orang ibadah vs orang politik?

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, dah masuk ramadhan yang ke-10. masih di panjangkan umur, di murahkan rezeki untuk mengecap nikmat pahala di bulan kareem ni, Allahu Akram..
sedikit perkongsian di alam maya ni.. untuk sama2 kita renungi..
[pembezaan yang ditonjolkan oleh musuh Islam]
Terdapat dikalangan ummat Islam mereka bertanya, "Mengapakah terdapat dikalangan orang-orang kita yang aktif di medan politik lebih daripada ibadah?". Mereka ragu dengan gerakan dan kebangkitan Harakah Islamiyyah yang menyeluruh, kononnya ia tidak ada hubungan dengan pengertian Islam yang sebenar. Malah mereka menganggap ianya satu penyelewengan dari penghayatan Islam yang sebenar.Islam tidak membezakan antara orang-orang yang beribadat di mihrab-mihrab masjid, yang mengeluarkan air mata kusyu' dan tawadu' kepada Allah, dengan orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, baik dengan menggunakan air liur, dakwat pena, malah dengan peluh dan darah yang mengalir demi kecintaan mereka terhadap Islam.Al-Imam `Abdullah al-Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beribadat di Makkah dengan meninggalkan jihad:

"Wahai saudara yang sedang beribadat di tanah suci,Kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui,Saudara hanya bermain dengan ibadat,Siapa yang pipinya yang berlumuran airmata,Maka leher kami berlumuran darah,Kalau kuda mu penat didalam kebatilanMaka kuda kami penat di medan perang."

Sesungguhnya membezakan antara orang yang beri'tikaf di masjid dengan mereka yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara Islam, yang pertama dinamakan orang agama atau orang dakwah yang menghayati Islam, dan yang keduanya dipanggil orang politik yang berjuang untuk kepentingan duniawi, adalah pembezaan yang ditonjolkan oleh musuh Islam. Ini menunjukkan betapa jahilnya orang Islam jikalau mereka terpadaya dan terpengaruh dengan pengtakrifan ini!Petikan dari buku "Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah" oleh TG Hj Abdul Hadi Awang, Dewan Pustaka Fajar, Bab 1 dengan sedikit perubahan bahasa sesuai dengah peringatan ringkas

p/s : Namun ada pihak yg tersilap
n kurang jelas tentang bagaimanakah
konsep perjuangan yang sebenar.
Sometimes willing to sacrifice
Without sensibility,
logical N rational

Pendek kata : hidup biar ada isi,
Bukan buat kontraversi.

wallahu'alam...





Post a Comment