Bismillah
wa Alhamdulillah..
07:45
petang….
“nak
tanya something, boleh..?” – dia yang duduk di sebelah saya, akhirnya bersuara..
memecahkan kesunyian yang menemani saya dan dia.
Hafalan
al-Quran saya berhentikan.
“nak
tanya apa..?” – saya balas dengan
pertanyaan.
“macam
mana caranya nak hadapi.. hurm…” – bicaranya terhenti
seketika. Keluhan panjang dihempaskan. Berat hati, barangkali.. hendak
mengatakannya.
Saya
turut diam. Hanya menanti luahan kata seterusnya…
“… kita berharap kepada
sesuatu tu… tapi tak dapat..” – ada nada sebak dalam
suaranya. Tersekat-sekat.
“benda… atau manusia…?” – sekali lagi pertanyaan
dibalas dengan pertanyaan.
Lama
dia mendiamkan diri. Kalaulah saya dapat menebak apa yang tersembunyi jauh di
sudut hatinya. Tapi sayangnya itu hanyalah diluar batas kemampuan saya.
“… manusia…”
Manusia!
Oh Allah… bergetar hati saya. Hendak
dijawab apa untuk menenangkan hatinya. Berusaha mengawal perasaan yang sedang
bergelora. Tangan kanannya, saya genggam erat.
“pasrah,
tapi jangan mengalah. Redha dan lupakanlah. Perjalanan di hadapan masih ada
untuk kita… jangan berhenti
berharap, jangan berhenti berdo’a” – hanya itu yang terluah.
“sampai
bila…”
“… sehinggalah Allah
menjawab do’amu. Allah itu Maha Adil, Allah Cuma tangguhkan sebentar saja. Kan kamu
pernah kata dulu.. Allah tidak Zalim. Bahkan Allah sentiasa Memberikan yang
terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin.. Allah tak izinkan buat masa ni, supaya kita
tak lupa dengan Allah bila kita dah miliki apa yang kita hendaki. Allah,
Ar-Rahman, Ar-Rahim. Allah sentiasa Cinta pada kita. Sentiasa Merindukan suara
kita. Cuma kadang-kadang.. kita mudah lupa, bila kita sudah miliki apa yang
kita cinta, kita lupa kepada yang melimpahkan rasa cinta..”
Genggaman
tangan saya dilepaskan. Dia menundukkan kepala. Diam tanpa bicara.
Wajah..
saya alihkan ke luar jendela. Diam.. bukan mahu melayan luka di jiwa tetapi
tidak mampu menahannya. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua. Tewas! Janji
untuk tidak menangis lagi saya mungkiri. Oh Allah.. hipokritkah aku pada dia..?
dan pada manusia yang lainnya..?. air mata diseka perlahan-lahan. Pandangan saya
beralih semula pada si dia. Tangannya saya genggam semula.
“… cinta itu fitrah. Wanita
dan lelaki yang saling jatuh cinta itu juga adalah fitah. Kejamlah kita
sekiranya kita cuba menghapuskan fitrah tersebut. Islam menyediakan jalan yang
terbaik supaya cinta itu di salurkan dengan cara yang benar, iaitu dengan jalan
pernikahan… mencintai tidak
semestinya kita akan memiliki. Dan cinta itu jangan sampai berlebih-lebih. Jangan meminta Allah tambahkan cintamu untuk seseorang,
boleh jadi dia akan meninggalkanmu suatu hari nanti, tetapkanlah hati mu kepada-Nya,
& katakanlah ya Allah, dekatkanlah aku kepada orang yang lebih baik untuk ku..
moga kita sentiasa beroleh Rahmat dari Allah…” – saya mengulangi kata-kata yang dihadiahkan
seseorang apabila saya berada dalam situasi sama seperti dia.
“… boleh tak saya berdoa
semoga Allah lembutkan hati orang tuanya untuk menerima saya..?”
Kelu
lidah untuk menjawabnya. Akhirnya saya tahu ‘kisah’nya. Tanpa diduga, “rupanya,
situasi kita sama, sahabat!” – hati mengambil peranan untuk berbicara.
“teruskanlah
berdoa.. tanpa rasa jemu. Moga Allah permudahkan bagi kamu..”
“…. Dan untuk kamu juga
ya..” – senyum terukir di
bibirnya, bersama linangan air mata.. untuk titisan yang terakhir.
Perbualan
kami berakhir dengan senyuman. Yakini, masih ada harapan di hadapan sana. Tanpa
disedari, pensyarah yang dinanti sudah berdiri di hadapan mata. Bismillah… akal dan jiwa mula fokus
pada kuliah…
************************************************************************
Surat
Hati untuk yang di nanti …
inspirasi
dari apa yang telah terjadi. Sekadar renungan hati. Moga sentiasa diberkati. Sahabat,
nah! Hadiah untuk kamu. Jangan sedih-sedih lagi
ya. =)
Assalamualaikum
W.B.T ….
Kehadapan
insan yang di nanti…
Puan..
apa khabar? Semoga sentiasa berada dalam jagaan dan taufiq Allah sentiasa. Maaf,
sekiranya kehadiran warkah ini meminjam masa puan untuk seketika. Entah, apa
yang memaksa saya menulisnya khas untuk puan secara tiba-tiba. Jujur, fikiran
saya melayang memikirkan tentang puan, walau pun kita belum pun bertemu. Panggilan
hati, barangkali.
Entah
bila saatnya Allah akan izinkan untuk kita bersua muka. Tapi, percayalah puan,
saya sentiasa kirimkan do’a buat ibu ayah, serta puan dan suami. Ya, bertemu
dengan puan pasti terasa lebih susah daripada bertemu dengan jodoh saya
sendiri. Hendak bertemu jodoh pun susah, inikan pula hendak bertemu dengan
ibunya.. =) betul tak..??. tapi, puan..
ketahuilah, sekian lamanya memendam rindu agar kita akan bertemu. Ingin kenali
dirimu, kasih dan sayangi dirimu.. seperti mana saya mengasihi dan mencintai
kedua orang tua saya.. dan seperti mana anak puan menyayangi puan sepenuh jiwa.
Puan..
sekiranya nanti, kita saling bertemu muka, berjanjilah pada saya tentang
beberapa hal yang penting bagi saya mengetahuinya. Ajarilah saya untuk lebih
mengenali puan, mengenali kebiasaanmu, ajarilah saya untuk berbahagia dengan
hidup dua keluarga, ajarilah saya untuk mencintaimu, suami serta anak-anakmu. Sama
seperti saya mencintai milik saya sendiri. Tunjukilah saya cara menguruskan
baitul muslim yang di bina dengan betul, ajarilah saya memasak makanan kegemaran
keluarga mu, ajarilah saya bagaimana membesarkan cucu mu nanti, sepertimana
puan mendidik dan membesarkan anak-anak sesuai dengan ajaran Rasulullah, dan..
ajarilah saya cara bagaimana membahagiakan anak mu kelak seperti mana para
isterinya berbakti, membahagiakan dan mencintai Rasulullah S.A.W.
Puan… hanya Allah Maha Tahu,
betapa kamu adalah wanita hebat yang telah melahirkan anak lelaki yang luar
biasa. Dan lelaki itulah yang nantinya Allah “kirim”kan untuk saya.. menjadi
ayah kepada anak-anak saya. Menjadi generasi penyelamat ummah, demi ad-Deen
tercinta. Memetik kata-kata seorang ulama masa kini, Prof. Syeikh Dr. Yusuf
al-Qaradhawi seperti yang tercatat di dalam bukunya ; “Wanita Dalam Fiqh” - “Pernikahan
yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, keluarga,
undang-undang dan adat”. Menjadi harapan kepada saya agar cinta yang akan
bersemi dalam pernikahan kami nanti penuh barakah dengan adanya restu dari puan
dan juga suami. dan moga cinta itu kekal hingga ke syurga Ilahi.
Sebelum
saya mengakhiri warkah ini, izinkanlah saya memperkenalkan serba sedikit
tentang diri saya yang masih dho’if ini..
Saya
hanyalah sekadar wanita biasa, peribadi yang juga biasa-biasa, lahir dari
kalangan keluarga yang biasa-biasa. Wanita, yang masih ada banyak khilaf dan
dosa.
Saya..
bukan seperti Khadijah, isteri Baginda S.A.W.. Dia, wanita masyhur yang luar
biasa dalam catatan sejarah, lahirnya dari keluarga bangsawan yang teramat
mulia. Saya ini bukan juga ‘Aisyah kekasih hati Rasulullah S.A.W.. Dia, wanita
yang luar biasa ketakwaannya. Bahkan saya ini tidak seperti puteri kandung
Nabi, Fatimah Az-Zahrah yang terkenal dengan ketabahannya.
Tetapi,
seperti yang telah saya nyatakan, saya ini hanyalah wanita biasa, berbekalkan
ketakwaan yang biasa, wanita yang masih rendah tahap ketabahannya, kecantikan
yang dimiliki juga bahkan tidak layak untuk diperhitungkan. Saya juga tiada
jaminan harta sebagai ganjaran kebahagiaan untuk anak mu yang bakal hidup
bersamanya.
Namun… kamu yang ku rindui
untuk ku gelar sebagai ibu.. Saya ini wanita akhir zaman yang masih punya harapan
dan cita-cita, berusaha sedaya upaya walau pun masih merangkak-rangkak merebut
title “solehah”, wanita yang akan
berusaha berbakti sepenuh jiwa untuk suami ketetapan Allah, juga kepada ibunya.
Saya bukannya musuh yang cuba merampas perhatian dan kasih sayangnya, tapi saya
Cuma wanita, yang mahu menjadi teman mu untuk berbagi rasa, untuk dia, kamu dan
mujahid dan mujahidah ku kelak.
Ibu… saya akan berusaha
untuk menjadikan anak mu tidak lupa amanahnya padamu mahupun pada suamimu. Kerna
saya tidak akan memungkiri pesan Nabi yang di kasihi, bahawa seorang anak
lelaki yang telah berkahwin itu, kewajipan terhadap ibu ayahnya tetap menjadi
keutamaan baginya. Seperti yang saya inginkan, ajarilah saya untuk lebih
mengenali anak mu dan memahami keinginannya. Pernikahan itu nantinya… akan membuka tabir
rahsia antara saya dan dia. Saya yakin, saya memerlukan kesabaran yang tinggi
untuk menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada
hari-hari yang mendatang.
Untuk
akhirnya. Ibu.. jadilah penasihat dan pendengar untukku, agar bisa ku berbagi
rasa, saat aku sangat memerlukan, saat aku mula dilanda kealpaan. Kerna aku
sedar, aku bukanlah Siti Hajar yang sangat sabar ketika di tinggalkan Nabi Ibrahim
A.S. demi melaksanakan perintah Tuhannya. Cukuplah sampai disini buat
sementara. Insya Allah, sampai masa, kita pasti bersua. Moga nantinya,
dipermudahkan urusan menunaikan sunnah Baginda. Salam sayang dari saya.. buat
kamu yang akan ku cinta..
Dari
saya……
Sekian.
Al-FaQiroh
Ila Robbiha :
~
waznah Alhamraa’ –
02
Rejab 1433H
23
Mei 2012
No comments:
Post a Comment