DRAMA & FILEM ISLAMI : SATU PENELITIAN

salam ukhuwah fillah.. salam mahabbah buat semua teman2..

“Saya hanya ingin seperti Fatimah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Ali bin Abi Thalib tidak dimadu oleh Ali. Dan saya ingin seperti Khadijah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Rasulullah juga tidak dimadu…” – antara madah indah yang di ucapkan Anna dalam filem “ketika cinta bertasbih”..


Jika sebelum ini, kita di hidangkan dengan novel2 islami, seperti ‘AYAT2 CINTA... KETIKA CINTA BERTASBIH.. SALJU SAKINAH..’ dan sebagainya. Selepas ini tajuk apa pula?

Begitulah nasib aktivis islam nusantara. Maksud hati ingin mendambakan sebuah filem versi islami yang diadaptasi dari novel mega best seller Ayat-Ayat Cinta (AAC), apa daya yang tersedia adalah filem islam ala liberalisma, karya seni Hanung Bramantyo. Akibatnya jelas, fikiran umat islam sendiri yang dikelirukan. Selain dikritik oleh kelompok aktivis islam fundamental, Habiburrahman El-Syirazy Sang penulis novel sendiri turut menyatakan rasa kesalnya. Namun itulah hakikat yang kita kena terima.. Itulah yang terjadi.

tetapi, atas kehendak Allah Swt., munculnya mega film ‘Ketika Cinta Bertasbih’ (KCB) yang bergenre sastra islami pada 11 Jun 2009 seolah-olah mengubati kerinduan kaum muslimin terhadap filem-filem bermutu. KCB merupakan filem kedua yang diangkat berdasarkan novel dwilogi best seller Habiburrahman El-Shirazy, setelah AAC.

Mungkin tak salah untuk kita, ataupun saya sendiri mengatakan bahawa filem KCB adalah sebuah karya seni terbaik yang dinanti-nanti oleh jutaan kaum muslimin. Ia adalah strategi re-edukatif (re-educative strategy) menerusi pembentukan pandangan alam atau worldview, kata orang sekarang, menuju sebuah masyarakat yang dinamik, bertamadun, serta bernuansa islami.

Namun persoalan yang ingin ditujukan saya di sini adalah - “Di manakah terletaknya nilai Islamik dalam sebuah filem atau drama? Pada judulnyakah?Atau pada skripnyakah?” Atau pada pemilihan pelakonnyakah? Atau pada jalan ceritanyakah?

Mungkin persoalan ini merupakan satu persoalan yang subjektif. Sudah tentu bagi mereka yang berfikiran terlebih keterbukaannya akan melihat bahawa nilai Islamik yang mereka war2kan adalah berdasarkan pada judul dan tajuk sesebuah drama atau filem tersebut.

Bukankah dari impresi pertama ini akan menggambarkan segala yang menjadi isinya? Jawapannya sudah semestinya ya dan tidak. Bergantung dan tidak bergantung. Namun jangan sampai ada pula yang berkata begini, “Nilai Islamik dalam filem dan drama terletak padak huruf I, tuanku!” Haru dibuatnya.

NILAI ISLAMIK

Apabila kita bercakap soal Islamik, semestinya ramai yang menginginkannya. Malahan yang tidak perlukan nama Islamik pun kita nak Islamikkan juga, bisa saja nama tersebut boleh meraih peminat yang ramai dan mengundang mereka untuk mengerumuni.

Tetapi.. hakikatnya tidak semua perkara perlu di islamikkan. Ketika mana adanya nilai atau nama Islamik pada sesuatu karya, ia mestilah akan sesuai dengan substance atau kandungan tersebut, kenapa? Sebabnya adalah apa yang lebih penting daripada nama adalah kandungan.

Tapi.. Kandungan yang bagaimana? Pada pelakon yang menutup auratkah? Atau pada watak-watak yang dilakonkan?

SYURGA CINTA

Sedar tak sedar, rupanya di Malaysia pun terdapat filem atau drama ala2 AAC.. huhu, misalannya ‘NUR KASIH’ ( maaf andai khilaf – saya tak pernah nonton drama ni, so xtau sangat jalan ceritanya ) yang baru saja selamat melabuhkan tirainya pada jumaat yang lalu.. ‘SYURGA CINTA’ juga adalah antaranya, turut di canang2kan sebagai filem yang berunsur da’wah dan islamik. – antara babak yang di lakonkan menyebabkan seorang
pelakonnya terkesan dengan azab meninggalkan solat!

Wah, berkesan sungguh dakwah mereka! Setujukah kita ini merupakah salah sebuah filem Islamik lagi berunsurkan dakwah?

CINTA SEMPURNA

Dalam penyediaan skrip drama yang di siarkan di saluran Oasis – ‘CINTA SEMPURNA’ melibatkan sifu ( abu saif ), beliau sendiri banyak menerima respon yang bersifat seperti kutub bumi. Terdapat segelintir yang memujinya atas tindakan dan ruang lingkup da’wah, segelintirnya lagi mengeji di atas ketidakprihatinan beliau terhadap pemilihan pelakon2nya yang tidak menutup aurat ( huhu )..

Dan yang paling dahsyat, Abu Saif turut dilemparkan dengan kata2 bahawa beliau redha dengan perlakuan tersebut! wal’iyadzubillah.. inilah manusia, tidak punya sikap keterbukaan. Setiap individu punya pandangan dan pendapatnya tersendiri. Sama seperti Abu Saif, tentunya punya pandangan dan pendapatnya tersendiri apabila beliau sendiri mula untuk berkecimpung walaupun secara kecil-kecilan dalam dunia industri hiburan melalui drama tersebut ( penyediaan skrip )

Hakikatnya, kedua-dua contoh di atas menunjukkan persepsi yang pelbagai terhadap kedudukan Islam dalam industri hiburan ini khususnya filem dan drama.

TA'RIFAN KHAS

Menurut Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek ( UKM ), beliau memetik dari tesis kedoktorannya ( sumber ini saya dapat dari laman ini (
http://ummuhani.com ) yang bertajuk “PERANAN DRAMA DALAM DA’WAH : KAJIAN DRAMA TV1 DAN TV3” ada menyebutkan bahawa drama da’wah adalah drama yang mematuhi batas2 dalam agama Islam, mengajak kepada cara hidup bertaqwa, menekankan kebaikan amalan bermasyarakat dan paling utama adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Baiklah.. Sebagai seorang yang beriman, berdrama atau menulis skrip mestilah dilakukan semata-mata untuk jalan Allah dan masyarakat Islam keseluruhannya. Ini adalah bertepatan dengan tuntutan Islam agar bumi ini ( Malaysia – khususnya ) dibangunkan untuk disesuaikan dengan sifat manusia yang sentiasa membangun.

Drama termasuk pembangunan yang perlu disesuaikan antara tabiat semula jadi manusia dan tabiat semula jadi alam ini keseluruhannya. Selain itu, perkara2 tersebut turut ditekankan dalam drama da'wah. Tiada babak percampuran maksiat. Tiada aksi Muslim berpeleseran di kelab malam, disko dan sebagainya. Apatah lagi babak-babak ranjang yang selalu menghiasi drama dan filem-filem Melayu.

Apakah semua ini wajar untuk menghiasi sesebuah drama atau produksi layar yang inginkan unsur da’wah dalam karya mereka?

PRODUKSI TURUT ISLAMIK

Tambah Prof Siti juga : Team produksi juga harus Islamik pada cara kerja, budaya, dan penghasilan filem atau drama da'wah mereka, penulis skrip yang faham dan mengamalkan Islam, mempunyai modal yang bersih suci lagi halal daripada percampuran daripada unsur yang haram, serta team produksi yang menjaga solat pada setiap masa, mengelakkan ikhtilat yang liar dan menjaga hubungan dengan Allah pada setiap masa.

Penghasilan drama da'wah sebenarnya tidak hanya dinilai di layar perak tetapi proses awalnya adalah bermula daripada niat sang penulis itu sendiri untuk menghasilkan skrip yang semestinya bertujuan mengajak masyarakat kepada Islam. Ia amat berbeza dengan niat menggunakan Islam (da'wah) bagi meraih keuntungan. Oleh itu, penulis haruslah bekerjasama dengan penerbit, kumpulan produksi serta para pelakon agar memahami motif da'wah dalam gerak-kerja mereka.

Kemungkinan beberapa perkara berikut perlu di ambil perhatian bagi mereka yang tengah giat dalam usaha untuk menjadi novelis termuda atau punya keinginan untuk mengarahkan sebuah filem da’wah [ buat sahabat2 seperjuangan – Dr Asy dan Haulid =) ] :

1) Penulis sendiri adalah seorang yang faham dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna.

2) Penerbit mengeluarkan modalnya adalah bermatlamatkan kebaikan kemudian barulah keuntungan. Bagi penerbit yang bukan Islam hendaklah melaburkan wang tersebut dari sumber yang halal (tidak bercampur riba dan judi) serta menyerahkan autoriti kepada individu yang pakar tentang Islam.

3) Para pelakon adalah mereka yang tidak berpura-pura ‘alim dalam lakonan. Misalnya, menutup aurat, berakhlak dan menjaga solat fardhu ( huhu – boleh terima ke )

4) Team produksi yang menjaga hubungan dengan Allah. Menunaikan sembahyang serta tidak bergaul-bebas. contohnya para pelakon wanita tidak disolekkan oleh ‘lelaki lembut’ atau wanita menyolekkan pelakon lelaki.

5) Babak-babak ikhtilat (percampuran) dilakonkan secara berhikmah. Misalnya, tidak ada sentuhan antara suami isteri yang bukan muhrim, hanya menvisualkan secara kasar (pandangan luar disko bukan adegan menari dalam disko), tidak mendedahkan aurat (jika watak wanita jahat, penonjolannya dari air muka bukan semata berpakaian seksi).

6) Paling penting adalah sentiasalah bermuhasabah dan memohon keampunan Allah ketika pengambaran dijalankan.

IDEALISME

Huhu.. mungkin ada yang akan berkata : “Terlalu idealistik!”.. em.. lagi : “Gila ke apa nak ikut macam tu kat Malaysia ini,” – macam pernah dengar ayat2 cinta ini..

Mungkin kita akan rasa bahawa perkara2 yang disebutkan diatas adalah sebagai sesuatu yang pelik dan sepertinya kelihatan mustahil untuk dilaksanakan. Jika dilihat pada dunia penerbitan filem Malaysia yang kecil dan di huni oleh kebanyakan penggiat ‘sekular’ – pendapat sebahagian pihak, adalah sukar bagi mereka untuk menterjemahkan maksud da’wah dengan sesungguhnya dalam usaha untuk menghasilakan sesebuah filem. Tambahan pula, untuk mencari pelakon yang bertudung dan bebas dari gosip liar saja tersangatlah rumit, apatah lagi hendak menemukan penerbit dan kumpulan produksi yang Islamik dan berintegriti dengan syariat dan sunnah?

Ya, saya dan anda yang berada di Malaysia khusunya pasti merasakan untuk mengikuti satu demi satu kriteria yang disebutkan terlalu bersifat idealistik.. mungkin juga hampir2 tidak realistik! malahan industri hiburan di Malaysia ini yang langsung tidak berasaskan nilai-nilai yang estetik. Hampir kesemuanya berdasarkan nilai komersil. In the end, drama2 hantu juga yang laku!

BELAJAR DARI KCB

Alhamdulillah.. saya sudah selamat nonton filem KCB. Bagi yang belum nonton, dipersilakan dan dialu-alukan. Huhu~ . KCB adalah sebuah filem yang diuar2kan sebagai filem da’wah yang paling tepat. Media sendiri memaparkan kenyataan dan pengakuan penulis merangkap penerbitnya : Ustaz Habibur Rahman el-Shirazy ( lebih mesra di panggil “kang ‘abik” ) – mengatakan KCB adalah 100 peratus filem da’wah.

Segala bermula dari usaha mencari para pelakon sehinggalah pihak produksinya, semuanya bermuafakat dan bersepakat meletakkan ISLAM sebagai matlamat utama! Barakallahu fikum. Sesi ujibakat untuk memilih watak utama yang tepat dengan watak dan perwatakan KCB diadakan di sembilan buah bandar di Indonesia. Yang menarik perhatian saya ( insyaallah teman2 juga ), para pelakon yang terpilih adalah di kalangan mereka yang boleh membaca al-Quran dengan lancar, mempunyai akhlak dan pengalaman dalam organisasi Islam selain wajah dan tubuh yang meyakinkan khalayak.

Antara yang lebih menarik perhatian adalah ( menurut Ustaz Habibur Rahman ) - sepanjang pengambaran KCB di Cairo, Mesir, pihak produksi termasuk pelakon istiqomah menunaikan solat tahajud agar urusan menghasilkan filem da'wah tersebut dipermudahkan Allah. Para pelakon lelaki dan wanita juga dilarang berduaan atau menjalin hubungan cinta lokasi. Beliau sendiri bertindak sebagai penasihat agama dan kaunselor kepada para pelakon filem KCB.

Dalam satu ceramahnya di Kuala Lumpur, Ustaz Habibur Rahman menerangkan bahawa untuk menghasilkan filem atau drama da'wah yang sebenar tidak mudah. Cabaran yang utama adalah sikap pesimis masyarakat terhadap drama da'wah yang dikatakan terlalu idealis dan tidak berpijak kepada realiti masyarakat.
Kata beliau, “Islam itu jika diamalkan sungguh2 memang dilihat aneh oleh manusia. Sabda Rasulullah SAW : "AL ISLAMU BADA’A GHORIBAN WASA YA’UDU GHORIBAN, FA TUBA LIL GHURABA" - maksudnya; Islam itu bermula dengan asing (aneh) dan akan kembali dengan aneh maka berbahagialah orang-orang yang aneh. Bertanya para sahabat, siapakah yang aneh itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab iaitu orang yang setia berbuat kebajikan ketika masyarakat sedang rosak.”

oleh yang demikian, beliau mahu dan berusaha untuk menghasilkan KCB dengan anjuran da’wah walaupun kelihatan pelik oleh sesetengah pihak. Untuk menghasilkan KCB, kang abik sendiri dibantu oleh sutradara Islamik, Chaerul Umam bagi mengambil ‘itibar daripada karyanya AAC.

“Di dalam Ketika Cinta Bertasbih, saya mengajak pemuda- pemuda Indonesia untuk berani hidup mandiri. Berani menghadapi hidup dengan beriman kepada Allah. Hakikat di Indonesia itu sekarang sudah banyak pemuda-pemuda yang tidak berani untuk hidup. Kejadian bunuh diri berleluasa di Indonesia, orang tertekan dengan kehidupan materi. Jadi, melalui KCB saya tekad mengajak masyarakat khususnya para pemuda supaya hidup berani dengan bertawakal kepada Allah SWT serta ikhtiar yang kuat,” ulas beliau lagi...

Persoalan : untuk menghasilkan filem da’wah mengapa CINTA menjadi sandarannya? “yang paling dekat dengan para muda mudi masa kinikan adalah cinta, maka sebab itulah novel2 yang dihasilkan saya juga berunsurkan cinta termasuklah yang terbaru ini KCB” –jawapan Ustaz Habibur Rahman. Dalam KCB, watak Azam misalnya ketika mahu mencari calon isteri, dia sampai berdarah-darah dan gagal, namun dia tidak berputus asa dan terus berusaha. Tidak ada salah dalam Islam, kita melamar gadis walaupun kemudiannya ditolak seterusnya berusaha lagi asal tidak melanggar batas yang ditetapkan oleh Allah.”

KCB SEBAGAI CONTOH

Filem KCB dan penghasilannya merupakan contoh terbaik dan tepat buat masa ini dalam meletakkan nilai-nilai Islamik dalam karya filem atau drama menurut kriteria-kriteria yang digariskan di atas. Namun begitu, ia tidak semestinya menjadi piawai bahawa seperti inilah filem da'wah dan Islamik hendaklah dihasilkan.

Da'wah dalam filem dan drama dan islamikasi dunia hiburan tidak semudah yang dituntut dan diharapkan. Prinsip dakwah itu statik dan kejap, namun pendekatannya berbentuk dinamik dan fleksibel. Segala usaha yang dilakukan oleh KCB dalam merealisasikan nilai dakwah mengatasi nilai komersil dalam filem mereka merupakan sesuatu yang hilang dan sukar diaplikasikan oleh kebanyakan pengeluar filem di Malaysia.

DA'WAH ITU HIKMAH

Adalah tidak ‘adil ketika mana saya dan anda semua menidakkan semua filem2 baik yang ada semata tetapi tidak menepati nilai da’wah sebenar bila mana rata2 pemahaman umat Islam terhadap agamanya adalah seperti seorang “muallaf”, seperti contoh di Malaysia. Drama “CINTA MADINAH” atau “ NUR KASIH” – boleh dijadikan contoh drama da’wah walaupun pada hakikatnya para pelakon dan team produksinya sendiri masih jahil tentang syariat, namun sekurang2nya mereka punya usaha untuk mendedahkan drama yang mengagungkan Allah dan Rasulullah SAW.

Walau bagaimanapun, sesebuah drama atau filem yang didakwa memberi ‘da'wah’ mestilah nilai makruf (kebaikan) adalah lebih banyak (70-90 peratus) berbanding sorot kemungkaran. Drama yang memaparkan sebaliknya (jahat, jahat, jahat, kemudian akhir baru bertaubat) bukanlah drama da'wah tetapi drama yang memanipulasi Islam untuk meraih keuntungan.

SEDIKIT KOMEN UNTUK "KCB"

1. KCB merupakan antithesis dari apa yang disampaikan dalam filem AAC :

Filem AAC dilihat sebagai pro status quo dengan mengekalkan ajaran liberalisma. Konsep pernikahan tanpa bercouple digambarkan bakal mengundang penyesalan dikemudian hari. Poligami pula dinilai sebagai black campaign terhadap islam. Maka, di filem KCB ini cinta, ikhlas, dan poligami dikemas dalam bentuk yang arif dan bijak tanpa menghadirkan konfrontasi. Dalam filem itu dihadirkan dialog yang setara dan berdasarkan keilmuan. Anna mengajukan dua syarat sebelum menerima tunangan Furqon. Selain harus menetap di lingkungan pesantren, Anna juga tak ingin Furqon melakukan poligami selama dirinya masih hidup dan mampu melayani kewajibannya sebagai seorang isteri.

Dari adegan tersebut sempat dimunculkan perdebatan di antara kedua alumni Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir tersebut. Namun Furqon dapat memahami permintaan Anna kerana rujukan yang digunakan memiliki dasar keilmuan yang jelas. Dalam filem itu dibentangkan kitab Al Mughni karya Ibnu Qudamah sebagai bahan rujukan.
Kemudian, dipaparkan kata-kata indah dan puitis dari Anna,

“Saya hanya ingin seperti Fatimah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Ali bin Abi Thalib tidak dimadu oleh Ali. Dan saya ingin seperti Khadijah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Rasulullah juga tidak dimadu…”

Novelis berdarah arab yang sering disapa dengan nama Kang Abik ini berkata, “Poligami bukan sebuah keharusan tetapi rukhsoh atau keringanan untuk penyelesaian kemanusiaan,”

2. KCB memotivasi pemuda islam agar bersiap sedia menjalani masa depan dengan keazaman tinggi.

Pesan lainnya dari filem ini adalah bagaimana perjuangan seorang anak muda melalui watak Azzam untuk menggapai kejayaan. Cerita yang dapat menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menghidupi ibu dan adik-adiknya di kampung.

"Jangan hanya mahu jadi Pegawai Kerajaan. Jualan tempe dan bakso (bebola daging) sebagaimana ditampilkan dalam filem ini bila ditangani profesional pasti menjamin masa depan," kata penulis novel AAC yang difilemkan pada tahun 2004 itu.

3. Cinta yang membawa pahala dan diredhai Allah Swt.

Cerita yang juga mampu menuntun kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.

Kang Abik menghuraikan, “Sebuah bentuk cinta yang membawa manfaat atau kebaikan, cinta lawan jenis dalam koridor keagamaan.”

Kesimpulannya, da'wah adalah satu seruan mengajak manusia kepada kebaikan yakni Islam serta mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran, kemaksiatan, kesyirikan dan kemunafikan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam Surah al-Luqman ayat 17 yang bermaksud : “Hai anakku, dirikanlah solat, suruhlah manusia mengerjakan yang makruf, mencegah mereka daripada perbuatan mungkar dan bersabarlah dengan apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan.”

Itulah kunci jawapan kepada setiap persoalan yang diajuka di atas, tujuan filem da'wah dan Islamik adalah da'wah, dan keperluannya adalah komersil. Namun jangan sampai Islam dikomersilkan, lalu keperluan ditujuankan, kelak fitnah pula yang akan menimpa.

( seperti biasa, andai ada khilaf mohon untuk di perbetulkan - syukran )

- aku hanya manusia biasa -




7 comments:

no name said...

em.. awak kata awak tak pena tengok cite nur kasih ye? bg sy cite xla ala2 cite ayat-ayat cinta pn.. awk menilai dr luaran je. awak tgk ke cite ayat-ayat cinta tu?

tholib mesr... said...

assalamualaikum.. salam kunjungan. budak nilampuri ya? hebat! kifhal nilampuri? mahasiswa nilampuri ramai yg berblog ya. satu penelitian yg baik, agaknya. bg sy sndri, scra personalnya, mmg cite nur ksh tu ala2 AAC pn. tuk KCB,da ada ke kt m'sia? nk tahu, mein dr asy wa haulid???

Haulid Al-Hararr said...

artikel yang hebat dan berkualiti..cuma sakit mata baca sbb kecik sangat tulisannya..kupasan yang menarik..teruskan coretan..;p

emm ada jgk yang tanya sape haulid yek..huhu

nusayba said...

assalamualaikum
seriously, this's a very nice article. teruskan berdakwah dan memberi mau'izatul hasanah
ana juga ex-apium np
juga mengakui kcb memenuhi piawaian filem2 islamik yang saya mahu...biiznillah

faana haziqah said...

rasa x sbr lak nk menyaksikan karya terbaru dr Habiburrahman..novel y ptama ana ada baca,tapi xda duit lak nk bli novel kedua...klu kumpul2 i.allah..
Kagum dgn usaha y djalankan dri produksi filem d cne..dari awal hingga diflemkan,semuanya dsadur dengan saduran islam y terbaik..Hakikatnya negara Islam ketandusan filem2 sebegini.Apatah lagi Malaysia...,namun ada usaha yang dilakukan berdasarkan drama2 islamik y disiarkan d tv,cumanya usaha2 pengislaman sesuatu karya haruslah bermula dari awal kelak akan menghasilkan karya y terbaek,jika btul niatnya...ibarat mendidik anak juga...
semoga karya sebegini menjadi wadah pencetus idea dan penghasilan produksi islamik yg terpelihara dari unsur2 maksiat dan kemungkaran..i.allah..

aQ said...

ziarah jap walau pn aq xtau ni blog sape.. aq rse kn bukan mslh nur kasih tu ala2 aac ke ape ke.. tu pndgn die je la.. yg no nme n tholib nk gduh2 nape.. ape pn.. nice blog!

amriena said...

salam 'alayku jami'an.. sykrn bg yg sudi bg komen. huhu.. xyah gaduh. msg2 punya hak tuk beri pdpt. apa yg salah pd pdgn antum tafaddol tuk tegur sy.. allahu yubarik 'alaykum