SEKADAR INGIN BERKONGSI...

Bismillahirrahmanirrahim...
syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah rahmat Rabbul 'Izzati serta inayahNya, masih mampu bernafas seperti hari2 yang telah berlalu. Alhamdulillah... saya ingin mengambil sedikit ruang untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat2 ( ... xda idea nak bagi tajuk apa : “sekadar ingin berkongsi...” saja yang terdetik di hati kecil saya ) walaupun pada hakikatnya kesempatan masa yang saya ada adalah “nyawa2 ikan”.. sibuk dengan aktiviti2 tertentu dan sekarang pula musim “assigtment” berlambak2.. minggu presentation pun sudah bermula. Itulah adat dalam menuntut ilmu. Mahasiswa universiti la katakan. Huhu~ “alwajibat aktharu minal auqot”.

Oleh kerana tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada penghafalan, ( belum masanya kot –he~ ) saya pun mengambil keputusan untuk mengusik2 keyboard laptop kesayangan.. huhu~ alang2 dah buka, ada baiknya saya kongsikan sesuatu untuk tatapan bersama. Namun kehendak di hati bukan hanya untuk tatapan semata2 tapi ambillah ‘ibroh daripadanya. Ingin saya mengajak sahabat2 untuk kita tinjau dunia luar untuk sementara waktu...

Sejak kebelakangan ini, saya kurang meluangkan sedikit masa untuk membelek2 akhbar, sehinggakan saya seperti “katak di bawah tempurung”.. namun saya tahu terdapat banyak isu2 panas yang dihidangkan untuk kita tidak kiralah melalui akhbar mahupun media elektronik. Isu penangkapan Dr. MAZA, isu pengharaman purdah yang diwar2kan media elektronik sehingga menimbulkan tanggapan buruk terhadap seorang ulama’ besar, dan yang ter’latest’ isu yang di ketengahkan terhadap Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat. sebagai seorang pelajar juga rakyat malaysia, penting bagi saya untuk mengetahui isu2 semasa yang berlaku dalam negara malaysia.

Tanggal 04hb Disember 2009, buat pertama kalinya saya bersama beberapa sahabat saya mengikuti satu perhimpunan aman. Tujuan himpunan aman tersebut diadakan adalah untuk menyokong kepimpinan beliau sabagai MB kelantan. TG Nik Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak adalah sebagai “ melanggar keadilan asasi “. ( huhu~ bukan hendak berbicara soal politik ya )Namun hakikat kehidupan peristiwa silam berulang kembali, ketika mana suatu ketika dahulu rakyat Terengganu menerima nasib yang sama seperti apa yang di alami rakyat kelantan kini.

pada awalnya, saya sendiri tidak merancang untuk menghadiri perhimpunan tersebut, sekadar ingin melepaskan “tension” berjalan2 di Kota Bharu ( punya “hadaf”nya juga ), namun siapa yang mampu menghalang kuasa Maha Esa, jasad yang bergabung dengan ruh ini sampai juga di tempat kejadian, tambahan pula melihatkan reaksi seorang sahabat saya yang begitu teruja hendak pergi sebaik sahaja saya memaklumkan bahawa keesokannya ada demonstrasi selepas ceramah TG. “ eh, aku nak pi lah” saya tersenyum. “ok, jom” balas saya ringkas. Keesokan harinya, tepat jam 8 pagi, kami pun bertolak keluar menuju ke KB. “jam nya jalan” saya bermonolog sendirian. “mesti nak ikut demo ni”, sahabat saya bersuara, memecah kesunyian, seakan menjawab kata2 saya. Setibanya di KB, subhanallah, pusat bandar KB penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan TG Nik Aziz.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, namun itu bukanlah alasan untuk menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir sama menyatakan kasih dan sayang mereka kepada TG. Saya sendiri bukanlah insan yang terpilih untuk lahir di bumi serambi Makkah ini, namun jauh di sudut hati kecil saya, alangkah ruginya sekiranya kita melepaskan seorang tokoh agama yang sangat hebat dilucutkan dari jawatan tersebut. Di hari kejadian pelbagai sepanduk dapat dilihat – ‘kita sayang Tok Guru’ , ‘kami menyokong kepimpinan tok guru’, dan yang paling menarik perhatian saya adalah kain merah yang bertulis “we luv tok guru”. Saya menantikan kain itu untuk sampai ke arah saya dan sahabat2, tetapi sayangnya, hanya insan2 terpilih sahaja yang dapat memakainya. Teringat pula kisah dulu2.. huhu~

Sebagai seorang insan bukan kelahiran kelantan, namun sebagai saudara semuslim saya juga punya hati dan perasaan seperti apa yang di rasakan mereka, mutakkhir ini kelihatan seolah-olah kerajaan Kelantan dibawah pimpinan TG semakin dihimpit masalah. Seluruh peluru media kerajaan pusat semakin galak membawa isu-isu yang boleh menampakkan keburukan kepimpinan beliau khususnya dan kerajaan negeri amnya. Sememangnya, bukan hendak berbicara soal politik yang melibatkan beberapa pihak tertentu, kerna saya tahu keterbatasan saya sebagai seorang pelajar. bukan maknanya saya menganggap politik itu tidak penting, namun belum masanya untuk saya berbicara mengenainya.. Hanya kerana saya berbicara mengenai TG saya dilabelkan sebagai penyokong PAS dan menganggap itulah yang terbaik. Sesiapa pun berhak memilih mana yang terbaik untuk diri masing2, dan saya tidak punya hak untuk menentukannya bagi orang lain. Kalah menang bukanlah ukuran utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara, tetapi apa yang lebih penting dan kekal adalah sehingga ke liang lahad kita, siapakah sebenarnya yang memperjuangkan kebenaran jua ke'adilan. namun, apa yang ingin saya katakan di sini adalah kepimpinan ulama' yang semakin di perlekehkan. sekiranya kita punya rasa cinta yang mendalam terhadap ulama’ kita pasti tidak akan membiarkan ulama’ terus di perlekehkan. Dunia kejahilan di akhir zaman sudah semakin kelihatan di hadapan mata kita.

Lembutnya lidah mengaku kita adalah seorang muslim tetapi sejauh mana penghayatan kita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, selain solat 5 waktu sehari semalam, puasa bulan ramadhan, haji, serta kita dituntut juga menegakkan syariat Allah termasuklah hukum2 Islam. Bercakap soal hukum dan undang2, pihak yang melaksanakan hanya yang mempunyai kuasa dalam negara namun sejauh mana syariat Allah itu sudah ditegakkan? Tepuk hati tanyalah diri saya, anda dan kita. Hakikatnya, mereka yang diberikan kuasa memerintah negara sekarang tidak berusaha kearah itu, tidak menyokong usaha-usaha meletakkan Islam sebagai 'DEEN'. Malah yang amat menyedihkan dan membimbangkan sekali Sunnah Nabi di persendakan, Ulama’ diperlekehkan, masalah sosial semakin tenat, ditambah pula dengan budaya fitnah yang berleluasa.
Sebelum isu TG muncul, hati sudah mula terguris bilamana para ulama’ diperlekehkan dan dipermainkan. Inilah bahananya bilamana pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab. Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Berikutan dari isu purdah yang berlaku di Mesir, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Sebelum ini sudah ada yang memberikan nasihat, sekiranya berita dan akhbar melayu mengeluarkan pernyataan kontroversi tentang pendapat ulama’ maka perkara pertama perlu di ambil perhatian oleh sang pembaca lalu pasakkan dalam minda “boleh baca namun jangan terlalu cepat untuk mempercayainya”. Tidak takutkah kita dengan hukum Allah kerana sering mempermainkan para ulama? Tepuk dada tanyalah iman anda! Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan dipermainkan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka. Kalau ya pun inginkan akhbar picisan mereka terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama’ sehingga sedemikian rupa.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama’ terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Seharusnya kita memahami bagaimana sebenarnya sikap sebenar seorang ulama itu dan mereka itu adalah golongan yang tidak cepat menghukum. Perlunya bagi kita meletakkan adab yang tinggi terhadap para ulama’.
ingin saya mengajak sahabat2, hormatilah pensyarah2 kita, guru2 kita, juga pendidik2 kita. mereka ibaratnya "ulama" bagi kita. bila kita menjaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita. dan bila kita menjaga hak pensyarah kita, mereka juga akan menjaga hak kita. sayangilah mereka, kerna mereka juga menyayangi kita, malah sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi kita. janganlah melakukan sesuatu perkara yang boleh menyakiti mereka, sehinggakan mereka tidak meredhai kita dengan 'ilmu yang telah di curahkan kepada kita. tanpa mereka, kita tidak akan dapat kecapi kejayaan yang kita miliki sekarang selain ianya datang dengan izin Allah swt.
mungkin ada yang mengatakan saya berceloteh entah apa2.. namun seperti kata tajuk yang tertera di atas : “sekadar ingin berkongsi” apa yang terbuku di lubuk hati saya. Hendak di pendam takut menjadi semakin parah. Huhu~...

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Akhir kalam, maaf sekiranya ada yang terasa dengan setiap butiran tutur kata saya. Hanya sekadar luahan hati saya, tidak punya niat untuk menyakiti mana2 pihak. Mohon maaf di atas khilaf. Doakan saya untuk tabah menghadapi hari2 seterusnya, kerna saya tahu, seorang hamba akan diuji dari setiap apa yang dia telah katakan..

Syukran...

Faqirah lillahi...
- aku manusia biasa -

2 comments:

Haulid Al-Hararr said...

Eh sempat post artikel lg..ana pn tak sempat nak menaip,banyak sgt kerja..suma gara2 buat keje last minute..huhu~

Mcm ada kaitan dengan post terbaru ana..cume ukhti mengupas dengan lebih mantap..hebat..;)

rasyada said...

em~ hamdulillah akhi haulid.. separuh keje da siap. tu yg sempat post lg. hu~. xdala, dah lama taip just x post gi. akhi lagi hebat dr ana.. =)