BILA SEJENGKAL SAHAJA KITA BERPISAH...

Bismillahirrahmanirrahim wa alhamdulillah...


Pada Yang Maha Esa ku panjatkan syukur atas segala kurniaanNya yang tidak terhitung, siang malam pagi dan petang hamba hina ini cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik walau hakikatnya, masih punya kekurangan, jatuh tersungkur di lembah takdir Rabbul ‘Izzati. Setiap langkah yang di atur pasti akan penuh dengan onak dan cabarannya, dan terkadang kejatuhan dek kelemahan akan bersama2 linangan air mata dihempas ombak dugaan...


Entri kali ini... barangkali bukan untuk membincangkan masalah ‘ummah’, bukannya hendak jadi da’ie yang selfish.. tapi sekiranya doktor pun masih tidak betul, macam mana nak rawat pesakitnya? Huhu~


Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, sejak dua menjak ini.. saya sendiri seperti kehilangan arah. Perkataan ukhuwwah sangat terkesan di minda dan hati saya. Walhal sebelum ini, saya rasa saya ’arif tentang ukhuwwah...Kononnyalah. bila dah makin besar...maka, dah makin matang, dah makin faham...tidak ada lagi masalah ukhuwwah... Malah dah boleh mengajar orang lain tentang apa itu ukhuwwah dan sudah pandai menasihat orang yang bermasalah ukhuwwah. Tapi apabila teruji dalam ukhuwwah, mengapa saya sendiri boleh fail?


Masih segar dalam ingatan, bait2 cinta yang dihantar seorang sahabat saya melalui SMS, katanya : ”bila sejengkal ja kita berpisah, dengan urusan yang berbeza, barulah terasa betapa aku menghargai erti persahabatan yang sebenarnya. Lebih2 lagi bila kita se”fikrah”, susah sama2, senang pun sama2, apatah ngumpat pun sama2 ( huhu.. )”.. masih di simpan dalam peti inbox, sudah lebih kurang seminggu lebih usia mesej itu ”hidup” dalam handphone saya. Dan sudah berapa kali jua, tanpa rasa jemu saya membaca mesej tersebut. Sedih, pilu.. dan airmata menjadi saksi kerinduan.


Bepergian seorang sahabat menjadikan saya seperti orang yang tidak keruan. Namun hamdulillah, perginya bukan selamanya, Cuma sementara, meneruskan perjuangan, mengejar cita2.. dan saya yakin, perginya untuk menyertai pertandingan debat di Kuala Lumpur bukan untuk kepentingannya tersendiri.. tapi untuk kepentingan sejagat. Bukan maksud di hati menafikan kehadiran sahabat2 yang saya punya kini tidak memberi makna dalam hidup saya.. tidak.. tapi merekalah yang saya ada selain Allah tempat pergantungan yang paling utama, merekalah teman di waktu suka dan duka.. susah senang sentiasa bersama. Tidak ada wang untuk makan, ”takpa.. kita kongsi makan sama2” – walaupun juadahnya hanya roti, megi dan teh.. namun alhamdulillah, itu sudah mencukupi bagi kami. Bila ada yang sakit, ada yang akan menjaga, bila tidak punya kesempatan untuk membasuh baju – insan yang bergelar sahabat itu juga yang akan membasuhnya. Subhanallah.. manisnya ukhuwwah yang kita bina sahabat2.. ya, ukhuwwah berpaksikan cinta Ilahi.. ukhuwwah liLLAH Ta’ala..


Bila masalah datang bertandang, kita sudi ”bengkak”kan telinga untuk mendengar rintihan sang teman. Walaupun terkadang bila kita rindukan ”umi abuya” kita, kita pendamkan sendiri2. Kita sentiasa cuba untuk tidak terlalu mengharapkan belaian kasih sayang sesama kita kerna kita tahu hidup perlu di lalui dengan ketabahan dan kekuatan hati bukan berlandaskan perhatian semata-mata. Tatkala kita merindukan gelak tawa sahabat2, kita tahu kita semua sebenarnya sibuk. Ya.. sibuk untuk urusan masa depan ”ummah”.. masa depan kita! Dan bila kita saling mengerti.. demi sebuah perjuangan, semuanya itu memerlukan kita untuk mengorbankan sebahagian masa gembira kita..


Sungguh.. kita saling merindui kerna Allah.. sejengkal saja kita berpisah.. hati mula gundah gulana. Hati juga mula berdetik : ”apa khabarmu sahabat?” – bagaimana keadaanmu. Sayang.. sayang sahabat2.. terlalu sayang. Teringat saya pada sahabat saya yang seorang ini ( prof. Media – huhu ) – ”aku tensen la.. aku nak nangis. Aku tak tahan”.. sedih rasanya. Sayangnya luahan itu hanya terlafaz melalui mesej cuma. ”doakan aku ya”. Itulah kata2 terakhir di setiap mesej yang di hantar. Apabila punya kesempatan untuk berhubung melalui Yahoo Messenger.. ungkapan ”rindu” menjadi penyembuh kepada sakit rindu kami. Sempat saya kata padanya : ”sabarlah sahabat.. indahnya ukhuwwah itu bukan pada kerapnya pertemuan, tapi indahnya ukhuwwah itu adalah apabila nama sahabat kita sentiasa meniti di bibr kita”.. itulah penawar bagi sakit rindu kita sahabat. Ya.. hanya penawar itu yang mampu saya berikan.


Kita tahu sahabat2.. ukhuwwah itu adalah apa yang perlu dihulur tetapi bukan apa yang diterima. Kita tidak dituntut untuk measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi biarlah kita yang terlebih dahulu semak semula apa yang telah kita hulur kepada orang. Janganlah kata : “dia pun masih belum begitu dan begini..” tapi katalah pada diri kita : “aku masih belum buat begitu dan begini” – syukran buat ukhtie yang menyedarkan saya. Syukran kathir ukhtie. Allahu yubarik ‘alayk..


Sahabat2ku fillah.. kita tahu kita punya kewajipan untuk melaksanakan perintah Allah dalam surah Ali Imran : 103, mafhumnya : “Dan berpegang teguhlah kamu dengan agama Allah sekaliannya dan janganlah kamu berpecah belah.”



satu permintaan jua peringatan buat saya dan sahabat2, janganlah kita yang akan menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan yang akan menghancurkan kesatuan yang telah tempoh usianya sudah hampir setahun lebih, dan tidak menjadi musuh yang menikam dari belakang, wal’iyazubillah. Hakikatnya, sekarang bukanlah masa untuk mencari kelemahan dan kesilapan sesiapa, sebaliknya inilah waktunya untuk kita mewujudkan ikatan hati antara kita untuk mengukuhkan kesatuan yang sedia ada. Saling melengkapi ibarat batu-bata kerana Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalanNya dalam satu barisan yang tersusun umpama sebuah bangunan yang teguh sebagaimana yang diterangkan dalam ayat ke4 surah as-Saf.



kita tahu sahabat2.. kita sebenarnya punya misi dan visi yang besar untuk dilaksanakan, kita tidak hanya ingin melahirkan “ruhul jadid” yang biasa2 objektif hidupnya. Tetapi kita ingin lahirkan individu2 muslim yang hebat halatuju perjalanan hidupnya. Kita tahu.. kita inginkan generasi yang mampu memikul risalah sehinggalah satu saatnya nanti, pasti akan tertegaknya khilafah. Dan kita tahu sahabat2, pokok pangkalnya, kita akan dan mesti terus dan tetap bekerja.. dengan penuh tekun dan sabar.. secara ALL OUT!



Namun percayalah formula kebangkitan akan tetap berlaku mengikut sunnatullah.. bukan dengan teori2 manusia..


Buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah, moga tautan-tautan hati kita masih teguh. Erat seperti dahulu. Saat kita berta’aruf hingga saat ini, masih segar dalam ingatan saya Dia yang mempertemukan kita semua, dan Dia jualah yang memisahkan kita. Pertemuan kita yang sementara itu telah membibitkan rasa cinta, mahabbah murni yang sungguh manis rasanya limpahan kasih anugerah Ilahi buat kita, menjadikan rasa sayang semakin mendalam terhadap kalian. Saya doakan kalian semua berjaya bukan sahaja di sini tapi jua di sana! insyaAllah. Mohon maaf andai pernah khilaf, semenjak saat kita berta’aruf hinggalah ke padang mahsyar.



Buat teman-temanku :


“Kita ditemukan satu arah, satu aqidah, satu pegangan. Asalnya terjalin satu ikatan. Ukhuwwah fillah takkan musnah walau badai mendesak. Tautan erat tak mungkin patah. Semoga Allah memberkati ukhuwwah antara kita. Ameen ya Rabbal ‘Alamin….”


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)


~Nothing is really lost.. Its just where it doesn't belong~

Seruan ke jalan Allah itu bukti cinta sesama mukmin. Ayuh, Marilah kita berkasih sayang, merangkul ukhuwwah, bukan kerana yang lain, tetapi semata-mata demi KEKASIH HAKIKI..

3 comments:

Haulid Al-Hararr said...

bile terbaca artikel ni, teringat pada moto majmuah kite kat tshirt tu..

1 majmuah..
1 aqidah..
1 religion..
1 vision..

cume tak ingat nak tambah "1 ukhuwwah"..

huhu~

rasyada said...

syukran akhi zaki.. sudi bca entri tuk shbt ni.. em~ ya kan, x prsn pla kt baju tu xda perkataan "ukhuwwah".. huhu

sahabat fillah said...

salam...

wah! menyayat hati. x sgka hebatnya ukhwah anti dan sahabat2 anti. bila kita berkasih sayang kerana Allah, walau sahabat tu xda depan mata, nikmatnya kasih sayang tu akan sentiasa terasa dan segar. salam ukhwah dari saya..

[ maaf.. baru baca artikel ni ]