benarkah hidup dan mati kita kerana Allah?

bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka bicara di awal tinta kali ini ( sebelum ni takde ke? )

alhamdulillah, setelah dua hari di landa demam panas, akhirnya aku sembuh juga.. emm, ini lah tarbiyah dari Allah untuk aku di bulan kareem ni, Allahu Akram. syukran ya Ilahi.. sambil menanti giliran aku untuk " tasmi' " petang ni, aku mengambil inisiatif sendiri untuk mengisi waktu yang ada untuk coretkan sesuatu buat tatapan semua yang ada di alam maya, tak kira siapa pun, yang sudi untuk berkunjung ke blog aku ni la...

sepanjang dalam tempoh menahan tarbiyah yang Maha Esa ni, aku tertarik dengan kata-kata seorang sahabat aku.. " hidup dan mati kita ni hanya untuk Allah". ya, aku akui, sesiapa pun, yang bergelar seorang da'ie, mungkin juga yang belajar ilmu agama akan melafazkan kata-kata indah tersebut. tapi, dalam tempoh itu juga, terdetik di benak fikiranku, sejauh mana kebenaran hidup dan mati seorang hamba itu adalah kerana Allah?

ingin aku mengajak sahabat2, teman2 semua untuk menguji diri kita masing-masing dengan ujian iman dan Islam, dan mengukur kehidupan kita dengan sinaran kriteria tersebut. Bila kita mengakui yang kita telah pun menerima Islam dan menyatakan iman kepadanya, kaji dan periksalah diri kita...

1-Apakah benar bahawa hidup dan mati kita adalah benar-benar untuk Allah saja?

2-Apakah hidup, akal fikiran, tenaga yang ada pada jiwa dan raga kita, waktu dan usaha-usaha kita, semuanya kita abdikan untuk memenuhi kehendak Allah?

3-Apakah yang harus kita kerjakan untuk menunjang tercapainya tugas yang telah diberikan Allah kepada umat Islam?

4-Selanjutnya, apakah kita telah memberikan seluruh kepatuhan dan pengabdian kita sepenuhnya kepada Allah?

5-Apakah pelayanan kepada hawa nafsu dan pengabdian kepada keluarga, saudara-saudara, handai-taulan, masyarakat dan penguasa Negara, telah sepenuhnya terhapus dari jiwa kita?

6-Sudahkah kita mengukur kesukaan dan kebencian kita, seluruhnya tergantung pada kehendak Allah?

7-Kemudian kita juga harus memeriksa apakah bila kita mencintai seseorang, hal itu kita lakukan kerana Allah atau tidak; apakah bila kita membenci seseorang, juga kerana Allah?

8-Apakah dalam kecintaan dan kebencian kita tidak terkandung unsur egoisme atau keangkuhan?

9-Sekali lagi, kita harus memeriksa apakah tindakan kita dalam memberi atau tidak memberi sesuatu kepada seseorang juga telah kita lakukan kerana Allah?

10-Benarkah bahawa, apa pun yang kita belanjakan untuk kepentingan kita sendiri ataupun kita berikan kepada orang lain adalah kerana hal itu telah ditetapkan Allah, dan bahawa dengan pembelanjaan dan pemberian itu, tujuan kita adalah semata-mata mencari redha-Nya?

11-Demikian juga bila kita tidak memberikan sesuatu kepada seseorang, apakah hal itu juga kerana Allah melarang kita memberikannya?

bila kita rasakan semua yang tertera di atas ada dalam diri kita, maka haruslah kita bersyukur kepada Allah bahawa kita telah pun dianugerahi rahmat iman dalam kepenuhannya. Tetapi bila dalam hal ini kita masih merasakan sesuatu kekurangan, maka kita harus memusatkan tekad dan perhatian kita untuk menghilangkan kekurangan ini, kerana kesejahteraan kita di dunia ini dan keselamatan kita di akhirat nanti, tergantung pada usaha kita untuk menghilangkan kekurangan dalam iman kita itu. Tanpa kejayaan itu kita tidak akan dapat menebus kerugian kita di akhirat, kerana kekurangan iman kita itu. Tapi bila kita berhasil menutupi kekurangan iman kita, maka walaupun kita tidak memperoleh apa-apa di dunia ini, kita akan tetap berjaya di akhirat nanti.

Ukuran ini ditetapkan bukan dengan maksud agar kita menguji orang-orang lain dengannya, dan menentukan apakah mereka itu Mu’min, kafir atau munafiq, tetapi agar kita sendiri menguji diri kita sendiri, dan setelah mengetahui kekurangan iman dalam diri kita, kita akan segera mencuba menghilangkannya sebelum kita dihadapkan di pengadilan akhirat nanti. kita tidak perlu penilaian ‘ulama’, mufti atau kadi mana pun juga, tentang diri kita. almuhimmah huna, adalah penilaian dari Penguasa Tertinggi, yang tahu akan hal yang ghaib mahupun yang kelihatan. Janganlah kita cepat merasa puas dengan melihat nama kita tercantum sebagai seorang Islam dalam daftar tanda penduduk kita ( surat kelahiran atau kad pengenalan ), tetapi berusahalah agar nama kita tercatat dalam Buku-Catatan Allah sebagai hamba-Nya yang patuh.

Tidak ada gunanya bila seluruh manusia di dunia ini memberikan surat keterangan bahawa kita adalah seorang Islam. Kejayaan kita yang sebenarnya terletak dalam penilaian yang diberikan oleh Allah, bahawa kita adalah seorang Mu’min, bukannya seorang munafiq, seorang yang beriman, bukannya seorang kafir.

sekian.. renung2kanlah dan selamat beramal..

( aku terima mesej dari sahabat aku, katanya ustaz baru datang ke pejabat. persoalannya.. sempatkah aku nak tasmi' ni? )

wallahu'alam.

( Sumber : Sayyid Qutb & Abu’l A ‘la Al-Maududi. 2001. Manhaj Hidup Muslim. )

No comments: