lembaran bicara wanita solehah...

Mampukah aku menjadi seperti siti khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah SAW…
Hartanya di perjuangkan fi sabilillah…
Penawar hati kekasih Allah,
Susah senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti siti ‘Aisyah?
Isteri Rasulullah yang terkenal dengan kebijaksanaannya…
Pendorong kesusahan dan penderitaan…
Tiada sukar untuk di laksanakan…

Mengalir airmataku melihat pengorbanan puteri solehah
Siti Fatimah akur dalam setiap perintah…
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang…
Tidak memiliki harta di dunia,
Layaknya dialah penghulu syurga…

Ketika ku marah…
Ingin ku titip serpihan kesabaran seperti siti sarah
Tabah jiwanya setabah umi Nabi Ismail…
Mengendong bayinya yang masih merah…
Mencari air penghilang dahaga…
Di terik padang pasir yang merah…
Di tinggalkan suami… akur tanpa bantah…
Pengharapannya sepenuh hanya pada Maha Ilahi…
Itulah wanita bernama siti sarah

Bisakah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman…
Bersinar.. harum tersebar…
Bagai wangian sewangi pusara masyitah

Mampukah… bisakah???
Post a Comment