lebih baik berlapang dada daripada sakit dada...

" Kalau seseorang memiliki sifat sombong, walaupun ia salah, sangatlah berat baginya untuk meminta maaf kepada orang yang dijahilinya dan juga sangat sukar baginya untuk memberi maaf kepada yang meminta maaf. Allah Swt mengingatkan kepada kita agar berlapang dada dan saling memaafkan, bukankah kita ini selalu mendambakan ampunan-Nya, Yang Maha Pemaaf itu? " (QS 24 : 22)

Salamatus sodri ( bahasa arab ) atau berlapang dada... tidak ingin aku jelaskan makna di sebalik kalimah ini, namun bagi aku sendiri, penggunaan kalimah tersebut masih gagal di praktikkan di kalangan para penggerak da’wah masa kini. Bukan sekadar omongan kosong, namun inilah hakikat kehidupan yang sedang berlaku dalam sesebuah kumpulan, parti atau seangkatan dengannya, melihatkan berlaku banyak konflik untuk berinteraksi sesama penda’wah dalam tugas-tugas seharian, gholiban, tidak di tangani secara positif dan membina sebaliknya boleh membawa kepada perpecahan dan keretakan sesama ahli gerakan atau mereka yang mengaku sebagai seorang da’ie.

Masalah-masalah hati yang masih bersarang seperti bersangka buruk sesama teman seperjuangan, mengumpat tentang ‘aib orang, iri hati jelas menunjukkan program-program latihan yang di laksanakan atau di jalani tidak memberi kesan yang baik atau belum mampu menanggalkan sikap-sikap negatif yang ada dalam diri setiap individu sehinggakan terkadang boleh menjadi virus ( bukan virus h1n1 – na’uzubillah ) yang boleh merosakkan akar ukhuwwah islamiyyah yang suci. Mungkin saja penyakit-penyakit tersebut tidak tertapis dengan sebaiknya sebaik saja bai’ah untuk sentiasa bersama-sama memikul beban da’wah, susah senang bersama.. malah ianya terus di serap masuk ke dalam gerakan islam yang sudah semestinya memerlukan’amilin yang “sihat” sepenuh dalamannya.

Apa yang perlu dilakukan?

Sekiranya kita renungi penyakit dalaman ini sudah pasti tiada ubatnya seperti penyakit luaran yang ubatnya mudah saja kita perolehi di hospital, klinik atau farmasi. Ubat hasad dengki? Iri hati? Apa ubatnya? Mungkin kita perlu bersatu hati untuk sama-sama mencari UBAT yang paling mujarab dan tepat untuk mengubati para ‘amilin yang sudah terjangkit juga buat mereka yang belum di jangkiti penyakit dalaman tersebut.

perincikan kembali apakah yang di maksudkan dengan konsep berlapang dada?

Perkara ini seharusnya malah semestinya di lakukan oleh sesama ahli gerakan, kerna konsep ini bukan untuk kehidupan di awang-awangan tetapi dalam realiti kehidupan seorang penda’wah yang rata-ratanya terdiri dari individu yang berbangsa melayu bagi mencegah dari penyakit ini terus merebak pada masa akan datang.

Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan : bukan manusia ma’sum???

Suatu hakikat yang kita sendiri tidak mampu untuk menafikannya. Bukankah Allah telah menyatakan dalam kitab-Nya yang suci bahawa manusia itu secara fitrahnya di ciptakan dalam keadaan yang lemah? Kita manusia biasa, berbeza dengan para nabi dan rasul yang mana mereka itu adalah golongan di tempatkan pada darjat yang tinggi kerana mereka itu adalah golongan yang MA’SUM, tapi kita, makhluk ciptaan Yang Maha Khaliq, pasti saja akan sentiasa melakukan kesilapan, zahir dan batin, secara sedar ataupun tidak.

Hasutan syaitan, iblis la’natullah??

Perlu di ingatkan sekali lagi, dan sekiranya boleh, pasakkan sedalam-dalamnya dalam pemikiran kita bahawa manusia keturunan Adam akan mempunyai musuh sehinggalah hari kiamat, tidak lain tidak bukan SYAITAN LA’NATULLAHI ‘ALAIH.. sesungguhnya Allah telah menyebut dalam al-Quran syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi sekalian manusia. Angkuhnya dia di saat Allah memerintahnya untuk tunduk pada nabi Adam, bisa saja keangkuhannya itu di warisi oleh manusia sehingga sesat, angkuh.. sombong... ingatlah kembali pada wasiat Nabi SAW ketika baginda melakukan haji wida’, “syaitan telah berputus asa menyesatkan manusia dalam hal-hal yang besar tapi tidak pada hal-hal yang kecil”. Wallahu’alam.

SYAITAN tidak akan pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia untuk berpaling daripada menyembah Maha Ilahi.

Daripada dua persoalan tersebut bukanlah untuk mengajak kita untuk berputus asa dari memperbaiki diri dari semasa ke semasa, tetapi untuk menjadikannya sebagai muqaddimah kepada diri kita bagaimana kita mempraktikkan konsep berlapang dada?

- beri peluang untuk diri kita jua sahabat-sahabat untuk memperbaiki kesilapan yang lama, kecil atau besar.
HABLUMMINALLAH : hubungan dengan Yang Maha Esa dengan bertaubat.
HABLUMMINANNAS : hubungan sesama makhluk dengan kembali kepada yang haq.
Sepertimana kita juga mahu untuk di beri peluang untuk memperbaiki diri dari kesilapan yang telah kita lakukan.

- jangan hebahkan ‘aib atau kesilapan ( sekalipun ianya benar lagi menyakitkan )..
Tegurlah secara berhikmah ( lebih elok secara personal ). Ingat PENDA’WAH bukannya PENGHUKUM. Layaknya hanya Allah yang berhak untuk menghukum, menentukan dosa dan pahala. Seperti juga kita tidak akan rela ke’aiban kita di hebahkan.

- tutuplah serapat-rapatnya jurang permusuhan dan keretakan dan sentiasalah bersangka baik di kalangan para penggerak da’wah ( bagi yang dah baca buku fiqh awlawiyyah : menolak mahsadat dan mendatangkan maslahah )

Apabila salah seorang individu dalam sesebuah gerakan melakukan kesilapan atau kemaksiatan, selaku seorang yang mengaku SAUDARA yang di ikat atas IKATAN ‘AQIDAH, bertindaklah dengan segera, susun langkah-langkah dengan cermat, jangan terburu-buru, berpandangan positiflah. Ingat sahabat-sahabat, kita bukan PENDA’IE yang boleh MENGHUKUM sesuka hati kita. Perbetulkan SAHABAT SEPERJUANAGN KITA dengan penuh KESABARAN dan KASIH SAYANG.

“ berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran ”

Jika semua individu yang mengaku sebagai seorang da’ie mampu untuk menghayati maksud sebenar konsep berlapang dada, pasti barisan tentera syaitan dan musuh-musuh Islam yang sentiasa cuba merungkaikan tautan hati para pejuang Islam akan berasa hampa. Kerana kekuatan umat Islam adalah terletak kepada kesatuan mereka, dan kelemahan umat Islam itu adalah perpecahan dan hubungan yang rapuh dengan ALLAH SWT.

Ayuh para penggerak da’wah. Berlapang dadalah dengan saudaramu. Sesungguhnya Allah suka melihat hamba-hambaNya bersatu seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Put your trust in Allah... settlekan hubungan kita secepat yang mungkin dengan Allah

Wallahu’alam

Salam...

No comments: