurut prof Dr. Yusuf Al Qaradhawi dalam bukunya ( maaf tak ingat ) bahawa “setiap inci tanah di muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga”

Yakinlah, ingatlah, kehidupan di dunia ini sangat penting kerana di penghujung perjalanan seorang hamba itu adalah pada hari Akhirat kelak. Hasil tuaian kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa menanam benihnya di dunia. Kerna itulah di dalam Islam sendiri, melarang umatnya “meminta” mati apatah lagi membunuh diri. Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW : “ janganlah seseorang kamu mengharapkan kematian. Sekiranya dia adalah orang yang berbuat kebaikan, mudah-mudahan bertambah kebaikannya, dan sekiranya dia seorang yang membuat kesalahan, mudah-mudahan dia bertaubat” ( riwayat Bukahri )

APAKAH KITA TERGOLONG DALAM KELOMPOK YANG MENGHARGAI NYAWA?

Apakah kita adalah manusia yang menghargai masa? Jawapannya mudah, semestinya kita adalah manusia yang menghargai masa! Masa hakikatnya adalah nyawa kita. Namun hakikatnya kita boleh sahaja “membuang” nyawa kita sendiri apabila berlaku pembaziran masa atau menggunakan masa tidak selaras mengikut tujuan ia dikurniakan. Lihat sahajalah betapa Allah sangat mengutamakan masa walaupun Allah sendiri tidak terikat dengan masa. Masa itu ciptaan Allah dan sekali-kali ia tidak memberi kesan ke atas-Nya.

Dalam hal mentarbiyah manusia, Allah sangat mengutamakan masa. Buktinya, kita boleh tadabbur sendiri dalam kitab ‘Aziz al-Quran Karim di mana Allah telah berkali-kali bersumpah dengan masa (Surah Al-‘Asr) dan terdapat banyak kejadian-kejadian yang ada kaitannya dengan masa seperti bulan, matahari, siang, malam, waktu subuh dan sebagainya. Ini membuktikan betapa Allah sangat mementingkan masa.

Diterangkan juga betapa Allah suka para hamba-Nya mendirikan solat pada waktu 2/3 malam (dinihari). Membuktikan bahawa di sisi Allah ada waktu-waktu yang tertentu yang lebih disukai-Nya. Juga terdapat bukti2 dari hadis-hadis bahawa ada masa-masa tertentu yang mana doa lebih dimakbulkan oleh Allah berbanding masa-masa yang lain. Semua ini menunjukkan betapa Allah sangat “prihatin” dengan masa.

ANTARA ISLAM DAN MASA

Pada hakikatnya ibadat-ibadat kerap dikaitkan dengan masa. contohnya solat ada lima waktu, puasa wajib hanya dilaksanakan setelah munculnya anak bulan Ramadhan. Begitu juga dengan Hari Raya, ibadat haji dan sebagainya – semuanya ada waktu-waktu yang telah ditentukan. Allah memerintahkan manusia sentiasa memerhatikan perjalanan bulan dan matahari bagi menentukan waktu2 ini sekaligus mendidik manusia agar sentiasa peka dan mementingkan masa.

Bahkan dengan selalu melihat perjalanan masa ( bulan, matahari, siang. Malam ) akan merungkai segala rahsia kebesaran Maha Ilahi sebagai Khaliq yang paling agung dan sempurna. Bertitik tolak dari sikap ini akan berkembanglah pelbagai disiplin ilmu berasaskan pengamatan terhadap ilmu. Antaranya, ilmu sains dan matematik. Tidak hairanlah sekiranya umat Islam menjadi “imam” dalam ilmu sains dan teknologi satu ketika dulu. Ironinya, kini kita ketinggalan. Ya, mungkin akibat daripada tidak “mementingkan” perjalanan masa seperti umat terdahulu!

BAGAIMANA CARA UNTUK KITA MENGHARGAI MASA (NYAWA) YANG KITA ADA?

Alhaqiqoh, ramai dikalangan manusia yang mengalami masalah bagaimana cara untuk mendisiplinkan masa. Tetapi hakikatnya sekiranya kita mengamalkan ajaran Islam secara total, insyaallah masa seseorang itu akan terurus secara automatik. Misalannya, waktu solat. Jika kita tidak menjaga dengan baik, hidup tidak akan terdisiplin dengan sendirinya. Samalah keadaannya dengan mengurus masa. Bayangkan, jika seseorang menunaikan solat lima kali dalam sehari, maka dengan sendirinya dia akan sentiasa mengawasi masa. Bisakah bila mana orang yang sentiasa menjaga solat 5 waktu akan terlalai dalm perjalanan hidupnya?

Kehidupan kita terlalu singkat untuk dosa dan juga perkara yang sia-sia. Firman Allah dalam kitab suci al-Quran : “tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah padaKu”. Ayat ini menegaskan bahawa Allah mencipta manusia adalah untuk beribadah. Dan hidup yang singkat dan sementara inilah merupakan satu persediaan menuju sebuah kehidupan yang kekal abadi. Ibaratnya dalam perniagaan, modal hanya RM1 tetapi potensi untuk mengaut keuntungan adalah berlipat kali ganda sehingga mencecah jutaan ringgit. Apakah kita sanggup untuk mensia-siakan RM1 tadi? Jawapannya semestinya tidak kan?. Kita pasti akan menggunakan sebaik yang mungkin.

PERNAHKAH KITA MENILAI MASA YANG KITA MILIKI?

Apabila kita sedar bahawa kehidupan yang kita hadapi adalah terlalu singkat tetapi sangat berharga inilah membuktikan bahawa Islam sangat melarang kita melakukan perkara2 yang boleh membawa kepada dosa bahkan perkara2 yang mensia-siakan. Sekiranya kita menggunakan seluruh masa yang kita ada untuk mengabdikan diri kepada Allah masih tidak mampu untuk membalas seluruh kenaikan Allah SWT. Inikan pula bagi mereka suka mensia-siakan masa. Mereka inilah orang “bankrap” dalam “perniagaan” yang mereka miliki. Kata seorang Amirul Mu’minin : “ masa itu umpama pedang. Sekiranya bukan kamu yang memancungnya, maka ia yang akan memancung kamu”

Alhaqiqoh, masa bukan diukur melalui kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkat, panjang atau pendek, namun ianya bergantung pada sejauh mana masa itu digunakan dan diuruskan sebaiknya serta untuk apa ia digunakan. Misalannya seperti Imam Nawawi RH, walaupun jangka hayatnya tidak terlalu panjang, namun begitu besar jasa yang di sumbangkannya. Hingga ke saat ini kitab2 yang ditulisnya sudah dinilai “sangat luar biasa” , tidak hanya dari segi kerelevanan dan kesignifikannya malah tempoh masa untuk menghasilkannya jika dibandingkan dengan tempoh usianya yang sangat relatif singkat.kita soroti juga sirah Umar ibn ‘Aziz RA, pemerintahannya hanya berjalan selama dua tahun berbanding masa pemerintahan Bani Umayyah namun tetap terus diingati pemerintahan Umar ibn Aziz mirip dengan pemerintahan Khulafa’ Rasyidin. Bukan dinilai dari kuantiti masa pemerintahan tetapi kualiti pemerintahannya – bahkan pemerintahan Umar mengatasi kredibiliti khalifah2 yang lain.

Semestinya kita tidak boleh “panjang”kan kuantiti masa, tetapi kita boleh “pertingkat”kan kualitinya. Dalam Islam sendiri juga terdapat banyak hadith yang menjelaskan tentang fadhilat sesuatu amalan yang digandakan melebihi tempoh masa dan tenaga yang digunakan. Sebagai contoh, melalui sirah Rasulullah SAW yang mana baginda pernah menegaskan bahawa sesiapa yang menunaikan solat jamaah Isya’ dan Subuh, maka dia seolah-olah beribadah sepanjang malam.Juga bagi orang yang berfikir sesaat hingga terasa kebesaran Allah lebih baik daripada beribadah selama setahun!

ANCAMAN DARI MASA?

Kal’adah. Ganjaran akan datang beriringan dengan ancaman. Bagi kita yang suka bertangguh2, terdapat hadith yang “mengancam” kita, antaranya sabda Rasulullah SAW : .” Barang siapa yang telah mencapai umur 40 tahun tetapi kejahatannya masih mengatasi kebaikannya maka bersiap-siaplah masuk ke neraka" Hadis tersebut bukanlah bererti pintu taubat sudah tertutup bagi manusia sebelum sempat untuk bertaubat. Namun ia adalah satu ancaman buat mereka yang tidak pernah untuk menghargai nyawa ( masa ) mereka.

Seseorang ‘Asi (pendosa) yang telah melangkaui usia 40 tahun, dikira sudah liat dan keras untuk membuat “pusingan U” dalam hidupnya. Nafsunya telah begitu buas untuk dijinakkan walaupun mungkin sudah kehilangan tenaga untuk melakukan kejahatan. Jadi, berhati-hati sebaik mencapai usia akil baligh (sekitar 15 tahun bagi lelaki dan lebih awal daripada itu bagi seorang wanita), wisel “perlumbaan” menuju Tuhan telah pun ditiup. Larian menuju Allah telah pun dimulakan.

Mengikut sebuah hadith ( sekiranya saya silap tolong perbetulkan ) jangka hayat sekitar umat nabi Muhammad ialah sekitar 63 tahun. Oleh itu bolehlah dikatakan umur 40 tahun adalah tempoh bagi seseorang untuk mencapai tahap “kelelahan” dalm perlumbaan tersebut. Malahan menurut psikologi barat sendiri : “hidup itu bermula pada umur 40 tahun – life begin at forty”

Tanya diri kita, di manakah kita? Apakah bagi kita umur 40 tahun itu adalh “penghujung” atau pun kehidupan baru saja hendak bermula? Ramai juga yang terpengaruh dengan fahaman Barat hingga tergamak mengatakan, masa muda tidak mengapa “terbuat” jahat, nanti tua baru bertaubat? Pada hal menurut Imam Ghazali, kejahatan itu tumbuh dalam diri manusia umpama akar sepohon kayu,yang semakin lama dibiarkan semakin kukuh ia mencengkam. Kalau hendak “mencabut” kejahatan daripada seseorang, cabutlah pada usia mudanya kerana bila sudah tua akar kejahatan itu sudah mencengkam dan sukar untuk diungkai!

Di padang Mahsyar nanti, antara satu soalan daripada empat soalan yang Allah akan tanya ialah, “ke mana umur muda mu dihabiskan?”. Allah tidak bertanyakan umur tua. Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua. Maka nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita umat manusia yang mudah lupa : “Pergunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat, sebelum sakit. Masa muda sebelum tua. Masa lapang sebelum sibuk. Masa kaya sebelum miskin. Masa hidup sebelum mati. “andainya kita benar2 sedar akan hakikat tersebut, seharusnya tidak akan pernah timbul soal hendak bertangguh kerja, membuang masa dan membazir masa dalam kehidupan kita..

TUJUAN KITA HIDUP MERUPAKAN ASAS KEPADA PENGURUSAN MASA

Apabila kita menguruskan masa dengan baik, maka bermulalah penetapan tujuan hidup kita. Persoalannya, apa tujuan hidup kita sebenarnya? Satu persoalan asas yang perlu diselesaikan sebelum kita cuba untuk menguruskan masa sebaiknya. Ya, seperti yang ditegaskan pada awal-awal lagi, tujuan hidup kita adalah untuk menjadi hamba Allah dan khalifah. Untuk mencapai tujuan ini seluruh aktiviti kita hendaklah sentiasa tertakluk kepada hukum Allah.Tegasnya, kita akan buat perkara yang wajib, halal, harus dan sunat. Manakala yang haram dan makruh kita akan tinggalkan. Begitu juga dengan perkara yang sia-sia atau “lagha”, juga kita tinggalkan. Oleh itu, jika hidup diatur mengikut syariat, maka secara automatik masa kita akan dihabiskan untuk membuat perkara yang baik, benar dan betul yakni yang halal, harus dan sunat.

Malah kita juga dituntut untuk memilih antara dua perkara yang boleh dilakukan mana yang lebih utama? Misalnya, bila bertembung antara mengerjakan umrah dengan membantu orang yang susah, maka lebih utama kita dahulukan membantu orang yang susah.

SUSUN ATUR SEBUAH KEHIDUPAN

Sebenarnya jika kita melaksanakan hukum-hakam Islam, maka secara automatik masa akan terurus dengan baik. Ini kerana kebanyakan hukum-hakam Islam sangat mementingkan ketepatan dan pengamatan terhadap masa. Contohnya, solat lima waktu. Ia punya waktu-waktunya tersendiri. Jika kita hendak solat Subuh misalnya, maka kita akan bangun awal dari tidur. Kita tidak akan tidur berlebihan hingga bangun lewat. Untuk bangun tidur awal tentulah kita tidak akan berjaga hingga larut malam.

Begitu juga dengan zakat, puasa dan haji semuanya mempunyai had masa bagi pelaksanaannya. Tegasnya, apabila seseorang itu menjaga solat, puasa, zakat dan hajinya maka seluruh persoalan hidupnya akan terurus dengan baik. Atau dengan kata-kata yang lain, dia telah menguruskan nyawanya dengan cekap dan berkesan!

Maka gunakanlah nyawa kita sebaiknya. Segala kekhilafan amatlah dikesali. ( Seandainya ada kesilapan, sila2lah tegur ya... huhu )

Sekian.. allhu’alam..

Faqirah lillahi Ta’ala..


1 comment:

nisaa' said...

slm.. em bg sy kdg2 bknnya xda usha nk teruskan tarbiyah tu, cuma sstgh individu itu sndri enggan mnrima tarbiyah. btul la, tepuk hati tanya diri. sal masa, btl ke masa tu emas? em.. btul ke masa tu kehidupan? pikiaq sndri le.. apa pn masa tu xkan berpaling ke blkg bla da terus bergerak ke hdpn. andainya masa itu spt nyawa, maka hargailah ia, selagi nyawa masih bergabung dgn jsd. allahu'alam