DENGARLAH UKHTIE : KELEMAHAN KITA

Alhamdulillah, sekembalinya dari membeli sedikit barang untuk di bawa pulang ke bumi kelahiranku, aku melabuhkan diri sebentar sementara menunggu azan zuhur di laungkan. Ku capai handphone di sebelahku, ku tekan kekunci handphone, akhirnya aku mainkan lagu mp3 “ pemergianmu”.. lagu khas untuk kekasih Allah, Rasulullah saw.

“ tangan di celup, di bejana air, kau sapu di muka, mengurangkan pedih, beralun dzikir, menutur kasih pada ummah dan akhirat.. dan tibalah waktu ajal bertamu, penuh ketenangan jiwamu berlalu, linangan airmata syahdu, iringi pemergianmu.. betapa sekarnya ummah menerima, apakan lagi umar mempercayainya.. namun iman di dada akur, kerna manusia akan mati jua akhirnya”

Rindu ku tak tertanggung lagi.. ahh.. airmata mengalir lagi.. setiap kali ku dengar lagu itu, setiap kali itu juga airmata ku tidak akan pernah segan untuk mengalir. Rinduku untuk bertemu Rasulullah, rinduku bertemu para ahlu bait, rinduku bertemu keluargaku.. ya.. keluarga ku. Apa khabar mak? Apa khabar abah?.. ya Ilahi, dua hari lagi.. pertemukanlah kami dalam RedhaMU.

Ingatan ku menerawang mengenangkan seorang sahabat, yang datang bertemu denganku beberapa hari lalu, sebelum kembali ke kampungnya. “ camna nak bertaubat?" Sedikit terkejut dengan persoalan yang di timbulkan. “ aku risau aku mengaku aku hamba Allah, tapi adakah sudah tertunai sebaiknya tugasku sebagai khalifahNya? Aku mengaku aku mahu mencegah kemungkaran.. tapi...” ku dengar tutur katanya, lembut. Memang selembut orangnya. Entah apa yang perlu aku katakan. Lidah ku sendiri keluh untuk berkata-kata. Pertemuan malam itu berakhir dengan tangisan, entah apa yang mengganggu fikirannya tika itu.. malunya aku ..aku tidak menunaikan hak ku kepada saudara seislam ku. Dia pinta nasihat.. tapi aku hanya mampu terdiam.

Sebelum berangkat ke kampungnya, aku sempat menitipkan sepucuk surat untuknya. Selepas bersalaman, aku kembali ke bilik.. Ya Allah.. airmata menitis lagi.. “ moga dia sentiasa dalam rahmatMu Ya Ilahi”.

Salamu ‘alayk ukhtie fillah..

Kiranya ukhtie sudah tidak ada di depan ana tika membaca surat ini. Ukhtie, maaf ya, bukan tiada jawapan untuk persoalan ukhtie, tapi.. lidah seakan terasa kelu untuk berkata-kata. Hanya tangisan yang mampu bersuara..

Ukhtie...

Pernah tak kita tanya diri, kenapa diri ini terlalu riak? Kenapa aku ujub pada diri. Apakah aku tidak sedar akan kekuasaan Allah itu?. Padahal aku sudah merasakan derita jiwa dan perasaan kerna hilang dari jalan menuju redha Tuhan.

Tidak bersyukurkah namanya ini?

Pekakkah? Bisukah? Butakah?

Ukhtie..

Pekakkah aku tidak mendengar bicara majlis ilmu? Tidak faham akan bahasa yang ku kuasai untuk memahami tafsir Quran. Hati ini sudah dibuka wahai diri, insafilah. Ya Allah terima lah taubatku ini.

Ukhtie...

Bisukah aku tidak juga dapat menegakkan kebenaran dan amar makruf ? Suara mu’azzin melaungkan azan, namun berapa jasad saja yang turun untuk mengimarahkan musolla? Berapa hati yang mahu mengisalah diri dengan tazkirah-tazkirah rohani seusai solat subuh?. Padahal kita tidak bisu tetapi mengapa jadi begini? Aku tidak mengeluh tapi hanya sedih kerana aku tidak punya jawapan di hadapan Allah atas semua yang ku pikul di pundak ini. Di mana tanggungjawab untuk memegang tarbiyah sahabat-sahabatku?

Ukhtie..

Butakah aku? Kemaksiatan berleluasa. Boleh saja ku biarkan muslimin dan muslimat berjumpa. Astagfirullah.. Penderitaan dan pengabaian saudara seagamaku terus leka dan lalai. Apakah yang aku lakukan? Hanya berdiam. Dengan senyuman hanya melangkah. Memberi salam dan menghulurkan tangan. Itu sahajakah? Ya Allah aku akui kelemahan ini, aku insafi kekurangan ini, aku kesali kejahilan ini, bantulah Ya Allah. Terimalah…terimalah…terimalah taubatku ini.

Ukhtie...

Damai dan tenangnya hati ini berjemaah dengan sekalian ikhwah dan akhawati... Kukuhnya pendirian dan kuatnya kaki ini melangkah qiyamulail di saat sendirian dengan dorongan sahabat akhawat.. akhawati di mana sekarang? Mereka tiada di sisi. Kita semua sudah kembali ke medan masing- masing menegakkan pada lapangan praktikal bukan lagi di alam teori.

Terkadang kepala otak ini beku.. malah sudah bengakak pun dek idea dan sekelumit ilmu yang menunggu untuk diluah bersama sekalian anak muda agar tertegak semula pembinaan dakwah agung ini.

Ukhtie...

Tiada rehat tiada penat dan lelah kerana hidup ini sudah menjadi satu perjanjian yang diabadikan padaNya. KepadaNya segalanya. Kemampuan masih ada di sini selagi bernyawa maknanya tetap kita ini hambaNya.

Ukhtie...

Apakah seharusnya bagi kita untuk menerima inilah kekurangan kita. Inilah yang menyebabkan kita ‘ujub. Bangga pada diri yang busuk hina ini. Kalau tidak cukup ujian yang telah Allah Maha Pengasih berikan dulu untuk menyedarkan kita, apakah kita harus dihukum lagi? Akui dan terimalah kelemahan diri kita ukhtie.

Sukar sangatkah? Ianya dalam keadaan tenat kini. Mengapa kita masih juga jahil sebegini? Mengapa kita masih pekak, bisu dan buta dengan keadaan tenat ini. Mereka musuh-musuh Islam bangkit dengan pesatnya menyebarkan dakyah di sana sini habis ke serata ceruk sana mereka hasut dengan dakyah itu sehingga saudara baru kita mengikut dakyah mereka. Ini kelemahan. kita tahu hal ini kerana kita tidak pekak, kita tidak buta dan kita tidak sesekali bisu. Kita dengar dan melihatnya semuanya ukhtie.. Habis itu mengapa kita hanya begini?

Tidak cukupkah kekuatannya? Adakah sehingga Nabi Isa diturunkan barulah kekuatan itu ada? Tidak ukhtie…Allah mengujimu. Allah menguji kita.. Allah sedang berbicara dengan kita. Allah mahu melihat sejauh mana jiwa mu dan jiwa kita memberontak untuk mahu menyebarkan dakwah ini. Allah sedang melihat sejauh mana kesungguhanmu dan kesungguhan kita. Allah sayang mu ukhtie.. Allah sayang kita...

Jika Hassan Al Banna boleh memimpin Al Ikhwan selama 40 tahun lamanya mengapa tidak kita mulakan sekarang perjuangan ini? Usia muda ini takkan kembali ukhtie.. Saat ini kita punya kekuatan dan tiada bebanan dan tanggungjawab yang terlalu berat. Hanya ini yang kita mohon untuk dijayakan.

Tidak mahukah wahai ukhtie, musolla kita itu penuh dengan jemaah? Musolla itu subuhnya, zuhurnya, asarnya terhias dengan saf yang rapat dan majis ilmu juga taklim dan maghrib serta isya’ yang berkumandang alunan Al-Quran di dalamnya?

Ukhtie...

Kewangian ini andai dapat dicipta boleh membawa kepada baraqah mencium syurga. perjuangan ini penuh dengan kepahitan dan onak serta duri. Baik di sisi Allah namun banyak juga hambaNya yang jahil akan menilai kita pada mata dan hati mereka sendiri.
Tapi ingatlah wahai ukhtie fillah, janji Allah itu pasti. Janji Allah itu pasti ukhtie. Kerana kepahitan ini akan dibalas dengan sesuatu yang amat manis iaitu syurga yang abadi. Syurga ukhtie, insyaallah. ukhtie tahu bukan betapa hebatnya dan agungnya syurga itu? Rasulullah saw sendiri sudah melihatnya dan amat ingin memilikinya. Itu sahaja pengorbanan yang perlu dibayar untuk kemanisan itu ukhtie.


Ingatlah ukhtie, Allah jadikan khalifah sebagai pemakmur di muka Bumi untuk menyembah dan mengagungkan Allah SWT. Tidak Dia ciptakan sesuatu melainkan untuk menyembahNya. Ingatlah ukhtie.

Salam kemaafan.. salam mahabbah..

Ukhtuki faqiroh lillah...

Tidak dapat ku gambarkan wajahnya tika membacanya.. namun apa yang ku harap, Allah masih membuka ruang bagi kami memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri.. Allah masih membuka pinti taubat untuk kesalahan-kesalahan yang lama, mahupun akan datang.. amien..



Sekian....




No comments: