PENGHAYATAN 'ILMU : PEPERIKSAAN DAN UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ‘alaykum.. alhamdulillah, setelah dua minggu berlalu, Peperiksaan akhir semester 3 yang dirasakan seperti baru bermula semalam telah pun tamat. Dan dalam tempoh dua minggu itu juga menenggelamkan saya dalam lautan kesibukan, jikalau sebelum ini sibuk dengan gerak kerja, tapi tidak dalam tempoh dua minggu tersebut, hanya sibuk dengan study sehinggakan saya terpaksa meninggalkan sebahagian dari kerja2 yang perlu saya laksanakan.malahan kesibukan itu membuatkan saya tidak sempat untuk menulis walaupun banyak perkara yang membakar kesabaran saya berlaku dalam tempoh menghadapi imtihan ini. Meninggalkan dunia penulisan ( maaf, pena bukanlah orang yang ‘arif tentang bidang penulisan ) untuk beberapa hari membuatkan tangan seperti susah untuk menari tarian di atas keyboard ini.


Walau bagaimanapun, imtihan sem 3 ini amat mengharap kepada tumpuan seratus-peratus saya dalam menelaah kitab-kitab pelajaran. Sibuk dengan mengulangkaji pelajaran bukan bermakna saya melarikan diri dari isu semasa kerana dalam keadaan sekarang ini, saya juga sedang berjihad! Jihad dalam menuntut ilmu agar sahaja nanti umat Islam tidak lagi ditindas, tidak lagi dipermainkan, di persendakan, tidak lagi di hina kerana Yahudi la’natullah itu memporak-perandakan umat Islam hanya menggunakan ilmu. Dan realiti hayyah masa kini jelas menunjukkan yang kita kini berada dalam ketandusan ilmu dan mudah sahaja terpedaya dengan hasutan dan dakyah mereka.

Peperiksaan.

Sebagai seorang insan yang bergelar ‘pelajar’, sudah tentu ini adalah kalimah berbisa yang bakal menekan-nekan urat nadi dan jiwa (bagi mereka yang kurang persediaanlah..). Mahu tidak mahu peperiksaan ini perlu dihadapi bagi mengukur sejauh mana tahap kefahaman dan kefokusan seseorang pelajar dalam pelajarannya. Boleh sahaja kita ibaratkan peperiksaan ini sebagai medan juang bagi seorang “mujahid” berpangkat ‘pelajar’. Ilmu yang telah dipelajari itulah senjata-senjata perang yang perlu dihunus dan dilontarkan di “medan juang” iaitu di dalam dewan peperiksaan.

Jika natijahnya adalah cemerlang maka itu menunjukkan dia adalah seorang “pemenang”, jika tewas natijahnya tidak bermakna dia akan terus gagal! Inilah hakikat sebenar sebagai seorang pelajar. Peperiksaan itu adalah sebuah ujian untuk menilai tahap keilmuan seseorang individu itu.Namun sayangnya, kini niat ‘insan’ yang bergelar pelajar itu mudah untuk diputar belitkan. “ Belajar hanya untuk peperiksaan”, tetapi bukan kerana mahu meresapi bahagia sebagai seorang ilmuan. Bagi mereka lulus ataupun cemerlang adalah sudah mencukupi. Ilmu di tuntut tapi hanya diguna-pakai di dalam dewan peperiksaan.Inilah realiti dan sikap para2 penuntut sekarang ( saya bagaimana?? ).

Perkara seperti ini tidak sahaja berlaku di sekolah rendah mahupun menengah hatta turut menjadi tradisi di institusi-institusi pengajian tinggi yang mana sepatutnya ilmu menjadi satu-satunya perkara penting untuk di cari, dikejar dan dikuasai. Dan peperiksaan itu seharusnya hanya sebagai wadah untuk mengaplikasikan dan meluahkan pengetahuan yang dimiliki. Jika niat menuntut ilmu ikhlas kerana mahukan ilmu di hati, ikhlas untuk mengharapkan mardhotillah, maka natijah peperiksaan pasti cemerlang seperti yang diimpi dan diharapkan, Insyaallah.

disebabkan sikap para pelajar sedemikianlah menjadikan umat Islam khususnya semakin ketandusan ilmu, semakin ketinggalan jauh terkebelakang, semakin jauh dari Tuhan, semakin jauh dari Allah. Walhal Musuh-musuh Islam telah pun melangkah jauh kehadapan, oleh kerana mereka tahu umat islam mampu ditewaskan hanya dengan ilmu. Dan untuk melawannya, umat islam perlu kembali kepada penghayatan ilmu. Umat Islam hanya boleh bangkit dengan ilmu! Umat Islam akan kembali gemilang hanya dengan ilmu!

Ujian

Peperiksaan dalam diri seorang pelajar itu juga adalah umpama ujian bagi manusia di dunia ini. Jika kita yang berpangkat ‘pelajar’ ini menghadapi peperiksaan bagi menilai tahap ilmu yang telah dipelajari, ujian dalam hayatul insan pula menilai adalah untuk menilai sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran yang terpahat di hati.

Firman Allah S.W.T., mafhumnya : “ apakah manusia itu menyangka bahwa mereka di biarkan sahaja mengatakan ; kami telah beriman sedangkan mereka tidak di uji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang0orang yang dusta” ( surah al-ankabut : 2 – 3 )


Untuk menghadapi ujian juga memerlukan kepada persediaan. Dari sudut mentalnya, fizikalnya haruslah berpadu dengan aura kesabaran. Di timpakan ujian dan musibah bagi seseorang itu bukanlah bermakna Allah mahu menyusahkannya, ujian itu bukan hanya kesusahan dan kepayahan akan tetapi kesenangan, keselesaan dan kekayaan itu juga adalah ujian buat seluruh hamba Tuhan.Jika cemerlang menghadapinya maka dia adalah di antara orang yang berjaya di sisi Allah Ta’ala, jika dia gagal dia mungkin jauh menyongsang dari rahmat Tuhan, maka berhati-hatilah! Wal’iyazubillah.Namun, usah berduka sahabat2ku.. Allah itu Maha Pengasih. Allah itu Maha pengampun. Jika kita sedar kita telah pun jauh menyongsang maka kembali ke sisi-Nya dengan taubat yang hakiki ( taubat nasuha ). Insyaallah di akhirat nanti akan beroleh jua kejayaan abadi.

Kehidupan

jangan pernah menafikan bahawa hidup kita ini, dalam sehari tidak pernah di uji. Ya, ujian itu sentiasa menjadi tetamu tak di undang kita, mahu secara rela hati atau pun tidak. Jika melihat keadaan sekarang, isu H1N1, and the latest isu tsunami dan gempa bumi di Padang itu juga merupakan sebuah ujian buat seluruh umat Islam sebenarnya. Ujian bagaimana kita berperanan dalam membentuk kesatuan Ummah demi menjaga kesucian Islam bersama. Ujian sejauh mana kita mampu bertindak demi menjaga dan memelihara agama Allah SWT ini. Ujian untuk menilai kesanggupan dan ketersediaan kita untuk berkorban dalam memerangi musuh-musuh yang memerangi agama suci Allah Taala ini.


Kehidupan kita sekarang ini tidak ada nilainya jika terus berada dalam keadaan yang selesa dengan kebiasaan-kebiasaan yang menyeronokkan sedang saudara kita yang lainnya merintih pedih, berdukacita dengan keadaan yang menimpa. Bahkan kita lagi hina-dina jika tidak berbuat apa-apa. Apa yang kita sudah lakukan untuk mereka? Berdo’alah sahabat2, moga diringankan bebanan di pundak mereka, moga setiap kejadian yang menimpa mereka akan memberikan kegembiraan di hari muka, biiznillah.


bagaimana nasib saudara2 seIslam kita bumi2 Islam lainnya yang berhempas pulas melindungi kesucian agama ini walaupun mereka dibedil, dibom sehingga tiada lagi tempat berteduh, melainkan pengharapan yang tinggi kepada Allah SWT. Lakukan sesuatu saudara-saudaraku semua. Beri perhatian pada isu ini. Beritahu kepada yang tidak tahu. Nyatakan bantahan anda. Doa kepada Allah agar diberi kemenangan dan dibantu saudara kita yang berada dalam kesusahan, sama ada yang di kecam yahudi la’natullah atau pun tidak.Kita perlu sedar bahawa kita sekarang diancam musuh-musuh Allah. Jangan biarkan kita terus dilalaikan dengan dakyah-dakyah mereka, dilalai dengan hiburan, harta benda dan segalanya tentang indahnya kehidupan dunia.


Sedar dan bangkitlah semua!Kita perlu bertindak segera!saya tahu, dan saya yakin



" HANYA DENGAN BERBICARA TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEROBAH SUASANA!"


Sedarlah!!!!


* Tahniah buat sahabat2 yang sudah selesai menghadapi imtihan, moga natijahnya cemerlang, memuaskan hati, merubah kebiasaan kalian.

.* Buat para mujahidin semua, terus berjuang dengan penuh semangat! nahnu ma'akum.. Allahu ma'ana! Moga Islam beroleh kemenangan, Insyaallah..



No comments: