KEFAHAMAN KITA??

Membelek-belek buku berkaitan dakwah, mengenai tarbiyyah dan juga siasah yang perlu ada dalam harakah islamiyyah, hati saya terasa lain benar rasanya, perasaan yang berlainan dengan perasaan saya sebelum ini mengenai ketiga-tiga skop tersebut, mungkin kerana tiada kefahaman, atau kurang kefahaman… ataupun terlebih faham???

Pembacaan yang berulang kali bukanlah satu pengulangan yang biasa tapi kini mungkin saja ianya meresap ke dalam setiap urat yang ada dalam tubuh yang kerdil ini… dengan cara mengkritik diri sendiri.. setiap persoalan yang timbul terbiar begitu saja tanpa ada jawapannnya, sejauh manakah kefahaman kita terhadap ketiga-tiga unsur tsawabit yang mana menjadi teras dalam pergerakan jua perjalanan sesebuah gerakan islamiyah yang meletakkan ISLAM sebagai dasar yang teratas dan landasan utamanya. Ingin saya memahami ketiga-tiga unsur ini secara lebih mendalam, dengan lebih terperinci.. namun, bagaimana caranya untuk membuktikan kepada diri saya sendiri, bahawa saya faham dan memahaminya semaksima mungkin???

Adakah benar apa yang terlintas???


Skop : dakwah, tarbiyyah, siasah


ruang lingkup : ilmu, amal, iman

penekanan : islam, iman, ihsan

tempoh : ta'arif, taqwim, tanfiz

matlamat : muslim, mu'min, muhsin


Betulkah ini yang kita atau yang saya faham?

Gholiban, apabila kita berbicara mengenai ketiga-tiga unsur ini, mungkin saja kita mencabar minda sendiri, berfikir secara mencapah… mengapa ketiga-tiga unsur penting dan tidak boleh dipisahkan daripada perkara dasar kepada perjalanan bagi sesebuah harakah islamiyyah. Di manakah titik permulaannya dan di manakah titik noktah yang terakhir? Bila saja berfikir sedemikian , dapat mengkoreksi diri adakah kita benar-benar faham?

Adakah dengan fahamnya kita terhadap ketiga-tiga unsur tersebut akan dapat membentuk individu muslim yang MUSLIM, malah MU’MIN yang MUHSIN?

Saya teringat kata-kata seorang ustaz saya, apa saja bahan bacaan yang kit abaca memerlukan pengulangan yang berulang… langkah seterusnya adalah dengan mengkaji, perlu di tadabburi maknanya sedalam-dalamnya. Sekiranya boleh, lakukan pengulangan sebanyak tiga kali. Analogi sama seperti kita melombong… bukankah semakin dalam penggalian kita, semakin banyaklah dan semakin bernilailah harga mineral yang kita ingin perolehi.

Samalah seperti KEFAHAMAN. Saya sendiri akui, ianya bukanlah sesuatu yang bersifat express, bisa di perolehi begitu saja… tutup mata, dah ada depan mata.. bukannya senang untuk di perolehi. Bukan sehari atau dua, malah bukan hanya dengan membaca satu dua buku saja. Tiada jalan pintas yang bisa kita ikuti dalam proses memperolehi kefahaman.

Timbulkan persoalan
:
saya yang bersalah? Atau buku yang bersalah?

Agak pening juga bila membaca buku maza ya’ni.. walau di ulang beberapa kali, tetap tidak memahami sepenuhnya apa yang cuba untuk di sampaikan. Bukan diri yang kerdil ini saja, teman-teman seperjuangan juga turut sama memberikan jawapan yang serupa seperti saya. Kenapa tak baca je buku yang lain? Apa buku yang lain tiada kepentingannya?

Namun apabila kita sama-sama renungi sedalam-dalamnya, bukanlah buku menjadi punca atau masalah utama. Tapi, andainya bukan buku yang menjadi masalahnya, siapa yang harus di persalahkan?

JANGAN MALAS UNTUK MENGULANG BACA

Kebiasaannya bagi seseorang individu itu, apabila membaca, menbaca dalam keadaan yang mana kita sendiri tidak tahu apa yang ingin di capai daripada pembacaan kita. Orang lain membaca.. kita juga turut membaca. Tapi bukan kerna kita ingin mencapai makna sesuatu perkara itu. Kesannya kita sendiri tidak tahu bagaimana menyusun prioriti buku-buku tersebut : buku mana yang di dahulukan pembacaannya… dan buku mana yang perlu di kemudiankan. Mungkin saja ianya Nampak remeh, tapi bisa saja member kesan yang sangat besar sekiranya mengabaikannya.

Antara kesannya, mungkin saja kita akan melompat dalam pembacaan. Buku D ini Nampak menarik, dan kita pun meninggalkan pembacaan pada buku C. tertarik saja dengan penuklis buku tersebut, terus saja kita membacanya tanpa menamatkan pembacaan buku sebelum itu. Alhasil, kedua-dua buku di baca sekerat jalan bahkan akan menimbulkan kecelaruan dalam minda sang pembaca.

Mungkin dalam banyak-banyak pembacaan kita, tercabar dengan penulisan asy-syahid Syed Qutb melalui bukunya yang bertajuk “ petunjuk sepanjang jalan ”. mengapa tidak, ( saya sendiri belum menghabiskan pembacaan buku tersebut ), namun isi kandungannya benar-benar menggetarkan jiwa dengan gaya bahasa dan penggunaan ayat-ayat yang tinggi, yang terkadang kita mengimbas kembali siapa kita sebenarnya? Adakah kita adalah muslim yang menganut Islam di sebabkan kefahaman kita atau sekadarkan ber”bin” atau ber”binti” seorang muslim fitrah dari status keluarga yang sememangnya muslim?

Mungkin saja kita boleh cabar diri sendiri untuk menyahut cabaran asy-syahid Syed Qutb untuk kita untuk membuktikan yang kita bukannya muslim hanya kerana keturunan kita sebagai seorang muslim ( insyaallah ). Seterusnya lakukan proses pembacaan secara berperingkat seperti “jalan dakwah : keaslian dan penyelewengan”, buku-buku sirah, manhaj haraki dan sebagainya. Lakukan pembacaan berulang kali, kaji, dan rujuk kepada yang lebih ‘arif.

PESANAN UNTUK DIRI INI DAN JUGA BERGUNA BUAT TEMAN-TEMAN
( maaf andainya saya tersilap )

Sekiranya kita ingin memetik buah sebelum masak, berfikirlah sedalam-dalamnya terlebih dahulu. Kenal pasti apakah matlamat kita dalam pembacaan atau dalam proses menimba ilmu disamping pentarbiyyahan diri serta perincikan penekanan yang terkandung dalam sesuatu buku tersebut. kita sama-sama beri ruang dan masa untuk menghadamkannya secara konsisten tetapi tidak secara bermusim. Menjelahilah ke seluruh ruang skop, mengikut peringkat-peringkatnya moga-moga ruang lingkup bisa terlaksana, insyaallah.
Kita sama-sama berdoa agar kita menuju kearah menjadi seorang muslim, mu’min dan seterusnya muhsin yang mutafawwiq…

Wallahu’alam


No comments: