BERANI HIDUP KEKADANG LEBIH PERLU DARIPADA BERANI MATI

~ HAKIKAT PEJUANG ISLAM YANG SEBENAR~

- TUJUAN ITU TIDAK MENGHALALKAN CARA, KEMENANGAN ITU BUKANLAH KEMENANGAN SEMATA-MATA, KEBENARAN ITU ADALAH KEMENANGAN YANG UTAMA DAN BERANI HIDUP ITU KEKADANG LEBIH PERLU BERBANDING BERANI MATI -

“ukhtie.. tunggu jap, boleh?”, sapa seorang sahabat ketika saya baru saja hendak melangkah keluar dari musolla.

“boleh, insyaallah.. ada apa ya”, jawab saya mesra.

“ukhtie sihat? Terasa seperti terlalu lama tak bercakap ngan ukhtie”

“ya.. emm, kita masing2 buzy kan. Bila ana ada kelas, ukhtie xda, ukhtie ada kelas, ana pula xda. Lagipun ana pun buzy juga sejak akhir2 ni, tak kisahlah, kerja penting atau tak.” Balas saya perlahan.

Dia, sahabat saya diam seribu bahasa. Entah apa yang berlegar di ruang pemikirannya pun tidak boleh di agak dengan pandangan mata kasar.

“ukhtie jarang datang liqo kita sekarang”, dia meneruskan bicara. Menghembus nafas perlahan. Seakan sangat sukar untuk melafazkan untaian kata tersebut.

“ ya..”

“ukhtie tahu kan, xlama lagi….”

“ada kerja yang perlu dilaksanakan”, saya memotong percakapannya.

“ya.. ukhtie tahukan ukhtie terlibat sama”

“ana x boleh nak join”, jawab saya cuba untuk memendekkan masa ‘liqo’ tersebut.

“kenapa ukhtie? Ukhtie nak lepaskan tanggungjawab macam tu je?”, balasnya, dengan nada agak kasar.

“istighfar ukhtie. Kenapa sampai perlu mengeraskan suara?”

“maaf ukhtie. Bukan niat ana nak keraskan suara tapi ukhtie seakan cuba lari dari tanggungjawab”

“mana bukti yang mengatakan ana cuba lari dari tanggungjawab?”

Diam.. suasana sepi. Dalam musolla, tempat untuk beribadah, tempat untuk majlis ilmu, seakan mendengar bicara dua jasad.

“memang ana ada dengar ukhtie xnak join kali ni. Tapi kenapa ukhtie? Atas dasar banyak ‘assigtment’ ke? Kita sama2 punya tanggungjawab yang sama ukhtie. ‘assigtment’, nak hafal itu, nak hafal ini, tapi apakah disebabkan alas an itu, ukhtie nak tarik diri?”

“ana ni selfish sangat ke ukhtie? Hanya kerna banyak ‘assigtment’ ana nak tarik diri..”, saya melontarkan soalan kembali.

“kita dah lakukan kesalahan untuk kali pertamanya. Kita hanya kena tempias dari rakan kita kan? Selebihnya kita sandarkan pada dia. Itu baru dikatakan selfish. Kita biarkan dia rasa kesakitan seorang diri dari perbuatan kita. Kononnya hidup biar sentiasa bersama. Xpa, kejap je tu, pasni insyaallah akan baik semula. Itu ja la yang mampu kita ucapkan”

Dia tunduk. Diam.menanti hujah seterusnya.

“ tak salah nak jadi pejuang berani mati ukhtie. Tapi kadang2 ‘berani hidup itu lebih perlu daripada berani mati’. Mungkin ukhtie akan Nampak ana ni seorang yang penakut. Tak berani nak berjuang. Katalah apa pun. Kita masih jahil lagi tentang semua ni ukhtie. Ya lah, jiwa muda. jiwa muda ni terkadang tersilap memahami, bersemangat tiada tujuan, tiada ke mana... apa yang kita nak sebenarnya ukhtie? Apa yang kita tahu, kita perlu capai “hadaf” kita, atau dalam ertikata lain, ‘kemenangan’. Dan disebabkan terlalu ghairah nak capai “hadaf” tu la, kita sanggup ketepikan rasa hormat pada kita pada mereka yang dah banyak berjasa pada kita. ‘xpa, dorg takkan tahu pun’, ni yang selalu ana dengar”...

Saya diam sebentar. Menunggu sekiranya ada respon dari sahabat saya.

“ betulkah kita ni berani kerna benar ukhtie? Sampaikan kita sanggup mati? Kadang2 ukhtie, akan timbul dilema dalam diri seorang insan yang mengaku sebagai pejuang tu, sukarnya nak memilih antara kebenaran atau kemenangan. Dan di antara dua ni, xtau nak utamakan yang mana satu dahulu. Kenapa timbul masalah seperti ni? Masalah ni akan timbul bila kedua2nya tak boleh di capai serentak.”

“bila kita, yang mengaku sebagai pejuang ni ghairah nak buru kebenaran, kita akan terpaksa untuk menerima kekalahan. Dan di sebabkan kita terlalu ghairah nak capai “hadaf” dan kemenangan, kita terpaksalah mengorbankan kebenaran”

Dia masih diam. Entah apa yang terbuku dalam benak pemikirannnya saat itu.

“semuanya adalah disebabkan kelemahan kita yang terlalu terdesak dengan pelbagai asakan daripada pihak yang selalu ‘campur tangan’ dalam urusan kita. Hasil daripada inilah telah melahirkan para ‘pejuang berani mati’ atas nama ISLAM itu sendiri, sanggup menggadaikan nyawa sendiri, tapi tanpa disedari boleh memberi kemudharatan pada organisasi sendiri. Xpalah, biarlah “salah” dari segi cara pun, apa yang pentingnya, “kemenangan” mesti dapat di capai. Sifir perjuangan mereka yang berfikiran seperti ini : kalau kita terlalu mengikut jalan yang betul, sampai bila2 pun kita takkan menang”

Saya diam seketika. Kelihatan airmuka sahabat saya berubah.

“ukhtie ada nak kata apa? Sebelum ana teruskan kalam..”

Dia menggelengkan kepala, tanda tidak ada yang ingin dikatakan.

“adakah disebabkan kita masih belum faham sedalamnya mengenai konsep ‘aulawiyyah’ menyebabkan kita tersepit dalam masalah ni? Kemaslahatan daripada apa yang kita lakukan ni hanya bersifat sementara ukhtie. Kenapa kita taknak cari kemaslahatan untuk jangka masa panjang? Kemaslahatan yang kita perolehi sekarang hanya untuk sesetengah pihak, bukan semua pihak. Bukankah kepentingan umum perlu diaulakan daripada kepentingan peribadi?

“ bukan kita ja yang nak bila daulah islamiyah tu ukhtie, ada yang lebih berkeinginan seperti itu lebih daripada kita. Bahkan mereka itu lebih awal ‘makan garam’ daripada kita. Sebelum ana teruskan, kita ni bermegah2 nak bina daulah islamiyah, tapi dalam diri sendiri pun belum tertegak daulah islamiyah. Ana ingat kata2 Hasan Hudaibi : “ binalah daulah islamiyah dalam diri kamu, insyaallah daulah islamiyah akan tertegak dalam biladmu”. Seharusnya dalam diri pejuang tu perlu ada nilai2 islamiyah dan hendaklah mencapai kemenangan dalam menegakkan hukum dan daulah islamiyah tu pada diri dahulu, selepas tu pada peringkat keluarga dan sebelum ianya tertegak pada peringkat yang lebih besar. Hanya setelah pejuang itu berjaya menegakkan Islam di peringkat yang mudah iaitu dalam diri, insyaallah pejuang itu sendiri akan punya upaya untuk naik ke tahap yang lebih sukar seperti dalam organisasi , masyarakat dan negara. Inilah sunnahtullah atau law of nature yang seharusnya perlu ada dalam sifir perjuangan Islam yang tidak boleh dilanggar oleh para pejuangnya.”

“baiklah kembali kepada perbincangan tadi, untuk mencapai kemenangan dalam sesebuah perjuangan bukanlah bermakna kita perlu kepada keberanian semata-mata ukhtie. Ana tengok kita ni memang berani, Cuma berani taqlid buta kot. Entahlah, kita tepikan pandangan dan hak beberapa orang hanya untuk kemaslahatan kita. Bukannya kita tak pernah bincangkan perkara ni sebelum ni, ana rasa ana sendiri pernah cakap sal perkara ni, tapi rasa seperti ‘membazirkan’ air liur pula. Tiada usaha untuk lakukan peng’islahan’ dari kesilapan yang kita dah lakukan sebelum ni”

“tujuan tu tidak menghalalkan cara ukhtie. Tujuan mahupun cara semestinya disusun berpandukan hukum Allah, bukannya hukum yang kita gubal sendiri. Untuk menegakkan yang halal, perlu melalui cara yang halal. Ana rasa ukhtie pun tahu sama, tujuan kita baik, nak melahirkan ‘ruh2 baru untuk meneruskan mata rantai perjuangan’ di sini, tapi cara yang kita gunakan ni tak betul ukhtie. Maafkan ana, ana juga masih mencari cara yang halal dan betul untuk kita teuskan usaha murni. Ana tidak salah kan sahabat ana yang lebih ‘arif mengenai urusan sistem, Cuma terkadang, bila sistem dah betul, ahli2nya pula tersalah dalam melaksanakan sistem yang sememangnya dah betul.”

“perjuangan memerlukan pengorbanan, itu yang selalu kita ucapkan. Betulkan?” saya mengajukan soalan, memberikan ruang kepada sahabat saya untuk bersuara.

“ya...” – jawabnya ringkas.

“ana tak kata ungkapan ni salah ukhtie. Bahkan ana menyokongnya. Semestinya perjuangan yang kita lakukan memang akan menuntut pengorbanan, tak kisahlah, duit, masa, tenaga, dan sebagainya. Dalam usaha nak teruskan perjuangan kita pasti akan di uji. Pendek kata, ada ujian yang akan menyusuli perjuangan kita. Bagi mereka yang menerima seruan perjuangan kita kan tabalkan mereka sebagai pejuang yang berani, tapi bagi mereka yang menolak sementara seruan tersebut, boleh jadi di tabalkan sebagai penakut, tak berani nak sahut ujian2 dari Allah yang akan menimpa lantaran dari perjuangan yang dilakukan. Ujian tu boleh dalam pelbagai bentuk, bukan hanya dalam satu bentuk saja. Ujian yang selalu yang kita tafsirkan dalam sebuah perjuangan adalah apabila kita mendapat tentangan atau pun halangan dalam usaha hendak melaksanakan visi dan misi kita dan seterusnya mencapai kemenangan. “sabar, inilah ujian dari Allah dalam perjuangan kita”. Ini bukanlah tafsiran yang betul mengenai “ujian” perjuangan kita ukhtie.”

“maksud ukhtie? Apa tafsiran yang betul?” – dia mula bersuara, seakan tidak puas hati dengan apa yang saya katakan.

“kesalahan utama kita adalah kita gagal dalam merancang strategi yang betul. Kenapa gagal? Sebabnya kita ni bertindak membuta tuli. Terlalu turath dengan cara2 yang sabiq. Keadaan sekarang tak sama seperti keadaan masa lalu. Zaman pemerintahan dahulu tak sama seperti zaman pemerintahan sekarang. Ukhtie dapat ‘tangkap’ maksud ana kan?. Bila ada masalah dalam usaha nak teruskan strategi yang dah dirancang : takpa, itu ujian dari Allah untuk kita. Jangan bermain kata dengan makna ‘ujian’ yang sebenar, mealinkan kita sudah merancang strategi sedalam2nya, kita mengambil berat dengan semua pandangan yang diberikan, kita merancang untuk kemaslahatan yang berpanjangan, bukan jangka masa pendek, bila semuanya dah dilakukan dan kita gagal dalm melaksanakan, itu baru dinamakan ujian!”

“ukhtie nak tahu, dulu ana selalu kata, “jangan kata nak berjuang kalau takut pada risiko”. Satu teori yang boleh diguna pakai oleh pejuang berani mati. Namun, kita berfikir sejenak ukhtie, ukhtie pernah kata kat ana, seharusnya praktikal lebih hebat dari teori dan bukan sebaliknya. Ya, ana akuinya ukhtie. Itulah kita, pejuang yang masih berdarah muda, baru di peringkat awal lagi. Tak salah ukhtie. Ada benarnya .namun berani atau takut bukanlah menjadi ukuran utama dalam percaturan sebuah perjuangan, apa yang menjadi ukurannya adalah bijak! Dan itu juga merupakan salah satu senjata utama dalam sebuah peperangan. Mungkin ada yang tidak bersetuju bila ana kata camni, namun takpa lah, kita masing2 punya pandangan masing2. Ana bagi satu contoh, untuk menghadapi suatu peperangan, antara dua : seorang berani tapi bodoh, dan seorang lagi bijak tetapi penakut. Apakah kita tidak boleh dahulukan yang penakut tetapi bijak? Kenapa? Boleh jadi dia akan dapat merancang strategi yang hebat untuk menumpaskan musuh agar kita tidak tersilap langkah dalam usaha untuk tumpaskan pihak musuh seterusnya mencapai kemenangan yang sebenar. Bukankah zaman baginda saw dahulu pun, sebelum nabi saw hendak keluar berperang melawan pihak musuh, nabi akan mengaulakan perancangan dan strategi terlebih dahulu”

“hmmmm~” – saya menghela nafas. Seakan berat untuk diluahkan. Lagi2 dia adalah sahabat yang paling saya sayang.

“ukhtie, kemenangan itu, bukan hanya kemenangan semata. Ana tahu ukhtie, seharusnya kita bersatu dalam berjihad, tidak perlu takut untuk perjuangkan keamanan. Namun kita perlu lihat pada beberapa aspek yang penting juga. Ramai pejuang Islam hari ni kurang sedar dengan hakikat “ kemenangan bukan kemenangan” malah ada yang tergelincir dari landasan pengertian yang sebenar. Kadang2 apa yang kita sangkakan kemenangan hakikatnya bukanlah kemenangan. Kebenaran itulah adalah kemenangan utama ukhtie.”

Saya memandang wajah sahabat saya, seakan keliru dengan kata2 saya.

“ya.. jika kita singkap kembali sejarah pejuang2 Islam terdahulu membuktikan bahwa kalah dan menang bukan soal mata pada pandangan mata manusia. Soalnya, adakah mereka benar2 berpegang kepada kepada kebenaran untuk menggapai kemenangan dengan cara yang betul dan halal ataupun tidak. Jika jawapannya “ya”. Mereka tetap dikira menang walaupun kalah hanya pandangan manusia. Sekiranya kita ingin menang di akhirat, biarlah kemenangan kita adalah disebabkan hati yang selamat, cara dan jalan yang diredhai menuju syurga Ilahi. Bagi mereka, “yang menang itu adalah benar dengan cara yang betul dan begitulah sebaliknya” tapi selalunya yang akan kita dengar mengikut ukuran manusia, “ yang menang tidak semestinya benar, dan yang kalah tidak semestinya kalah”. Hakikatnya, dari sinilah menunjukkan terkadang umat Isalm lebih memerlukan “pejuang berani hidup” berbanding “pejuang berani mati”. Untuk hidup dan menegakkan kebenaran kekadang lebih sukar dan mencabar berbanding untuk mati dalam usaha untuk meraih kemenangan”

“ana rasa dah terlalu banyak yang ana cakap ukhtie. Ana harap ukhtie faham ya. Berilah ana masa, mungkin ada khilaf dari apa yang ana katakan. Soal ana nak join atau tidak, ana rasa buat masa ni tidak. Lagi pula, masanya bertembung dengan urusan yang lain. Kedua2 penting, tetapi urusan itu lebih aula berbanding yang ini.”

“takpa, syukran ukhtie. Maaf sekiranya ana buat ukhtie terasa dengan soalan ana tadi”

“la ba’s. Ukhtie berhak untuk bertanya dan beranggapan. Namun jangan terlalu berprasangka ukhtie. Sebabnya Allah sendiri melarang kita untuk berprasangka. Dan satu lagi ukhtie, "وَلاَ تَقْفُ مَا لَيسَ لَكَ بِهِ عِلْمُ إِنَّ السَّمْعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسئُولاً" (لأسرا: 36)

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

“rujuk balik ye”, sambung saya sambil menguntum senyum.

“syukran atas nasihatnya ukhtie. Rindu kat senyuman ukhtie.”

“afwan...”

“Liqo” petang itu kami akhiri dengan saling bermaafan. Sepertinya sahabat saya memahami apa yang cuba saya sampaikan, namun sebaliknya allahu’alam. Biarlah saya digelar pengecut dan penentang sekali pun, gelarlah, dan katalah, namun ingatlah, Allah sekali-kali tidak meredhai perbuatan yang menyalahi hukum2 yang telah ditetapkanNya. Jangan hanya hendak memperjuangkan hak kita, kita meminggirkan hak2 pihak yang lain. Jangan hanya hendak meraih kemenangan untuk “kita”, kita pinggirkan kemaslahatan umum untuk jangka masa yang panjang.

WALLAHU'ALAM

6 comments:

akubudakbarubelajar said...

saya setuju ngan ungkapan "berani hidup kadang lebih perlu daripada berani mati".. em, betulkah yg kita ni tidak dibenarkan taklid? mcm mana ngan solat, misalnya, bukankah sewktu kanak2, kita msh belum tahu apa2 mengenai solat, dan selalunya, kanak2 belajar solat adalah taklid kpd imam yang menjadi solat, dengan mengikut sgla pergerakan yg di lakukan imam. adakah organisasi yg awak mksdkan adalah "jamaah"???

Anonymous said...

drpd kata2 ko ni, aku tgk cam ko nk mufaraqoh dr "organisasi" yg ko join je... he he he, xpe2.. jgn ta'sub dgn "organisasi" ko tu dah la yea. sekdr teguran bersama.

ros_'aien said...

to anonymous...

salam..

ni nk tnya ni, tang mana pla yg hang nmpk penulis ni nk mufaraqoh? bca bg abis ar apa yg ditulis. dia x ckp pown kn dia nk mufaraqoh...

Anonymous said...

banyakkan membaca..baca n kaji tentang recip tayyip erdogan

abna' said...

klu mgikut cerita ni, bg saya penulis bersalah krana x bgtau awal2 n berterus-terang yg dia x dpt join prog..

hancurnya kesatuan sesebuah organisasi krana tiada ktaatan kpd pimpinan serta tidak berterus terang dlm sesuatu perkara yg tdk dsepakati (luah perasaan kt blog adalah tndakan kurang bijak)

amriena said...

salam 'alayk jami'an...

to : akubudakbarubelajar

emmm dalam soal bertaqlid, dalam hal2 berkaitan feqah, di benarkan tapi dalam hal2 berkaitan 'aqidah, x di benarkan...

to : anonymous

mufaraqoh??? em maaf x terniat pun nak mufaraqoh, cumanya mungkin futur sikit dalam meneruskan perjuangan liLLAH.. huhuhu.. saya juga manusia biasa (~_~), bila masa2 boleh lakukan kesilapan... syukran atas teguran untuk tidak ta'sub dgn jemaah yang saya ikut...

to : ros_'aien

tq fren.. sudi jenguk blog aku.. huhuhu...

to : anonymous

syukran juga atas saranannya cumanya saya x sure saranan awak tu sbnrnya tuk sapa ya??? saya or "org" yg komen artikel yg saya tulis??? apa pun tq ea =)

to : abna'

emmm awak ni "shbt" saya ke? huhuhu x kesa lah awak sapa pun, tq sudi baca artikel ni... sbnrnya seseorg tu kan post dalam blog sekiranya pimpinan tersebut mahu menerima pdgn org bawahannya.. tp mslh timbul apabila pimpinan hnya membwa "kepala" sndri tanpa mengendahkan pdpt ank buahnya. itukah salah satu ciri pimpinan yg terbaik???? allahu'alam... sndri ble fikir... artikel ini hnya sbg pengajaran buat sesipa saja yg meng'intimakan diri dlm jemaah... nak berjuang biar kena pd tempatnya. msg2 punya manhaj n pendekatan masing2... so lakukan mengikut mnhj msg2 selagi tidak melanggar apa yg ada dlm al-Quran dan sunnah.. wala'pada pimpinan? maaf, sy xnk ulas sal tu.. huhuhu hnya itu yg ingin saya katakan pada enta/ti... pa2 pun, syukran atas teguran.. =)

maaf atas kelewatan mereply komen2 korang...

syukran...