Bismillah
wa Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
sampai saat ini, masih mampu bernafas. Selama 2… tahun hidup, Allah berikan nikmat-Nya
setiap saat, nikmat di kala susah dan senang.
Alhamdulillah,
tamat fatrah imtihan, walau terpaksa menghadapi peperangan”pen dan kertas”
dengan jasad yang semakin lemah. Semakin hari, semakin lemah. Demam dan batuk2
yang hampir tiga minggu usianya, ditambah dengan bibir yang semakin merekah,
seperti berada dalam musim sejuk di Mesir dahulu, terkadang membuatkan diri hilang
fokus dan semangat untuk terus menelaah dan muraja’ah. Kasihan pada alang, yang
terpaksa ulang alik dari tempat tinggalnya ke rumah sewa, semata-mata mahu
memastikan kesihatan semakin membaik. Terima kasih alang. Moga Allah
membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik.
Alhamdulillah
juga.. mampu melepasi fatrah dunia, namun fatrah akhirat? Allah… selama hidup, apa yang
sudah aku lakukan? Antara timbangan pahala dan dosa.. mana yang lebih berat? Imtihan
dunia itu alat.. tapi Syurga-Mu itu satu matlamat!
Hidup
di dunia.. umpama satu “dewan peperiksaan”. Seluruh agenda hidup ini hakikatnya
“jawapan” yang kita berikan kepada soalan-soalan di alam kubur dan di Mahsyar
nanti. Keputusannya juga akan kita ketahui di sana. Ya, kubur kita boleh jadi
mukaddimah Raudhatul Jannah , atau pun pintu gerbang untuk jurang-jurang
Neraka. Wal ‘iyadzubillah. Rancanglah kehidupan dengan kesedaran bahawa kita
adalah “pemakai” keranda. Maka, rancanglah mati untuk hidup!
“Manusia
semuanya tidur, bila mati baru mereka akan terjaga” – itulah pesan Saidina ‘Ali
pada kita.
Sungguh,
kata-kata itu sangat menusuk ke lubuk hati, merobek baki-baki kegembiraan yang
masih tersisa. Masih tidurkah aku ya Allah..? bahkan Imam Ghazali juga pernah
berkata : “ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya
sedang dirobek-robekkan..”.
"...
Kematian itu, tidak lebih seperti kamu tidur & akan dibangkitkan semula
sama seperti kamu dijagakan dari tidur. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas
sgla amalan yg kamu lakukan, sama ada ke Syurga selama-lamanya ataupun
sebaliknya.." - Pesan dari insan yang sering dirindui, Rasulallah
S.A.W. sewaktu mengumpulkan anggota keluarganya dari Bani Hasyim dan Abdul
Mutallib bin Abdul Manaf, setelah turunnya wahyu Allah dari surah Asy-Syu’ara,
ayat 214.
Oh
Allah.. sudah hampir sepuluh hari berlalu, dari bertambahnya usia. Semakin bertambahnya
usia, semakin mendekatnya dengan… mati … hampir separuh abad aku bernaung di bawah
langit milik yang Maha Kuasa, tapi masih tetap belum merasa hamba yang sebenar!
Berdosanya aku ya Allah. Apa sisa umur masih panjang? Atau hanya seketika lagi?
Jujur.. aku tiada jawapannya ya Ilahi..
Saat
ramainya teman-teman yang mengirim ucapan selamat “panjang umur”, hakikatnya
umur semakin “pendek”. Hari ini, esok, atau pun lusa.. semakin dekat dengan
tarikh kematian yang sudah termeterai dalam surat perjanjian. Aduhai,
tertipunya pada ucapan selamat hari lahir.. lalu, selamatkah hari mati ku…?
Pada
saat ini.. aku mengemis keampunan-Mu, dengan hati yang penuh tercela. Sekiranya
tidak mengenangkan bahawa Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan meminta. Malu..
rasa terhina untuk meminta. Apa, aku diterima..? leraikanlah kekusutuan di
fikiran, jinakkanlah nafsu liar ku, tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang
Maha Pengasih, kutiplah aku… untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmat-Mu, walau
sering aku lupa, tetapi tetap mendambakan Syurga nan Indah!
Sungguh,
gelombang mujahadah tidak pernah kekal dan tegar. Jangankan ketenangan, amarah
juga sering bertandang. Sehinggakan aku mula meragui diri sendiri ; akukah
ini..? seperti kelahiran berulang dua tiga kali. Astaghfirullahal’adzim..
jauhkan aku dari topeng munafik yang semakin menipu dayakan hidup ini.
Mata..
sudah tidak mampu menangis kerana dosa. Hati juga semakin mengeras. Kalaupun aku
menangis ya Allah… tapi kenapa tidak
membekas di hati? bila hati ini semakin keras, maka Kau lembutkanlah ya Rahman
ya Rahim. Atau… berikanlah aku “hati”
yang baru, kerna seketul daging yang hidup dalam jasad yang semakin lemah ini,
seperti sudah “mati”.
Kembara..
semakin saat, detik, minit dan jam yang berlalu.. sudah semakin jauh. Kolam hati
semakin hari juga semakin keruh. Beban bertambah berta, diri semakin penat. Segala
urusan semakin susah, jiwa semakin gundah dan gelisah. Semoga saja… bertambahnya usia
sejak sepuluh hari yang lalu, aku akan “lahir” sebagai seorang yang baru. Lahir
sebagai manusia yang berjiwa hamba, sentiasa mengingati-Mu. Yang mampu mendidik
hati untuk memandu hidup, antara kekangan takut dan lingkungan sebuah harapan. Kalaulah
dimurkai, aku mengharapkan ianya akan diampuni.
Memetik
kata-kata Ibnu Mas’ud : "Perkara yang paling sedih adalah apabila umurku
bertambah tetapi amalanku tidak bertambah” oh Allah, Istighfarku memerlukan
satu istighfar lagi. Aku hanya untuk-Mu, kepada Engkau jualah aku akan kembali.
Sungguh..
kita hidup di dunia juga seperti layang-layang yang terbang tinggi di langit
takdir. Kita berusaha untuk terbang tinggi, rendah, jauh, dekat.. semuanya
dibawah lembayung Rahmat iradah yang Maha Esa. Kita pasti akan dapat terbang,
selagi angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, dan selagi rangkanya juga
masih kukuh. Bila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Sebab apa..? kerna
kita tidak berhak untuk terus “terbang”.. apabila maut sudah datang menjemput
untuk pulang.
Kepada
Sahabat, teman dan kenalan, terima kasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh,
maaf kerna gagal mendekat. Pada yang dekat, maaf kerna tidak pandai membelai.
Barakallahu fikum. Moga Syurga adalah sebaik-baik pengakhiran bagi kita.
Wahai
hati.. percayalah, orang yang berhak hidup dalam ketenangan, adalah mereka yang
sentiasa bersedia menghadapi kematian!
Allah…
Aku
sedar, bila-bila masa
Engkau
akan ambil kembali kurnia & anugerah
Dan
aku sentiasa berusaha
Untuk
mensia-siakan segalanya
Kerna
aku yakin, suatu saat nanti
Semuanya
tidak akan ada lagi..
Terkadang… Aku lupa..
Mungkin
ini adalah helaan nafas yang terakhir
Ampuni
aku ya Rahim
Kurangnya
rasa syukurku
Maafkan..
bila aku ragukan kasih-Mu
Hari
berganti hari.. Aku tahu..
Waktu
aku semakin singkat..
Biarlah
dunia itu terus ku genggam
Tanpa
perlu aku mencintainya..
Di
akhir usia ini..
Aku
ingin semakin mendekat
Dekat
dengan-Mu
Dampingilah
langkahku
Di
akhir hayat ku nanti
Redhalah
pada ku ya Ghaffar
Kerna
aku ingin segera pergi..
Tuntunilah
aku.. Untuk tiba di Jannah-Mu..
Untuk
kamu yang di rindui ; “semakin dekat kamu dengan Allah, akan semakin erat hati
kita, dan semakin bertambah cintaku pada mu.. walau diri mu belum ku kenal…”
al-FaQiroh
ila Allah :
Waznah
alHamraa’
01
Sya’ban 1433H
21
Jun 2012
No comments:
Post a Comment