GEMA PANGGILAN JIHAD

Ketika panggilan jihad mula bergema,

Di mana saja pun kamu berada,

Sahutlah panggilan tuhan mu,

Sahutlah panggilan nabi mu,

Sahutlah panggilan agama mu,

Bertemankan lafaz indah.. Allahu Akhbar!!!

Umat Muslim ku…

Jawablah panggilan jihad itu..

al-Quran menjadi pedoman,

sunnah menjadi ikutan,

Tentangilah kedzaliman!

Perangilah kemungkaran!

Banterasilah kemaksiatan!

Robohilah penindasan!

Dengarkanlah panggilan jihad itu…

Tegakkanlah paksi keadilan,

Ma’murkanlah dunia dengan kema’rufan,

Agar bisa kita tingkatkan ketaatan…

Teman seIslam ku…

Hembuskanlah semangat juang,

Tiupkanlah semangat jihad,

Bisikkanlah semangat perang,

Bangkitlah dari lena,

Tembusilah segala ruang yang ada,

Kuasai seluruh bidang yang tersedia,

Bersatu dalam barisan menyahut seruan yang Esa,

Kuatkanlah hati dan salurkan seluruh tenaga,

Menuju cita dan matlamat utama kita,

Syahid demi Islam ku yang tercinta.


Allahu akhbar!!!!



*idea di pagi hari... huhu...


_ waznah alhamraa' _

[ 10 dzulhijjah 1431H, 16 nov 2010 ]

3 comments:

Mujahid Mata Kuyu said...

teruskan melangkah dengan keunggulan akidah yang jitu
menggenggam jiwa kesatria
merentas enigma
ayuh!
pacu kekuda melangkau benua
terbangkan sayap hud-hud sejauh pandangan mata
kerana aku adalah pemegang kunci keadilan..

aku seorang mujahid bermata kuyu...

(~_~)

Unknown said...

buat ukhtie yang bucuk (hehe, la taghdob)

Jalan dakwah ini bukanlah jalan mudah.. jalan yg sgt jauh..sgt2 memerlukan pengorbanan. Namun, janji Allah pada hambaNya takkn dimungkiri. Berkali-kali Allah ulang pembalasan bagi org2 yg beriman dan mengerjakan kebaikan akan dibalas ngan syurga. InsyaALLAH andai kita benar2 mendapat rahmatNya itu…

Namun, harus kita ingat, kita tak boleh merasa kita dah cukup bagus atau up cket dari orang lain apabila kita buat keje dakwah ni. Malahan sepatutnya kita harus sentiasa check niat kita, amalan kita. N Allah sentiasa uji tahap keimanan kita…

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.

Semoga Allah teguhkan hati kita utk kekal di jalan dakwah ini…

_ alhamraa'_ said...

mujahid mata kuyu~ akhirnya kamu mengaku jua ya..

naielah : hang la bucuk + comot =)
kami slalu dgr, merentasi jalan dakwah tidak akan di hamparkan kapet merah.. huhu~ betui la, niat tu penting sbnrnya, takut2nya kita gah ngan dakwah yg kita bawa, tp x diredhai Allah, wal 'iya zubillah..