# CATATAN RAMADHAN 1


BismiLlah wa Alhamdulillah

La ilaha illaLlah Muhammad ar-RasuluLlah

Bersyukur.. selamanya kita rafa’kan kepada Allah, kasih-Nya Dia, masih mahu meminjamkan kita nikmat “nyawa” untuk hidup dalam beriman dan masih sebagai seorang Muslim Mu’min Muslih, insya’ Allah, seterusnya memberi peluang untuk merasai nikmat keberkatan bulan Ramadhan.

Ar-Rahman Ar-Rahiem selamanya, kerana kasih-Nya, Allah kabulkan do’a yang kita ratibkan bermula dari Rejab, diteruskan ratiban itu pada bulan Sya'aban supaya Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan sekarang. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ..



Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, mafhumnya : "Hai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (Surah al-Baqarah : 183)

Pendeknya semester Ramadhan. Hanya 4 minggu. Tapi bukan calang² pencapaian yang diinginkan oleh Allah daripada "kursus" pendek ini. Betapa Allah mahu melatih kita semua untuk mendapat Ijazah TaQwa. Namun misi mencari Taqwa hanya terhenti di bulan Ramadhan walaupun nantinya kita akan melewati bulan² yang seterusnya.

~> Dengan Mu'ahadah, maka jadilah kita orang yang teguh atas syariat Allah
~> Dengan Muraqabah, diri tenang dengan kebersamaan Allah, walau sendiri mahupun dikhalayak orang ramai
~> Dengann Muhasabah, kita bebas dari tarikan nafsu dan cepat² kembali memenuhi hak² Allah dan hak² manusia
~> Dengann Mu'aqobah, terhukumlah nafsu, selamatlah diri daripada penyimpangan
~> Dengan Mujahadah, segala kebaikan kita lakukan, pujuk rayu Syaitan dan Iblis kita tundukkan
~> semoga dengan semua ini, hidup kita akan dimuliakan dengan Taqwa. Indah kan?

Yuk! Sama-sama kita Perbaiki diri, perhalusi nawaitu. Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan pahala amalannya digandakan. Selamat memelihara kemuliaan Ramadhan dengan pesta Ibadah di siang dan malam hari, baik di khalayak mahupun saat bersendiri.


# Berusaha, biar tahun ini kita takkan rasa rugi. Ramadhan Kareem, Allahu Akram





alFaQirah ila Robbiha :
Waznah Alhamraa’
04 Ramadhan 1433H
24 Julai 2012
Universiti Ramadhan.


No comments: