hati.. di mana bisa ku temuinya??

selesai menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah di musolla, ahli jamaah di sajikan pula dengan sedikit perkongsian ilmu, atau lebih mesra di sebut tazkirah. jika kita yang belajar ilmu agama tentu sahaja bagi kita tazkirah itu adalah perkara azali, yang mana setiap muslim memerlukannya. bukannya apa, kadang-kadang suasana yan membentuk kita, kadang-kadang kita pula yang membentuk suasana tersebut. dan terkadang itu jugalah kita akan tersasar sedikit dari landasan kehidupan seharian kita dalam menangani perjalanan hidup, ke arah kebaikan atau sebaliknya.



dan sejak akhir-akhir ini juga bilangan jemaah solat fardhu semakin bertambah dan mereka turut sahaja mendengar tazkirah yang di sampaikan. Alhamdulillah, mungkin sahaja terasa diri kekurangan ilmu atau rohani menjerit pedih terasa kehausan yang amat sangat. pengisian rohani, dari masa ke semasa. atau mungkin sahaja di sebabkan timbul kesedaran di saat tempat saya belajar kini juga sudah di kuarantin di sebabkan wabak h1n1, peringatan Allah buat sekalian manusia sebenarnya. tapi kesedaran itu jangan hanya bila kita di timpa musibah, bila di ulit kesenangan, kita lupa pada Maha Esa. itulah manusia yang alpa. ( astagfirullah ya Allah ). semoga musibah yang Allah timpakan kini menjadi pengajaran kita untuk hari seterusnya, dan moga-moga musibah ini menjadi kifarah dosa kita di hari depan kelak. amin.



walau pun tazkirah yang di sampaikan hanya memakan masa tidak lebih dari 10 minit tapi input yang di berikan amatlah berguna. mengenai masa, yang mana manusia terkadang tewas dengannya. benarlah pepatah arab : waktu itu umpama pedang, jika bukan kamu yang memotongnya maka dialah yang akan memotong kamu. jika kita tadabbur juga surah al-'asr yang menyebut bahawa manusia itu sentiasa berada dalam kerugian melainkan dalam dua keadaan iaitu mereka yang sentiasa melakukan amal soleh ( amalan yang baik ) berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga kesabaran. tafsir yang lebih mendalam tidak akan aku huraikan kerna aku juga masih dalam proses belajar, mungkin sahaja dalam entri seterusnya akan ku perjelaskannya walau ilmu yang ada hanya setitik dari selautan ( memerlukan perbincangan dengan yang lebih 'alim ).



selang beberapa saat aku dimaklumkan salah seorang sahabat ku telah kehilangan ayahnya. innalillahi wa inna ilaihi rajion. ( sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya juga kita akan kembali ). salam takziah buat temanku. lantas dari itu kami mengadakan bacaan yaasin beramai-ramai untuk di sedekah buat arwah dan seluruh umat Islam yang telah kembali pada-Nya, juga moga-moga mendapat perlindungan dari Allah serta di berikan kesembuhan kepada sahabat-sahabat yang di sahkan positif h1n1. seusai membaca yaasin, kelihatan ahli jemaah masih duduk di tempat masing-masing seperti menunggu sesuatu.



aku melihat sahabat di sebelah ku , tersenyum.. " tak nak bagi pengisian ke?". aku terdiam. selapas beberapa saat aku pun bersuara : " saya ada sedikit pengisian. kita kongsi sama-sama. andainya saya silap tegur saya ". aku meneruskan kalam. tajuknya di mana kita bisa menemukan hati kita, insyaallah. jika kita lihat, pada hakikatnya cahaya boleh menyinari hati bersumberkan pada 3 pancaran iaitu cahaya al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. teringat kepada kata-kata imam Al-Ghazali," carilah hati kamu pada 3 tempat tersebut : pertama ketika menunaikan solat. kedua : ketika membaca al-Quran. ketiga : ketika banyak mengingati mati. jika pada 3 tempat tersebut kamu tidak menemukan hatimu, maka mohonlah pada Allah untuk memberikan hatimu kerana pada ketika itu kamu tidak memiliki hati kamu "



ibnu al-Qayyim rahimahullah berkata : " ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirinu hanya pada Allah. ketika manusia mencari kebahagiaan jadikanlah dirimu bergembira hanya kerana Allah. ketika manusia pergi berhadapan dengan raja atau pemerintah pergilah menuntut hajatmu hanya kerana Allah ". sesungguhnya ibadah yang mendekatkan diri manusia kepada Allah adalah ketika bersujud dalam solat, bila kita ikhlas dalam berdoa, insyaallah doa yang di panjatkan tidak akan di tolak dan sembahyang itu adalah proses untuk kita melakukan pembersihan diri dari segala dosa secara terus menerus.



namun adakah bila kita tunduk sujud itu, adakah hati kita juga turut tunduk sujud menyembah Allah?? solat yang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang redha sekali gus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba melakukan amal soleh dan membina kehidupan di dunia untuk kebahagiaan di akhirat. solat juga menjaga seseorang itu dari ancaman godaan dunia yang melekakan dan ianya salah satu cara untuk kita mengingati diri agar bijak merancang hidup yang selamat di dunia dan juga di akhirat.



kejayaan seorang hamba itu sebenarnya bergantung kepada sejauh mana usahanya mengenal Allah dan jalan yang terdekat adalah dengan mempelajari al-Quran. kejayaan yang di maksudkan adalah sejauh mana seseorang itu mengikat dirinya dengan Allah dengan ikatan yang kuat. maka al-Quranlah menjadi penguat antara seorang hamba dengan Allah Taala. melaluinya manusia bisa memilih dan membezakan mana yang haq dan batil, mengetahui jalan yang terang berlandaskan petunjuk al-Quran. meneroka dan mengurus diri dan masyarakat melalui bimbingan wahyu. kejayaan atau kegagalan itu sebenarnya bermula daripada usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalamNya suci.



pernah tak kita merancang bagaimana caranya kita bisa menghabiskan masa muda dan melewati usia tua dengan ketinggian ilmu akhirnya merancang untuk mati dengan tenang? yakinlah, dengan memperbanyakkan mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menimbulkan rasa takut dan pengharapan yang tinggi kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. jika ramai manusia yang berlumba-lumba menghadiri pesta keramaian, adalah tidak salah bagi kita untuk menjadikan ziarah kubur itu juga sebagai rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian. sebagaimana yang dilakukan oleh baginda SAW yang lazimnya menziarahi kubur dan mendoakan kaum muslimin siang mahupun malam.



sabdanya juga ketika di tanya siapa orang yang bijak? lalu baginda SAW menjawab : orang yang paling banyak mengingati mati.



dengan membaca al-Quran, menunaikan solat dan sentiasa mengingati mati, seorang muslim yang mu'min dapat melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya, namun bagaimanakah pula keadaannya bagi orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini? mungkin sahaja hidupnya hampa, jika kaya sekalipun pasti merana, miskin pula akan lebih tersiksa, jika jahil tersesat, dan 'alim sekalipun ilmu yang di milikinya tidak akan bermanfaat.



pengisian yang ku kira tazkirah itu juga ku akhiri dengan mengajak sahabat-sahabat ku menghayati dan mentadabbur maksud firman Allah dalam surah al-Hadid : 16 yang bermaksud : "belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun kepada mereka ".


lagi sepuluh minit sebelum masuknya waktu 'isya aku pun menutup tazkirah ku dengan bacaan surah al-'asr dan tasbih kaffarah, membuka ruang untuk teman-teman yang lain memperbaharui wudhu' masing-masing.


wallahu'alam.

No comments: