SALAM 'EID MUBARAK : SALAM IMTIHAN ANNAJAH


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله الذي علّم بالقلم علّم الإنسان ما لم يعلم. والصلاة والسلام على خير الآنام وعلى آله واصحابه الكرام


Salam ‘alaykum jami’an..

Akhirnya, selama seminggu bercuti, pena kembali menjenguk masuk blog ni. Menarik juga mendengar cerita dari sahabat2 sekembalinya mereka dari kampung halaman masing2, mana taknya gembiralah, dapat duit rayalah katakan. Duit raya? Dah bulan syawal ke? Subhanallah, maha suci Allah, tuhan yang menciptakan, dah masuk syawal yang ke-7 rupanya. Tapi dalam suasana bergembira, ada juga yang pulang ke kampus dalam keadaan kurang sihat, dalam erti kata lain, demam. Demam??? Pelik tapi benar… maha suci Allah yang menentukan.

Ramai juga sahabat2 yang pulang ke kampus dalam keadaan demam. Dewan peperiksaan terasa sedang memanggil-manggil nama setiap pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang insyaallah akan kunjung tiba jua. Demam peperiksaan semakin hangat di rasai oleh seluruh lapisan mahasiswa yang berada di kawasan akademi pengajian nilampuri mahupun bagi segenap lapisan mahasiswa dari universiti yang lain. Berkahnya imtihan kita.. berperang di atas kertas yang tak bernyawa dalam bulan’eid Mubarak ini.

Stessnya.. banyaknya kena hafal.. soalan apa yang keluar ye? Pelbagai soalan di timbulkan, terkadang tak cukup suara untuk menjawabnya. Sebagai individu yang masih lagi bergelar tholibul ‘ilmu dan insyaallah akan sentiasa memgang gelaran tersebut, saya mungkin boleh berkongsi maklumat ringkas di mana demam ada punca pencetusnya seperti jangkitan kuman, stress dan lain-lain. apa yang boleh di jangkakan, beberapa hari yang mendatang merupakan hari-hari yang agak menyiksakan bagi sebilangan pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan. Mungkin terlintas di fikiran kita.. alangkah baiknya jika “ijazah” ini dapat diperolehi hanya dengan menghadiri kuliah, membuat beberapa ‘assignment’ dan mengikuti beberapa hari latihan, praktikal dan lain-lain.

Ayuh sahabat2.. kita renungi kembali sejarah pengembangan ilmu di zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu, kita akan akur bahawa pengembangan tamadun Islam sebelum ini berlaku dalam kadar yang begitu pantas dan melibatkan begitu banyak disiplin ilmu. Mungkin bagi kita Senario ini mustahil sekali untuk dilihat, jika umat Islam ketika itu menghadapi sindrom “demam peperiksaan” atau mengalah dengan kesukaran yang dihadapi ketika menimba ilmu atau hanya belajar untuk ‘cukup makan’ atau membawa “talian hayat” (nota untuk tujuan meniru di dewan peperiksaan) hanya untuk bergraduat.

Menurut alfadil Syeikh Muhammad Qutb, dalam bukunya yang bertajuk ‘Sinaran Cahaya dari Rasulullah S.A.W’ menyatakan dorongan kuat yang mengubah senario arab jahiliah kepada arab yang begitu cintakan ilmu ialah kefahaman yang mendalam umat islam ketika itu dengan hadith Baginda S.A.W. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud ‘Menuntut ilmu adalah wajib (fardu) bagi setiap muslim’.

Menurut alfadil syeikh, kefahaman muslim berhubung maksud kalimah ‘fardu’ yang membawa implikasi adalah :



a. Ia kewajiban yang mesti ditunaikan oleh manusia. Ia tidak boleh di abaikan sama ada ketika senang atau ketika sibuk.
b. Ia adalah satu kewijiban yang perlu dilakukan manusia kerana Allah dan sebagai ibadah kepadaNya. Ia mesti dilaksanakan dengan amanah,bersih dan ikhlas.
c. Ia adalah amalan yang akan mendekatkan hamba dengan Tuhanya. ( silah baina al-‘abd liLLAH Ta’ala.

Inilah yang mendorong mereka meletakkan kepercayaan bahawa menuntut ilmu itu sama pentingnya dengan solat, puasa, zakat dan haji. Ia telah membuahkan rasa khyusuk dan ikhlas kerana ia merupakan jalan untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui. Semakin mereka berilmu, semakin mereka bertaqwa. Tiada rasa jemu, malas dan berpada dengan yang sedikit. Ini kerana mereka penat, letih dan mengantuk untuk menjadi abdi yang terbaik di hadapanNya. Abdi yang semakin membesarkanNya dari hari ke hari, kerana dapat menyingkap sedikit rahsia dan keajaiban ciptanNya. Mereka mengharapkan taqwa dari menuntut ilmu sebagaimana mereka mengharapkan taqwa ketika berpuasa. Keadaan ini berbeza dengan keadaan di barat di mana mereka yang semakin ‘berilmu’ semakin lari dari yang Maha Pencipta seperti Darwin dan rakan-rakanya.

Ingatlah sahabat2ku,

Sesungguhnya Allah menyanjungi ‘ilmu dan pendokong2nya pada banyak tempat dalam kitab suci-Nya yang mulia. firmanNya : “ katakanlah adakah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu?” ( azzumar : 9 )

Allah juga berfirman dalam surah al-mujaadalah : ayat 11, mafhumnya : “ Allah akan mengangkat orang-orang di kalangan kamu dan orang-orang yang di berikan ilmu akan beberapa darjat”

Dengan ilmu kita ber’amal. Dengan ‘ilmu kita mudah untuk ber’ibadah. “tuntutlah ilmu tapi tidak melupakan ibadah, dan kerjakanlah ibadah tapi tidak melupakan ‘ilmu – hasan basri”

Semoga saudara saudari menyedari inilah prespektif yang sepatutnya dilihat bagi seorang muslim. Kita tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu dan meninggalkan yang lain. Aktif dalam amal islami tidak menjadikan kita ‘student’ ‘cukup makan’ di universiti. Berusaha menjadi ‘scorer’ tidak menjadikanya kita meninggalkan amal islami yang dituntut.

“ jika sekiranya ada orang yang mengerjakan ibadah seperti beribadahnya malaikat tanpa ilmu, golongan itu adalah golongan orang yang rugi, kerna hasilnya hanya lelah dan payah sedangkan pahalanya hampa belaka. Kerna itu bersungguh2lah dalam menuntut ilmu dan jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana demikian itu, kita tidak akan terus berada dalam bahaya kesesatan” – imam al-ghazali.

Allahu’alam. Salam ‘eid mubarak. Kullu sanah wa antum toyyibun. Taqobbalallahu minni wa minkum. Salam imtihan annajah buat sahabat2ku...

Moga berjaya. Wassalam.

No comments: